DEMI MASA |
|
|
KITA PERLU HADAPI MASALAH PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG |
Sunday, September 10, 2006 |
Tahap keselamatan di Malaysia bertambah serius kebelakangan ini. Peragut di merata-rata tempat, menunggu mangsa terlalai, kadang-kadang meragut nyawa mangsa bersama barang berharga mereka. Orang ramai bimbang sementara polis kian menerima tekanan untuk tangani aktiviti jenayah yang berleluasa.
Adalah tidak adil jika kita mengatakan polis menutup mata kepada keadaan penguatkuasaan undang-undang yang kian serius.
Ketika masyarakat mengecam tindakan kejam ke atas seorang pelajar Kolej Tunku Abdul Rahman yang terbunuh, kita lihat pihak polis meningkatkan usaha dan bekerja keras menangkap penjenayah yang terlibat.
Berbagai sesi perbincangan antara polis dan orang ramai telah diadakan di seluruh negara, dan polis mula meningkatkan rodaan di merata tempat. Aktiviti Rakan Cop juga telah menarik respon yang tinggi daripada orang awam, sementara kawasan-kawasan berisiko tinggi dipantau dengan rapi. Kamera-kamera keselamatan juga sudah dipasang di lokasi-lokasi utama. Langkah-langkah tersebut adalah reaksi positif polis dalam menghadapi tekanan dari berbagai pihak.
Bagaimanapun, bilangan insiden ragut tidak berkurangan. Setiap hari, mangsa ragut, yang telah dicederakan atau nyawa mereka diragut atau kehilangan mereka yang dikasihi, terus menjadi fokus akhbar-akhbar. Perkara tersebut jelas menunjukkan bahawa apa yang dilakukan oleh polis masih belum mencukupi.
Apabila kita membaca dalam akhbar setiap hari, kita akan terbaca mengenai mangsa ragut yang dicederakan atau dikelar sampai mati. Sesiapa yang mempunyai dhomir akan rasa terganggu dan marah dengan kejadian-kejadian tersebut.
Orang awam merasa benci dan marah pada penjenayah-penjenayah yang tidak mengendahkan nyawa manusia lain, dan orang awam kecewa dengan ketidakmampuan polis untuk menangkap penjenayah tersebut.
Jika ketidakpuasan hati ini, tidak ditangani dan dikurangkan dengan segera, ia akan membesar dan menjadi kemarahan yang meluap. Ini adalah kerana pihak polis tidak mengambil tindakan yang pantas untuk berdepan dengan masalah penguatkuasaan undang-undang dalam negara ini.
Perarakan pengkebumian mangsa yang membawa poster-poster memprotes kematian yang tidak diperlukan. Orang ramai telah pergi ke jalan-jalan raya menyatakan kesedihan dan kemarahan mereka. Walapun mereka tidak mempunyai permit untuk mengadakan perarakan dan telah menganggu lalulintas, ia hanyalah isu teknikal.
Orang ramai yang menyatakan pandangan mereka kepada wartawan hanya mahu beritahu betapa kecewa mereka terhadap situasi yang ada, sementara wartawan yang mengambil gambar-gambar hanya menjalankan tugas mereka.
Apa yang polis patut lakukan ialah mendengar kepada rintihan hati orang ramai dan berikrar menghentikan jenayah kejam dari berlaku, memberikan orang ramai kelegaan dan membebaskan mereka daripada kebimbingan. Mereka tidak sepatutnya pergi ke tapak perarakan tersebut dan terlibat dalam perbalahan dengan orang awam, atau menghalang tugas wartawan, atau mengheret semua ke balai polis untuk disoal, atau menahan wartawan sehingga tengah malam.
Apabila orang awam sudah dalam keadaan ketakutan, dan bila polis menyeru orang awam untuk bekerjasama menangkap penjenayah, tindakan itu akan nampak bertentangan dan hanya bertujuan menakut-nakutkan orang awam. Bukan saja ia tidak membantu menangkap penjenayah yang sebenar, mereka juga telah musnahkan asas kepercayaan dan kerjasama yang patut wujud antara polis dan orang awam.
Pihak polis sudah terkeliru objektif mereka. Ia sama seperti mereka meletakkan unit polis berkuda di tempat-tempat yang sesak seperti Bukit Bintang, Jalan Sultan Ismail, Central Market dan lain-lain tempat yang sesak dengan harapan untuk memberkas penjenayah.
Dalam kawasan yang sesak seperti itu, apa yang unit berkuda dapat lakukan, selain menjadi gangguan kepada lalulintas? Apabila insiden ragut berlaku, adakah unit-unit polis ini mampu mengejar peragut dalam keadaan orang ramai yang berpusu-pusu itu? Itu soalan utama dalam kepala orang ramai.
Orang ramai bimbang unit berkuda polis akan berakhir dengan menjadi "latarbelakang pelancongan" untuk orang asing tonton atau bergambar di hadapan mereka.
Dua wira 'anti peragut' terkenal di KL iaitu Zuma dan Deer, yang secara seorang diri telah menangkap 17 peragut dalam 6 tahun dan telah mendapat pujian penduduk setempat. Kedua-dua mereka berjaya memberkas penjenayah-penjenayah tersebut kerana motosikal besar mereka.
Bila perkara berkaitan melindungi harta dan nyawa rakyat Malaysia, adakah polis patut gunakan kuda atau motosikal? Ia nampak seperti soalan remeh namun, pihak polis telah membuat pilihan yang tidak praktikal. |
posted by jasindaily online @ 4:33 PM |
|
|
|
DPPKJASIN |
Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
|
CORETAN YANG LALU |
|
ARKIB JASNIDAILY |
|
POWERED BY |
|
|