DEMI MASA |
|
|
MENGHUMBAN YANG TIDAK CEKAP |
Tuesday, September 05, 2006 |
Apakah UMNO akan merana seandainya Abdullah Badawi melepaskan jawatannya sebagai Presiden parti? Apakah negara akan merana seandainya Abdullah Badawi berundur? Semakin jelas dan lantang bahawa jawapan kepada soalan ini ternyata TIDAK. Sama ada UMNO mahupun negara ini TIDAK akan merana. Rakyat sudah lama sedar akan kelemahan dan kritikan terhadap Abdullah Badawi tetapi faktor yang paling penting yang seharusnya merungsingkan rakyat bukanlah pelbagai dakwaan tentang kronisme dan ragut wang ringgit. Yang sebenarnya ialah ketidakcekapan. Abdullah Badawi tidak punya kecekapan untuk memimpin UMNO, apalagi negara ini. Seperti yang dia kerap bertegas untuk mengulanginya, dia adalah Perdana Menteri yang selalu cakap 'saya tak tahu'.
Siapa pula yang seharusnya menggantikan beliau sebagai Presiden parti dan Perdana Menteri? Memang kita ada beberapa kemungkinan di sini. Dato Najib Tun Razak boleh menggantikan Abdullah dan boleh menggantikan beliau di dua-dua jawatan yang sepatutnya dikosongkan. Cuma buat masa ini Najib tidak menunjukkan minatnya kepada dua-dua jawatan ini. Masanya sudah tiba untuk UMNO dan rakyat Malaysia memikirkan secara serius meletakkan balik Tun Dr. Mahathir di kerusi pemandu - sekurang-kurangnya bagi satu tempoh sementara waktu untuk mengemudi bahtera negara ke arah yang betul - kalau tidak sebagai Perdana Menteri sekurang-kurangnya beliau boleh menjadi Presiden UMNO yang melantik Perdana Menteri.
Penyingkiran Presiden parti dan Perdana Menteri bukanlah satu perkara yang baru baik untuk UMNO mahupun untuk Malaysia. Seperti yang pernah diingatkan oleh Dr. Mahathir secara berulang-ulang, UMNO telah mengetepikan Presiden parti ketika ada kesedaran bahawa Presiden tidak lagi mengambil kira kepentingan orang Melayu dan negara. Ada dua contoh yang paling jelas telah membabitkan pengasas parti dan Presiden UMNO yang pertama, Dato' Onn bin Jaafar, dan Tunku Abdul Rahman Putra Perdana Menteri pertama Malaysia dan Presiden kedua UMNO. Dato' Onn mempunyai pemikiran radikal bahawa UMNO harus membuka keanggotaannya kepada semua kaum dan ini adalah satu ide yang mendahului masanya serta tidak dapat diterima oleh parti. Kerana itu Dato' Onn terpaksa berundur. UMNO telah berjaya menangani pengunduran Presiden dan pengasas parti untuk terus membesar dan menjadi perkasa.
Pada 1970, selepas meledaknya peristiwa rusuhan kaum 13 Mei, parti itu disedarkan bahawa Tunku Abdul Rahman yang telah memimpin Malaya untuk mendapatkan kemerdekaan daripada British tidak lagi bertugas untuk menjaga kepentingan orang Melayu dan negara. Sekali lagi UMNO menyingkirkan Presidennya. Ini terhasil kerana tradisi demokrasi dalam UMNO. UMNO tidak berpecah ataupun hancur-lebur. UMNO terus membesar dan menjadi lebih perkasa.
Dr. Mahathir ternyata merupakan orang yang paling layak untuk memimpin negara ini sekali lagi -mungkin sebagai seorang pemimpin sementara untuk membetulkan rumah yang tidak sempurna. Dia perlu keluar daripada persaraannya untuk menjalankan tugas ini. Ini bukan sahaja berlaku dalam UMNO. Malahan di beberapa negara lain sepanjang sejarah tamadun manusia kita telah lihat betapa pemimpin yang hebat-hebat melepaskan persaraan mereka untuk memimpin negara semula bagi membantu rakyat daripada cengkaman pemimpin yang lemah dan kuat rasuah.
Pada 1979, Leftenan Jerry Rawlings telah menjatuhkan satu regim yang korup di Ghana. Dia kembalikan demokrasi dan selepas tiga bulan dia serahkan semula pucuk kepimpinan negara kepada Presiden baru, Hilla Limann. Apabila Presiden itu tidak berjaya menjalankan tugas seperti yang diharapkan Jerry Rawlings telah muncul ke hadapan sekali lagi untuk menjatuhkan Presiden itu dan mengembalikan demokrasi semula. Pada 1992, Jerry Rawlings bertanding bagi jawatan Presiden dalam satu pilihan raya berunsur demokrasi dan menang. Akhirnya beliau bersara pada 2000 seperti mandat Perlembagaan Ghana. Rakyat Ghana telah memberi tabik hormat kepada Rawlings kerana menyelamatkan demokrasi negara mereka.
Winston Churchill pernah menjadi Perdana Menteri Britain daripada 1940 hingga 1945, yakni semasa Perang Dunia Kedua. Selepas Perang, Churchill kalah dalam pilihan raya dan duduk di rumah sahaja. Kemudian, pada 1951, Britain ternyata semakin kehilangan kekuasaannya di dunia ini. Sekali lagi Churchill naik menjadi Perdana Menteri sehingga 1955. Churchill telah bergiat dalam merancang kerja-kerja anti-pengganas di Malaya.
Lama sebelum Churchill muncul, England telah menanggung pemerintahan seorang raja yang paling zalim, bernama Charles 1 (1600 - 1649). Charles kuat membuli dan mahukan kuasa untuk dirinya sahaja dan telah cuba menafikan perkongsian kuasa kepada Parlimen British. Sebagai seorang pengikut setia agama Katholik, Charles telah mencetuskan Perang saudara di Britain melibatkan penganut Katholik dan bukan-Katholik. Ketika itu muncul Oliver Cromwell, seorang petani yang kaya-raya yang juga merupakan seorang aristokrat dan anggota pasukan milita tempatan. Beliau tampil ke hadapan untuk menentang Charles 1 dan berjaya menewaskan raja itu yang kemudiannya dikenakan hukum bunuh kerana menderhaka. Oliver Cromwell telah menamatkan perang-saudara itu dan berjaya mengembalikan hak beraja dan kuasa Parlimen di Britain. Inilah yang menjadi asas kepimpinan negara di Britain sehingga hari ini. Contoh yang terdapat dalam UMNO, Jerry Rawlings di Ghana dan Oliver Cromwell menunjukkan betapa sepanjang sejarah, ada pemimpin yang perkasa dan berkeupayaan untuk memimpin dan berkhidmat kepada rakyat untuk menyelamatkan mereka daripada bencana. Setelah selesai tugas mereka, pemimpin semacam ini berundur memasuki lipatan sejarah.
UMNO dan negara kita sedang dihantui risiko besar. Kita sedang dipimpin oleh seorang Presiden dan Perdana Menteri yang hanya tahu berkata “Saya tak tahu” lebih lagi kalau berita itu ada kena mengena dengan ahli keluarga yang membuat harta. Negara sedang hanyut tidak menentu. Menteri Kabinet sedang mengambil kesempatan kelompongan dalam pucuk kepimpinan itu dan sedang berlagak sakan memuaskan nafsu serakah sendiri.
Untuk pertama kali dalam sejarah kita, Perdana Menteri telah mengumumkan dalam ucapan Bajet 2006 bahawa ramalan pertumbuhan rasmi negara telah dikurangkan daripada 6.3% kepada 5.8%. Ini bukan sahaja menggambarkan bahawa beliau memang tidak cekap, tetapi bagaimana mungkin kita mencapai Wawasan 2020 seandainya kadar pertumbuhan tidak mampu mencecah syarat minima 6%? Lupakan sahaja 2020. Malah, kejayaan Rancangan Malaysia ke Sembilan (RMK9) memerlukan kadar pertumbuhan yang konsisten sekurang-kurangnya dengan kadar minima 6%. Apakah Perdana Menteri ambil peduli? Yang lebih penting lagi, apakah Perdana Menteri tahu butiran yang amat mudah ini? Ataupun apakah ini juga satu kes "Saya tak tahu?"
|
posted by jasindaily online @ 9:47 PM |
|
|
|
DPPKJASIN |
Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
|
CORETAN YANG LALU |
|
ARKIB JASNIDAILY |
|
POWERED BY |
|
|