DEMI MASA |
|
|
IBU MENDINAG FRANCIS UDAYAPPAN SERTAI KEADILAN |
Tuesday, September 05, 2006 |
Penyiksaan yang dilalui oleh Puan Sara Lily George, seorang ibu yang telah kehilangan anak lelakinya, disaksikan rakyat.
Puan George patut dikasihani dan diberi keadilan yang sama seperti orang lain yang pernah diberi perhatian oleh rakyat Malaysia setelah mengalami sesuatu tragedi. Namun, pihak berkuasa terus menghiris hati seorang ibu yang kehilangan anak semasa dalam tahanan polis.
Sara Lily George telah hadir di Kongres Nasional Tahunan Wanita ke-3 di Hotel Equatorial, Pulau Pinang baru-baru ini. Beliau membuat keputusan untuk bersama dalam Parti Keadilan Rakyat kerana tiada pihak yang bersamanya dari mula sehingga akhir dalam usahanya mendapatkan keadilan bagi anaknya Francis, selain keADILan.
Sara Lily telah dijemput untuk berkongsi kehilangannya bersama perwakilan dan hadirin kongres tersebut. Beliau sebak untuk menceritakan kehilangan anak yang dikasihinya namun, akhirnya beliau tabahkan hati dan seterusnya berjanji akan memastikan ibu-ibu lain tidak mengalami nasib yang sama sepertinya.
Kisah tragis Francis Udayappan telah menyebabkan kesengsaraan yang amat berat ke atas kerluarganya.
Keadaan mengelirukan, dan seperti ada misteri yang menyembunyikan sesuatu rahsia.
Pihak polis mengatakan bahawa Francis telah hilang semasa ditahan, tetapi keluarga beliau tidak menerima kenyataan ini.
Beberapa minggu selepas itu, satu mayat yang hampir tidak dikenali dijumpai dan polis mengatakan bahawa mayat itu adalah Francis.
Sara Lily telah mengenalpasti dan mengesahkan bahawa mayat itu ialah Francis, seperti didakwa oleh polis.
Namun begitu, polis kemudiannya menafikan perkara ini selepas ujian DNA dijalankan.
Oleh kerana tidak menerima kenyataan ini, keluarga Francis mahu menjalankan ujian DNA kedua yang bebas, termasuk pemeriksaan kedua ke atas mayat tersebut.
Keluarganya juga meminta agar diberikan satu salinan pemeriksaan dan ujian DNA yang dilakukan oleh pihak berkuasa.
Namun, permintaan mereka tidak diendahkan setelah berapa lama.
Berbagai pihak, Parti Keadilan Rakyat termasuk Suhakam, badan bukan kerajaan dan Majlis Peguam, berkali-kali menyuarakan sokongan mereka terhadap permintaan keluarga Francis.
Setelah itu, inkues telah dibuat terhadap mayat yang dijumpai.
Ahli keluarga mangsa mengesyaki polis telah cuba melakukan "over-up"(melindungi fakta) sewaktu bedah-siasat kedua dijalankan apabila inkues dipohon oleh ahli keluarga mangsa.
Mayat yang tersimpan selama dua tahun di Rumah Mayat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) adalah milik G Francis Udayappan, 24 tahun.
Tetapi, Hakim Nazran Bin Mohd Sham tidak mengesahkan sebab kematian tersebut oleh kerana keadaan mayat yang sudah reput. Hakim juga gagal menyatakan tarikh sebenar kematian mayat yang dijumpai di Sungai Kelang pada 23 Mei 2005 lalu.
Ketika mayat dituntut oleh ahli keluarga pada 7 April, Jawatankuasa Pemantau Polis dan hak Asasi Manusia mendapati mayat tersebut tidak berkepala.
"anya terdapat sebahagian daripada tulang rahang dengan beberapa batang gigi,"kata P Uthayakumar, Pengerusi Jawatankuasa tersebut.
"elainnya rangka dan daging yang sudah reput,"tambahnya lagi. |
posted by jasindaily online @ 9:38 PM |
|
|
|
DPPKJASIN |
Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
|
CORETAN YANG LALU |
|
ARKIB JASNIDAILY |
|
POWERED BY |
|
|