Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
EZAM CABAR KERAJAAN BATALKAN STATUS SULIT DOKUMEN PENYELEWENGAN PEMIMPIN
Friday, September 01, 2006
TELUK KUMBAR: Ezam Mohd Noor mencabar kerajaan membatalkan klasifikasi sulit terhadap semua dokumen rasuah dan penyalahgunaan kuasa para pemimpin sejak pemerintahan bekas Perdana Menteri Dr Mahathir sehingga Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Saya cabar baik Dr Mahathir, baik Abdullah, kalau betul-betul mahu perjuangkan rakyat, membela nasib rakyat, saya cabar mereka membuat kenyataan isytiharkan semua dokumen yang membabitkan rasuah dan penyelewengan menteri, baik dulu dan sekarang untuk dibatalkan kerahsiaannya.

"Kalau mereka membuat kenyataan tersebut, esok, kita akan keluarkaan berkotak-kotak dokumen (penyelewengan) yang kita ada yang kesemuanya rekod rahsia kerajaan," kata Ketua Pemuda Angkatan Muda Keadilan itu.

Tegas beliau, sekiranya kerajaan boleh mendiklasifikasikan dokumen sulit yang membabitkan soal keselamatan antara dua negara (Singapura-Malaysia), tiada sebab kerajaan tidak boleh berbuat demikian terhadap dokumen sulit penyelewangan dan rasuah yang hanya membabitkan pemimpin negara.

Ezam turut membidas Dr Mahathir yang hanya berani menuntut kerajaan mendiklafikasikan dua tiga dokumen berkaitan Jambatan Bengkok, padahal ketika masih berkuasa, beliau berselindung di sebalik Akta Rahsia Rasmi (OSA) bagi melindungi penyelewengan beliau dan pemimpin lain.

Jelasnya, berpuluh-puluh laporan polis oleh Angkatan Muda berkaitan penyelewengan dan rasuah pemimpin kerajaan sejak pemerintahan Dr Mahathir sehingga sekarang tidak pernah disiasat oleh pihak polis, dan tindakan itu diteruskan oleh Abdullah.

Mengaitkan laporan polis berkaitan penyelewangan MAS, yang dibuatnya pada 27 Januari 2001 yang membabitkan kerugian berbilion ringgit, Ezam berkata afidavit yang dibuat oleh Tan Seri Tajudin Ramli, mengesahkan Dr Mahathir dan bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainudin terlibat.

"Kita yang buat laporan polis, kita pula yang disiasat polis, padahal Dr Mahathir, Daim dan Tajuddin langsung tidak disiasat," katanya pada Ceramah Perdana Angkatan Muda Keadilan sempena Kongres parti itu di sini, semalam.

"Inilah buktinya bagaimana rosaknya sistem negara kita.

"Sebab itu pertentangan antara Mahathir dan Abdullah seharusnya memperkukuhkan keyakinan kita bahawa barisan tenaga rakyat perlu untuk membela dan mempertahankan kepentingan kita, bukannya Mahathir yang melawan sekarang ini untuk membela kepentingan dirinya."
posted by jasindaily online @ 11:12 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com