Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
MALAYSIA- DI MANA SEEKOR BELALANG ADALAH SANG HELANG!!
Tuesday, September 05, 2006
Seorang pembaca MalaysiaKini dengan nama samaran 'Product of the system' telah menulis salah satu surat yang amat mengesankan pernah saya baca buat satu tempoh yang lama, bersempena dengan sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke 49. ianya bertajuk Kisah Merdeka Untuk Pak Lah dan Khairy.

Silalah baca dan benarkan hati anda dipulas oleh sistem kita yang tidak saksama dalam negara yang kaya dan melimpah ruah ini. Saya telah menyiarkan setiap perkataan dari surat itu seperti berikut:

Untuk Khairy

Seorang pekerja Dewan Bandaraya berusia 46 tahun telah dimasukkan ke hospital kerana penyakit kelemahan badan menyeluruh yang progresif serta berkait pula dengan radang kulit yang teruk. Dek kerana tidak mampu untuk menelan walaupun air liurnya sendiri, pemberian makanan melalui tiub telah dimulakan dengan susu formula nutrisi lengkap. Sedang penyiasatan makmal dijalankan bagi mengenal pasti penyakitnya, si malang ini telah dijangkiti radang paru-paru jangkitan -hospital yang telah merosakkan paru-parunya dengan teruk.

Oleh kerana kekurangan katil, pesakit itu terpaksa didiscaj awal walaupun beliau masih lemah dan tidak mampu menelan makanan. Suaminya telah diberitahu yang beliau perlu membeli sendiri susu nutrisi yang dianggarkan berharga RM60 satu tin yang tahan untuk kira-kira satu minggu.

Sebagai seorang kerani bawahan dalam perkhidmatan awam, beliau telah merayu ehsan supaya dibekali susu nutrisi itu dengan percuma kerana mereka sekeluarga sudah pun terhenyak dengan peningkatan kos hidup. Namun beliau telah dinasihati yang ia perlu menemui kebajikan masyarakat, satu proses permohonan yang akan mengambil masa yang panjang.

Dalam pada itu, mereka perlu juga pulang dengan tangan kosong. Dalam keadaan lemah tanpa kerusi roda, tercacat tetapi tidak lemah semangat, terlalu lemah walau untuk memasuki rumah sewaan yang serba sederhana, pesakit itu telah dihantar pulang tanpa satu-satunya sumber zat pemakanannya.

Untuk Pak Lah

Seorang ibu berusia 39 tahun beranak enam telah datang dengan radang paru-paru yang teruk sekunder kepada penyakit 'multiple sclerosis'. Lumpuh dari leher ke bawah, beliau telah menghidap kudis di kawasan pinggul Gred III (bed sore) ekoran keadaan kaku yang lama di atas tilam. Dadanya amat sukar mengembang kerana kelemahan diafram (otot yang memisahkan ruang paru-paru dan perut) namun mentalnya masih cerdas dan tajam.

Doktor yang menjaga beliau telah memulakan suntikan antibiotik namun dengan pantas mengumumkan 'DNR-do not resuscitate' dalam rekod pesakit serta di bingkai hujung katilnya. Bahasa mudahnya, intubasi saluran pernafasannya tidak perlu dicuba sekiranya keadaan beliau semakin parah. Satu alasan di sebalik kewarasan ini ialah kerana sebenarnya kita kekurangan ketara peralatan 'ventilator' (mesin pernafasan) di hospital. Ahli keluarganya telah dinasihati supaya membeli mesin oksigen berserta tilam khas untuk mencegah masalah kudis di pinggulnya.

Apabila disebut harga peralatan tersebut, suami pesakit yang merupakan seorang penjual gerai di tepi jalan, menunjukkan rasa terkejut kerana tidak ada jalan untuk mereka mampu membeli kesemua peralatan tadi. Rujukan kepada Jabatan Kebajikan telah dibuat, namun disebabkan 'tabungan terhad', rayuan mereka telah ditolak. Sebulan setengah kemudiannya, pesakit masih lagi tersadai di dalam wad- terlalu uzur untuk pulang ke rumah dan terlalu dhaif pula untuk bertambah baik.

Oleh kerana keletihan berterusan melawan penyakit yang mustahil sembuh dan terlalu lemah untuk menyatakan isi hatinya, pesakit itu menggagahi saki-baki tenaga yang ada dan merayu untuk di 'euthanised' (dimatikan dengan ehsan doktor), yang mana sekali pandang adalah tepat sebagaimana yang sedang kita lakukan- kerana kekurangan tabungan peruntukan dalam negara yang kaya minyak ini.

Saya tidak dapat bayangkan apa yang melintasi benak rakyat Malaysia tatkala Abdullah Ahmad Badawi mengisytiharkan kemakmuran dan keadilan kepada semua rakyat Malaysia setiap 31 Ogos. Kedapatan para keluarga yang terlalu miskin untuk menaiki bas dari hospital untuk kembali ke kampong mereka manakala ahli politik pula membentak di khalayak hanya kerana mereka hanya ditawarkan 'kereta yang tidak berguna' daripada Jabatan Kastam.

Sekolah khas untuk kanak-kanak istimewa berada dalam keadaan serba kekurangan lagi dhaif namun pemimpin feudal parti memerintah berasa RM490 juta untuk akademi sukan di luar negara adalah suatu yang perlu disegerakan. Para guru, pensyarah dan pekerja jagaan kesihatan kita dibebani lebihan kerja, kekurangan kakitangan dan rendah bayaran perkhidmatan mereka namun negara kita mempunyai RM600 juta setahun untuk menganjurkan kem musim panas ala Malaysia yang hebat yang dikenali sebagai Perkhidmatan Negara.

Walaupun para monyet dalam Umno bersilat, menghunuskan keris mereka sambil melaungkan jeritan semangat setiap tahun, para peragut terus menghunuskan pisau dan merompak kehidupan warga Malaysia yang tidak berdosa setiap hari. Kita telah melihat Pemuda Umno berbaris di atas jalan mendakwa sokongan kepada Hamas dan Hezbollah, namun tidak ada sekerat pun yang menjuarai pak cik-pak cik yang tersadai akibat angin ahmar dan juga penyakit barah.

Polis telah menahan pasangan yang berpegangan tangan di khalayak serta menghamput suara penentangan yang ikhlas tetapi 'menutup mata' tatkala panglima perang BN dengan sengaja tidak mempedulikan saman trafik mereka dan mengipas sentimen perkauman dan agama dalam media arus perdana.

Kerajaan BN mencurah jutaan RM untuk 'latihan-semula' graduan universiti yang menganggur setelah bertahun-tahun membasuh otak mereka dengan agenda Umno yang penuh khayalan dan kemudiannya mengharapkan mereka agar berguna dalam dunia yang sebenar. Kita mempunyai undang-undang yang menjadikan doktor Keluarga yang gigih bekerja sebagai penjenayah sementara pekerja imigeran yang tidak dikenakan cukai mengaut kekayaan tanah ini tanpa rasa takut ditangkap dan dihantar pulang. Warga tempatan kita terpaksa menunggu bagi ujian imbasan ultrasound selama berbulan sementara pekerja Projek M sambil lewa sahaja membayar RM20,000 untuk ujian angiogram.

Kebodohan serta sikap ketidakpedulian kepimpinan Umno dengan baiknya dicontohkan oleh cubaan Ketua Putera Umno untuk menjenamakan semula Mat Rempit, walhalnya ratusan dari mereka sudah pun tersadai dalam hospital kita dengan kepatahan tulang belakang dan kudung anggotanya, serta tidak terkira banyaknya yang mereput dengan senyap dalam kuburan masing-masing di Malaysia.

Kurangnya kepimpinan yang waras tidak pernah menjadi begitu menjolok mata seperti mana hari ini.'Di mana tiada helang, kata belalang, akulah helang'.

Tatkala semua bangsa Malaysia dari pelbagai warna kulit berhadapan setiap hari dengan ancaman cuaca yang menyesak nafas, jenayah kejam, penyalahgunaan dadah, HIV, kencing manis serta peningkatan kos sara hidup yang keterlaluan, kelihatannya hanya isu yang amat dibimbangi Umno ialah ancaman kaum Cina yang tidak pun wujud kepada kegilaan Ketuanan Melayunya.

Ketika saya duduk di sini berharap dapat melakukan lebih lagi untuk pesakit dan mendapat pendapatan yang lebih sebagai doktor kerajaan, sesuatu memberitahu saya yang seorang lelaki muda sebaya saya berharap untuk memperolehi lebih dari RM9.1 juta saham dan berharap untuk menjadi lebih dari seorang menantu Perdana Menteri.

Namun di satu tempat lain, saya teringat akan seorang wanita yang berharap agar dapat terus menyapu jalan-jalan yang kotor sekitar Kuala Lumpur seperti selalunya dan seorang lagi pula amat bersyukur hanya sekiranya beliau dapat bernafas sendiri tanpa bantuan mesin, walaupun udaranya kotor dan berjerubu.

Selamat Hari Kebangsaan ke-49, Saudara Pak Lah dan Khairy ...

Nota Kaki Penterjemah:

Walau siapa pun yang menulis artikel ini mempunyai hati dan nurani yang amat tajam dan peka atas apa yang sedang berlaku kepada rakyat marhaen dalam negara ini. Sepintas lalu beliau menyentuh masalah yang terhidang dalam wad di hospital itu sebenarnya adalah terjemahan ke dalam seluruh masyarakat kita hari ini. Di mana nasib mereka tidak lagi terbela sehinggakan Jabatan Kebajikan Masyarakat sudah pun menjadi alat memenangi pilihan raya sahaja.

Para pemimpin sudah menjadi seperti singa dan hyena yang berebutan peluang mengisi kantung. Segala yang molek di media dan dada akhbar hanyalah cakap-cakap politik sahaja- sekadar melepaskan kentut di kerusi menteri! Cuba bayangkan tabung penyakit kronik kununnya bernilai RM700 juta tetapi sehingga kini, masih kedapatan warga malang yang terpaksa menadah tempurung di dalam akhbar tanpa sebarang pembelaan!

Apa yang penulis sebutkan soal doktor keluarga yang terdedah kepada tuduhan jenayah sedangkan beliau seorang yang gigih menyentuh soal Akta Perubatan Swasta yang tetiba sahaja diwartakan sedangkan perbincangan dengan Badan yang mewakili mereka dibuat sambil lewa dan penuh dengan ugutan OSA. Keadaan perkhidmatan doktor swasta lebih sukar dan bahaya berbanding peragut dan penyeluk saku disebabkan pelbagai jerat dan perangkap perundangan yang disediakan di hadapan mereka.

Penswastaan hospital awam sedang menuju tarikh mulanya dengan pelancaran Skim Kesihatan Kebangsaan. Bebanan menanti masyarakat kelas bawahan dan menengah sektor swasta. Inilah Malaysia DarulBoleh legasi peninggalan Tun Kepala Taik Mahathir yang kian ligat berceramah membalun PakLah kununnya atas prihatin nasib bangsa dan negara. Ptuuiiiiihh.................
posted by jasindaily online @ 3:55 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com