DEMI MASA |
|
|
KES LINA JOY: HIDUP MATI NYAWA POLITIK PAK LAH |
Friday, September 01, 2006 |
Sekonyong-konyong tibalah khabar angin mengatakan Lina Joy telah berjaya memenangi kes murtadnya di dalam Mahkamah Persekutuan. Dia diberitakan menang kerana affidavitnya dijadikan asas penghakiman.
Antara lain, dia mengakui dalam affidavit tersebut bahawa dia tidak pernah mengamalkan ajaran Islam sejak lahir sehinggalah dia memeluk Kristian 8 tahun lalu. Berdasarkan hujah prejudis peguambela dan tekanan dari kuasa asing, maka tidaklah menghairankan andai kata keputusan mahkamah telah berpihak kepada Lina.
Tiba-tiba keputusan itu ditangguhkan seketika hingga ke waktu yang akan diberitahu kelak. Ada pihak mendakwa bahawa kerajaan telah campur tangan bagi memutar keputusan itu supaya berpihak kepada jabatan agama Islam dan kerajaan Malaysia sendiri. Ini dilakukan kerana Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi sedar impak kemenangan Lina Joy mampu mengancam karier politiknya selaku Perdana Menteri yang menjunjung penuh agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan Malaysia.
Si Jawa totok bernama Azlina Jailani atau Lina Joy sememangnya mampu mengkucar-kacirkan senario politik negara yang mula sejuk sejak akhir-akhir ini. Dia mempunyai agenda tersendiri iaitu berperanan sebagai perintis gejala murtad secara besar-besaran di Malaysia. Sekiranya Pak Lah tersilap langkah dalam menangani kes yang amat sensitif ini, maka sudah tentu rakyat beragama Islam tanpa mengira mazhab politik akan bangkit mengtong-sampahkan beliau dan United Malay National Organisations dalam pilihan raya mendatang.
Kita tidak mahu kes Natrah berulang kembali. Hanya kefahaman Islam yang asas sahaja yang tinggal di dada orang Melayu sekarang. Semoga Islam akan terus diberkati di negara Malaysia. Buat mereka yang berlainan agama, saya ingin berpesan sesungguhnya kami tidak pernah mengganggu rumah tangga agama anda jadi sila hormati agama kami. Jika hendak dianjurkan juga perbincangan mengenai artikel 11 jangan lupa menjemput semua pertubuhan Islam, mufti-mufti dan pemimpin politik Islam supaya diskusi itu menjadi lebih adil dan berniat baik. |
posted by jasindaily online @ 11:18 PM |
|
|
|
DPPKJASIN |
Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
|
CORETAN YANG LALU |
|
ARKIB JASNIDAILY |
|
POWERED BY |
|
|