Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
UNDURLAH PAK LAH!!
Tuesday, September 05, 2006
Tidak banyak gambaran yang boleh dijadikan perbandingan kepada wajah seorang insan yang sedang tercungap-cungap seolah-olah dia akan hampir lemas. Gambaran yang lebih tragis ialah melihat seorang anak ’Mongoloid’ yang tersenyum sedangkan dia semakin lemas, tanpa menyedari bahaya melanda yang dia hampir dia tenggelam. Tidak ada riak takut-takut ataupun kehampaan; walaupun tidak lama kemudian dia akan kelihatan tidak bernyawa di dasar kolam.
Inilah wajah yang sedang dipaparkan oleh Perdana Metneri Abdulah, yang memang tidak jauh dari kenyataan. Dia memang sudah jauh terpesong tanpa menyedarinya. Dia masih mengekalkan sikap 'membisu' sambil mengukir senyum simpul seolah-olah menyuntik pertanyaan "Apa? Saya Rungsing?" persis Alfred Neumann dalam Majalah "MAD".

Dia memang semakin tenggelam. Cuma tidak menyedarinya lagi. Dia akan mengheret parti dan negaranya jatuh tersungkur bersama. Malangnya ini bukan dalam ruang lingkup budaya kita untuk mereka yang rapat dengannya memberikan ingatan betapa musibah yang akan melanda, apa lagi untuk menyelamatkan insan yang malang itu. Sebaliknya, mereka terus mahu melindungi beliau daripada hakikat yang sebenarnya, dan mengheret beliau ke dasar tasik musibah itu. Mereka lebih berminat menjaga kepentingan sendiri dari menyelamatkan beliau ataupun negara.

Undur lah, Pak Lah!" Step down, Pak Lah!" Selamatkan parti anda, bangsa dan negara yang anda kasihi daripada menanggug sengsara.

Tidak patut saya mencadangkan agar anda bukan sahaja menyelamatkan diri sendiri, orang-orang yang and kasihi dan yang rapat dengan anda. Saya tidak patut menyatakannya.

Keputusan Yang Tepat, Alasan Yang Tepat dan Menepati masanya..

Kalau beliau berundur sekarang, Abdullah akan membuat satu keputusan yang betul pada ketika dan masa yang tepat dan kerana alasan yang betul, Ini merupakan sesuatu yang sudah lama diketepikannya sejak beliau menjadi Perdana Menteri.

Inilah masa yang sesuai untuk beliau mengumumkan peletakan jawatannya, berkuatkuasa sejurus terpilihnya seorang pemimpin baru untuk memimpin UMNO semasa persidangan tahunan UMNO pada November nanti.. Tindakan itu akan menyelamatkan parti beliau dan negara daripada ketandusan pucuk kepimpinan disebabkan perbalahannya. Dengan munculnya Ramadan, akan ada hanya beberapa minggu sahaja untuk anggota parti menumpukan perhatian kepada pemilihan pemimpin mereka. Kesucian Ramadan akan mempengaruhi umat Islam bersabar dan tidak melibatkan diri dalam politik wang yang selama ini mengotorkan UMNO. Sekurang-kurangnya ini akan membantu menentukan pilihan raya yang bersih.

Seandainya Abdullah berdegil untuk terus bergayut kepada puncak kuasa, yakinilah bahawa parti dan negara akan terjebak dalam pertelingkahan pucuk kepimpinannya. Lupakanlah Rancangan Malaysia Ke- Sembilan, pertumbuhan ekonomi ataupun ketenteraman negara secara biasa. Abdullah, partinya UMNO, orang Melayu dan Malaysia akan bergolak secara tidak menentu sehingga mencapai kemuncak kemusnahan dalam proses itu.

Sikap bergayut kepada kuasa akan menjadikan beliau begitu tertekan dan lebih dari apa yang dihadapinya sekarang. Semoga beliau akan jauhkan kita daripada penderitaan ini juga.

Saya yakin semua anggota UMNO akan secara kolektifnya mampu memilih pengganti Abdullah dengan bijak. Mereka telah melalui amalan ini banyak kali sebelum ini. Semasa Dato Onn meninggalkan parti secara tergesa-gesa, kecewa apabila anggota UMNO menolak cadangannya, ahli-ahli UMNO telah menunjukkan kebijaksanaan memilih seorang pegawai perkhidmatan awam yang tidak dikenali, Tunku Abdul Rahman Putra, sebagai pengganti. Itu merupakan satu pilihan yang paling bijak kerana inilah insan yang kemudiannya memimpin negara ke ambang kemerdekaan. Sebagai perbandingan, ketokohan Dato Onn yang berkarisma, pintar dan berani tidak dapat menampan pengaruh cengkaman penjajah yang amat palsu.

Begitulah juga kemudiannya ketika Tunku sedang menikmati begitu banyak nikmat yang mewarnai "seorang Perdana Menteri yang paling ceria di dunia", negara dirundung malang sekali lagi, dan sekali lagi anggota UMNO bertindak bijak. Wujudnya surat layang yang begitu termasyhur kepada Tunku hasil karya Dr. Mahathir mungkin menjadi penggeraknya tetapi tidak semestinya itulah sentimennya.

Namun demikian, UMNO hari ini jauh berbeza daripada UMNO yang asal dahulu, kerana sudah begitu korup hingga ke tulang sumsumnya. Parti semakin mereput apabila Anwar Ibrahim memperkenalkan pelbagai bentuk berkempen yang ‘moden’ dan 'politik wang'. Hanya melalui korupsi yang menyeluruh dan sogokan rasuah, yang direlakan oleh pemimpin kanan parti, makanya Anwar Ibrahim berjaya mengalahkan Ghafar Baba daripada jawatan Timbalan Presiden dan sekali gus hilang pengaruhnya sebagai Timbalan Perdana Menteri. Namun, sebagai umat Islam kita percaya betapa Allah maha berkuasa dan tidak ada sesuatu yang boleh berlaku tanpa restuNya.

Hari ini, politik wang sudah berdarah daging, sehinggakan tidak ada gunanya lagi kita mengharapkan UMNO berkeupayaan untuk membuat sesuatu pertimbangan yang bijaksana, tanpa adanya wang dan pengaruh yang mencerna. Bayangkanlah kalau dalam persidangan tahun lalu kalau dua jawatan teratas parti tidak disekat daripada dipertandingkan. Bayangkan apa jadi dalam persinggitan untuk jawatan ini yang mungkin melibatkan wang politik seandainya jabatan itu masih kosong dan perlu dipertandingkan.

Memang ada alasan untuk menyandarkan harapan agar kali ini akan ada perbezaannya seandainya Abdullah memilih untuk berundur sekarang. Dengan kesucian Ramadan dan hari Raya serta notis kesuntukan masa, tidak perlu masa untuk berkempen lama-lama. Tentunya tidak ada masa untuk pergolakan intrig dan rasuah. Kerana persekongkolan mengambil masa dan begitu juga dalam usaha menikam dari belakang. Mungkin juga inilah satu-satunya peluang untuk parti mewujudkan satu pilihanraya yang bersih, dan memberi peluang kepada ahli-ahlinya menyerlahkan kebijaksanaan secara kolektif. Ini juga mungkin merupakan satu-satunya peluang parti untuk membersihkan pucuk kepimpinannya dan juga parti itu sendiri.

Seandainya Abdullah tidak mengambil peluang ini dan sebaliknya masih membiarkan diri dirasuk pujukan para penjiilatnya percayalah nanti betapa parti dan negara ini akan bergelora sehinggalah beliau benar-benar sudah tiada. Ini bukannya satu pertanda baik untuk dirinya, parti dan negara ini.

Berbeza dengan persepsi Abdullah, Mahathir bukanlah masalahnya. Membuatkan beliau diam membisu tidak akan menyelesaikan masalah yang ada. Mahathir memang mendapat perhatian sesiapa yang mendengar bukan disebabkan beliau adalah bekas Perdana Menteri (ataupun itu adalah satu faktor) tetapi sesungguhnya isu yang beliau bangkitkan bergema dan menjentik naluri keinginan rakyat untuk mengetahui jawapannya.

Merungkai Legasi Mahathir

Kalau Abdullah memang bersungguh-sungguh mahu merungkaikan legasi Mahathir, seperti yang biasa disebut-sebut oleh ramai orang, maka berundur sekarang adalah cara terbaik sekali. Abdullah akan mematahkan secara berkesannya tradisi haprak UMNO di mana dua jawatan teratas tidak dipertandingkan. Andaian ini dibuat sekiranya Najib akan bertanding untuk mengisi jawatan teratas seandainya Abdullah berundur dan sekali gus melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Presiden UMNO. Tidak ada pertanda yang dia tidak akan berbuat demikian.

Hanya baru dua tahun yang lalu apabila Abdullah menerima mandat yang menyeluruh daripada rakyat jelata. Setakat ini belum ada lagi kesilapan besar Abdullah yang menjadi asas untuk rakyat meminta beliau berundur. Sebaliknya dia telah melaksanakan segelintir tugasan yang betul sahaja, bererti saya bersetuju dengan segala keputusan itu.

Inilah masalah Abdullah sebenarnya. Walaupun dia jarang-jarang melakukan perkara yang betul seperti mengurangkan bajet defisit, membatalkan pembinaan jambatan bengkok yang tidak berguna, dan mengurangkan subsidi petrol, masa beliau melaksanakannya ternyata tidak tepat dan alasannya itu yang ternyata tidak wajar.

Memang memeritkan kalau kita melihat para menteri beliau dan kaki ampu yang cuba mempertahankan tindakan Abdullah membatalkan pembinaan jambatan itu . Akan tetapi waktu mendedahkan bayaran denda dan pampasan yang mungkin lebih besar daripada kos membina jambatan adalah sesuatu yang tidak masuk akal!,

Apabila diulang kembali mandat besar yang diperolehi oleh Abdullah pada 2004 dahulu, adalah lebih baik tidak dihiraukan sangat fenomena itu. Memang sudah menjadi amalan rakyat Malaysia begitu bermurah hati dan sedia mengampunkan para pemimpin mereka sekurang-kurangnya untuk kali pertama. Semasa Tunku Abdul Rahman menggantikan Datuk Onn, Parti Perikatan pimpinan Tunku telah menyapu 51 kerusi dan memberikan hanya satu kerusi kepada parti pembangkang. Datuk Onn hanya mampu memenangi satu kerusi yang terlepas daripada genggaman Perikatan.

Ini tidak bermakna rakyat Malaysia mudah lupa ataupun tidak bersyukur kepada Datuk Onn di atas khidmat cemerlang beliau melahirkan UMNO dan menyelamatkan negara daripada menjadi boneka (Inggeris). Sebenarnya, rakyat Malaysia amat suka memberi pemimpin baru satu peluang untuk memulakan tugasannya.

Melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri adalah satu tradisi di Malaysia. Ini adalah satu kegemilangan Malaysia. Tunku pernah melepaskan jawatannya untuk sementara bagi menumpukan usaha berkempen pada 1959. Sedekad kemudian, Tunku telah lalai untuk memahami isyarat yang diberikan oleh orang Melayu dan bolehlah dikatakan telah dipinggir untuk melepaskan jawatannya secara aman pada 1970. Hussein pun melepaskannya secara terhormat pada 1981, tanpa perlu dipaksa-paksa apabila menyedari dia sudah tidak bertenaga.

Memecut masa kita ke depan hingga hari ini, Hussein Onn masih diingati dengan kenangan manis walaupun singkat sahaja tempoh perkhimatannya. Sebagai perbandingan, semasa sambutan kemerdekaan yang ke-49 baru-baru ini, tidak ramai yang mengingati kepimpinan bersejarah Tunku dalam mencapai kemerdekaan negara.

Mahathir sudah bercakap dengan lantang betapa dia menyesal melantik Abdullah sebagai penggantinya. Perkara ini sudah tidak relevan. Dengan berundur sekarang dan sekali gus membuka seluas-luasnya proses penamaan calon dengan membiarkan sesiapa sahaja turut serta tanpa perlu menerima pencalonan bahagian, Abdullah akan mengurangkan pengaruh politik wang dan membantu dalam pemilihan calon yang terbaik. Biarlah akar umbi membuat keputusan siapa yang mereka anggap sebagai calon yang serius dan berwibawa. Kalau Abdullah berundur sekarang, beliau akan menentukan bahawa generasi pemimpin akan datang akan benar-benar merupakan pilihan para anggota parti. Inilah satu legasi yang tidak mampu ditandingi oleh Mahathir. Itulah juga satu-satu legasi yang berbaloi ditinggalkan untuk diwarisi.


Undurlah, Pak Lah!
posted by jasindaily online @ 3:52 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com