DEMI MASA |
|
|
HARAPAN BELANJAWAN |
Tuesday, September 05, 2006 |
Apakah harapan setiap orang bagi Bajet 2007?
Tidak perlu spekulasi mengenai bajet baru sedangkan anda mampu mendengarnya daripada sumbernya yang asal. Selepas bajet diumumkan, kebanyakan media dan pakar Malaysia akan mengatakan ia adalah bajet "untuk rakyat".
Satu lagi bajet "untuk rakyat".
Tahun lepas, setengah daripada pertubuhan media dan pakar sebaliknya memilih untuk memanggil bajet lepas "untuk usahawan". Itu adalah kreativiti Malaysia untuk anda.
Sama ada ia bajet untuk "usahawan" atau bajet untuk untuk "rakyat", apakah bajet-bajet seperti "simpati" dan "bertimbang rasa" itu sudah berikan kepada anda? Adakah bebananan warga menjadi lebih ringan? Adakah nasib anda sebagai peniaga sudah pulih dan mendapat keuntungan yang lebih tinggi?
Hanya beberapa hari sebelum ini, penduduk Pulau Pinang beratur berderet-deret di hadapan pejabat Jabatan Imigresen untuk permohonan pasport. Mungkin orang lain akan ketawakan mereka, tetapi tiada yang sanggup berjemur di tengah terik panas matahari berbaris sepanjang hari.
Fikiran mereka tidak berbeza dengan anda atau saya. Mereka sudah hilang kepercayaan kepada "bajet rakyat". Bertukar menjadi pesimis, mereka berpegang kepada andaian yang biasa bahawa akan berlaku berbagai kenaikan sebelum bermulanya Bajet 2007 pada 1 Januari 2007. Tidak hairanlah, dengan hanya khabar angin mengenai kenaikan dalam yuran permohonan telah membuatkan ramai berbaris dalam cubaan mendapatkan permohonan pasport sebelum kenaikan tersebut dikuatkuasakan.
Dalam hati mereka, orang ramai akan berfikir kenaikan harga apakah dan kenaikan cukai apa yang akan berlaku lagi. Mereka tidak fikirkan mengenai pencegahan jangka panjang tetapi sudah berpuashati dengan langkah jangka pendek. Terdengar saja desas-desus kenaikan harga mana-mana barangan, mereka akan berkejar-kejar ke kedai mendapatkan bekalan barangan tersebut sebanyak mungkin untuk disimpan.
Jadi, janganlah teruskan sandiwara ini lagi mengenai "bajet untuk rakyat". Masa untuk berdepan dengan realiti situasi dan mula menimbangkan apakah yang sebenarnya rakyat perlukan.
Pertama, harga minyak kini ialah US$70 setong. Simpanan minyak negara hampir melimpah-limpah, dengan kira-kira 40% dari keuntungan kerajaan datang daripada penjualan minyak. Rakyat tidak mahu asyik membuat sumbangan setiap kali mereka ke stesen minyak. Mereka juga mahu menikmati sedikit daripada manfaat menjadi negara pengeluar minyak.
Keduanya, sejak sistem penilaian diri diperkenalkan, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sudah mengambil sebahagian besar daripada pendapatan pembayar cukai seperti jerung kelaparan. Pendapatan kerajaan daripada cukai sudah berganda sebanyak dua kali dari 28 bilion kepada 56 bilion.
Rakyat Malaysia terpaksa menghadapi kenaikan harga minyak, kenaikan harga berbagai barangan, bil elektrik yang tinggi dan kos sara hidup yang semakin tinggi. Jika bajet 2007 benar-benar "untuk rakyat", ia wajar mengambilkira bebanan-bebanan ini dan memperkenalkan langkah-langkah meringankannya. Jika tidak, dengan kenaikan harga dan kos tersebut, ia tidak boleh dikira sebagai "bajet untuk rakyat".
Tambahan itu, bajet yang lepas mengandungi banyak langkah yang menunjuk-nunjuk tetapi tidak praktikal. Bajet-bajet tersebut mempunyai berbagai insentif; masalahnya adalah semuanya tidak banyak memberi penyelesaian secara praktikal.
Sebagai contoh, bank-bank sepatutnya menyediakan pinjaman bagi perusahaan kecil dan sederhana, namun apabila usahawan tersebut pergi memohon untuk pinjaman, kakitangan di kaunter akan menolak mereka yang bukan bumiputera. Perkara yang sama berlaku bagi pinjaman yang ditawarkan untuk industri pertanian.
Masalah-masalah tersebut nampak pelik dengan kenyataan bahawa bajet-bajet adalah untuk "usahawan".
Buat ketika ini, semua yang anda dengar kalangan warganegara adalah suara tidak puashati, sementara apa yang anda lihat pada muka-muka ahli-ahli perniagaan ialah kekecewaan. Bajet baru mesti hadapi cabaran besar membawa manfaat sebenar dan memberikan setiap warga keyakinan mengenai masa depan, atau sekurang-kurangnya pada tahun hadapan. |
posted by jasindaily online @ 9:44 PM |
|
|
|
DPPKJASIN |
Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
|
CORETAN YANG LALU |
|
ARKIB JASNIDAILY |
|
POWERED BY |
|
|