DEMI MASA |
|
|
BERI PENGHORMATAN TERTINGGI KEPADA SEMUA PEJUANG |
Sunday, September 10, 2006 |
Parti Keadilan Rakyat (keADILan) mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Sultan dan Kerajaan negeri Perak kerana sedia membawa pulang jasad dua orang pahlawan penentang penjajahan Inggeris dari perkuburan di Singapura untuk dikebumikan di Perak dengan penuh hormat. keADILan akan menghantar rombongan untuk turut memberi penghormatan.
Tengku Menteri Ngah Ibrahim Long Jaafar dan Laksamana Muhammad Amin Alang Duakap dituduh oleh British terlibat dengan pembunuhan Residen British yang pertama di Perak, JWW Birch, di Pasir Salak, pada 2 November 1875.
Menurut tuduhan, Birch yang melambangkan penjajahan British, dibunuh oleh seorang lelaki Orang Asli bernama Si Putom, bersama-sama Datuk Maharaja Lela , mertuanya Pak Indut dan Datuk Sagor. Semua yang dituduh dihukum gantung di Matang pada tahun 1877.
Mereka ini merupakan pejuang-pejuang menentang penjajah Inggeris, yang cuba menguasai politik dan ekonomi negeri Perak. Ngah Ibrahim, Muhammad Amin beserta Sultan Abdullah dan Datuk Shahbandar Uda Maamor, yang dituduh terlibat juga, dibuang ke Pulau Seychelles.
Selepas 16 tahun Sultan Abdullah dibenarkan pulang ke Perak. Tetapi permohonan Ngah Ibrahim dan Muhammad Amin ditolak oleh British. Kemudian mereka dihantar ke Sarawak dan selepas itu ke Singapura, di mana mereka meninggal dunia. Nasib Uda Maamor tidak diketahui dan kuburnya tidak dijumpai sampai sekarang.
Penentangan pembesar-pembesar Melayu terhadap penjajahan Inggeris di Perak adalah sebahagian daripada sejarah gemilang penuh keberanian yang dilakukan oleh pembesar dan rakyat di seluruh Semenanjung, terutama di Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor dan Naning, dari suku akhir abad ke-19 membawa ke suku awal abad ke-20.
Di antara pejuang-pejuang yang terkenal ialah Datuk Bahaman, Datuk Gajah dan Mat Kilau (di Pahang), Tok Janggut (di Kelantan), Datuk Naning (di Naning), Abdul Rahman Limbong (di Terengganu) dan ramai lagi.
Keberanian mereka menjelmakan semangat keberanian Hang Jebat menentang raja. Perjuangan mereka melanjutkan perjuangan Datuk Paduka Raja serta rakyat Melaka menentang serangan penjajanh Portugis pada 1511.
Seterusnya, keberanian serta perjuangan mereka menentang penjajahan Inggeris disambung pula oleh tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan tulen untuk tanah air, seperti Ahmad Boestamam, Dr Burhanuddin El-Helmy, Ishak Hj Mohammad, Abdullah Cek Dat, Shamsiah Fakeh dll.
Sesuai dengan ini, keADILan menyeru supaya Kerajaan segera memberikan pengikirafan dan setinggi-tinggi penghormatan kepada semua pejuang dan pahlawan.
keADILan dengan gandingan pimpinan Anwar Ibrahim serta Dr Wan Azizah Ismail akan berusaha melanjutkan tradisi perjuangan berani serta progresif yang berterusan selama ini.
Dr Syed Husin Ali Timbalan Presiden keADILan 7 September 2006 |
posted by jasindaily online @ 4:27 PM |
|
|
|
DPPKJASIN |
Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
|
CORETAN YANG LALU |
|
ARKIB JASNIDAILY |
|
POWERED BY |
|
|