Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
SAH UMNO DIPIMPIN OLEH SYAITAN
Sunday, September 10, 2006
Assalamu'alaikum wm.wrt.,

Perkataan syaitan ini dipopularkan oleh Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi ketika beliau berucap di Terengganu merujuk kepada orang yang suka mengkritik dan menghentam kerajaan di bawah pimpinannya. Orang yang dimaksudkannya ialah Dr. Mahathir Mohamad, bekas PM ke-4 dan bekas Presiden UMNO.

Kini, bekas PM itu tercungap-cungap berusaha meraih undi daripada 480 para perwakilan bahagian Kubang Pasu yang beliau pimpin berpuluh tahun lamanya untuk dipilih sebagai perwakilan ke Perhimpunan Agung UMNO pada 3 November 2006 nanti.

Berbagai usaha dijalankan oleh pihak Abdullah bagi menghalang Mahathir dipilih sebagai perwakilan pada 9 September, hari Sabtu ini. Pihak Abdullah terpaksa menggunakan pelbagai taktik termasuk menggunakan jentera-jentera kerajaan seperti yang selalu mereka lakukan dalam setiap kali pilihan raya, pegawai-pegawai KDN yang didatangkan khas berkampung di Kubang Pasu bagi melakukan sabotaj, BTN, pelajar universiti dan tidak ketinggalan juga GPMS yang dipimpin oleh Reezal Merican Naina Merican, Setiausaha Politik Abdullah sendiri.

Reezal seorang mamak khutty bakal menjadi perosak masa depan bangsa Melayu dalam bidang pendidikan. Reezal seorang yang tidak bermoral dan kaki perempuan. Beliau pernah ada hubungan dengan seorang artis yang juga seorang model dan kini mereka sudah bercerai bernama Syarifah Nurazleenda Syed Abu Bakar atau Lynn. Reezal berkahwin dengan perempuan ini pada Mac 2005 dan bercerai pada 19 Februari 2006 lalu.

Inilah kerja-kerja yang sering dilakukan oleh syaitan menghalang orang untuk membuat kebaikan. Mahu berkuasa buat selama-lama. Hendak dapatkan kuasa sanggup buat apa sahaja tanpa mempedulikan hukum halal dan haram asalkan hajat tercapai. Menyeru manusia ke jalan yang sesat. Semenjak Abdullah mengambil alih kuasa, tidak ada sebarang kemajuan yang dibawanya untuk rakyat dan Negara dari semua sektor. Rakyat dan Negara ini akan menemui kehancuran disebabkan ianya diuruskan oleh syaitan-syaitan yang gilakan kuasa, kedudukan dan kemewahan.

Atas kesedaran inilah, Mahathir cuba bangkit semula untuk membetulkan keadaan supaya kembali seperti sedia kala. Abdullah hanya pandai berpuisi dan bersajak, pemerintahannya paling lemah dan kelihatan tidak bermaya untuk menguruskan Negara. Negara yang menghadapi berbagai masalah dalaman dan luaran. Negara ini hampir kuasai [rakyat cepat sedar] oleh pihak luar yang menggunakan strategi Israel untuk menguasai ekonomi dan politik dalam sebuah Negara melalui ikatan kekeluargaan dengan pihak pemimpin yang berkuasa.

Jadi, perang yang meletus sekarang ini [dalam UMNO] ialah perang yang dilakukan oleh syaitan yang menyamar sebagai manusia ke atas manusia-manusia yang beriman yang mahukan kebenaran dan haq. Kerja-kerja syaitan [dalam UMNO] mahu mengekalkan perkara-perkara mungkar yang bertentangan dengan agama, nilai-nilai hidup yang mulia [hidup bersih tanpa rasuah, tanpa menyalahgunakan kuasa dan pecah amanah] dan bertamadun. Ini merupakan satu bukti bahawa UMNO itu dipimpin oleh orang yang bersifat syaitan senantiasa menyeru orang melakukan kejahatan, meninggalkan kebaikan, mementingkan diri sendiri, lupakan mati dan ingatkan keindahan dunia.

Bukti kedua, menunjukkan UMNO itu dipimpin oleh syaitan berupa manusia ialah berdasarkan laporan yang dikeluarkan Jabatan Audit Negara tahun 2005 menyebut bahawa Wang Dana Khas disalurkan kepada kerajaan negeri untuk membiayai program untuk golongan miskin tetapi sebahagiannya telah dibelanjakan untuk tujuan yang tidak berkaitan dengan program tersebut, seperti mengubahsuai kediaman rasmi Menteri Besar dan membeli peralatan penggambaran untuk krew stesen swasta NTV7.

Hal seumpama ini telah berlaku sebelum ini yang mana wang rakyat termiskin melalui program PPRT telah disalahgunakan oleh Annuar Musa, ketika itu beliau sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar, peruntukan untuk orang miskin telah digunakan oleh orang kaya untuk membuat pelaburan yang merugikan rakyat termiskin yang ternanti-nanti bantuan, tetapi dikebas oleh orang-orang kaya yang tidak ada hati perut. Jadi, sesuailah mereka ini disebut sebagai syaitan seperti yang Abdullah katakan itu.

Dalam laporan tersebut banyak negeri yang terlibat seperti Pahang, Perlis, Terengganu dan Negeri Sembilan, tetapi tidaklah sehebat negeri Kedah. Saya ambil laporan tersebut mengenai negeri Kedah yang dipetik daripada Malaysiakini.com http://www.malaysiakini.com/news/56379 . Menurut laporan itu lagi, Kedah diperuntukkan RM40 juta dana khas bagi tempoh 2003 hingga 2005. Selain memasang papan iklan, kerajaan negeri membelanjakan RM701,222 daripada dana itu untuk membeli label pin untuk orang kenamaan, topi, pakaian untuk pasukan kawat Ahli Dewan Undangan Negeri sempena Hari Kemerdekaan. Wang itu juga digunakan untuk bayaran membekal permaidani dan ‘timber blind’ untuk kegunaan Pejabat Menteri Besar; peralatan penggambaran untuk krew NTV7. Perbelanjaan tersebut dibuat atas arahan Menteri Besar Kedah.

Dana itu juga digunakan untuk membiayai tuisyen Puteri UMNO di Pusat Tuisyen anjuran Puteri Umno Sungai Petani sebanyak RM110,000 hanya berdasarkan kepada kertas kerja cadangannya. Sepatutnya, tegas laporan tersebut, pembayaran tersebut dibuat berdasarkan bil tuntutan bulanan daripada tenaga pengajar kelas tuisyen.

Lagi, 700 komputer bernilai RM2.10 juta turut dibeli dengan dana itu pada 2004 untuk diagihkan kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) di seluruh Kedah tanpa memanggil tender. Di samping itu, RM190,374 dibelanjakan, antaranya untuk bayaran iklan ucapan tahniah di akhbar, penginapan dan peralatan pejabat, yang dibuat tanpa mendapat kelulusan pihak Perbendaharaan terlebih dahulu. Kerajaan Negeri Kedah juga, katanya, telah membelanjakan dana itu untuk membeli peralatan penggambaran untuk krew stesen swasta NTV7.

Seterusnya lihat intisari laporan Ketua Audit Negara 2005 yang dipetik dan dibentangkan di Parlimen daripada Malaysiakini.com :
http://www.malaysiakini.com/news/56391

Jadi, kalau beginilah keadaannya, maka tidak menjadi satu kesalahan kalau kita menyambut kata-kata Abdullah sebahagian besar pemimpin-pemimpin UMNO adalah terdiri daripada syaitan-syaitan yang menyerupai manusia. Sekiranya, ia manusia yang beraqal lagi beriman kepada Allah s.w.t., maka perbuatan sebegini keji dan terkutuk tidak tergamak untuk dilakukan oleh pemimpin kerana wang dana tersebut diperuntukkan untuk pembangunan orang-orang miskin, tetapi sebaliknya wang itu digunakan untuk pembelian yang membazir dan orang miskin terus miskin.

Paling keji wahai pemimpin-pemimpin UMNO. Sahlah golongan kamu adalah golongan syaitan dan jin yang tidak jemu-jemu membuat kerosakan di bumi, di lautan dan di kalangan kamu sendiri.

Ya, Allah, ya Tuhan kami, hapuskan golongan ini daripada muka bumi Engkau Ya Allah. Mereka bertindak zalim dan rakus dalam mencari kemewahan dunia dan mereka tidak takut mati dengan menindas golongan miskin yang tidak berdaya. Tunaikan permohonan daripada orang-orang yang dizalimi ini.

Amin.

"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA"
"PROTES SAMPAI TURUN"
posted by jasindaily online @ 4:29 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com