Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
PROFESOR AS DAKWA 9/11 KERJA ORANG ISLAM
Monday, September 11, 2006
WASHINGTON :Tujuh puluh lima orang ahli akademik telah mengejutkan Amerika dengan mendakwa serangan pengganas 9/11 dahulu telah dirancang oleh tukang canang perang di Rumah Putih. Para professor dan ahli sains percaya bahawa serangan di New York dan Washington adalah kerja orang dalam, yang dilaksanakan untuk mewajarkan penaklukan dan pencerobohan Negara-negara yang kaya dengan minyak. Dakwaan ini telah mencetuskan kemarahan di AS menjelang ulang tahun kelima pada hari Isnin, akan peristiwa 9/11 yang mengorbankan 3,000 nyawa.

Para akademik itu menggelarkan diri mereka sebagai "9/11Scholar. For Truth" berkata fakta siasatan mereka tidak boleh diketepikan dan mereka memiliki bahan bukti yang sungguh banyak yang menunjukkan wujudnya persekongkolan raksasa pernah mereka lihat. Melalui beberapa esei dan artikel, 75 orang pakar daripada universiti merata AS telah menulis pelbagai bukti betapa wujudnya pelbagai teori konspirasi yang telah berlegar di internet sejak 2001.

Salah seorang anggota kumpulan itu, Professor Steven Jones, yang mengajar physics di Brigham Young Universiti di Provo, Utah, berkata: "Kami tidak percaya bahawa 19 orang penculik dan beberapa orang lain dalam sebuah gua di Afghanistan mampu bertindak sendirian. Kami mencabar teori rasmi kerajaan dan dengan nama Allah, kami akan menyiasatnya sehingga ke dasar kebenaran."

Para akademik itu percaya sekumpulan neo-konservatif AS bernama "the Project for a New American Century" yang begitu taksub dengan menguasai dunia, telah merancang serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia, dan Pentagon sebagai satu alasan untuk menyerang Afghanistan, Iraq dan kemudiannya Iran.

Professor Jones berkata adalah tidak masuk akal Menara Kembar itu boleh jatuh mengikut cara yang berlaku disebabkan serangan dua buah pesawat terbang.

Beliau berkata minyak jet tidak terbakar pada suhu tinggi untuk mencairkan besi keluli yang menjadi tiang bangunan dan beliau juga mendakwa bahawa kepulan asap yang keluar ke atas semasa bangunan itu runtuh adalah pertanda bahawa ledakan dibuat secara terkawal untuk menjatuhkan bangunan.

Suruhanjaya 9/11 telah menolak pelbagai teori konspirasi selepas selesai membuat siasatan mengenai serangan ganas itu tetapi para akademik sedang mendesak agar Kongres membuka siasatan itu semula. Pemeriksaan struktur menara itu adalah bertujuan untuk membuktikan betapa ia lemah daripada kesan barangan yang terkoyak menyebabkan tiang besi melengkung kerana panas dan kemudiannya runtuh.


Christopher Pyle, professor Undang-undang Perlembagaan di Mount Holyoake College, Massachusetts, menolak dakwaan orang akademik dengan berkata: "Untuk memasang bom di tiga buah bangunan? Itu satu projek besar yang memerlukan ramai manusia, macam mana boleh simpan rahsia?":

"Setiap kali berlaku krisis besar, kita akan berdepan dengan tukang teori konspirasi yang mengutarakan pelbagai senario untuk mengabui orang. Ini memang membuang masa sahaja."
posted by jasindaily online @ 5:58 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com