DEMI MASA |
|
|
MENGHALALKAN LUMBA HARAM BUKAN PENYELESAIAN |
Sunday, September 10, 2006 |
Pemuda Umno baru-baru ini mencadangkan lumba haram ditukar menjadi tarikan pelancong. Mereka percaya bahawa Mat Rempit (pelumba haram) yang mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti seperti itu adalah pelumba yang 'natural', dan aksi stunt yang mereka lakukan boleh menjadi tarikan pelancong.
Malah Pemuda Umno telah cadangkan beberapa jalan raya ditutup pada masa-masa tertentu bagi membolehkan pelumba-pelumba haram ini memuaskan keghairan mereka. Mereka memberi alasan bahawa jika jalan-jalan ditutup untuk Pasar Malam, ia juga tidak salah jika jalan-jalan ditutup untuk kegiatan lumba haram.
Mereka juga berpandangan bahawa ia tidak berkesan untuk mengadakan aktiviti seperti itu jauh di Sepang atau Batu Tiga, kerana jaraknya akan menghalang penonton-penonton berkumpul.
Cadangan Pemuda Umno wajar dipertimbangkan. Bagaimanapun, ada perbezaan antara menutup jalan untuk Pasar Malam dan menutup jalan untuk perlumbaan. Kedua-duanya adalah aktiviti yang berbeza dan dengan itu, mesti diurus dengan cara yang berlainan.
Pendekatan Pemuda Umno terhadap perlumbaan jalan raya ialah ia satu aktiviti rekreasi untuk anak-anak muda. Idea bahawa perlumbaan jalan raya tidak salah selagi ia diadakan pada masa dan tempat yang sesuai, seolah-olah menawarkan peluang penyelesaian yang lebih baik daripada taktik keras yang digunakan oleh polis. Bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang perlu ditangani dengan betul, ia akan menghantar mesej yang salah dan menyebabkan pelumba-pelumba berfikir bahawa segala yang mereka lakukan dibenarkan.
Bunyi yang disebabkan oleh perlumbaan jalan raya akan mengganggu ketenteraman kejiranan dan kehidupan penduduk. Ini merupakan sebab mengapa penduduk benci perlumbaan jalan raya. Sebelum memutuskan jalan mana untuk ditutup untuk perlumbaan, pihak berkuasa wajar mengambilkira kesannya terhadap kawasan tempat tinggal, aktiviti-aktiviti perniagaan, dan keadaan lalulintas di kawasan tersebut. Ini bermakna, mereka mesti pastikan bahawa lokasi yang dipilih terasing, dan ia alasan mengapa mereka mahu buka litar perlumbaan kepada pelumba jalan raya. Pertama, ia jauh dari kawasan perumahan; kedua, ia selamat.
Menurut kajian-kajian, majoriti pelumba adalah pekerja-pekerja yang mendapat gaji kira-kira RM1200 sebulan. Terdapat juga mereka yang berhenti sekolah, sementara yang lain menganggur. Mereka tiada minat atau hobi lain. Bagi mereka, berlumba di jalan raya ialah cara lari dari tekanan dan ujian yang dihadapi dalam kehidupan setiap hari. Ia membantu membina jatidiri mereka dan memuaskan mentaliti memuja idola mereka. Mereka juga melihatnya sebagai cara untuk menjadi lain dari yang lain dan memberontak terhadap dunia.
Bagi mereka, lumba haram ialah cara mewujudkan hubungan dengan lain-lain yang seperti mereka, peluang mendapat kawan dengan mereka yang kongsi minat yang sama dan memahami masalah yang mereka hadapi. Ini merupakan suatu yang mereka dapati sukar untuk lakukan dalam kehidupan harian mereka.
Ia tidak praktikal untuk mengharap pelumba-pelumba haram yang liar dan bebas ini untuk mengamalkan disiplin. Mungkin lebih baik untuk bergantung kepada organisasi penguatkuasa yang lebih berkesan. Terdapat kalangan mereka yang berpegang teguh kepada kod etika yang menekankan sikap menghormati, menjaga kehormatan dan disiplin. Mereka benci tindakan pelumba lain yang berjudi, mengambil dadah dan melanggar peraturan lalulintas.
Pemuda Umno patut pertimbangkan untuk bekerjasama dengan pelumba-pelumba yang berdisiplin tersebut bagi menganjur dan menguruskan perlumbaan-perlumbaan hujung minggu di bawah keadaan yang selamat. Ini akan mengurangkan bilangan kemalangan dan membantu memastikan mereka yang tidak bersalah tidak terlibat.
Bagaimanapun, pelumba-pelumba lain mungkin tidak mampu berpegang kepada piawaian dan disiplin yang tinggi, diperlukan untuk perlumbaan. Mereka hanya memasukkinya untuk alami aliran deras adrenaline, dan kurang disiplin atau kemahiran untuk masuk perlumbaan amatur. Pemuda Umno patut bekerjasama dengan pihak-pihak yang terlibat untuk membuat perancangan jangka pendek, pertengahan dan panjang bagi mempromosi dan mengawal aktiviti-aktiviti perlumbaan.
Penganjur-penganjur acara-acara seperti itu mesti mengikut piawaian keselamatan. Ia sangat baik jika sebuah syarikat insuran sanggup menawarkan insuran bagi acara tersebut. Langkah-langkah mencegah kemalangan dan tindak balas, dan juga pertanggungjawaban bagi apa-apa yang berlaku, mesti ditentukan. Begitu juga, langkah-langkah mesti diambil untuk menghentikan dan mencegah pertaruhan/perjudian dari merosakkan aktiviti-aktiviti seperti itu.
Pemuda Umno patut bekerjasama dengan organisasi yang berpengalaman dalam acara perlumbaan, untuk merangka peraturan profesional untuk perlumbaan jalan raya. Perlu wujudkan aktiviti perlumbaan yang selamat, dan mengikut citarasa pelumba muda. Dengan menutup beberapa jalan raya tidak akan menyelesaikan masalah. Mereka perlu bekerjasama dengan penganjur-penganjur litar Sepang dan Formula One. |
posted by jasindaily online @ 4:36 PM |
|
|
|
DPPKJASIN |
Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
|
CORETAN YANG LALU |
|
ARKIB JASNIDAILY |
|
POWERED BY |
|
|