Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
PERATURAN YANG MENGARUT
Tuesday, September 12, 2006
Semalam dikhabarkan bahawa satu keputusan akan dibuat Kabinet dalam mewajibkan pembeli motorsikal membeli kenderaan itu bersekali dengan topi keledarnya. Ini dikenakan ke atas sesiapa sahaja yang membeli motorsikal tidak kiralah sama ada beliau sudah pun mempunyai topi keledar atau pun tidak! Tak kisahlah sebelum ini bakal pembeli yang sudah pun mempunyai sebuah topi keledar bermutu tinggi, ia tetap juga mesti membeli topi keledar itu sebagai satu pakej!

Keputusan atau cadangan mengarut sebegitu bukanlah asing di bumi Malaysia Boleh ini. Apatah lagi jika termuntah keluar dari mulut sang Menteri sendiri. Ide dan cakap mengarut sebegitu memang merupakan satu tradisi mahupun jati diri seorang menteri. Apa sahaja yang boleh menjana wang bagi pihak peniaga yang menjadi pelobi kuat di belakang mereka mudah sahaja bertukar menjadi satu undang-undang walaupun ianya suatu yang tidak masuk akal mahupun lucu.

Ianya hanyalah bertitik tolak dari kadar kemalangan maut serta cedera parah di jalan raya yang dimonopoli oleh penunggang dan pembonceng motorsikal. Dikatakan ianya berpunca dari mangsa yang tidak memakai topi keledar. Anehnya, saban hari kita melihat setiap penunggang motorsikal senantiasa sahaja memakai topi keledar apabila menunggang di jalan raya! Lalu di manakah kewajaran peraturan yang akan dibincangkan di Parlimen itu? Mengapa soal pemakaian topi keledar yang bukanlah punca sebenar kemalangan itu ditekankan, bukannya keadaan jalan raya, duduk letak papan tanda mahupun disiplin pemanduan digalakkan? Apakah tidak mungkin seperti yang kita nyatakan di atas tadi menjadi punca ia mahu dikuatkuasakan?

Sebagai rakyat kita patut bertanya, apakah mereka baru mahu membincang secara serius atau untuk mengecop ‘rubber stamp’ nya sahaja? Apa wajarnya bagi orang yang sudah pun mempunyai topi keledar diwajib membeli lagi topi? Untuk digunakan ketika berjalan kakikah bagi mengelak kecederaan oleh jenayah ragut?? Hehe....

Begitulah jadinya apabila kuasa penggubal undang-undang diberi secara mutlak kepada kerajaan BN tanpa ada 'check and balance'. Memanglah perkara ini kecil jika dibandingkan dengan masalah seperti bantahan terhadap insinerator, pembinaan Hidro-elektrik Bakun mahupun pengkhianatan yang dilakukan oleh menantu Perdana Menteri yang bernama Khairy!

Kelemahan ketara dalam usaha mendidik pengguna melalui media massa ialah sikap hangat-hangat tahi ayam! Sepatutnya ia dikekalkan dalam satu tempoh yang lama. Ataupun stesen televisyen mengambil giliran sama ada milik awam mahupun swasta untuk mencatur minda rakyat supaya bercermat dan bertimbang-rasa semasa berada di jalan raya. Cukuplah dengan satu dua iklan yang ditayang dengan berulang-ulang, katakan selama lima tahun. Malah untuk berjimat boleh sahaja mereka menayang semula iklan yang lama seperti di tahun 70-an, 80-an mahupun 90-an! Apa yang penting ialah mesej supaya ia menjadi satu pegangan supaya bercermat, berhati-hati dan bertimbang-rasa ketika memandu ataupun menunggang motorsikal.

Sebagaimana yang kita katakan awal tadi, sikap tidak istiqamah atau hangat-hangat tahi ayam itu telah menjadi amalan dalam segenap agensi dalam negara. Kita perlu peka dan berterusan dalam menyampaikan mesej keselamatan di jalan raya, bukan hanya ketika musim perayaan sahaja.

Satu ketika dahulu seorang Pegawai Kanan Polis Trafik Kuala Lumpur dengan tanpa rasa malu telah menunjukkan sikap tewas dan menyerah kalah atas kadar kemalangan maut yang masih tinggi ketika Ops Sikap dilancarkan. Dengan angkuh dan menunjuk kuasa, beliau telah menekankan bahawa mereka beralih kepada operasi saman untuk mendidik pengguna jalan raya.

Apa punya pegawai boleh bersikap begitu angkuh dan tiada pertimbangan akal apabila melaksanakan amanah jawatan yang diberi!?

Kenapa mereka tidak mendalami serta menghalusi alasan kenapa kadar kemalangan maut lebih tinggi di jalan-jalan negeri serta yang di bawah kerajaan tempatan berbanding di lebuhraya? Lihat sahaja keadaan jalan-jalan yang berlubang, tidak rata serta membelok pada kadar yang Capirossi pun boleh mengurut dada tertelan halkum? Kemudian lihat pula sistem perparitan yang menenggelami jalan di sana-sini ketika musim hujan atau lebih dahsyat lagi terjerlus sehingga mewujudkan lubang maut. Bagaimana pula sistem amaran yang disediakan oleh syarikat swasta penyeleggara jalan ketika mereka melakukan kerja-kerja? Kan tidak senonoh?

Kesimpulannya apabila pihak kerajaan mahu menguatkuasakan peraturan yang menguntungkan peniaga topi keledar, ianya wajar diragui dan diperdebatkan. Bayangkan kalau seseorang itu mahu membeli empat buah motorsikal berkuasa tinggi yang ranggi, beliau terpaksa pula membeli sekali 4 biji topi keledar! Bunyinya macam tidak masuk akal.

Kalau ditolak rakyat atau pengguna, siapa agaknya yang lebih berakal antara pihak pemerintah dan yang kena perintah?

Apakah mereka tidak mahu wajibkan kanak-kanak sekolah yang berbasikal ke sekolah memakai topi keledar / topi keselamatan? Kan ker banyak lubuk tu, malah bakal menggembirakan towkey-towkey di belakang mereka untuk satu masa yang panjang.

Hampeh.
Dr. Nologareng- 25.05.2006
posted by jasindaily online @ 6:02 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com