Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
BTN "BRAINWASH" PELAJAR DENGAN PROPAGANDA BN
Friday, September 15, 2006
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamad mesti memberi penjelasan mengapa Biro Tatanegara (BTN) telah dibenarkan mem'brainwash' pelajar institusi pengajian tinggi dengan propaganda Barisan Nasional, gesa Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang.

Dalam sebuah seminar satu hari, bertajuk "Seminar Bina Negara Mahasiswa" yang telah dihadiri oleh lebih 2,000 pelajar tahun pertama Universiti Sains Malaysia (USM) pada 26 Ogos lalu, BTN telah memburuk-burukkan kumpulan-kumpulan pelajar yang anti kerajaan dengan mengaitkan mereka dengan elemen Zionis dan anti Islam, yang mengancam keselamatan dan kedaulatan negara.

Antara kumpulan pelajar yang diburuk-burukkan ialah Malaysian Youth and Students Democratic Movement (Dema), USM Chinese Language Society (USMPBT) dan USM Student Progressive Front (USMSPF).

BTN yang sepatutnya memupuk semangat patriotisme, sebaliknya menyebarkan kebencian terhadap sesetengah kumpulan-kumpulan pelajar. Tuduhan dan dakwaan tersebut berniat jahat dan merupakan perbuatan menghasut.

Jika benar apa yang didakwa, BTN perlu mengemukakan bukti secara terbuka, bagi membenarkan segala tuduhan yang telah dibuat.

BTN patut dimansuhkan sama sekali kerana ia hanya menggalakkan kebencian antara kaum dan menyebarkan dakwaan-dakwaan yang tidak berasas, desak Chang Lih Kang, koordinator SUARAM.

BTN telah salahgunakan kewujudannya, ia menjadi alat bagi mempengaruhi pelajar-pelajar, golongan muda dan kakitangan awam di negara ini, dengan propaganda parti pemerintah. BTN telah gagal memainkan peranannya secara profesional sebagai institusi yang bebas dan bukan partisan.
posted by jasindaily online @ 7:25 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com