Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
SEKALI LAGI :BILA DUIT BERKUASA, TEMBERANG BERLELUASA
Tuesday, September 19, 2006
Ada dakwaan mengatakan bahawa Parti Islam SeMalaysia (PAS) telah mengalami kekalahan di Terengganu pada pilihan raya umum bulan Mac 2004 dahulu - malahan kalah teruk kerana ia sudah disapu bersih dalam empat daripada 32 kerusi perundangan negeri - dan hampir kecundang juga di Kelantan kerana UMNO menggunakan wang untuk membeli para pengundi. Ada pihak mendakwa bahawa Tun Dr. Mahathir Mohamad tumbang di Kubang Pasu pada Sabtu 9 September 2006, disebabkan UMNO membayar RM200 kepada setiap pengundi agar tidak memangkah nama beliau.

Apabila kita menyebut perkataan "beli" pengundi, ia memberi pelbagai pengertian. Pertama, ia adalah mengenai cara terus terang di mana setiap pengundi dibayar RM50 (kadangkala diiringi dengan sehelai kain ataupun kain pelekat) untuk pilihan raya umum. RM500 hingga RM1000 untuk pemilihan parti dalam persidangan tahunan parti. Kedua, melibatkan pembelian undi secara tidak langsung. Ini berbentuk janji-janji pembangunan dan janji di saat terakhir akan pembikinan jalan raya yang perlu diperbetulkan dan apa juga kerja remeh temeh di kawasan undi, khususnya semasa pilihan raya umum. Kemudian barulah muncul ugutan kepada seseorang yang menggugat pekerjaannya dalam kerajaan, tidak dapat kenaikan pangkat, ataupun ditukarkan ke tempat yang jauh-jauh di mana akan hilang segala imbuhan dan keselesaan yang telah dinikmati selama bertahun sebelum itu.

Cuba fahami perkara ini: Pemilihan dalam UMNO adalah menyangkuti orang Melayu semata-mata sedangkan 97% penduduk di Terengganu dan Kelantan adalah orang Melayu. Apa gambaran yang kita nampak daripada orang Melayu? Secara lahiriah kita boleh berkata bahawa memang mudah membeli orang Melayu dengan harga yang murah sekali. Anda boleh beli mereka dengan wang tunai, betulkan jalan raya di depan rumah mereka ataupun ugut mereka untuk menafikan keselesaan. Yang mana satu pun sudah mencukupi dan menggerakkan si Melayu itu memberikan undinya kepada anda.

Ada pihak yang berhujah bahawa 'Melayu' yang dimaksudkan di sini mungkin tidak bermakna orang yang beragama Islam. Sedangkan dalam Perlembagaan Persekutuan orang Melayu ditafsirkan sebagai orang yang beragama Islam. Anda mesti menganut agama Islam untuk menjadi seorang Melayu - walaupun kita ada ramai yang berdarah orang Cina, Arab, India dan Indonesia yang dianggap sebagai Melayu juga. Lagi pun mana kita nak cari Melayu tulen kecuali kita pergi mencari mereka di perkampungan orang asli? Akan tetapi orang-orang ini enggan diberi nama Melayu kerana berbangga dengan panggilan 'Orang Asli' Kalaulah mereka memang orang yang betul-betul asli, apakah orang Melayu bukan orang asli di negara ini?

Biarlah itu menjadi satu topik perbincangan kita di lain masa. Hari ini marilah kita bercakap mengenai orang Melayu Islam, bukan mereka yang jahil, fasik, murtad ataupun munafik - kerana orang-orang yang betul-betul' Islam suka sangat mentohmah orang lain yang tidak sebulu dengan Islam takrifan mereka. Itulah dia. Kalau anda bersetuju dengan pendapat mereka anda dikatakan seorang Islam yang benar. Jika tidak, anda dianggap jahil, fasik, murtad ataupun munafik. Mudah sangat perkiraan mereka. Sama ada anda bersama mereka ataupun memusuhi mereka. Macam biasa sahaja perkara ini? Jika tidak manakah anda fikir Presiden Bush mempelajari falsafah ini? Kalau bukan daripada orang yang 'betul-betul' Islam?

Mereka berkata polis Malaysia adalah korup. Bukankah anggota polis Malaysia itu hampir keseluruhannya orang Melayu? Ada seorang Ketua Polis Negara (IGP) yang pernah perkata, kalau anda mahu bersihkan pasukan polis anda perlu memecat lebih 90% anggota polis. Siapa lagi yang tinggal? Apakah keselamatan negara boleh dijamin kalau lebih 90% anggota polis dipecat dan diganti dengan yang baru? Kalau ada yang melegakan sikit hati kita ialah Pasukan Polis Cawangan Khas (SB) dikatakan (kononnya) yang bersih dalam pasukan polis dan ini adalah disebabkan mereka tidak ada hubungan dengan orang awam tetapi bertugas di sebalik tabir. Memang tidak ada peluang langsung pegawai SB menerima rasuah?

Kita juga sudah mendengar betapa perkhidmatan awam Malaysia memang terlampau rasuah. Pernahkah anda menjenguk jabatan kerajaan ataupun kementerian? Berapakah nisbah taburan orang Melayu dengan orang bukan-Melayu yang berkhidmat sebagai pegawai kerajaan? Para pengundi di Putrajaya hampir 100 peratus orang Melayu. Lebih 95% pengundi di Putrajaya mengundi calon Barisan Nasional sedangkan calon pembangkang yang seorang sahaja ketika itu bukan sahaja kalah teruk tetapi telah kehilangan wang depositnya.

Kenapkah pengundi Putrajaya memangkah calon kerajaan? Apakah kerana calon kerajaan lebih baik daripada calon pembangkang? Apakah kerana Putrajaya masih belum membangun dan memerlukan lebih banyak pembangunan? Ataupun apakah kerana pengundi Putrajaya adalah 100% orang Melayu, dan 100% pegawai kerajaan, mahu menjaga periuk nasi mereka dan menentukan mereka terus menikmati keselesaan kerja dengan membazirkan wang pembayar cukai?

Sememangnya rasuah muncul dalam pelbagai bentuk. Ia mungkin berbentuk wang tunai, dan mungkin dalam bentuk pembangunan. Ia mungkin berbentuk jawatan kerajaan yang selesa. Ia muncul dalam pelbagai bentuk ancaman dan akan kehilangan kerja yang senang dengan kerajaan ataupun kontrak kerajaan dan wang yang berada di situ.

Bila duit berkuasa, temberang pun terus berleluasa. Inilah petua hidup orang Melayu Apakah ini begitu menzalimi orang Melayu? Sedangkan bukan orang Melayu sahaja yang rasuah, malahan yang bukan-Melayu pun terima rasuah. Kalau orang Melayu menyogok seorang Melayu yang lain dengan wang RM50, ataupun RM200 orang bukan-Melayu menyogok orang Melayu dalam lingkungan ribuan dan jutaan Ringgit. Jika demikian kenapa orang Melayu sengaja ditohmah sedemikian? Mudah sahaja!! Kerana orang Melayu adalah beragama Islam.

Kita boleh memaafkan orang Melayu yang tidak beragama Islam melibatkan diri dalam rasuah, sama ada menerima ataupun memberikannya. Orang bukan-Melayu tidak berkeliaran sana-sini melalak mengenai agama mereka setiap hari. Mereka tidak berkata bahawa agama mereka amat suci dan hanya satu-satunya agama Allah. Mereka tidak mengeluarkan kenyataan bahawa semua agama lain adalah palsu dan para pengikut agama itu telah terpesong dan pasti menuju api neraka. Mereka hidup secara berpada. Sebaliknya orang Melayu mengutuk orang lain dan menghukum mereka dengan keras. Orang Melayu tidak boleh terima bahawa Islam tidak suci. Akan tetapi gelagat mereka itu tidak serasi dengan apa yang mereka katakan. Mereka hanya menanam kata-kata itu di bibir sahaja dan bukan di hati mereka.

Islam menentukan bahawa 'riba' adalah satu dosa. Terdapat 80 lapisan riba, dan dosa di tahap paling bawah adalah sama dengan dosa berzina dengan ibu dan ayah seseorang. Inilah yang Islam kata. Akan tetapi korupsi di kalangan orang Melayu adalha yang paling tinggi. Orang Melayu boleh dibeli dengan hanya RM50 hingga RM200. Apakah itu sahaja mencukupi untuk membeli orang Melayu, antara RM50 hingga RM200. Apakah dosa berzina dengan ibu sendiri ataupun ayah seseorang itu hanya bernilai antara RM50 hingga RM200? Nampaknya inilah yang dikatakan oleh orang Melayu.

Ramai yang merasa malu dengan kejadian di Kubang Pasu pada 9 September. Perasaan malu itu bukanlah semata-mata kerana kekalahan mantan Perdana Menteri yang pernah berkhidmat selama 22 tahun semasa bertanding untuk mendapatkan jawatan yang paling rendah di tangga hierarki UMNO, semata-mata sebagai anggota perwakilan Persidangan Tahunan parti. Mereka merasa malu betapa orang Melayu mudah dibeli dengan harga yang murah sekali.

Kekalahan beliau di Kubang Pasu tidak memalukan diri Mahathir. Ia adalah satu keaiban kepada keseluruhan bangsa Melayu. Ini menunjukkan kepada dunia betapa nilai dan etika orang Melayu yang sebenar. Inilah yang menyedarkan dunia betapa murahnya martabat orang Melayu. Inilah yang menunjukkan dunia betapa orang Melayu mudah di beli dan dijual lelong sahaja.

Sudah bertahun Mahathir cuba merobah pemikiran orang Melayu. Dia pernah menghina orang Melayu. Dia pernah menaikkan amarah mereka. Dia pernah menangis di Perhimpunan Tahunan UMNO bila bercakap tentang nasib Melayu. Dalam satu wawancara sejurus beliau bersara, dia berkata bahawa sesalannya yang paling besar selepas menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun ialah kegagalan merobah pemikiran Melayu. Orang Melayu sekarang adalah lebih baik berbanding masa dia mula-mula menjadi Perdana Menteri 25 tahun dahulu. Ini, kata Mahathir adalah kegagalan beliau yang paling besar.

Hari in Mahathir telah membuktikan apa yang dia telah cuba selama ini memberitahu orang Melayu. Dia telah gunakan Kubang Pasu untuk membuktikannya. Mahathir tidak dikalahkan di Kubang Pasu. Dia menang sebenarnya. Dia tahu mereka sudah dibeli. Dengan harga setakat RM200 sahaja. Dai biarkan perkara itu berlaku walaupun dia mampu menyekatnya. Dia mahu mesej yang dinyatakannya dahulu akhirnya diterima juga. Dia mahu malukan orang Melayu. Dia mahu keupayaan untuk berkata: "Itulah yang saya katakan sejak dahulu, Melayu tidak bermoral dan mudah dibeli dengan murah sahaja."

Ketika beliau menulis 'Dilema Melayu' lebih 30 tahun dahulu, buku itu bukan mengutuk orang Cina. Orang Cina bukan menjadi sasaran tulisan Mahathir. Sasaran beliau ialah orang Melayu. Dai tidak pun mencuba menghina orang Cina. Dia cuba menghina orang Melayu. Apabila dia berkata orang Cina mengeksploitasi orang Melayu, dia tidak bermaksud itu sebagai satu kenyataan anti-Cina. Dia maksudkan itu sebagai satu kenyataan anti-Melayu. Lagi pun tidak siapa boleh mengeksploitasi kita kecuali kita merelakannya.

Ketika Mahathir melancarkan "Polisi Pandang ke Timur" tujuannya bukanlah memberikan kontrak kerajaan kepada syarikat Jepun dan Korea. I abertujuan menanamkan semangat kerja dan etika orang Jepun dan Korea di kalangan orang rakyat malyasia,. Khususnya orang Melayu. Dia mahu rakyat Malaysia berbangga, bersifat inventif dan ada daya saing, dan mampu bersaing dengan negara maju dan barat dan menandingi mereka mengikut aturan kerja mereka juga.

Semasa Mahathir menentang raja-raja Melayu pada 1980-an tujuan beliau bukanlah menjatuhkan institusi DiRaja dan menjadikan Malaysia satu republik. Ia mahu membasmi sikap feudal orang Melayu dan menunjukkan mereka tidak perlu menyorok di sebalik raja-raja untuk keselamatan mereka dan berani melayari hidup dunia moden dengan mengambil nilai hidup baru seperti bangga dengan keupayaan diri dan mempunyai semangat bersaing.

Mahathir berasa berbangga apabila ada anak Melayu yang belayar solo mengelilingi dunia ataupun memanjat Gunung Everest ataupun merenangi menyeberangi Selat Inggeris ataupun berjalan merentas Kutub Utara ataupun apa sahaja. Dia akan memberi penghormatan kepada mereka. Apalah sangat kalau ada seseorang lelaki ataupun wanita yang mampu lakukan apa yang dibuat oleh orang Barat berkali-kali seratus tahun sebelum itu? Berapa besarkah pencapaian itu? Mahathir beranggapan, kalaulah ada seorang Melayu dahulu yang mampu melakukannya, dia berharap akan ada ramai lagi yang mengekorinya (meniru). Memanglah sesuatu kejayaan itu tidak boleh dilaksanakan dalam masa yang singkat. Tetapi, setiap perjalanan beribu batu harus bermula dengan langkah yang pertama.

Mahathir sudah puas mengutuk, mengejek, memprovok dan menangis. Dia bukan menjadi Perdana Menteri lagi dan tidak mempunyai masa yang banyak. Kini dia perlu bergerak pantas dengan apa juga masa yang ada padanya. Dan dia akan lakukan semacam yang dilakukannya di Kubang Pasu. Dia membenarkan orang Melayu memperbodohkan diri sendiri dan mengharapkan mereka akan malu dengan perbuatan sendiri dan berubah. Akan tetapi saya tidak mengongsi keyakinan Mahathir terhadap orang Melayu ataupun percaya bahawa layanan mengejut boleh menghasilkan sesuatu yang mahu dicapai. Mungkin juga kerana saya ini bukannya orang Melayu Asli seperti mereka yang berdarah kacukan Indonesia, India, Cina ataupun Arab.
posted by jasindaily online @ 5:47 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com