DEMI MASA |
|
|
UBAHSUAI DAPUR RM4.5JUTA: AMK TUNTUT PENJELASAN MB |
Wednesday, January 17, 2007 |
Angkatan Muda Keadilan Negeri Sembilan (AMKNS) memberikan tempoh tujuh hari kepada Menteri Besar negeri itu, Mohamad Hasan untuk menjelaskan kedudukan sebenar berhubung laporan Jabatan Audit Negara, bahawa kerajaan negeri telah membelanjakan RM4.5 juta untuk pengubahsuaian dapur rumah beliau.
"Dengan ini kami memberi masa 7 hari untuk Y.A.B Menteri Besar memberi penjelasan pada rakyat sebelum (kami) mengambil tindakan undang-undang," jelas kenyataan Timbalan Ketua Angkatan Muda Negeri, Ramlan Roes kepada Malaysia Today.
Menurut Ramlan, pihaknya menyifatkan perbelanjaan sebanyak RM4.5 juta hanya untuk pengubahsuaian dapur rumah merupakan satu bentuk penyelewengan wang rakyat.
Dalam pada itu, AMKNS juga menuntut Badan Pencegah Rasuah (BPR) melakukan siasatan ke atas Menteri Besar berdasarkan laporan Jabatan Audit Negara tersebut.
"AMKNS yakin bahawa BPR akan menyambut baik slogan yang dilaungkan oleh Perdana Menteri Malaysia di atas prinsip Islam Hadhari yang diwar-warkan antara lain membasmi rasuah hingga ke akar umbi," jelasnya.
Terdahulu, Ketua Umno Bahagian Seremban, Datuk Ishak Ismail mendakwa bahawa abang Mohamad Hasan, Datuk Azman Hasan telah mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri terutama dalam pembahagian kontrak.
Jelasnya, beliau menerima aduan daripada pegawai kerajaan bahawa Azman telah mengarahkan mereka memberikan projek kepada kontraktor-kontraktor pilihannya.
Ishak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Lenggeng, berkata beliau telah melaporkan perkara tersebut kepada Menteri Besar, namun tiada sebarang tindakan diambil.
Sebaliknya, beliau pula dimarahi oleh Azman kerana tindakannya itu.
"Datuk Azman bertindak keterlaluan seolah-olah beliau menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan sedangkan jawatannya hanya Setiausaha Umno negeri," dia dipetik berkata demikian.
Sementara itu, Menteri Besar mencabar mana-mana pihak yang mempunyai bukti bahawa abangnya mencampuri urusan kerajaan negeri supaya membuat laporan kepada BPR. |
posted by jasindaily online @ 5:18 PM |
|
|
SPR BERPIHAK KEPADA CALON BN MESKIPUN SALAH ISI BORANG |
|
Proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Batu Talam, Raub telahpun tamat semalam dan menyaksikan dua pencalonan diterima Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Meskipun proses itu telahpun tamat, SPR kini dihantui dakwaan berlakunya ketidaktelusan perjalanan penamaan calon di mana Angkatan Muda KeADILan mendedahkan bahawa SPR terbabit dalam membantu memastikan calon BN dapat bertanding.
"Kita dapat maklumat bahawa SPR memberi tunjuk dan panduan kepada calon BN, Abd Aziz, 47, yang juga Setiausaha Umno Bahagian Raub untuk mengisi borang. Aziz telah didapati salah mengisi borang pencalonan beliau dan mendapat bantahan daripada DAP. Tetapi SPR menolak bantahan tersebut," kata Pemangku AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin dalam satu kenyataannya semalam.
Berikutan laporan itu AMK mendesak Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid meletak jawatan sejajar dengan 'kelibatnya' yang didapati condong kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) menjadi usul tanpa bahas dalam Kongres Nasional Tahunan Angkatan Muda 2005 dan 2006 yang lalu.
Kecewa dengan Pengerusi SPR
"Angkatan Muda juga merasa kecewa dengan kenyataan Rashid baru-baru ini yang sanggup mengatakan bahawa alternatif tidak terlawan kekuatan dan jentera BN.
Kenyataan seperti itu tidak sepatutnya keluar dari seorang Pengerusi SPR, katanya.
AMK juga melihat Rashid didapati tidak berani untuk menunaikan apa yang diperkatakan sebelum ini mengenai kewujudan pengundi hantu. Namun, beliau masih juga meneruskan pilihan raya tanpa memberi jaminan yang betul.
Bagi menjawab kenyataan Naib Ketua Umno, Khairy Jamaluddin dalam laporan Malaysiakini bertajuk “Anwar dan pemimpin pembangkang penakut, kata Khairy” pada 16 Januari lepas, Angkatan Muda masih dalam semangat juang yang tinggi dan memerangi ketidak adilan dalam SPR.
Cabar Khairy berdebat
Dalam kenyataan tersebut, Khairy mempersoalkan dimanakah slogan pembangkang satu masa dulu yang mengatakan lawan tetap lawan, kata Shamsul yang memetik kenyataan Khairy itu.
Sekiranya Umno berpendapat bahawa SPR menjalankan tugas mereka dalam konteks demokrasi, AMK mencabar Khairy dan seluruh barisan Pemuda Umno untuk ‘berlawan’ dalam satu gelanggang yang sama rata.
Untuk itu katanya Umno perlu membenarkan KeADILan dan pembangkang untuk dipapar dalam media, sama ada di televisyen mahupun di radio dan tidak memagari kebebasan media.
Justeru AMK mencabar Khairy untuk berdebat secara terbuka secara langsung dalam televisyen dengan AMK sekiranya benar-benar tohmahan yang mengatakan bahawa SPR ini benar-benar dalam landasan demokrasi. |
posted by jasindaily online @ 5:17 PM |
|
|
PENGGABUNGAN FIRMA PERLADANGAN DITERUSKAN |
|
PUTRAJAYA 17 Jan: Rancangan menggabungkan tiga firma perladangan milik Permodalan Nasional Bhd (PNB) tetap akan diteruskan walaupun hadapi masalah.
Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah ditanya oleh wartawan mengenai laporan bahawa rancangan Synergy Drive Sdn Bhd menggabungkan tiga firma besar telah menemui masalah, Abdullah berkata: "Keputusan telah dibuat. Ia akan diteruskan."
Ia dilaporkan oleh Business Times, memetik sumber-sumber, bahawa PNB berubah fikiran pula mengenai urusniaga tersebut.
Perjanjian sepatutnya suudah ditandatangani pada Isnin antara Synergy Drive dan Sime Darby Bhd, Kumpulan Guthrie Bhd dan Golden Hope Plantations Bhd bagi memajukan penggabungan selangkah ke hadapan, kini terpaksa ditangguhkan sekurang-kurangnya dua minggu lagi.
Lembaga pengarah Sime dan Guthrie berkata Synergy Drive telah melanjutkan tarikh bagi mereka memasukki perjanjian untuk diserahkan aset mereka kepada Synergy Drive kepada 29 Jan.
Pengarah eksekutif ECM-Avenue Bhd, Hoo See Kheng berkata penggabungan adalah muktamad.
Dia fikir penangguhan mungkin disebabkan isu-isu kecil yang perlu diselesaikan.
"Organisasi-organisasi besar merupakan trend masa kini, jadi penggabungan baik bagi industri dan negara ini," kata Hoo.
PNB enggan memberi komen.
Saham Sime Darby Bhd, Golden Hope Plantations Bhd dan Kumpulan Guthrie Bhd bercampur-campur semalam.
Synergy Drive diwujudkan oleh CIMB Investment Bank, November lepas bagi membeli aset dan liabiliti tiga buah syarikat dan lima anak syarikatnya yang tersenarai.
Apabila bergabung, PNB merupakan pemegang saham terbesar dalam Synergy Drive dengan lebih 45 peratus pemilikan.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja akan memiliki 10 peratus dan selebihnya dipegang oleh pemegang minoriti.
|
posted by jasindaily online @ 5:15 PM |
|
|
SELEPAS RAZAK, ALTANTUYA DISERAH KEPADA NAJIB? |
|
GEORGETOWN: Heret Datuk Seri Najib Tun Razak ke balai polis, bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan kejam warga Mongolia, Altantuya Sharibuu, kata Naib Presiden Keadilan, Azmin Ali.
"Saya tuntut, Keadilan tuntut dan rakyat tuntut supaya Datuk Seri Najib diheret ke balai polis untuk memberi keterangan kepada polis, bagaimana UTK beliau terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya dari Mongolia.
"Saya tidak mahu tuduh Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri. Saya tidak mahu buat fitnah sebab saya mangsa fitnah, Datuk Seri Anwar Ibrahim mangsa fitnah, saya cuma nak tanya Datuk Seri Najib.
"Sebab daripada orang politik sehinggalah pemandu teksi, semuanya mengaitkan (kes tersebut) dengan Timbalan Perdana Menteri," tegasnya pada ceramah di Batu Maung, dekat sini, Ahad lalu.
"Najib kena jawab, bagaimana 'unit komando' beliau boleh terlibat dalam kes tersebut."
Jelasnya, pengalaman beliau selama 12 tahun dengan Anwar selaku Timbalan Perdana Menteri, memang ada kawalan khas dari UTK di kalangan komando.
"Mereka tidak menerima arahan daripada pegawai lain, melainkan daripada Timbalan Perdana Menteri.
"Apakah UTK ini mendapat arahan daripada ketuanya ?"soal Azmin.
Tambahnya, Altantuya dikatakan berkenalan dengan Razak Baginda, maka kenyataan juga harus diambil, iaitu selepas Razak Baginda siapa ....?
"Saya tidak mahu tuduh, sebab kita tahu selepas Razak Baginda, Altantuya diserahkan kepada orang lain, siapa orang lain tersebut?"
Azmin turut membangkitkan persoalan siapakah pegawai tertinggi Kementerian Pertahanan yang meluluskan penggunaan 'bom C4' yang di bawah kawalan kementerian terbabit, yang digunakan untuk meletupkan Altantunya bagi memusnahkan bukti dan anak dalam kandungannya.
"Sebab atas prinsip Datuk Seri Najib sebagai Menteri Pertahanan, beliau kena menjawab persoalan ini."
Tambahnya, rakyat juga inginkan jawapan, siapakah yang memberikan arahan kepada Jabatan Imigresen untuk memadamkan rekod perjalanan Altantunya ke negara ini.
Malah, kata Azmin, Najib juga perlu disiasat berhubung pemberian kontrak pembelian kapal selam yang diberikan kepada Razak dengan komisyen berjumlah RM530 juta, seperti yang didedahkan Anwar.
"Bank Dunia mengesahkan dengan Datuk Seri Anwar bahawa ini adalah komisyen tertinggi yang pernah direkodkan dalam dunia,"ujarnya.
Sementara itu, Azmin berkata Ketua Polis Negara,Tan Sri Musa Hassan, pula perlu melaksanakan tugas secara berprinsip dan bertanggungjawab, kerana akhirnya beliau akan berdepan dengan Allah S.W.T.
"Dan Musa Hassan, jangan kamu kecualikan Datuk Seri Najib dan jangan kamu mangsakan pegawai UTK ini.
"Kenapa sehingga sekarang kenyataan bertulis pihak polis daripada Datuk Seri Najib tidak diambil?"
Secara sinis, beliau yakin Musa mempunyai kehebatan luar biasa untuk memperolehi bukti sepertimana beliau menjumpai 'bulu' dalam kes Anwar dulu.
"Wahai Musa Hassan, yang sekarang menjadi Ketua Polis Negara, kamu ada kekuatan dan kebolehan yang luar biasa, (kalau) kamu boleh jumpa bulu, maka kamu boleh jumpa bom..." |
posted by jasindaily online @ 5:10 PM |
|
|
CALON BN DI BATU TALAM HADAPI SAMAN |
Tuesday, January 16, 2007 |
Calon Barisan Nasional (BN) untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Talam pada 28 Januari ini, Abd Aziz Mat Kiram adalah salah seorang dari lima pemimpin kanan Umno Raub yang disaman awal bulan ini.
Pencalonan Abd Aziz, 47, yang juga Setiausaha Umno Bahagian Raub diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas mempengerusikan mesyuarat khas UMNO Bahagian Raub, di Bangunan UMNO Raub, di sini malam tadi.
Abd Aziz adalah antara tujuh defenden yang disaman seorang ahli perniagaan Razali Hassan di Mahkamah Tinggi Temerloh.
Mereka yang disaman ialah syarikat pemaju, Coralfare Sdn Bhd yang beralamat di Petaling Jaya, Selangor; Ketua Umno Bahagian Raub yang juga Exco Kerajaan Pahang, Dato Shahiruddin Ab Moin; Naib Ketua Umno Bahagian Raub, Dato Ir Azinudin Abdul Rahim dan Abd Aziz sendiri.
Turut disaman ialah bekas Ketua Wanita Umno Bahagian Raub, Hajah Asma Haji Ismail; Setiausaha BN Raub, Ahmad Sabri Haji Zainal Abidin dan Yayasan Raub.
Shahiruddin, Azinudin, Abd Aziz, Asmah dan Ahmad Sabri adalah Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Raub.
Ketika memfailkan samannya, Razali menyatakan Yayasan Raub melalui permohonan bertarikh 2 Julai 1996 telah memohon kepada kerajaan negeri melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri Pahang (UPEN) untuk membangunkan sebidang tanah seluas lebih kurang 10 ekar di Pusat Bandar Raub.
Pada 30 Oktober 1996, Yayasan Raub telah memberitahu UPEN bahawa pihaknya menarik balik permohonan tersebut dan mencadangkan Coralfare dinamakan sebagai pemohon mengantikannya.
Plantif mendakwa permohonan untuk memperolehi kesemua 47 hak milik tersebut atas nama Coralfare dibuat secara salah.
Beliau juga mahu satu perintah dikeluarkan bahawa perjanjian yang dimeterai antara Coralfare dan kerajaan Pahang pada 23 Ogos 2004 adalah tidak sah dan terbatal dari awal lagi. |
posted by jasindaily online @ 4:48 PM |
|
|
SAMPAIKAH BANTUAN TAMBAHAN KEPADA MANGSA BANJIR?? |
|
BATU PAHAT 15 Jan. - Kerajaan hari ini mengumumkan bantuan kewangan tambahan sebanyak RM200 kepada setiap keluarga mangsa yang terjejas akibat gelombang banjir kedua yang kini melanda Johor.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, bantuan RM200 itu merupakan tambahan kepada RM200 yang telah diberikan kepada mangsa banjir akibat gelombang banjir pertama, Disember lepas.
Menurut beliau, bayaran tambahan bantuan itu boleh dibuat pada bila-bila masa melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada semua mangsa yang mendaftar dengan pusat pemindahan.
"Saya difahamkan kerajaan telah menyampaikan bantuan RM200 kepada hampir semua keluarga yang terlibat dengan banjir kali pertama Disember lalu.
"Kali ini, mereka yang berpindah sekali lagi atau mereka yang berpindah untuk kali pertama kerana terlibat dengan banjir yang melanda untuk kali kedua akan menerima RM200 untuk setiap keluarga," katanya.
Menurut Najib, sebelum ini kerajaan telah mengumumkan pemberian bantuan sebanyak RM500 untuk setiap keluarga yang terbabit dengan banjir bagi membantu mereka membeli peralatan asas rumah yang rosak akibat bencana itu.
Bagaimanapun, katanya, bantuan itu (RM500) akan disampaikan bukan sekarang tetapi apabila mereka kembali ke rumah masing-masing.
Banjir yang melanda negara pada masa ini juga, katanya, tidak mewajarkan kerajaan mengisytiharkan darurat.
Tinjauan di kawasan-kawasan yang dilanda banjir mendapati bantuan kewangan yang diberi ternyata tidak mencukupi dengan keperluan bagi keluarga yang besar berbanding keluarga yang kecil. Begitu juga, masih ada mangsa yang belum menerima bantuan terutama yang tidak berada di pusat pemindahan mangsa-mangsa banjir. |
posted by jasindaily online @ 4:47 PM |
|
|
ANWAR TOLAK PENAFIAN DR MAHATHIR MENGENAI KERUGIAN BANK NEGARA |
|
Bank Negara hanya mendapat keuntungan kecil sebanyak RM2.5 bilion sahaja berbanding keuntungan RM33.8 bilion di dalam spekulasi matawang asing, kata bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menokak penafian bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Anwar juga menuntut sebuah suruhanjaya bebas untuk menyiasat perkara tersebut sedalam-dalamnya dan mengenalpasti dalang sebenar kerugian tersebut.
Ketika menafikan kenyataan Anwar sebelumnya, Dr Mahathir berkata, kerugian yang dicatatkan adalah kecil berbanding keuntungan keseluruhannya.
"Memanglah selepas itu kita rugi sedikit tetapi kerugian kita adalah lebih kecil dari keuntungan yang kita perolehi. Kerugiannya tidaklah sampai RM30 bilion seperti yang disebut oleh Anwar. Jumlahnya lebih kecil dari itu, tetapi saya tidak ingat berapa jumlahnya yang sebenar. Tapi memang tidak tidak sampai RM30 bilion".
Dr Mahathir bukan sahaja membayangkan bahawa segala kerugian telah ditebus kembali, malah kerugian itu hanya sedikit sahaja dan hanya sebahagian daripada keuntungan yang diperolehi sebelumnya.
Ia bermakna, kerugian Bank Negara sebenarnya adalah sebahagian dari keuntungan yang diperolehinya pada peringkat awal.
"Pada waktu yang sama pasaran saham naik sehingga ke tahap 840 mata daripada 262 mata. Ini merupakan permodalan pasaran sekitar RM300 bilion.
"Jadi, ketika kita rugi sedikit di pasaran matawang asing, kita telah untung berlipat kali ganda melalui keuntungan pasaran saham. Ini bermakna memberi sokongan kepada Ringgit dan menentukan satu matawang yang stabil membantu pasaran saham.
"Inilah yang memberi keyakinan kepada pasaran dan membolehkan rakyat Malaysia meraih keuntungan," kata bekas Perdana Menteri kepada Malaysia Today baru-baru ini.
Menolak penafian Dr Mahathir terhadap kenyataannya itu, Anwar berkata, berdasarkan akaun yang diaudit oleh Ketua Audit Negara, Bank Negara mencatatkan kerugian sebanyak RM33.8 bilion di dalam spekulasi matawang asing antara 1989 hingga 1993.
"Bank Negara walaubagaimanapun mencatatkan keuntungan kecil RM2.5 bilion pada tahun 1990. Secara keseluruhan, kerugian tersebut berjumlah RM31.3 bilion, sebagaimana kenyataan saya sebelum ini," katanya.
Anwar juga mendedahkan, sehingga tahun 2003, Bank Negara terpaksa membayar sehingga RM868 juta setahun akibat kerugian tersebut.
Menurut penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, tidak dapat dinafikan lagi bahawa Tan Sri Nor Mohamed Yakcoplah yang melaksanakan transaksi matawang asing sejak 1986 di Bank Negara.
Nor Mohamed pada waktu itu adalah Pembantu Gabenor Bank Negara.
"Tun Daim Zainuddin merupakan Menteri Kewangan pada waktu itu. Tambahan lagi, menurut Gabenor Bank Negara ketika itu, Tan Sri Jaffar Hussein, Nor Mohamed Yakcop telah menyembunyikan kerugian sebenar dari beliau.
"Di atas nasihat Nor Mohamed Yakcop, Gabenor Bank Negara telah menghantar laporan awal kepada saya yang kemudian dibentangkan di Kabinet dan Parlimen yang mana kerugian tersebut disifatkan sebagai 'kerugian di atas kertas' kesan pergerakan kadar pertukaran matawang dan dapat ditebus kembali.
"Ini kemudian terbukti silap dan kerugian yang dicatat adalah amat besar. Gabenor Bank Negara mengambil tanggungjawab kerana memberi maklumat yang salah kepada Perbendaharaan walaupun beliau tetap bertegas bahawa Nor Mohamed Yaakcop yang bertanggungjawab. Saya menerima perletakan jawatannya dan menerusinya, mengarahkan Nor Mohamed Yaakcop turut berbuat demikian," Anwar menjelaskan.
Berikutan skandal tersebut, katanya lagi, Nor Mohamed boleh didakwa di mahkamah sekiranya beliau tidak meletakkan jawatan dan ditetapkan agar tidak boleh memegang apa-apa jawatan di dalam industri kewangan.
"Nor Mohamed Yakcop kemudian dibawa kembali oleh Tun Dr. Mahathir sebagai penasihat ekonomi. Perdana Menteri hari ini telah pergi lebih jauh lagi dan melantik Nor Mohamed Yakcop sebagai Menteri Kewangan Kedua.
"Memandangkan kerugian kepada kerajaan, dan secara tidak langsung rakyat Malaysia, sebuah suruhanjaya bebas seharusnya dilantik untuk menyiasat perkara tersebut sedalam-dalamnya dan mengenalpasti dalang sebenar kerugian tersebut," kata Anwar. |
posted by jasindaily online @ 4:44 PM |
|
|
COBRA KING RM30 JUTA : HADIAH KEPADA PAK LAH |
|
Selepas dikaitkan dengan skandal rasuah anak menantu, dan foto mesranya bersama bekas heroin James Bond, Michelle Yeoh, imej Pengerusi Persidangan Negara Islam (OIC) Abdullah Ahmad Badawi semakin tercalar.
Kini, dilaporkan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan, kesal dengan tindakan Abdullah menerima 'hadiah' Cobra King daripada tokoh perniagaan ke-6 terkaya di Asia, Ananda Krishnan yang turut terbabit dalam bidang perjudian.
Menurut sumber tertinggi Keadilan, Ananda telah menghadiahkan kapal mewah bernilai RM30 juta tersebut kepada Abdullah.
Jelas sumber tersebut, pengesahan itu dibuat oleh Erdogan kepada Anwar Ibrahim dalam pertemuan mereka baru-baru ini.
Selaku Pengerusi OIC, Abdullah, kata Erdogan tidak sepatutnya menerima ‘hadiah’ daripada Ananda.
"Tindakan Abdullah itu mencemarkan imej beliau sebagai Pengerusi OIC," jelasnya dalam pertemuan dengan Malaysia Today.
Tambahnya laporan muka depan akhbar Turki, Hurriyet yang mendedahkan kapal tersebut milik Abdullah memang tepat dan berasas.
Menurut beliau, Abdullah memang telah melawat kapal yang sedang dibina itu bersama-sama Ananda di Bodrum, Turki.
Abdullah sebelum ini dilaporkan menafikan kapal tersebut miliknya dan juga menafikan melawat kapal berkenaan.
Beliau juga dikatakan akan meminta Hurriyet menarik balik laporan tersebut yang disifatkannya berbohong.
Bagaimanapun, sehingga kini akhbar berkenaan tidak membuat sebarang pembetulan atau menarik balik berita berkenaan.
Sebelum ini, Malaysia Today memetik laporan laman web penyokong Abdullah, yang menuduh Dr Mahathir sebagai pemilik sebenar Cobra King.
Bagaimanapun kemudiannya, bekas Perdana Menteri itu, melalui jurucakapnya telah menafikan berita berkenaan.
Anwar pernah membangkitkan persoalan, kalau Cobra King bukan milik Abdullah, siapa pemilik sebenarnya? |
posted by jasindaily online @ 4:40 PM |
|
|
PAS TIDAK TAJA CALON BEBAS, AWASI SABOTAJ BN |
Monday, January 15, 2007 |
PAS sama sekali tidak menaja sebarang calon bebas untuk Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Batu Talam, Raub pada penamaan calon 16 Januari ini (esok) tegas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa.
"Mana-mana pihak yang berarak dengan membawa bendera PAS atau lambang PAS, atau mendakwa dirinya ahli PAS adalah sabotaj dari pihak lawan," tegas beliau.
Kerusi Batu Talam kosong berikutan kematian Adun Barisan Nasional (BN) Dato' Tengku Paris Tengku Razlan, 65, pada 27 Disember lalu.
Ustaz Nasharudin berkata, apabila pucuk pimpinan PAS dan Parti KeADILan Rakyat (PKR) memutuskan untuk memboikot PRK Kecil Batu Talam yang dijadualkan berlangsung pengundian 28 Jan ini, maka tiada sebab pembangkang hendak menaja calon bebas.
Sejak beberapa hari lalu, media massa milik BN mengembar gemburkan berita kononnya pembangkang hendak menaja calon bebas untuk menentang calon BN.
Kebimbangan tersebut dizahirkan dengan kerahan besar-besaran jentera BN seluruh negara untuk memulakan kempen di Raub sejak dua minggu lepas.
Penganalisis politik berpendapat, bagi kawasan sekecil Batu Talam yang mempunyai pengundi sekitar 10 ribu, SPR tidak wajar memanjangkan tempoh kempen sehingga 12 hari.
"Sejak beberapa tahun lepas, pilihan raya umum dan pilihan raya kecil SPR hanya memperuntukkan 10 atau tujuh hari sahaja, jelas di Batu Talam mereka tidak yakin," kata seorang penganalisis politik.
Tambahan pula bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat rakyat semakin tidak gembira dengan kerajaan pimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan mereka akan menterjemahkannya dalam bentuk undi untuk menolak BN.
Sesetengah pihak dalam BN menjangkakan parti itu akan memenangi kerusi Dun Batu Talam, namun mengakui mereka sukar mengekalkan majoriti.
Bagaimanapun PAS dan KeADILan tetap memboikot PRK Batu Talam dan mendesak sistem pilihan raya dirombak bagi memastikan ketelusan dan keadilan untuk semua parti yang bertanding.
Antara faktor yang mendorong pemboikotan antaranya, adalah:
-Daftar Pemilih yang tidak tepat dan diragui. -Pengundi Pos yang sering disalahgunakan bagi kepentingan kerajaan BN. -Proses penjalanan pilihanraya yang tidak telus, prejudis dan bersifat berat-sebelah. -Sikap dan pendirian Pengerusi SPR yang tidak konsisten dan memihak kepada kerajaan BN. -Tindakan SPR dalam pengendalian persempadanan yang tidak mengikut semangat dan peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan bersifat tidak adil. -Sikap SPR yang rela diperkudakan oleh parti pemerintah sehingga menjejaskan maruah dan wibawa SPR sebagai Suruhanjaya bebas yang seharusnya memelihara proses pilihanraya.
Ketegasan PAS dan Keadilan memboikot pilihan raya di Batu Talam mengejutkan banyak pihak. |
posted by jasindaily online @ 5:05 PM |
|
|
PIHAK TERTENTU MUNGKIN TAJA CALOB BEBAS, TUDUH PAS |
|
PAS mengulangi penegasan tidak akan menaja, menyokong atau merestui calon bebas dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Batu Talam dan mengingatkan rakyat tentang kemungkinan pihak tertentu menaja calon bebas di dalam pilihan raya itu dan menuduh PAS melakukannya.
Malah, pada sebelah malam Isnin 15 Januari ini, PAS akan melancarkan kempen mobilisasi rakyat memboikot pilihanraya berkenaan serta menuntut proses pilihanraya yang bersih, telus, adil dan saksama, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Haji Mahfuz Omar.
"Pelancaran kempen mobilisasi itu akan diadakan di Batu Talam sendiri dan oleh itu PAS mengulangi penegasan menolak sebarang kemungkinan akan menyokong, merestui jauh lagi menaja calon bebas di dalam pilihanraya kecil itu," jelas beliau.
Selepas itu, katanya, kempen itu akan diadakan ke seluruh negara dan gerakan menuntut pilihanraya yang bersih, telus, adil dan saksama akan digerakkan sehinga tuntutan-tuntutan yang dikemukakan tercapai.
"Walaupun kita yakin tidak berlaku, tetapi jika didapati ada mana-mana individu yang mempunyai keahlian di dalam PAS menjadi calon bebas dalam pilihanraya kecil Batu Talam itu, beliau akan dipecat dari PAS," tegas beliau.
Mahfuz mengingatkan mana-mana pihak yang hendak menaja calon bebas di dalam pilihanraya kecil itu dan kemudiannya menuduh PAS yang melakukan perkara itu supaya melupakan politik lekeh dan murahan mereka.
Beliau juga menyatakan rasa hairannya dengan para pemimpin Umno yang kelihatan "sewel" kerana jelas begitu marah terhadap keengganan PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyertai pilihanraya kecil itu.
"Para pemimpin Umno semakin hari semakin ganjil dan kelihatan sewel. Sepatutnya mereka suka kerana PAS dan PKR memberi laluan percuma pepada mereka atas apa alasan sekalipun.
"Sepatutnya mereka gembira dan tidak marah-marah kerana kita tidak mahu lawan mereka. Rupa-rupanya ada juga di dalam dunia ini orang yang marah kerana kita tidak mahu cabar dan lawan mereka. Mungkin ini satu lagi rekod hebat Umno," kata Mahfuz. |
posted by jasindaily online @ 5:02 PM |
|
|
JANGAN SALAHKAN RAKYAT JIKA PILIH JALAN RAYA: DR BADRUL |
|
PERMATANG PAUH: Jangan salahkan rakyat, sekiranya mereka memilih 'cara jalan raya' setelah hilang keyakinan kepada sistem pilihan raya negara ini.
Tindakan pembangkang memboikot pilihan raya kecil Batu Talam adalah manifestasi tanda bukti bahawa rakyat telah hilang keyakinan dengan sistem demokarasi, sistem pilihan raya di negara ini, kata ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Keadilan (MPT) Dr Badrul Amin Baharom.
"Apa maknanya jika rakyat tidak percaya kepada sistem demokrasi, kalau rakyat tolak demokrasi, rakyat tolak pilihan raya, jangan kita terperanjat kalau rakyat akan pilih jalan raya.
"Kita nak bagi tahu mereka, bila rakyat hilang percaya kepada sistem pilihan raya, pada sistem demokrasi, jangan salahkan rakyat apabila rakyat memilih jalan raya untuk meroboh barisan BN," tegasnya pada ceramah umum di Dewan Yayasan Aman dekat sini, malam tadi.
Keengganan Suruhanjaya Pilihan raya (SPR), membetulkan sistem yang diguna pakai termasuk membersihkan daftar pemilih, biarpun pembangkang telah membuktikan wujud nama pengundi hantu, disifatkannya sebagai satu bentuk provokasi politik.
"Jangan provok hak demokrasi rakyat.....mereka kata kita takut kalah," ujarnya.
"Ingat kita ni haprak sangat, dia ingat kita ni bangsat sangat, kita ada maruah. Saya tidak takut kalah, saya katakan saya telah belajar kalah, tapi saya tidak redha ditipu bulat-bulat," tegasnya.
Dalam kes Batu Talam, jelasnya BN akan berusaha untuk mengadakan ‘pilihan raya olok-olok,’ bagi membuktikan demokrasi masih subur, lebih-lebih lagi, jelasnya peruntukan jutaan ringgit telah tersedia untuk diagihkan sesama mereka.
Sekiranya SPR tidak membetulkan segala bentuk kepincangan dalam sistem pilihan raya negara ini, beliau yakin pembangkang akan memboikot pilihan raya umum depan. |
posted by jasindaily online @ 5:00 PM |
|
|
MAHASISWA MENANG SELEPAS DIGANTUNG UUM |
|
Seorang mahasiswa bernama Mohd Rizal Mohamad @ Anan telah berjaya membuktikan kepada seluruh mahasiswa Malaysia bahawa kebebasan sememangnya sesuatu yang sewajarnya dimiliki oleh setiap masyarakat termasuk mahasiswa.
Mohd Rizal Mohamad@Anan, seorang mahasiswa Universiti Utara Malaysia telah digantung selepas mendapati Rizal memalukan universiti kerana bertanyakan suatu soalan kepada ahli panel dalam forum terbuka di kampus UUM pada 11 Februari 2000.
Baru-baru ini mahkamah tinggi Alor Star bersetuju untuk menerima pampasan RM 70 ribu dari UUM walaupun terpaksa menunggu sehingga lebih 6 tahun untuk membuktikan hak bersuara yang telah terjamin dalam perkara 10 perlembagaan negara.
Nilai RM 70 ribu yang diterima oleh saudara Rizal bukanlah harga sebenar mempertahankan kebebasan yang diperjuangkannya, namun ia patut menjadi simbol kepada berani kerana benar dan kebebasan siswa untuk bersuara mesti dipertahankan.
Keputusan Universiti Utara Malaysia (UUM) yang mengalah seharusnya dijadikan pengajaran kepada pengendali universiti-universiti lain yang merelakan diri menjadi alat penghalang kebebasan dengan mengugut mahasiswa-mahasiswa dengan undang-undang dan Aku Janji.
Perkara tersebut seharusnya dijadikan panduan kepada institusi pengajian tinggi awam yang lain, agar menghormati kebebasan bersuara bukan bertindak melulu mengikut telunjuk tuan politik masing-masing. |
posted by jasindaily online @ 4:55 PM |
|
|
EKONOMI PAK BELALANG |
Thursday, December 07, 2006 |
SEJAK dua dekad lalu, ketika ekonomi Asia dikatakan sebagai "miracle". Malaysia berada dalam posisi yang memberi saingan sengit kepada kebanyakan negara yang kini menjadi antara kuasa ekonomi Asia. Pertumbuhan ekonomi, pelaburan langsung asing (Foreign Direct Investment: FDI) dan keluaran dalam negara kasar (KDNK) meningkat dengan ketara sekali. Namun, kini keadaan sangat menyecewakan apabila di rantau Asia Tenggara sekalipun, kita semakin terkebelakang dalam beberapa bidang, fundamental ekonomi terus rapuh dan Malaysia tidak lagi menjadi destinasi utama FDI.
Adalah sukar dalam tempoh terdekat ini ekonomi negara boleh kembali subur sepertimana keadaannya sebelum krisis lapan tahun lalu, iaitu pada masa Malaysia adalah antara sepuluh negara-negara di dunia yang paling memikat pelaburan asing, terutama kerana pihak pelabur asing semakin menjauhkan diri apabila melihat indeks persepsi rasuah telah menjulang Malaysia daripada tangga 139 tahun lalu ke tangga 144 tahun ini. Secara langsung ia memberi gambaran yang negatif bahawa keadaan perniagaan di Malaysia mempunyai risiko yang tinggi dan juga kerana dasar-dasar yang tak menentu. Sekarang, Malaysia terletak ke lebih 60 sebagai destinasi modal asing.
Namun projek ekonomi terus diwarnai dan kekal sebagai "projek politik," termasuklah projek mega utama seperti projek Pembangunan Wilayah Johor Selatan atau Southern Johor Economic Region (SJER) yang diharap menarik pelaburan lebih RM40 bilion, Jambatan ke-2 Pulau Pinang dengan inisiatif perbelanjaan swasta sebanyak RM2.7 bilion dan beberapa projek besar-besaran yang lain. UMNO juga telah pun meluluskan peruntukan sebanyak RM600 juta untuk diagih-agihkan kepada kesemua bahagian-bahagian parti itu dan mendesak supaya dana ini dibelanjakan dalam masa 90 hari. Ini keistimewaan kerajaan 'Pak Belalang', yang mampu dengan sekelip mata, mereka-reka projek-projek politik.
Semua projek itu, yang secara realitinya belum berjalan sedepa, tetapi sudah menjadi kempen pilihan raya besar-besaran. Golongan elit atau 'bangsawan' kini sudah mula mengasah keris. Jangan sekali-kali sesiapa pun berani mencampuri pengurusan projek-projek ini, maka akan mereka amuk....Parlimen sekali pun jangan persoal peruntukan ini. Mereka sanggup menipu di Parlimen dengan menafikan adanya dana ini walau pun telah diketahui pengumuman yang dibuat oleh Abdullah di perjumpaan dengan wakil-wakil UMNO sebelum perhimpunan agung parti itu yang lalu.
Projek ekonomi sebagai umpan politik akan hanya menjadikan pembangunan ekonomi menjadi tidak mapan. Ianya umpaya maju setapak mengundur beberapa tapak. Ia juga merupakan lubang besar untuk berlakunya ketirisan apabila pemimpin dan elit BN mulai sekali lagi melihatnya sebagai peluang baru untuk mereka memunggah kekayaan. Kejayaan sesuatu projek itu bukanlah dalam perkiraan mereka, bahkan apakah projek itu benar-benar memberi manfaat kepada negara dan rakyat juga bukan persoalannya.
Dalam pada itu, kita bertanya, apa sudah jadi dengan projek hidro Bakun di Sarawak, hutan habis, elektrik belum ada. Begitu juga apa jadi dengan projek perkampungan perfileman E-Village di Serdang, Selangor, yang kini jadi padang jarak padang tekukur? Dan yang tidak kurang mengecewakan juga ialah projek Cyberjaya yang menelan berbilion ringgit, tetapi hasilnya tidak ubah seperti hanya setaraf pekan koboi yang gersang dan kontang.
Masyarakat ICT antarabangsa hari ini mulai membandingkan Cyberjaya dengan konsep pembangunan yang sama di Bangalore, India. Wilayah di India itu yang dibangunkan dengan kos yang jauh lebih rendah berbanding Cyberjaya kini menjadi antara yang paling menarik dan maju di dunia.
Dengan banyaknya projek demi projek yang gagal, apakah kita mampu berharap "projek ekonomi-politik" ala BN boleh sukses? Projek sebesar SJER atau yang kemudiannya ditukar nama menjadi Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) misalnya bukanlah projek membungkus kerepek di belakang rumah. Ia melibatkan perancangan, pembangunan dan keseluruhan kos dan pakej pemasaran yang besar.
Kerana nama yang asyik bertukar, selain menimbulkan kekeliruan, yang tersirat ialah, Abdullah hanya berharap pengumumannya akan menjadi mantra baru ekonomi. Malangnya pelaburan asing tidak akan berlumba-lumba masuk berpusu-pusu hanya dengan majlis pengumuman yang gilang-gemilang. Hari ini para pelabur akan melihat bagaimana idea model wajah baru Johor Bahru itu apabila siap sepuluh tahun kelak, setaraf Hong Kong yang hari ini? Kerajaan cuba menyamakan WPI dengan Hong Kong, namun, ia bukan Hong Kong 5-10 tahun akan datang, tetapi Hong Kong hari ini. Maka hakikatnya kita akan terus masih ketinggalan dalam saingan.
Ringkasnya, apa maknanya membangunkan kota masa depan di negara ini tetapi kota masa depan itu di negara lain sudah wujud hari ini? Ini bukan persaingan namanya, tetapi konsep ‘Malaysia Boleh’! Riuhnya bukan main. Satu kampung tersentak dan melatah buatnya.
Untuk mengelak kekeliruan maka perlu ditegaskan, yang ditentang oleh Parti Keadilan Rakyat (keADILan) sejak awal ialah kemelut dan sampah sarap cuba disorokkan. Mata rakyat dikelabukan. Pemikiran rakyat dikelirukan. Keadilan tidak pernah menentang pembangunan dan projek untuk rakyat, tetapi cita-cita kemakmuran tidak akan tercapai selagi niat-niat pemimpin yang duduk di kerusi kekuasaan itu dan orang yang melaungkan "agenda Melayu," dalam masa yang sama mereka ini jugalah yang hanya menganggap bahawa ini satu lagi kesempatan meninjau peluang cara untuk merompak kekayaan negara. Parti-parti komponan yang lain tidak ketinggalan. Bisikan-bisikan pengagihan sedang berjalan lancar. Ya, konsep Pak Belalang diguna pakai… satu untuk kamu, dua, tiga untuk aku!
Memang terduga sejak awal, politik kaum akan dilaungkan terus menerus oleh pemimpin yang bacul. Ugutan dibuat supaya perbuatan mereka tidak ditentang. Lihat bagaimana pahlawan "ultra-Melayu" yang bercakap tentang "negara bangsa" dengan kononnya mengangkat idea Dato' Onn Jaafar. Memang jelas negara sedang berada di dalam krisis kepimpinan yang parah sekali, terutama apabila elit BN itu lupa persoalan asas, iaitu tidak ada bangsa di dunia yang menjadi besar dan agung daripada laungan sentimen dan menyalakan api perkauman.
Mereka lupa atau tidak pernah mengerti bahawa sesuatu bangsa itu akan menjadi besar dan terhormat apabila ia dapat mempertahankan idealisme, pemimpinnya berani bercakap benar, berpegang kepada prinsip perjuangan dan prinsip keadilan. Apa pun, kepedulian kepada amanah yang diberikan tidak wujud sama sekali.
Kisahnya konon di Bringin Rendang Dari hal tok nujum yang dah terbilang Telek menelek semua temberang Ahli nujum Pak Belalang.
Nampaknya strategi "membeli masa" ("buying time") dan bersilat cara lama seperti ala Pak Belalang untuk mempertahankan kuasa politik BN bukan hanya tidak akan menjadikan rakyat kita bebas, tetapi perjuangan perkauman yang melampau ini nyata sedang memamah dan membakar diri penguasa itu sendiri. Projek-projek besar yang diramal dan dilaungkan untuk kemajuan ekonomi rakyat hanyalah sebagai fatamorgana (mirage) sahaja. Kalau rakyat masih tidak peka dan bertindak kali ini, Pak Belalang akan bermaharajagila menjadikan wilayah dan negara ini tergadai.
Kamarul Baharin Abbas (sumber dari m@rhaendaily )
|
posted by jasindaily online @ 8:45 AM |
|
|
MELAYU MUNDUR KERANA PEMIMPIN - SYED HUSIN |
|
PULAU PINANG: Timbalan Presiden Keadilan, Prof. Dr Syed Husin Ali menggariskan tiga perkara yang bersangkut-paut dengan sifat kepimpinan, sebagai penyebab kedudukan orang Melayu Pulau Pinang, khasnya dan keseluruhan Melayu amnya semakin teruk.
Pertama, menurutnya, di Pulau Pinang dan di negeri-negeri lain, para pemimpin tidak mempunyai keazaman politik (political will) yang cukup teguh untuk membela nasib golongan bawahan, walaupun retorik membela Melayu cukup kuat kedengaran termasuk di Perhimpunan Umno.
Kedua, pemimpin pemerintah tidak mempunyai tenaga untuk membendung, apatah lagi menyekat kuasa pasaran yang boleh memiskinkan lagi golongan miskin Melayu dan kaum lain.
Dan yang ketiga, katanya ialah pemimpin kerajaan, kebanyakannya lebih mengutamakan keuntungan diri, keluarga dan suku-sakat mereka.
"Badan-badan yang ditubuhkan untuk membela orang Melayu sering diperalatkan untuk keuntungan sendiri. Ramai yang menjadi korup, menjual saham yang diperolehi dan mengutip komisyen dari kontrak yang mereka dapat," tegasnya.
Sebab itu, katanya halatuju dan pendekatan Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9), yang tidak banyak berbeza dengan lapan rancangan sebelum ini, tidak akan membuahkan hasil yang diharapkan.
Ketika menyampaikan ucaptama dalam Kongres Kebangkitan Melayu Pulau Pinang, di Hotel Naza, di sini, Ahad, Syed Husin menegaskan, golongan berkenaan memperalatkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk memperkayakan segelintir elit politik dan kroni mereka, daripada menaikkan taraf rakyat Melayu dan kaum lain di kampung dan di bandar.
Golongan terbabit, katanya, lantang melaungkan isu 'agenda Melayu' bertujuan memberi lebih banyak peluang kepada peniaga dan pengusaha besar Melayu, yang terdiri daripada pemimpin Umno atau rapat dengan pucuk pimpinan Umno.
Sehubungan itu, tegas Syed Husin, untuk membawa perubahan bagi rakyat teramai yang masih ketinggalan, kebanyakannya orang Melayu, sistem sosio-ekonomi yang didominasikan unsur kapitalis yang mengutamakan segelitir golongan atasan perlu diubah.
"Ini boleh dilakukan dengan menghapuskan korupsi serta ketamakan, dan benar-benar membela golongan rakyat yang terbanyak untuk menaikkan taraf ekonomi, pelajaran, kesihatan, perumahan, sosial dan akhlak mereka.
"Pendekatan ini sesuai dengan konsep kepedulian rakyat yang diutarakan oleh Anwar Ibrahim," ujarnya.
Program anjuran Sekreteriat Kongres Melayu Pulau Pinang dan Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) itu turut membincangkan dua kertas kerja bertajuk "Masalah Melayu Pulau Pinang," oleh Profesor Dr. Amir Hussin Baharudin (USM) dan "Islam Penyelamat Umat Melayu Pulau Pinang," oleh Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa |
posted by jasindaily online @ 8:41 AM |
|
|
KAKAK DR MAHATHIR MENINGGAL DUNIA |
|
Kakak Tun Dr Mahathir Mohammad meninggal dunia petang tadi di Kedah Medical Center di Alor Star akibat komplikasi jangkitan radang paru-paru setelah seminggu tidak sedarkan diri.
Habshah @ Bibi Mohd Iskandar, 85, dimasukkan ke wad tersebut sejak 20 November lalu.
Anak Habsah, Kalthom Abdul Ghani, 59, sebagai berkata Dr Mahathir, isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, beliau sendiri serta dua lagi anggota keluarga mereka berada di sisi allahyarham yang menghembuskan nafas terakhir pada 1.15 petang, lapor Bernama.
Jenazah kakak kedua bekas Perdana Menteri itu dilaporkan akan dibawa pulang ke rumah anak saudaranya Datin Yasmin Mashoor di Jalan Pegawai di Alor Star untuk urusan pengebumian.
Kalthom turut memberitahu jenazah ibunya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Akar Peluru pada 10 pagi esok bersebelahan kubur bapa allahyarham, Mohamad Iskandar.
Kalthom merupakan satu-satunya anak tunggal allahyarham hasil perkahwinan bersama suaminya Abdul Ghani Pa'chik yang meninggal dunia lebih 20 tahun lalu.
Beliau berkata Dr Mahathir, yang amat rapat dan mesra dengan kakaknya itu, amat bersedih dengan kematian allahyarham.
"Dengan pemergian ibu saya, daripada mereka lima beradik kini hanya tinggal Dr Mahathir dan kakak sulungnya yang masih hidup," kata Kalthom.
Keluarga bekas Perdana Menteri itu terdiri daripada tiga lelaki serta dua perempuan. Dr Mahathir merupakan anak bongsu manakala kakak sulungnya, Rafeah berusia 92 tahun.
Antara yang turut hadir menziarahi jenazah, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Syed Unan Syed Abdullah |
posted by jasindaily online @ 8:40 AM |
|
|
HANYA PM, TPM DAN TIGA YANG LAIN SETUJU GABUNG UTUSAN-NSTP |
|
Hanya Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, timbalannya Dato' Seri Najib Tun Razak, Bendahari Umno Dato' Azim Zabidi dan dua lagi ahli Majlis Tertinggi Umno (MT) yang menyebelahi rancangan besar untuk menggabungkan Utusan Melayu (M) Berhad dengan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), lapor Business Times Singapura (BT) 5 Disember lalu.
Kegagalan mendapatkan persetujuan dari mesyuarat MT itu akhirnya menyebabkan sidang akhbar dan majlis taklimat mengenai penggabungan tersebut pada 4 Disember dibatalkan.
Pada hari yang sama dengan pembatalan itu juga, Perdana Menteri yang juga Presiden Umno dilihat memberikan isyarat supaya penggabungan itu diteruskan juga apabila berkata, "Saya rasa melalui penggabungan sahaja, mereka (Utusan dan NSTP) dapat membina keupayaan".
The Straits Times Singapura (ST) sebelum ini melaporkan, cadangan tersebut telah dibentangkan selepas Perdana Menteri dan timbalannya mempersetujui penggabungan itu.
Bagaimanapun, menurut akhbar itu, setelah ahli-ahli Majlis Tertinggi Umno (MT) membincangkan kebaikan dan keburukan penggabungan tersebut, hanya lima daripada 48 daripada mereka yang bersetuju dengan cadangan tersebut.
"Kebanyakan dari kami tidak selesa dengan cadangan itu," Ahli MT, Dato' Shahrir Samad dilaporkan oleh ST sebagai berkata.
Jumaat lalu, urusniaga saham kedua-dua gergasi media itu telah digantung sehingga pengumuman penggabungan dibuat.
Menurut BT, para pemimpin Umno menyatakan, saham kedua-dua gergasi media media itu telah digantung urusniaganya kerana mereka yang terlibat mengatur penggabungan tersebut begitu yakin bahawa semuanya telah beres.
Mereka telah mendapat persetujuan dari Presiden dan Jawatankuasa Pengurusan Umno yang dipengerusikan oleh Najib, BT melaporkan seorang pemimpin kanan parti itu berkata. Lantaran itulah mereka fikir penggabungan itu telah diluluskan lalu mengambil tindakan mengggantung urusniaga saham Utusan dan NSTP.
Bagaimanapun, lapor BT, mereka tersilap apabila hanya Presiden, Timbalan Presiden, bendahari dan dua ahli MT yang lain yang bersetuju dengan penggabungan itu.
Menurut BT, penolakan MT terhadap penggabungan itu dikatakan berpunca dari kebimbangan akan terjejasnya cara Utusan yang bebas dan sokongannya terhadap agenda Melayu.
NSTP selama ini secara umumnya dikuasai oleh mereka yang setia kepada Presiden Umno manakala Utusan pula dikuasai oleh Umno sendiri yang diwakili oleh Presiden, Timbalan Presiden, Setiausaha Agung dan Bendahari parti itu, lapor BT.
Perkara tersebut menimbulkan satu lagi kebimbangan, kata pemimpin berkenaan kepada BT, mungkin kerana persepsi bahawa Utusan akhirnya akan dikuasai oelh orang yang sama yang menguasai NSTP.
Pengerusi Lembaga Pengarah NSTP ialah Dato' Seri Mohamed Jawhar Hassan yang tidak begitu dikenali manakala Timbalan Pengerusi pula ialah Dato’ Kalimullah Hassan. Kalimullah, yang juga adalah Penasihat Editorial NSTP, sangat dikenali sebagai sahabat rapat menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin.
Menurut bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Kalimullah pernah dibantah oleh pihak polis untuk dilantik sebagai Setiausaha Akhbar Allahyarham Tun Ghafar Baba kerana mengesyaki beliau adalah seorang agen Singapura.
Malaysia Today pernah mendakwa, Kalimullah juga mempunyai hubungan yang rapat dengan kerajaan Singapura terutama Menteri Dalam Negerinya, Wong Kan Seng, yang mengguasai operasi perisikan negara itu.
Dalam perkembangan berkaitan, rundingan mengenai cadangan penggabungan antara Utusan dan NSTP itu masih berjalan dan besar kemungkinan penggabungan akan berlaku berikutan kenyataan Perdana Menteri 4 Disember lalu.
Malaysiakini melaporkan, akhbar harian The Edge hari ini memetik Mayban Securities Research sebagai berkata Utusan dan NSTP akan menjadi anak syarikat kepada sebuah syarikat induk baru di bawah cadangan penggabungan tersebut.
"Sekiranya penggabungan itu menjadi kenyataan, proses dijangka siap dalam tempoh enam hingga sembilan bulan, iaitu pada pertengahan tahun 2007," kata Mayban Securities Research. |
posted by jasindaily online @ 8:33 AM |
|
|
ZAHID MAHU MEDIA PERDANA LAWAN BLOG, INTERNET |
Monday, December 04, 2006 |
Media perdana diminta menangkis dakwaan atau fitnah yang disebarkan menerusi internet atau blog terhadap sesuatu isu atau berkaitan dasar kerajaan.
Timbalan Menteri Penerangan Datuk Ahmad Zahid Hamidi berkata dalam era langit terbuka kini, rakyat semakin mudah disogokkan dengan pelbagai maklumat menerusi media alternatif seperti internet, yang kandungannya belum pasti tepat dan benar.
"Oleh kerana kesan langit terbuka, kita dapati media alternatif seperti blog, internet misalnya mula berada di persada komunikasi kita. Kita tidak boleh sekat mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Lanchang 2006 di sini malam tadi.
Ahmad Zahid turut menasihati pengusaha blog atau mereka yang menulis dalam internet agar lebih bertanggungjawab dalam menyebarkan maklumat.
"Setiap orang ada etika, ada nilai diri, kita harap pengusaha blog juga mempunyai etika," katanya |
posted by jasindaily online @ 4:46 PM |
|
|
MUSUH DALAM SELIMUT |
Wednesday, November 29, 2006 |
Sejak saya dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri (Mahathir) pada 2001, saya tidak pernah hentikan usaha memberi ingatan kepada pelbagai pihak akan kemungkinan meledaknya bencana yang akan menghenyak orang Melayu dan Islam di rantau ini secara amnya dan Umno pada khususnya. Inilah petaka yang direncana oleh beberapa kuasa di dalam dan luar negara. Usaha rasmi saya yang pertama ialah menyediakan satu kertas kerja bertajuk "The Path to National Suicide" (Laluan Memusnah Negara Sendiri) yang telah dikemukakan kepada Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 21 Mei, 2001. Saya telah mengingatkan Perdana Menteri bahawa kemungkinan meledaknya satu bencana dalam masa lima hingga sepuluh tahun, jika tidak lebih awal daripada itu dan peranan halus yang akan dimainkan oleh Singapura dalam keseluruhan perancangan musibah tersebut. Pada 2005 saya telah menulis dua buah buku, "Future Fast-Forward" dan "Brainwashed for War" dalam usaha untuk memberi ingatan kepada umah betapa pergolakan geopolitik semasa akan menjerut Islam dan kemungkinan meledaknya perang, bukan sahaja di Timur Tengah tetapi di rantau ASEAN juga, khususnya Malaysia. Sambil memetik kata-kata Professor Thomas Barnett, pengarang 'Pentagon's New Map' dan seorang penasihat tentera kepada Pentagon, saya telah memberi amaran bahawa Malaysia sudah pun dijadikan sasaran untuk dikuasai dan dihamba-abdikan.
Saya juga telah memperingatkan kemungkinan munculnya Tsunami Kewangan "Financial Tsunam" yang menenggelamkan keseluruhan rantau ini pada 2007/2008. Berbeza dengan krisis kewangan pada 1997. Pada kali ini tidak akan ada lagi jaringan keselamatan untuk usahawan Bumiputera. Mereka yang masih belum pulih sepenuhnya daripada henyakan krisis 1997 dahulu, akan disapu habis diikuti oleh generasi usahawan selepas mereka dan yang baru sahaja diangkat menyertai permainan itu oleh pentadbiran Paklah. Memang tidak akan ada pilih-memilih. Masyarakat perniagaan Cina akan turut terhumban di samping orang Melayu.
Saya percaya Tun Dr. Mahathir Mohamad memang banyak mengongsi keprihatinan saya terhadap masa depan Malaysia dan berusaha bertungkus-lumus selama hampir tiga tahun menentukan rakyat Malaysia akan menerima peluang yang saksama untuk mendepani segala cabarannya. Beliau telah didesak oleh segelintir penyokong parti yang setia Paklah boleh dipercayai untuk mengambil alih pucuk kepimpinan bahtera Malaysia agar sentiasa tegap pelayarannya. Tun mempunyai keraguan jua, tetapi kesangsian itu tidak cukup untuk menangkis sentimen yang diserlahkan para pembantunya yang setia dalam hierarki parti. Kalaulah Tun melantik seorang calon lain, dia sudah tentu tidak akan merasakan kesetiaan penyokong setia parti itu dan perpaduan parti sudah tentu tergugat.
Tujuh bulan sebelum Tun bersara, memang nampak segala pertanda akan berlaku petaka. Terlalu banyak isyarat yang dilihat bahawa Singapura sedang memperlekehkan Tun gara-gara beliau sudah dianggap sebagai itik tempang dan mereka mulakan persiapan pecah tanah strategi untuk menguasai Malaysia Sedikit demi sedikit asset milik Singapura mula timbul dan satu jaringan intrig telah dianyam dalam Era Pasca Mahathir. Kerana status quo yang ada, Tun tidak boleh bertindak ataupun merobah keadaan, apa lagi menyandarkan harapan dan keyakinannya kepada semangat patriotisme dalam Umno dan pada orang-orang kepercayaan beliau untuk menjaga aset-aset negara yang paling berharga. Tun begitu percaya bahawa Umno sudah matang menjadi satu parti yang ada prinsipnya, dan yakin dengan keupayaan parti untuk mendaki satu tahap lagi untuk kegemilangannya, dan tidak mudah tunduk kepada kesetiaan menggila secara membabi-buta ataupun mudah dipujuk rayu oleh janji manis dan keuntungan kewangan.
Kek ekonomi telah diperbesar di luar jangkaan dan bolehlah dikatakan tanpa ragu-ragu lagi bahawa rakyat Malaysia memang sudah "boleh cari makan". Secare kolekitf kejayaan negara memang membanggakan. Tun adalah orang yang pertama yang berani mengaku kejuruteraan sosial bukan lagi satu Sains yang tepat kerana tidak ada satu pelan induk yang standard ataupun buku teks yang boleh diikuti, kerana pastinya berlaku kesilapan juga. Memang terdapat banyak kritikan terhadap DEB, tetapi daripada kacamata masyarakat Melayu, mereka sudah lama berhijrah. Mereka mempunyai pelbagai alasan untuk merasa bangga dengan kejayaan.
Rakyat Malaysia sedar akan bahaya perbezaan kekayaan dan pendapatan antara pelbagai masyarakat kaum dan kesannya yang hodoh seandainya ketidak-samaan itu terus berlanjutan. Tiga puluh lima tahun yang lampau telah menyaksikan usaha kolekitf untuk memperbetul isu yang menyakitkan itu dan kita boleh berkata dengan bangga dan yakin bahawa kita telah mencapai kejayaan yang berpada. Akan tetapi, banyak lagi yang perlu dilakukan. Sebelum beliau bersara Tun telah menentukan struktur dan sistem yang mendasari pentadbiran kerajaan akan terus berfungsi dengan berkesan sebagai usaha untuk memperbesarkan kek ekonomi itu dan menentukan keseimbangan dalam perkongsian kekayaan negara dan segala kemewahannya.
Berbeza dengan Lee Kuan Yew, Tun tidak mempunyai hasrat untuk membayangi pentadbiran yang baru. Dia telah diyakinkan oleh Paklah betapa keyakinan dan kepercayaan beliau tidak akan disalah-tempatkan. Paklah telah memberikan jaminan peribadi, seperti juga yang diberikan oleh pembantu Tun yang pernah dipercayainya bahawa pasukan itu akan menjalankan tugas menepati harapannya.
Soalan Cepumas: Kenapa Keadaan Berubah?
Akan tetapi ada sesuatu yang telah tersasar, di sebalik segala perancangan yang pernah dilakar dengan baik keadaan tidak berjalan lancar seperti yang diharapkan. Apa yang sudah terjadi?
Pembelotan. Itulah yang sudah terjadi. Umno sudah dimusnahkan daripada dalam dan luar, di mana Singapura memainkan peranan yang penting. Mereka telah mengambil pendekatan ala Zionis-Mossad. Itulah modus operandi yang telah diperhalus oleh Singapura dan dilaksanakan secara berkesan oleh segala agennya yang sudah lama bertahan. Sasaran pertama ialah NST. Sesiapa sahaja yang menguasai NST ataupun jurusan media akan menguasai dialog politik dan propaganda. Apabila mereka mendapat tempat dan kedudukan, pakar tukang karut mula bekerja lebih masa untuk memomokkan Tun dan mencemuh legasinya. Tun telah mengadu kepada Umno tetapi tidak ada sesiapa yang sanggup mendengarnya, seolah-olah Umno sudah diselubungi kain penutup mata.
Keadaan semakin menyerlah. Sebuah kubu Umno yang menguasai media dialog politik dalam bahasa Inggeris, telah dirampas tanpa sebarang rungutan. suara Umno yang berkuasa. Mereka gunakan akhbar itu untuk mengabui pemikiran masyarakat kelas menengah Melayu yang berpendidikan bahasa Inggeris, dengan menabur pelbagai fitnah, mencetuskan kecelaruan dan huru-hara - sekali gus melebarkan jurang perbalahan antara Tun dan masyarakat politiknya.
Singapura hampir berjaya. Tetapi Tun telah berani menentang pertelagahan itu mendekati ambang pintu Singapura, apabila beliau mendedahkan skandal jambatan indah dan penjualan pasir kepada Singapura. Inilah yang telah mencetuskan keadaan tegang dalam politik yang berterusan selama lapan bulan. Singapura mula panik dan gegarannya mula dirasakan oleh musuh-musuh kita di negara ini. Tun mesti dimusnahkan tidak krialah apa kosnya ataupun apakah kesannya nanti kepada negara ini, kepada Umno dan juga kepada masyarakat Melayu. Rencana untuk menjerut Umno tidak boleh dilonggarkan, selagi Paklah mencengkam kuasa dan segala aset masih kekal di situ, Tun boleh diasak dan dilemahkan
Memang mudah sangat strategi mereka. Dan setakat ini, tidak ramai dalam Umno memahami implikasinya. Semua tukang karut kini sudah melaungkan bahawa sudah ada kebebasan akhbar masa kin. Segelintir kes korupsi yang membabitkan orang berprofil tinggi (kenamaan) telah mendapat liputan muka depan akhbar utama.. Ia memuaskan nafsu pihak yang tertekan yang mahukan keadilan dan pembalasan. Apabila tukang karut beralih tumpuan kepada Tun, memomokkan dia seperti yang belum pernah terjadi kepadanya dalam sejarah negara ini, ada pihak yang berfikiran arif mengatakan bahawa perkara itu haruslah dijangka. Kerana kita sekarang sudah pun memiliki kebebasan akhbar.
Tidak ramai yang sedar bahawa apa yang disebut sebagai kebebasan itu ialah ruang kebebasan untuk mengutuk Tun dan bukannya kebebasan untuk mengkritik Paklah ataupun pentadbiran beliau. Inilah dia taktik media Zionis/Israel yang paling biasa. Ariel Sharon adalah seorang penjenayah perang, tetapi diwar-warkan sebagai 'Pemimpin Kedamaian' tetapi Yasser Arafat dimomokkan sebagai seorang "pangganas", seorang manusia yang tidak boleh diajak berunding'. 'Korup' dan sebagainya. Pembohongan demi pembohongan untuk mengaibkan Tun telah dilaporkan dalam NST.
Tun tidak berdiam diri. Beliau telah menyerang balas. Ketokohan Paklah, Khairy dan tukang karut mula merudum. Sekali lagi Singapura menjadi gelabah, Tindakan yang drastik diperlukan - sebagai pelencung minda yang mampu memprovokasi, kalau perlu hingga pertumpahan darah di jalan – sebagai mengalihkan tumpuan kritikan Tun. Lee Kuan Yew terkejut beruk dan mula menuduh orang Melayu di Malaysia cuba meminggirkan masyarakat Cina dan mempersoalkan apakah DEB masih relevan lagi. Kenapakah LKY mula jaga tepi kain orang dan menyibuk dengan urusan kita?
Dalam satu artikel yang berjudul: "The Wayang Kulit of Paklah and LKY" yang pernah disiarkan oleh Malaysia Today saya ada menulis:
LKY dan Paklah seolah-olah menganggap rakyat Malaysia adalah golongan yang bengong.
'Tuntutan maaf' LKY menunjukkan betapa tertekannya regim LKY dan boneka mereka di Malaysia dan ketakutan akan terdedah akhirnya cara mereka mengawal Malaysia.
Selepas sembilan bulan tersebarnya kritikan Tun Dr Mahathir yang lantang , bahawa Paklah dan Khairy adalah boneka regim LKY dan telah menjual Malaysia untuk mendapatkan pelaburan dollar Singapura, budak-budak di Tingkat Empat, dan para tukang karut sudah kehilangan modal bagaimana caranya untuk menentang segala pendedahan kerja busuk mereka. Luka yang ditanggung sudah semakin membarah
Persiapan bermula apabila Khairy mulakan isu perkauman dengan memberi amaran kepada Pemuda Umno bahawa orang Cina akan mengambil kesempatan seandainya Melayu lemah. Malang bagi Khairy, sambutan yang diharapkanya tidak menjadi walaupun politik perkauman dimainkan dengan dahsyat sekali. Khairy gagal menonjolkan imej dirinya sebagai juara orang Melayu. Tuan besar Khairy di Singapura mula risau kalau-kalau Khairy tidak dapat menonjolkan diri sebagai 'Juara Orang Melayu,' adalah amat sukar untuk melakar kembali isu politik yang sudah pun dipersetujui oleh Paklah agar terus akur kepada Singapura supaya terus menjadi seolah-olah Paklah yang sedang menguasai keadaan.
Belon ujian politik yang telah dinaikkan tinggi oleh Khairy tiba-tiba sudah menghilang entah ke mana. Tun Dr. Mahathir telah menang besar dalam propaganda perang yang sedang rancak diketengahkan.
Ada satu perjanjian bermuslhat di mana LKY akan membuat kenyataan yang berbaur perkauman mengenai peminggiran orang Cina di Malaysia oleh orang Melayu. Media massa telah diatur untuk mencetuskan jawapan kepada provokasi Singapura itu Kemudian Paklah akan mendesak satu penjelasan daripada LKY. LKY akan menuntut maaf dan akan menonjolkan beberapa pembohongan lagi untuk melonjakkan ketokohan Paklah.
Malang bagi LKY dan bonekanya, kelentungan itu tidak menjadi. Loceng penggera telah dibunyikan. Persidangan Agung Umno adalah dijangka menjadi majlis untuk para pengkritik menghenyak Paklah. Kalaulah Tun dapat menghadiri persidangan itu, tidak siapa yang dapat meramalkan apa yang akan terjadi.
Apa yang lebih berkesan untuk melencungkan perhatian keseluruhan negara daripada kritikan Tun daripada mencetuskan isu perkauman? Apa yang terjadi memang dahsyat sekali. Pada mulanya ia bertujuan untuk memudahkan Paklah mengeluarkan kenyataan terhadap para perwakilan yang begitu ghairah dan cuba menonjolkan imej seorang Perdana Menteri yang prihatin terhadap semua rakyat Malaysia. Hakikat bahawa itulah rencana yang dilakar memang jelas menyerlah semasa Khairy mengaku dalam akhbar Sunday Times pada 26 November 2006. (bukan 2007)
Saya petik kata-kata itu di sini:
Jadi, kita sekarang sedang mendebatkannya. Selepas redanya cakap yang berapi-api, kelantangan tentang hak ketuanan, hak keistimewaan dan laungan nasionalisme dan perkauman, ada orang yang cuba mengkaji semula tentang identiti etnik di Malaysia hari ini.....
Selepas beberapa hari beretorik adalah terlalu mudah untuk kata penyudah mengulanginya.
Akan tetapi itu bukannya contoh kepimpinan. Kepimpinan bererti membenarkan apa sahaja yang perlu disuarakan dibenarkan secara terbuka, dengan penuh tanggungjawab dan keberanian untuk mempengaruhi setiap individu balik ke jalan tengah, menenangkan yang tidak tenteram, dan menentukan emosi yang meruap-ruap menjadi satu tenaga yang positif dengan tujuan bukan semata-mata untuk orang Melayu tetapi untuk seluruh Malaysia.
Itulah kempimpinan yang kita nampak daripada Presiden Umno dan mesti dikekalkan imej itu pada persidangan tahunannya.
Tukang karut telah bekerja lebih masa untuk menyebarkan dakwah politik ini. Timbalan Perdana Menteri dan Menteri defakto Undang-undang Nazri Aziz,. telah masuk campur dengan bersuara bahawa para perwakilan yang berani bersuara menuturkan kata-kata perkauman perlu bersedia menghadapi kesan Akta Hasutan. Kalaulah tindakan dibuat pada Persidangan Tahunan Umno itu, mungkin ada sedikit ruang dalam usaha untuk mengekang orang yang rasis. Tetapi ia sengaja dibiarkan dan seluruh dunia melihatnya secara lintas langsung di TV Astro.
Akhirnya nanti daripada strategi pelencungan ini, ternyata menunjukkan apa yang dicakap-cakap dalam Persidangan Umno itu adalah sesuatu yang bukan baru. Di setiap persidangan, kenyataan rasis semacam itu memang perkara biasa. Tetapi membiarkan lintas langsung melalui Astro TV, rakyat Malaysia yang bukan-Melayu secara tiba-tiba dan untuk pertama kali didedahkan kepada kebodohan itu. Khairy dan golongan tukang karutnya menjangka satu libasan yang akan muncul kerana apa yang terjadi dalam masa beberapa minggu daripada sekarang. Sekali gus itu akan mengkerdilkan sebarang kisah mengenai Tun ataupun apa yang dikritiknya. Sekali lagi saya kutip kenyataan Khairy:
Persidangan tahun ini merupakan kali yang kelapan bagi saya. Saya memang berminat dengan persidangan itu dan cuba mendengar sebanyak ucapan yang mungkin, sambil mengambil catatan di setiap sesi yang saya hadir.
Selepas berakhirnya persidangan tahun ini saya mengimbau persidangan yang lalu dan tidak nampak apa-apa yang ganjil telah berlaku........
Apabila saya tanya beberapa orang tokoh Umno yang lebih berpengalaman apakah penilaian saya terhadap perdebatan tahun ini adalah lebih kurang sama sahaja dengan yang dulu-dulu, mereka bersetuju berasaskan perspektif politik yang memakan masa yang lebih lama.
Jika demikian tidak ada sesuatu yang memberangsangkan Paklah untuk mampu menaikkan semangat para perwakilan bahawa dia telah menunjukkan kepimpinan yang luar biasa dalam ucapan penangguhannya. Persidangan yang dulu-dulu telah diadakan dalam sesi khas, yakni tidak ada siaran langsung, dan kerana itu apa juga komen yang dituturkan walaupun ada yang amat berbisa adalah terhad dan tidak mencetuskan impak luaran. Demikian juga yang dialami oleh parti yang berasaskan perkauman.
Dengan membenarkan persidangan Umno disiarkan secara lintas langsung, setelah menyedari kerapnya lakonan emosi yang berapi-api, ia dianggap sebagai provokasi yang paling ekstrem untuk agenda politik - bagi menyuntik imej Paklah. Apabila seseorang pemimpin sudah bersedia membiarkan negaranya menghadapi risiko, sehingga merelakan pertumpahan darah di jalanan semata-mata untuk menyelamatkan kerjaya politiknya, dia sudah tidak layak lagi memimpin negara sebagai seorang Perdana Menteri
Sentimen perkauman ini telah disiarkan secara lintas langsung ke serata dunia. Inilah yang mencetuskan aib yang tidak terhingga kepada Malaysia kerana terdedahnya kepura-puraan Paklah dan Islam Hadhari serta kesederhanaannya konon. Ahli politik Barisan Nasional yang memuji-muji kesederhanaan Paklah telah membantu mengembangkan kepura-puraan itu dan segala pembohongannya.
Rakyat marhaen tidak mudah diperbodoh oleh rencana busuk ini dan Umno serta Barisan Nasional akan membayar padah yang tinggi harganya pada pilihan raya umum akan datang. Tidak dihairankan lagi kalau perkara ini akan menjadi.
Usaha kolekitf selama tiga puluh lima tahun untuk mengongsi kek ekonomi sudah berakhir dengan kehampaan. Ia menjadi satu bencana yang tidak diduga. Sepatutnya Paklah menyelesaikan masalah yang mendesak sekarang ini, dan bersiap menghadapi tsunami kewangan, serta mempertahankan negara daripada serangan yang dilakukan ke atas umat Islam oleh pakatan Zionis. Umno di bawah kepimpinan Paklah dan Khairy telah sengaja menyibuk dengan peralatan yang berbahaya, hanya untuk mengekalkan kesinambungan dinasti Badawi. Apabila darah mula mengalir di jalan raya, sama ada kesan provokasi musuh dalam ataupun luar, dunia akan menyekup Paklah, Khairy, Hishamuddin dan para klon mereka sebagai orang-orang yang bertanggungjawab sepenuhnya.
Islam sudah dikorbankan untuk kesinambungan kuasa politik. Kini musuh Islam akan berkata bahawa Bush memang betul, Paus Katholik (Pope) memang betul. Ancaman Islamo-fascisme menggalakkan keganasan. Musuh-musuh Islam akan menabur benih keraguan. Mereka akan berkata bahawa umat Islam memang tidak boleh dipercayai. Paklah dan para penyokongnya yang "setia" telah berpaling tadah terhadap Islam dan Umno
Semoga Allah ampunkan anda Paklah kerana mencemari Islam, umah dan Malaysia. Pada penutup ucaptama anda, anda telah menjerit tiga kali, Hidup Melayu...."Tetapi melalui tindakan anda itu sesungguhnya anda berkata "Bunuh Melayu", "Bunuh Islam" dan "Bunuh Malaysia."
|
posted by jasindaily online @ 10:23 AM |
|
|
HIKAYAT MUHAMMAD MUHD.TAIB DAN ILUSI DOLAH BADAWI |
|
Assalamu'alaikum wm.wrt. Amat meranjatkan apabila Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri [PM], Abdullah Ahmad Badawi [Abdullah] melantik Ketua Penerangan UMNO, Muhammad Muhd.Taib [Muhammad] sebagai Senator pada hari Jumaat 17 November lalu. Muhammad bukanlah manusia yang layak untuk dipertimbangkan ke jawatan tersebut. Beliau termasuk golongan ‘iblis’ yang kerjanya merompak khazanah rakyat semahu-mahunya dan menyalahguna kedudukan serta berlindung disebalik kuasa yang ada sedikit masa dahulu. Keazaman politik beliau selepas upacara angkat sumpah jawatan Senator adalah mainan kata-kata sahaja. Rakyat kenal benar siapa Muhammad, beliau adalah lanun dan perompak berdaulat.
Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_10.html
Berdasarkan Perlembagaan Malaysia merujuk perkara 45 [2] : Yang DiPertuan Agong diberi kuasa oleh perundangan untuk melantik Ahli Dewan Negara yang disebut sebagai 'Senator' yang terdiri daripada 2 orang ahli tiap-tiap satu negeri, termasuk 2 orang bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan seorang bagi WP Labuan. 40 lagi ahli dipilih dan disaring [menjaga kepentingan UMNO di situ] oleh PM Abdullah. Berasaskan perkara 45 [2] ini, Muhammad tidak layak dilantik sebagai Senator. Beliau hanya layak berkhidmat dalam UMNO [seperti sekarang ini] yang penuh dengan seribu kekotoran. UMNO boleh diibaratkan sebagai tong najis. Di sinilah tempat yang paling sesuai bagi Muhammad yang kononnya untuk berkhidmat kepada agama, bangsa dan negara.
Muhammad pernah diberi amanah sebagai wakil rakyat, ADUN Batang Kali dan dilantik sebagai Menteri Besar [MB] Selangor dari tahun 1986 hingga 1997. Sepanjang beliau berkuasa, beliau telah mempergunakan kuasa tersebut sepenuhnya untuk kepentingan peribadi dan kaum-kerabatnya, bukan untuk kepentingan rakyat yang terus merana dan merempat serta papa-kedana di bumi Selangor yang dikatakan mewah dan maju itu sehingga ke saat ini.
Rakyat Selangor yang miskin dan papa-kedana [pemimpinnya hidup dengan penuh kemewahan hasil rasuah dan menggunakan kedudukan bagi mencari kepentingan peribadi] dijadikan seperti binatang. Rumah-rumah setinggan yang didirikan oleh rakyat marhaen untuk berlindung dari hujan dan panas diroboh dan diranapkan tanpa peri kemanusian bagi memberi laluan kepada orang kaya untuk menjadi bertambah kaya. Dalam masa yang sama, rumah-rumah mewah milik pemimpin UMNO dibina tanpa mengikut undang-undang dibiarkan tidak disentuh seperti kes ketua samseng dan perompak bertaraf high level, Zakaria Mat Deros, ADUN Pelabuhan Klang tidak dirobohkan. Yang miskin papa-kedana, biarkan dalam kemiskinan bagi memudahkan pemimpin-pemimpin yang korup mendapat milege politik pada masa pilihan raya nanti.
Muhammad yang pernah menjadi pemimpin nombor satu di Selangor amat bijak mengamalkan berbagai bentuk penyelewengan, menyalahguna kuasa dan kedudukannya sebagai MB yang mempunyai kuasa eksekutif untuk memperkayakan diri sendiri dan kaum kerabatnya.
Sebelum beliau tertangkap di Lapanganterbang Brisbane, Australia pada 22 Disember 1996, rakyat khususnya ahli-ahli UMNO yang merupakan 'tunggul kayu' hidup menganggap beliau adalah pembela bangsa Melayu dan agama. Hero Melayu selepas era Allahyarham Dato' Harun Idris.
Muhammad bukan berasal dari golongan bangsawan yang hidup dilimpahi dengan kemewahan semenjak turun-temurun seperti yang dinikmati oleh Najib Tun Razak dan Hishamuddin Hussein. Muhammad berasal dari keluarga petani yang hidup serba sederhana ala kekampungan seperti kebanyakan rakyat biasa yang lainnya. Beliau berkelulusan sastra dari Universiti Malaya [UM] yang layak untuk makan gaji sebagai guru biasa. Beliau berkahwin dengan Asbi Rohani Binti Asnan yang juga sebagai seorang guru yang sama-sama mengajar di sekolah yang sama, sebelum beliau melibatkan diri sepenuhnya dalam politik UMNO yang kotor lagi bernajis.
Muhammad seorang yang bijak menguasai suasana, pandai memperdayakan dan memperbodohkan rakyat yang dalam kedudukan 'buta dan pekak' yang tidak dapat membuat pertimbangan dan pilihan yang tepat kerana kekurangan maklumat [UMNO adalah penjenayah terhadap kebebasan maklumat], yang mana satu intan dan yang mana satu pula kaca akibat daripada tekanan, ugutan dan ancaman serta rasuah politik yang berluasa [money politic-tidak diiktiraf sebagai rasuah mengikut tafsiran yang dibuat oleh UMNO] yang menenggelamkan yang haq dan menimbulkan yang bathil.
Muhammad telah berjaya memunapulasikan agenda perjuangannya yang bertemakan 'Melayu Baru'. Agenda peribadi beliau ini amat mempersonakan kepada sesiapa yang tidak mengerti dan faham apa yang tersurat dan apa yang tersirat dalam agenda peribadinya itu untuk menang [beliau memang menang] dalam pemilihan Naib Presiden UMNO dalam team Wawasan pimpinan Anwar Ibrahim pada tahun 1996.
Ramai tokoh-tokoh ekademik [professor kangkong] yang memberi ulasan, menganalisa dan membuat penilaian terhadap agendanya itu, seperti biasa [sehingga kini begitulah perangai mereka membodek dan mengampu untuk mencari kekayaan dan pangkat] memberi gambaran bahawa Muhammadlah pembela bangsa Melayu tulen. Muhammadlah pemimpin Melayu yang akan memperbaikki dan menaikkan taraf kehidupan majoriti orang-orang Melayu yang berada dalam kehidupan yang amat daif.
Kebetulan beliau juga merupakan jaguh yang terlibat dalam krisis UMNO-MCA pada tahun 1987 yang membabitkan isu ketuanan Melayu yang ditimbulkan oleh Lee Kim Sai yang ketika itu merupakan Ketua Pemuda MCA. Kesan daripada isu tersebut, berlakunya penangkapan secara borong pemimpin-pemimpin pembangkang dalam Operasi Lalang. Sayang, seribu kali sayang, rupa-rupanya Muhammad adalah pengkianat bangsa dan agama. Jadi, janganlah percaya apa yang beliau ucapkan pada hari beliau menggangkat sumpah sebagai senator pada hari Jumaat 17.11.2006 yang lalu. Beliau mempunyai agendanya tersendiri dalam keadaan kepimpinan Abdullah yang lemah dan bermasalah.
Keburukan peribadinya dan tujuan beliau berjuang dalam UMNO terbongkar apabila beliau tertangkap di lapanganterbang Brisbane, Australia kerana beliau membawa masuk wang tunai dalam jumlah yang besar ke Australia tanpa membuat sebarang declaration, maka terburailah hati busuknya itu yang selama ini berselindung disebalik semangat perjuangan yang berpura-pura dan palsu.
Rakyat Malaysia amnya dan khususnya ahli-ahli UMNO yang haprak terkejut beruk kerana Muhammad baharu sahaja memenangi jawatan Naib Presiden UMNO. Dalam kejadian tersebut, rakyat melihat dan menilai kekayaan yang dimiliki oleh Muhammad dan keluarganya ketika itu dan membuat kesimpulan bahawa beliau dan keluarganya merupakan dikalangan pemimpin UMNO yang terkaya di Malaysia ketika itu. Dalam brife casenya sahaja mengandungi wang tunai berjumlah RM2.4 juta, itu tidak termasuk harta-harta dan simpanan dalam bank-bank yang ditinggalkan di Malaysia. Berapa billion agaknya harta Muhammad dan keluarganya di Malaysia khususnya di negeri Selangor yang dikatakan darul ehsan itu?
Seorang penulis bernama Sean Parnell telah menulis dalam The Brisbane Courier Mail bertarikh 28 Jun 1997 di bawah tajuk : "Politician’s property empire still growing", beliau telah menyatakan bahawa Muhammad Muhd.Taib :
"The international property empire of an embattled Malaysian politician continues to grow despite concerns over how he funds the massive land purchases.
"Tan Sri Muhammad Muhammad Taib, a vice president of the ruling United Malays National Organisation, resigned as chief minister of Selangor in April citing The Courier-Mail’s reporting of his activities as a reason for his decision.
"On December 22 last year, Mr. Muhammad was detained at Brisbane International Airport as he was about to board a plane to New Zealand with the equivalent of A$1.26 million in Singapore, Malaysian and New Zealand currency in his luggage.
"Customs officials have alleged that they were not told about the cash, and Mr. Muhammad will appear in committal proceedings in Brisbane’s Federal Court on August 19 on charges of failing to declare cash above A$5000 and making a false declaration.
"The Courier-Mail has revealed Mr. Muhammad and his wife spent a week in Australia - checking on a luxury house being built on the Gold Coast and a 4500ha property in western Queensland - then flew to New Zealand for two weeks after Mr. Muhammad had appeared in court.
"The properties - registered to his wife in her maiden name of Asnan - were purchased last year for more than $3 million.
"It has been discovered more than $3 million of property has been purchased in New Zealand over the past year and registered to Ms Asnan…
"Land title searches have revealed six properties on New Zealand’s north island - in total more than 140 ha - registered to Ms Asnan.
"Documents show a 4573 sq m property in Pakurunga was purchased on June 18 last year; a 1713 sq m property in Otahuhu was bought on November 27 last year for $550,000; and four properties in Mataitai, totalling 144ha, were bought between November 29 last year and March 11 this year.
"Purchase price for the Pakurunga and Mataitai properties were not disclosed on transfer documents, although stamp duty payments indicate a total transaction for the Mataitai properties of about $2.1 million.
"The Pakurunga property was purchased from Hasan B.M.Taib of Singapore, who is Mr. Muhammad’s younger brother. Hasan purchased the property in 1990 for $520,000."
Tambah laporan itu lagi :
1. that the RM2.4 million cash for which he was arrested in Brisbane was intended to purchase furniture and fittings for his new Gold Coast home;
2. that he is building a RM2 million Gold Coast home at Sovereign Islands in the name of his wife, Asbi Rohani Binti Asnan;
3. a RM5 million ranch in Queensland in the name of his wife, Asbi Rohani Binti Asnan; and
4. that he had paid RM16 million as a divorce settlement with Tengku Puteri Zahariah Bte Sultan Abdul Aziz Shah (Ku Yah).
Sebut nama Ku Yah [anak ke 5 hasil perkahwinan bekas Yang DiPertuan Agong dan bekas Sultan Selangor Almarhom Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dengan Raja Nur Saidatul Ihsan binti Tengku Bendahara Badar yang merupakan sepupu baginda], mengambarkan Muhammad Muhd Taib merupakan seorang yang tidak ada moral dan mempunyai akhlak yang buruk serta mempunyai nafsu seks yang kuat.
Sebagai pemimpin ketika itu [MB selangor], beliau sanggop menipu Sultan dan membawa lari Ku Yah berkahwin di Selatan Thailand. Tidak pernah mendapat restu daripada Sultan dan akhirnya mereka bercerai setelah nafsu serakahnya puas setelah mendapat seorang anak lelaki. Beginikah budi pekerti seorang pemimpin, Kalau Sultan dia sanggop bercakap bohong dan menipu, apatah lagi dengan rakyat marhaen di bawah.
Akhirnya, tembelang Muhammad pecah. Mulut tempayan boleh ditutup, tetapi mulut manusia tidak boleh ditutup [walaupun dirasuah sebanyak mana pun]. Perkahwinan Ku Yah dengan Muhammad ini menimbulkan kemurkaan yang amat sangat ke bawah Duli Allahmarhom Sultan. Allahmarhom tidak mahu berjumpa muka dengan beliau dalam apa jua acara rasmi atau pun tidak rasmi. Pentadbiran kerajaan negeri terjejas, maka dilantik seorang Timbalan MB yang menjadi penghubung di antara kerajaan dengan Sultan bagi melincinkan pentadbiran gara-gara nafsu iblis yang terlekat pada badan si Muhammad ini.
Pertembungan Muhammad dengan Sultan Selangor dapat dipulihkan apabila ada campur tangan daripada mantan PM ke-4, Dr.Mahathir Mohamad [yang kini dikeji dan dihina oleh para pemimpin UMNO termasuk Muhammad sendiri yang mengambil kesempatan menyokong Abdullah]. Kebetulan ketika itu, Sultan baru kematian Sultanah Tengku Ampuan Rahimah yang mangkat pada tahun 1993. Sultan yang kesunyian ini diketemukan dengan Siti Aisyah Abdul Rahman, maka hubungan Sultan dengan Muhammad kembali pulih seperti sedia kala.
Kembali kepada kisah Muhammad yang kena tahan di Australia, beliau telah didakwa di mahkamah di Australia, tetapi mahkamah menerima dan membebaskan beliau dengan alasan bahawa beliau adalah seorang buta huruf dalam Bahasa Inggeris dan tidak faham peraturan dan undang-undang Australia yang ditulis dalam Bahasa Inggeris. Beliau juga dibebaskan oleh mahkamah di Malaysia yang melibatkan kes rasuah sebidang tanah kerana tidak cukup bukti. Walaupun begitu, manusia yang bernama Muhammad bin Muhd.Taib ini mempunyai sejarah hitam dalam kerjaya politiknya yang penuh penipuan, penyelewengan, menyalahguaan kedudukan untuk kepentingan peribadi dan keluarga
Akibat perangai hapraknya itu, beliau pernah menerima usul undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri selangor pada 14 April 1997 yang dikemukakan oleh YB Teng Chang Khim ADUN Bukit Gasing, Ketua Pembangkang dari DAP. Beliau tidak mendapat sokongan sepenuhnya daripada EXCO [di kalangan anggota UMNO, kecuali dari MCA] dan lain-lain ahli dewan. Dari 23 ADUN [termasuk dirinya sendiri dan speaker dewan] yang hadir [jumlah ADUN seramai 48 orang], beliau menerima 3 undi menyokong dan 28 undi menentang [speaker tidak layak mengundi dan MB, beliau sendiri berkecuali]. Keputusan ini memaksa beliau melepaskan jawatan MB yang disandangnya hampir 10 tahun itu pada hari yang sama.
Perlantikan beliau sebagai Senator ada kaitan dengan desas-desus menyatakan bahawa Abdullah akan mengadakan rombakan karbinet dan akan membawa masuk semula Muhammad dalam kerajaan bagi mengambil tempat yang akan dikosongkan oleh Nor Mohamed Yakcop yang akan tamat tempoh dua penggalnya nanti [satu penggal 3 tahun]. Perkara ini berasaskan perlantikan semula Nor Mohamed Yakcop sebagai Senator berkuatkuasa pada 8 Januari tahun 2007 seperti diperuntukan oleh Perlembagaan perkara 45 [3A]. Kalaulah perkhabaran ini menjadi kenyataan, maka penuhlah karbinet Abdullah dengan manusia-manusia yang bersifat iblis yang bergelomang dengan amalan rasuah, menyalahgunaan kuasa dan menggunakan kuasa untuk kepentingan peribadi serta keluarga.
Manusia macam Muhammad ini tidak perlu diberi peluang sekali lagi untuk diberi kuasa kerana dengan kuasa yang ada sekali lagi itu, takut nanti beliau akan menyalahgunaan kuasa tersebut untuk kepentingan peribadi, tambahan pula dalam Islam Hadhari yang ada had dan harinya membenarkan rasuah politik berlaku [tidak memberi kuasa kepada BPR untuk menyiasat dan melindungan perasuah yang berprofil tinggi], menggunakan kedudukan mengejar kekayaan dan kemewahan [rujuk kes-kes yang melibatkan anak-menantu dan kenalan Abdullah serta ahli karbinetnya] dan mengekploitasi institusi-institusi milik kerajaan untuk kepentingan peribadi. Bak kata bidalan : Anjing kalau tidak makan tahi, dihidunya juga.
Generasi lama, kini dan akan datang akan mengenangnya sebagai satu-satunya bekas MB [setakat ini] yang dikutip semula untuk diberi kuasa. Dalam kepala orang Melayu perasuah adalah satu perbuatan yang jijik dan kotor sekali. Perasuah samalah dengan perogol atau penzina. Mereka yang terlibat dengan jenayah itu tidak mudah untuk dimaafkan. Semuanya akan musnah,jika individu yang korup menjadi PM atau ahli karbinet.
Rakyat telah mendengar, membaca dan melihat apa yang berlaku ke atas pentadbiran Negara ini. Pentadbiran Negara bercelaru. Berbagai masalah muncul satu demi satu. Kadar jenayah meningkat, penyakit social yang melibatkan muda-mudi membimbangkan, kadar pengangguran tinggi, kemasukan ke ITPA-ITPA ditambah berlipat kali ganda, pembinaan kampus-kampus baru IPTA diperhebatkan tidak selaras dengan peluang-peluang pekerjaan yang ada, perkembangan politik dan ekonomi tidak menentu. Para pemimpin UMNO berlumba-lumba menunjukkan kekayaan dan kemewahan masing-masing. Merujuk kepada kekayaan yang mereka miliki, tidak sepadan apa yang mereka terima daripada hasil gaji dan elaun yang mereka dapat.
Indeks rasuah Malaysia terus merudum, kali ini menggelungsur ke tangga 44 daripada 163 negara dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International yang diumumkan baru-baru ini. Kedudukan Malaysia tahun lalu ialah pada tangga ke 39 dari 158 negara. Malaysia hanya mendapat lima mata sahaja dari 10 mata maksimum tahun ini, dari 5.1 mata tahun lalu. Kedudukan negara pada tahun 2004 juga pada tangga ke 39, merudum dari tangga ke 37 tahun 2003.
Terkini, majalah antarabangsa The Economist [melalui The World in 2007, sebuah terbitan tahunan] menerbitkan Indeks Demokrasi 2006. Indeks ini mengukur tahap demokrasi 167 buah negara di dunia. Pengukuran tahap ini melibatkan lima indikator atau petunjuk iaitu yang melibatkan proses pilihanraya, hak asasi dan kebebasan, proses pengurusan kerajaan, penglibatan politik dan budaya politik.
Dari ukuran yang dibuat kajian ini telah mengkelaskan 167 buah negara itu kepada 4 kategori iaitu: pertama negara demokrasi penuh iaitu melibatkan 28 buah negara, kedua negara yang demokrasinya tercemar iaitu melibatkan 54 buah negara, ketiga negara yang bercampur-campur amalan demokrasinya iaitu melibatkan 30 buah negara dan akhirnya negara otokratik atau kuku besi iaitu melibatkan 55 buah negara. Negara yang berada di tangga teratas adalah Sweden manakala negara di tangga tercorot adalah Korea Selatan. Malaysia berada ditangga ke 81. Iaitu lebih teruk dari India [35], Mongolia [56], Sri Lanka [57], Filipina [63], Indonesia [65 dan Bangladesh [75].
Adalah dipercayai seksyen 27 Akta Polis 1967 menjadi penyebabnya. Akta ini membelenggu dan mengekang kebebasan dan demokrasi khususnya terhadap kegiatan parti-parti politik pembangkang, tetapi sebaliknya UMNO bebas dan terlepas dari sebarang peraturan serta diberikan keistimewaan [sila rujuk kes terbaru yang berlaku pada malam 2.11.2006, program Ceramah Kebangkitan Rakyat Terengganu, di Batu Burok, Kuala Terengganu yang melibatkan Anwar Ibrahim]. Hakikatnya, melalui Akta ini, UMNO telah mempergunakan dan memperalatkan pasukan polis bagi mengekang dan menghalang kegiatan parti-parti pembangkang.
Kesimpulannya, Abdullah apa sudah jadi? Ucapan berdegar-degar di Perhimpunan Agung Umno di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 15 November lalu yang berbunyi "Kata dikota, Janji Dilaksana" mungkin merupakan satu illusi semata-mata, sekiranya factor Muhammad Muhd.Taib dan kebebasan bersuara, kebebasan media dan kebebasan berhimpun tidak diambil peduli asyik dengan bangga mengaku : "AKU SEORANG PERDANA MENTERI". Negara ini akan hanyut ditelan zaman.
|
posted by jasindaily online @ 10:16 AM |
|
|
RAKYAT PERLU AWASI AGAR PENGGABUNGAN RASAKSA "TIDAK DILARIKAN" |
|
Rakyat perlu mengawasi penggabungan raksasa Sime Darby Berhad, Golden Hope Plantations Berhad dan Kumpulan Guthrie Berhad serta anak-anak syarikat ketiga-tiganya demi memastikan penggabungan itu "tidak dilarikan" oleh pihak-pihak yang berkepentingan peribadi, kata bekas Ketua Pengarang Kumpulan The New Straits Times Press (NSTP) Dato' A Kadir Jasin.
Mengulas penggabungan itu dalam blognya, beliau berkata, dalam masa terdekat, sebarang tindakan yang membawa kepada pembuangan pekerja, penjualan atau penswastaan aset dan perlantikan ahli lembaga atau pengurusan kanan dari kalangan "orang yang disyaki" akan menyebabkan motif kerajaan dan PNB dicurigai.
Perkara-perkara tersebut, katanya, wajib dipastikan tidak terjadi kerana sejak akhir-akhir berlaku urusniaga yang menimbulkan syak wasangka dan kontroversi yang membabitkan watak-watak yang dikaitkan dengan kerajaan, khasnya dengan Perdana Menteri.
"Justeru itu, sambil kita memberi keyakinan kepada kerajaan dan PNB untuk melaksanakan penstrukturan korporat yang penting ini, kita perlu menjadi mata dan telinga agar projek raksasa ini "tidak dilarikan" (hijacked) oleh pihak-pihak yang berkepentingan peribadi," katanya.
Wajib berjaya
Bagi PNB, katanya lagi, penyusunan semula yang diamanahkan kepada kumpulan perbankan CIMB dengan menggunakan sebuah syarikat yang diwujudkan khas bernama Synergy Drive Sdn Bhd adalah permulaan kepada suatu usaha raksasa yang wajib berjaya.
"Tiada ruang untuk gagal di sini," kata beliau.
Kadir memetik CIMB yang menyatakan, apabila selesai dilaksanakan pada suku keempat tahun hadapan (2007), penggabungan itu akan mewujudkan sebuah syarikat raksaksa yang kelima terbesar di Bursa Malaysia dengan modal pasaran dianggarkan sebanyak RM31.4 bilion, pekerja seramai 107,000 orang, ladang seluas 600,000 hektar.
"Ini akan menjadi syarikat raksaksa itu pemilik ladang terbesar di dunia yang diniagakan di pasaran saham. Cabaran terbesar ialah mempertingkatkan produktiviti ladang kelapa sawitnya yang kini masih terkebelakang berbanding dengan beberapa buah syarikat perladangan lain di negara ini," katanya.
Tidak semua berjaya
Menurut Kadir, cabaran jangka panjang terbesar ialah menjamin agar syarikat gergasi ini tidak rebah kerana berat badannya sendiri.
"Kebimbangan ini tidak boleh ditolak bulat-bulat kerana tidak semua penggabungan mega di dunia berjaya menghasilkan syarikat yang berdaya maju," katanya.
Kesimpulannya, kata beliau, kerajaan dan PNB menanggung risiko politik dan ekonomi yang tinggi melaksanakan penggabungan raksaksa ini.
Bagaimanapun, Kadir menyifatkannya sebagai risiko yang boleh dan perlu dihadapi demi menjamin kesinambungan sebuah gagasan besar yang bermula dengan pelancaran DEB pada tahun 1970. |
posted by jasindaily online @ 10:14 AM |
|
|
PEMBUNUHAN WANITA MONGOLIA: PUCUK PIMPINAN PERLU JELASKAN 3 SOALAN |
|
Banyak persoalan yang timbul mengenai apakah peranan ataupun keterlibatan pucuk pimpinan negara dalam kes pembunuhan wanita Mongolia baru-baru ini.
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Syed Husin Ali melihat kes tersebut telah membangkitkan banyak tanda tanya.
Pertama, beliau merasakan sungguh pelik bagaimana seorang penganalisis politik dengan begitu mudah boleh mendapat khidmat dua orang anggota Unit Tindakan Khas (UTK). Pada hal UTK boleh dikatakan sebuah unit elit dalam pasukan polis, dan berkhidmat khusus kepada Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri?
Kedua, bahan letupan yang digunakan ke atas mangsa ialah jenis C4, jenis yang agak baru dan disimpan bawah jagaan keselamatan yang rapi. Bagaimana bahan yang dikawal rapi dapat diperolehi mereka yang dituduh meletupkan mangsa sehingga hancur berkecai? Sekali lagi, adakah kerana ada hubungan yang istimewa yang membenarkan bahan tersebut digunakan, soal Syed Husin lagi.
Beliau merasa sunggup ganjil dan belum pernah dilakukan di mana pihak yang tertuduh utama dalam kes pembunuhan tersebut telah dibebaskan oleh mahkamah dengan bon tanpa jaminan.
Setahu beliau, ini hanya kali kedua kes pembunuhan dibenarkan bebas. Tetapi ia merupakan kali pertama seorang tertuduh dibebaskan tanpa membayar ikatan jamin langsung. Yang anehnya pihak Pendakwa tidak membantah sama sekali. Apakah "ada udang besar di sebalik batu"?
Syed Husin menggesa agar pucuk pimpinan kerajaan Barisan Nasional segera memberikan penjelasan yang kukuh tentang perkara-perkara tersebut, sama ada benar atau tidak. Jika ia tidak diendahkan, berita angin akan tersebar dan akhirnya dipercayai umum. |
posted by jasindaily online @ 10:10 AM |
|
|
PERJUANGAN UMNO UNTUK MELAYU UMNO, BUKAN UNTUK MELAYU |
Monday, November 20, 2006 |
KUALA LUMPUR: 16 Nov 2006 - Di antara kandungan ucapan-ucapan para pemimpin Umno berisi ugutan, amaran, ancaman dan kutukan.....untuk menutup mulut sesiapa saja yang berpandangan asing dari Melayu Umno atau menggugat kepentingan Melayu Umno. Melayu Umno yang meneruskan agenda keUmnoan Melayu ini akan menghapuskan samasekali saki baki keunggulan tamadun Melayu yang bersalut Islam itu.
Saya menantikan bicara pengoperasian transformasi pelbagai arena yang mula disebut oleh Dato' Seri Najib Tun Razak dalam ucapan perasmian Wanita, Pemuda dan Puteri Umno 13 November lalu. Apa yang terdengar dan terbaca hanyalah agenda yang masih samar-samar yang hanya menyedapkan pendengaran dan pembacaan sekadar mempamerkan bahawa memang sesuatu sedang dilakukan dengan serius terhadap segala kekurangan dan kemelut yang sedang melanda negara dan Melayu Umno.
Dalam kerajaan Umno-BN, mentaliti "some are more equal than others" mendapati bahawa kebanyakan individu Melayu hanya boleh mengembangkan potensi yang ada pada mereka jika dia seorang Melayu Umno. Tidak perlu untuk meluaskan pembicaraan tentang memaksimumkan potensi rakyat terhadap yang bukan Melayu kerana di kalangan orang Melayu sendiri berlaku peminggiran disebabkan hanya kerana tidak sekufu dengan pandangan sempit Melayu Umno. Bagaimana untuk memimpin rakyat Malaysia sedangkan sebahagian Melayu juga didiskriminasi bila mereka berkata benar dan menuntut perubahan. Setengah mereka ini mungkin warganegara yang jujur, pintar, berhemah tinggi dan memiliki visi yang jelas tentang keadilan dalam politik, pentadbiran negara dan kemaslahatan rakyat.
Saya belum meyakini perjuangan Melayu Umno yang pada hakikatnya memperjuangkan orang-orang Melayu Umno, bukan orang Melayu, jauh sekali orang lain.
Kita sudah boleh mengagak bilangan yang akan terpaksa meletakkan jawatan mereka jika Abdullah Badawi benar-benar mengotakan apa yang dikata. Laporan-laporan polis yang tersusun tinggi di serata pejabat-pejabat polis dalam negara menjadi buktinya. Ditambah pula dengan laporan-laporan dan penyelidikan Badan Pencegah Rasuah yang belum dihebahkan kepada umum. Malang sekali, itu tidak mungkin berlaku berdasarkan corak semasa kepemimpinan Abdullah Ahmad Badawi.
Melayu Umno menegaskan dalam ucapan-ucapan mereka bahawa mereka tidak akan mendengar perkara-perkara yang menjadi rintahan bukan Melayu Umno, khususnya bila menggugat kepimpinan Melayu Umno dan ketuanan Melayu. Ketuanan Melayu adalah fahaman yang sesat lagi menyesatkan kerana ia menjadi ukuran buruk baik sesuatu keputusan yang bakal diambil oleh Melayu Umno, walaupun akan mendiskriminasi dan menzalimi BUKAN Melayu Umno, yang sesetengahnya adalah juga Melayu jati.
Lihatlah betapa mudahnya Melayu Umno menjadi kaya raya tanpa ilmu. Agihan bajet negara dilaksanakan, maka sudah untung sebelum bekerja, bahkan tidak perlu bekerja keras. Tidak perlu buat pemasaran produk kerana produk dan permintaan sudah tetap ditentukan oleh Melayu Umno. Hakikatnya, hanya perlu mengurus wang yang sudah didapati untuk diagihkan lagi kepada kaum kerabat, kroni dan kenalan. Atau melonggokkan wang depan mata-mata Melayu dengan pertukaran tanah dan harta mereka.
Melayu kampong dan kurang pendidikan akan segera terpukau dengan harga tanah dan harta yang sebenarnya tidak seberapa. Mereka lebih rela dengan wang segera kerana itu lebih mudah dari mengerjakan tanah sendiri wlaupun boleh mendatangkan hasil yang jauh lebih lumayan. Untung bersih seekar kelapa sawit boleh mencecah RM1000 sebulan. Bayangkan jika Melayu ada 100 ekar… tapi Melayu perlu tunggu, bekerja keras, dan bersabar kerana hasil pulangan hanya bermula selepas tiga tahun ke atas. Tapi sayang, Melayu lebih suka menyewakan tanah, kerana itu lebih mudah dan tiada risiko.
Ada Melayu yang mengambil hasil dari keperluan orang lain - dalam meluluskan projek, meluluskan permohonan-permohonan yang tersangkut dalam urusan birokrasi swasta dan kerajaan. Tahukah anda bahawa untuk seorang balu mendapatkan harta suami mereka yang sudah meninggal dunia akan mengambil masa bertahun-tahun? Bagaimanakah mereka akan hidup tanpa saraan suami? Tetapi jika "wang pendahuluan" disegerakan maka akan segeralah harta suami "dicairkan".
Korupsi menjamin kelangsungan keganasan terhadap wanita, perdagangan haram tubuh wanita, dan jenayah-jenayah lain. Ia akan melekehkan soal-soal keselamatan dalam kerja-kerja kontrak, projek, kilang, dan di mana-mana saja. Ia mengesani produktiviti dan kualiti produktiviti dalam pelbagai sektor. Ke semua itu mungkin dibayar dengan harga nyawa-nyawa manusia dan berjenis-jenis penyakit bila berlaku musibah, kecuaian dan kesilapan. Rafidah Aziz sendiri mengakui bahawa perbincangan soal gejala sosial dan usaha mengatasinya bukanlah topik yang sering dan suka dibincangkan oleh ahli-ahli Umno yang lebih seronok merapati topik-topik ekonomi yang membawa kekayaan.
Bagaimana pula rakyat yang ditahan tanpa bicara dan perbicaraan? Di manakah kelembutan dan kewajaran seorang pemimpin yang sanggup menzalimi rakyat yang tidak dibuktikan kesalahannya? Di manakah kelembutan hati bila anak dan isteri kepada yang ditahan itu merana, merindui tahanan dan terpaksa menanggung hidup sendirian tanpa ayah dan suami?
Kenapa menahan rakyat untuk berkumpul dengan bebas menyatakan pendirian mereka? Mengapa menyaring media massa agar yang dipaparkan hanyalah propaganda Melayu Umno dan Umno-BN? Kenapa tidak diberi ruang dan peluang untuk yang dituduh jelek menyatakan pendirian mereka dalam akhbar dan telivisyen? Kenapa menghalang mereka yang tidak sekufu dengan Melayu Umno dan Umno-BN untuk bebas bercakap di rangkaian TV dan radio yang berkembang sebahagiannya kerana menerima wang cukai dari mereka yang bukan dari golongan Melayu Umno dan Umno-BN?
Kenapa perlu memohon jangkamasa yang lebih lama untuk membuat perubahan dan transformasi demi kepentingan rakyat? Tiga tahun adalah lebih panjang dari masa yang telah dikecapi oleh Umar bin Adul Aziz yang sehingga kini harum namanya kerana melaksanakan pelbagai perubahan yang bermakna dalam tempoh dua tahun pentadbiran sebelum beliau meninggal dunia. Dua atau tiga tahun adalah masa yang cukup panjang dalam konteks untuk meyakinkan orang ramai tentang keluhuran dan ketelusan hati yang disertai tindakan yang mantap dan segera, khususnya dalam membasmi korupsi, nepotisme, kronisme, diskriminasi dan hampir segala yang jelek di mata Maha Pencipta.
Pemimpin yang sebenar adalah mereka yang melakukan sesuatu yang wajar dan betul tanpa menghiraukan kepentingan kerusi politik, populariti dan masa depan politiknya. Jika Abdullah Badawi lebih takut kehilangan kerusi wakil rakyat, Presiden Umno dan Perdana Menterinya, maka selagi itulah tidak akan ada perubahan dan transformasi yang bermakna dan yang boleh menyelamatkan Melayu UMNO, bahkan seluruh Melayu dan rakyat Malaysia kerana sebahagian besar broker-broker kuasa yang mengundi beliau adalah mereka yang mengutuhkan korupsi, nepotisme, kronisme, diskriminasi dan hampir segala yang jelek di mata Maha Pencipta.
Dengan segala wang, jentera, kepakaran dan kakitangan di bawah kekuasaannya, Abdullah Badawi, masih tidak mampu segera mengotakan katanya. |
posted by jasindaily online @ 9:00 AM |
|
|
SIS DAN KAF DIKECAM |
|
Sisters in Islam (SIS) dan Konrad Adenauer Foundation (KAF) dikritik oleh perwakilan Umno dari Pulau Pinang yang menuduh kedua-duanya cuba menggugat kedudukan Islam melalui program-program yang dianjurkan dan tindakan mereka. Shahbudin Yahya dari Tasek Gelugor berkata kedua-duanya bersama sebuah NGO Komas dan sebuah projek yang dipanggil Penang Global Ethics, adalah "mastermind" kepada cadangan diwujudkan Inter-faith Council (IFC). "Saya tidak mengatakan perkara ini tanpa asas; saya ada semua bukti-bukti saya. Mereka terbitkan buku-buku mengenai liberalisme dan pluralisme dalam agama, dengan bantuan KAF. Mereka terbitkan video-video," katanya lagi, sambil menunjukkan CD yang mengandungi klip video yang dikatakan.
"Ada tertulis di sini 'a production of Komas with support of KAF.' Sama dengan bahan-bahan lain. Ancaman kepada kestabilan Islam di Malaysia bukan saja daripada dalam tetapi ia dilakukakan dengan sistematik dan berperancangan dari luar, menggunakan orang dalam, Melayu dan orang Islam sendiri.
"SIS menumpukan usaha bagaimana melemahkan sistem kehakiman mahkamah Syariah. Mereka bangkitkan isu-isu, bukan bagi memperbaiki (mahkamah Syariah), tetapi bagi menimbulkan keraguan supaya orang ramai tolak mahkamah Syariah. Mereka fokus kepada satu dua kes dan cuba memperkecilkan mahkamah Syariah.
"Kalau benar mereka jujur mahu menolong kita, mengapa mereka tidak melihat kepada permasalahan orang Islam yang seperti penagihan dadah? (Sebab) mereka tiada minat dalam perkara seperti itu. Itu bukan tumpuan mereka. Saya cabar mereka, kalau mereka benar-benar ikhlas untuk membawa pembangunan kepada Islam, mari kita semua bekerja ke arah menyelesaikan isu-isu ekonomi dan gejala sosial orang Islam.
"Sebaliknya, IFC membincangkan kedudukan dan keistimewaan Islam dalam perlembagaan. Ia mempersoal artikle-artikle 11(4), 12(2), 74(2), 121(A) dan lain-lain. Inilah yang menjadi fokus mereka.
"IFC ialah gabungan berbagai badan-badan agama, yang menuntut hak yang sama seperti Islam di Malaysia. Pada masa yang sama, mereka mahu Islam diletakkan sama seperti lain-lain agama, termasuk Bahai. Bahai ialah agama falsafah yang menggabungkan beberapa prinsip yang diambil daripada agama lain termasuk Islam. Adakah mereka mahu letakkan (Bahai) sama dengan agama-agama lain? Pastinya tidak.
"Tetapi mereka sedang berusaha untuk melemahkan kedudukan Islam dalam perlembagaan. SIS mahu melemahkan institusi mahkamah Syariah. Dan Penang Global Ethics. Saya bangkitkan perkara ini khusus kepada anda kerana ia akan merebak ke negeri-negeri lain. Ini suatu ancaman. Projek ini cuba mendekati masyarakat supaya menganggap semua agama adalah sama. Tetapi akhirnya, apabila mereka rasa mereka tidak boleh bekerjasama, mereka akan kata, kita kena tinggalkan agama dan berpegang kepada apa yang dipanggil etika global.
KAF ialah sebuah yayasan politik bagi German Christian Democratic Party. Ia sudah berada di Malaysia selama lebih 30 tahun.
SIS sebuah NGO Islam yang mengembangkan tafsiran Islam yang liberal. Dikatakan anak Perdana Menteri Nori Abdullah adalah salah seorang ahli exco SIS.
Shahbudin mendedahkan lagi kerja-kerja NGO tersebut di sekolah-sekolah.
"Mereka (badan-badan bukan kerajaan tersebut) mengadakan aktiviti-aktiviti percuma untuk murid-murid sekolah. Mereka bawa murid-murid melawat gereja, tokong Cina, tokong Hindu dan masjid.
Kemudian mereka kata, semua ini (tempat-tempat ibadat) boleh wujud sama-sama tetapi tidak boleh bersatu. Jadi, kita mesti berpegang kepada etika global. Iaitu terima satu sama lain tanpa mengira perbezaan mereka. Menerima satu sama lain seperti mana yang mereka suka. Tiada ikatan agama di situ.
"Kerajaan perlu pantau NGO-NGO tersebut supaya mereka tidak mengambil kesempatan dengan pendekatan lembut kita untuk memusnahkan agama dan bangsa kita. Kerajaan mesti berwaspada kerana agensi-agensi kerajaan kita juga terlibat dalam program seperti itu.
"Ketua-ketua jabatan juga perlu berwaspada, termasuk sebuah universiti yang juga terlibat. Universiti Sains Malaysia. Saya cadangkan kerajaan memeriksa status KAF. Tolong lihat apa yang ia sedang lakukan.
"CD ini ialah rakaman sebuah drama pendek yang mempersoalkan hak dan keistimewaan orang Melayu – isu kuota, hak bukan Melayu mendapat pelajaran, untuk dapat biasiswa – tanpa berdasarkan fakta.
"Ini menimbulkan keraguan kalangan pelajar-pelajar universiti. Kerajaan perlu kenalpasti siapa dalangnya dan menghentikan apa jua yang dilakukan mereka."
Shahbudin meminta Ketua Pemuda Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang juga Menteri Pelajaran untuk bekerja keras mengukuhkan pendidikan Islam di sekolah-sekolah kebangsaan.
"Hishammuddin, tolong lihat perkara ini. Tolong adakan lebih banyak kelas-kelas JQAF (Jawi, Quran, Arabic dan Fardhu Ain) di sekolah-sekolah.
"Orang Melayu suka sangat hiburan. Tengok saja (teledrama Indonesia) Bawang Putih Bawang Merah. Ia mempunyai 3.8 juta penonton di Malaysia. Sementara Umno hanya ada 3.288 juta ahli.
"Lebih ramai yang menonton Bawang Putih Bawang Merah daripada bilangan ahli Umno walaupun ia cerita mengarut. Bagaimana mahu dikuatkan minda orang Melayu kepada tahap kelas pertama? Orang Melayu perlu ubah sikap.
Jangan biarkan minda kita dipengaruhi oleh drama-drama televisyen seperti ini."
Beliau juga menggesa Jabatan Pembangunan Islam (Jakim) untuk bangun dan lebih aktif dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab. "Jakim, tolong bangun. Mari bangun bersama kami. Jadi lebih aktif. Kami sayang Jakim, tapi tolong lakukan lebih lagi untuk bantu orang Islam. Jangan leka kerana hari ini Umno yang telah membantu Jakim menjaga Islam.
|
posted by jasindaily online @ 8:58 AM |
|
|
|
DPPKJASIN |
Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
|
CORETAN YANG LALU |
|
ARKIB JASNIDAILY |
|
POWERED BY |
|
|