Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
PEMBUNUHAN WANITA MONGOLIA: PUCUK PIMPINAN PERLU JELASKAN 3 SOALAN
Wednesday, November 29, 2006
Banyak persoalan yang timbul mengenai apakah peranan ataupun keterlibatan pucuk pimpinan negara dalam kes pembunuhan wanita Mongolia baru-baru ini.

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Syed Husin Ali melihat kes tersebut telah membangkitkan banyak tanda tanya.

Pertama, beliau merasakan sungguh pelik bagaimana seorang penganalisis politik dengan begitu mudah boleh mendapat khidmat dua orang anggota Unit Tindakan Khas (UTK). Pada hal UTK boleh dikatakan sebuah unit elit dalam pasukan polis, dan berkhidmat khusus kepada Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri?

Kedua, bahan letupan yang digunakan ke atas mangsa ialah jenis C4, jenis yang agak baru dan disimpan bawah jagaan keselamatan yang rapi. Bagaimana bahan yang dikawal rapi dapat diperolehi mereka yang dituduh meletupkan mangsa sehingga hancur berkecai? Sekali lagi, adakah kerana ada hubungan yang istimewa yang membenarkan bahan tersebut digunakan, soal Syed Husin lagi.

Beliau merasa sunggup ganjil dan belum pernah dilakukan di mana pihak yang tertuduh utama dalam kes pembunuhan tersebut telah dibebaskan oleh mahkamah dengan bon tanpa jaminan.

Setahu beliau, ini hanya kali kedua kes pembunuhan dibenarkan bebas. Tetapi ia merupakan kali pertama seorang tertuduh dibebaskan tanpa membayar ikatan jamin langsung. Yang anehnya pihak Pendakwa tidak membantah sama sekali. Apakah "ada udang besar di sebalik batu"?

Syed Husin menggesa agar pucuk pimpinan kerajaan Barisan Nasional segera memberikan penjelasan yang kukuh tentang perkara-perkara tersebut, sama ada benar atau tidak. Jika ia tidak diendahkan, berita angin akan tersebar dan akhirnya dipercayai umum.
posted by jasindaily online @ 10:10 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com