DEMI MASA |
|
|
BUTA YANG TIDAK MAHU CELIK |
Thursday, June 29, 2006 |
DULU DALAM BERSEJARAH Apabila mengenang kembali peristiwa pemecatan Mantan TPM Anwar Ibrahim. Terasa geli geleman pula kita. Melihatkan UMNO berpecah 2, dan pihak yang seperti JANTINA YANG MERAGUKAN kembali kepada UMNO. Tidak perlu disebut nama, kerana sikap mereka sahaja sudah cukup mengaibkan dan memalukan. Selepas itu rakyat berkumpul di jalan raya, di hadapan rumah Mantan dan di mana-mana, untuk bersama berjuang melahirkan kekecewaan dalam memberi sokongan kepada saudara Anwar. Maka Anwar bersama PEMBANGKANG yang dilihat simpati dengan kejatuhan yang sungguh mengaibkan beliau atas tuduhan, SALAH GUNA KUASA dan MELIWAT.
LIWAT ANTARA PEMIMPIN
Kes LIWAT yang cukup meluat itu, mula dihebahkan ke sana dan ke mari oleh Mahathir. Tidak hanya bersama rakan politik malah di depan rakyat dan di luar negara, Mahathir masih mengutuk dan terus mengutuk. Tidak perlu bicara kerana beliau sudah beri hukuman, Tegas dengan tuduhan liwatnya. Bukan hanya itu, malah mereka yang cuba bersuara, dipenjara. Membantah dijerkah. Lupa ke?
Kini Anwar sudah bebas. Desas desus menyatakan, ianya adalah bantuan Abdullah Ahmad Badawi dan hantu rayanya. Namun Mahathir tetap tegas, ANWAR itu LIWAT dan LIWAT itu ANWAR.
Kini Mahathir pula ditikam dari belakang oleh PAK LAH. Tikam dari belakang sudah seperti meliwat kerana ia kaedah tusukan dari belakang. Dengan apa tusukan itu dibuat, terserah kepada yang menusuk. Namun kedua-duanya ada persamaan. Mungkin boleh dikatakan "ABDULLAH LIWAT MAHATHIR"? Apa-apa pun Mahathir sudah melenting dan beliau akan cari sehingga ke lubang cacing. Mungkin ini bermakna, walau sudah mati, dia akan terus cari. Begitulah hebatnya Mahathir di dalam politik, bukan sahaja rakyat, malah pembangkang dan cacing pun akan cuba diajak bersama untuk menentang seseorang yang sudah digelar musuh.
BANTU DIA
Kalau dulu orang kasihan pada Anwar, kini ada orang yang kasihan pada Mahathir. Cuma kasihan kali ini tidak membawa rakyat ke jalan raya. Mungkin jalan raya kini sedang sibuk dengan rakyat yang sedang membelanjakan wang untuk minyak yang sudah tinggi harganya. Mari kita lihat dan kaji bagaimana Mahathir boleh melompat setinggi langit secara tiba-tiba. Apakah kaitannya?
1999 - Anwar dipenjarakan untuk tempoh selama 6 tahun atas kes rasuah
2000 - Anwar dipenjarakan untuk tempoh tambah selama 9 tahun atas kes LIWAT 2002 - Per. Agung UMNO - Mahathir lahirkan hasrat peletakan jawatan. (18 - 22 Jun 2002) 2003 - Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri (31/10/2003) 2004 - Anwar dilepaskan selepas rayuan (9/2/2004) 2005 - Anwar saman Khalid Jefri dan menang RM4.5 juta (18/8/2005) 2005 - Anwar nyatakan hasrat untuk saman Mahathir (12/9/2005) 2006 - Mahathir keluarkan surat terbuka JAMBATAN BENGKOK (22/4/2006) 2006 - HAKIM RASUAH - Syed Ahmad Idid diminta buat laporan BPR 13/6/2006) 2006 - Pak Lah sokong banteras rasuah di Mahkamah (22/3/2006) 2006 - Tuduhan semula SUKMA DARMAWAN di dalam kes liwat. (15/6/2006) 2006 - Anwar menyerahkan 'jawapan kepada pernyataan pembelaan' (17/6/2006) 2006 - Dialog bersama Mahathir di Kelab Century, Malawati (27/6/2006) ANWAR TERLEPAS
Berikut adalah pendapat yang diperolehi dari bijak pandai politik yang tidak mahu diri mereka dikenali. Apabila Pak Lah memegang jawatan, beberapa bulan selepas itu beliau dan Khairy sudah mula untuk melakukan pembebasan Anwar Ibrahim. Sila rujuk kenyataan di buat oleh Malaysia kini http://www.bakongnet.com/marhaen/mar_a_tag1829_7.html. Bebasnya DR Anwar Ibrahim 4 (empat bulan) selepas Pak Lah memegang jawatan sebagai Perdana Menteri. Jika PAK LAH Terlibat di dalam usaha ini maka sudah pasti usaha ini dibuat sejurus selepas Pak Lah memegang jawatan. Sila rujuk kenyataan Mahathir di dalam majlis dialog:
Soalan wartawan: Adakah janji itu dimungkiri tahun ini? (Merujuk kepada pemungkaran janji Pak Lah) Jawab Dr. Mahathir: Dimungkiri dua minggu selepas saya meletakkan jawatan - sungguh cepat.Adakah janji yang dimaksudkan adalah untuk "TIDAK membebaskan DS Anwar Ibrahim"? Pergerakan di dalam UMNO sentiasa dipantau. Bukan sahaja ahli malah musuh dan kepimpinannya. Ini sudah menjadi aktiviti yang perlu dilakukan di dalam politik. Bersiap sedia. Oleh itu tidak hairanlah jika, usaha pembebasan DS Anwar Ibrahim sudah diketahui awal oleh Mahathir.
KE MAHKAMAH
Selepas saman Khalid Jefri kerana penerbitan buka "50 Dalil Kenapa Anwar Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri". Beliau menang dan jelas Kes itu dibicarakan tanpa campurtangan Mahathir lagi. Kes itu tidak membabitkan Mahathir dan beliau menarik nafas lega. Kini Anwar bertindak lebih berani, mengatur langkah untuk bertindak lebih jauh untuk melibatkan Mahathir ke mahkamah dan lantas beliau menyerahkan 'jawapan kepada pernyataan pembelaan' di mahkamah dan perbicaraan ini bakal menjemput Mahathir ke mahkamah. Mahathir WAJIB hadir.
RASUAH DI MAHKAMAH
Di dalam masa yang sama, budaya lapuk Mahkamah perlu dibersihkan terdahulu. Isu RASUAH sudah meruncing dan kerana itu maka kebenaran tidak akan terlaksana. Hakim yang boleh dibeli, menyukarkan kehadiran TDM di Mahkamah. Kerana itu maka isu RASUAH MAHKAMAH sudah mula digembar-gemburkan sehingga PAK LAH sendiri secara terang-terangan memberi amaran secara bersopan untuk mengambil tindakan kepada Hakim yang bertindak membantu sesiapa yang memberi mereka RASUAH.
Kenyataan telah dibuat oleh Pak Lah dan beliau memberi jaminan akan menjaga keselamatan kepada sesiapa yang melaporkan isu yang bersangkutan dengan RASUAH di dalam Mahkamah. Kenyataan ini dibuat pada bulan Mac 2006 yang merupakan satu tamparan hebat serta amaran kepada mereka-mereka yang cuba untuk menyogok Mahkamah di mana kaedah ini dilakukan secara meluas ketika di zaman diktator Mahathir.
Keresahan menjadi-jadi. Ketakutan sudah tidak terselindung lagi. Tapi strategi perlu disusun. Untuk mendapatkan kerjasama Mahkamah bukan lagi perkara mudah lalu untuk matikan POKOK, cantas akarnya. Dan kalau untuk sembelih ayam, putuskan urat marehnya. Maka sudah pasti ayam akan mati dan tidak mampu berkata lagi. Maka urat Mareh tersebut adalah Pak Lah.
Keinginan untuk bersama UMNO jauh sekali kerana UMNO sudah menyatakan mereka MENYOKONG dan berada di belakang PAK LAH. "WE SWIM AND SINK TOGETHER" Begitulah UMNO, takut tidak makan dan tidak kaya, maka tunggul pun dianggap RAJA, PM dianggap tuhan.
BERDAILOG KONON
Kini pilihan TDM adalah tidak lain melainkan SUARA RAKYAT, yakni suara keramat. Kerjasama dan sokongan rakyat ketika ini amatlah penting untuk jatuhkan PAK LAH. Dek kerana segala saluran media telah disekat maka TDM tiada jalan lain kecuali untuk berkaedah seperti yang dilakukan oleh pembangkang. Melalui Internet, surat khabar (2 bulan sekali) dan berceramah atau bahasa modennya DIALOG. Maka ada pula yang mencadangkan agar TDM mengada kan ROAD TOUR. Satu idea yang bagus dari mangsa TDM dahulu, yang cuba untuk menjadi hero dan penyelamat RAJA DIKTATOR yang juga seorang DOKTOR.
SINGKATNYA MASA
Mungkin masa untuk beliau sudah terlalu singkat, namun usaha mesti dilakukan. Mahu kena atau mengena? Ditindas atau menindas? Serang atau menyerang? Sifir yang penting dan mudah di dalam politik. Namun sokongan awal perlu diperolehi. Siapa ya? Maka keluarlah di kepala HOTAK TDM akan pentingnya pembangkang di dalam usaha ini. Kerana apa? Kerana pembangkang ada pengikut. Kalau ditipu pembangkang, maka tertipulah pengikut. Petik tangkai, semua buah akan luruh.
Kes SUKMA DARMAWAN akan dibicarakan pada 9 Nov 2006. Mahkamah akan mengheret TDM di dalam perbicaraan ini. Kerana JEMPUTAN KHAS ini maka, air muka TDM akan turut terjejas bukan sahaja pada rakyat Malaysia, malah pada masyarakat antarabangsa. Jika SUKMA menang, sudah pasti akan ada mereka yang kalah dan susulan dari itu ada lagi perkara yang lebih menakutkan. Saman, rangkaian tuduhan dan hukuman pada masa-masa akan datang.
Mahu lindungi Mahathir? Terserah. Pesalah perlu dihukum, kenapa mesti disokong dan dilindung, kenapa tidak dilindungi sahaja Penjual Senjata, Perompak Nekad, Pembunuh Upahan, Perogol Bersiri dan Penagih Dadah? Kenapa kita tidak lepaskan mereka dan membiarkan mereka hidup selesa seperti beliau? Rakyat yang tidak bayar cukai pun sudah diganggu tidurnya. Rakyat berjenayah dipenjarakan, pemimpin berjenayah diberikan istana, gaji, kemudahan dan perlindungan. Hilang akal ape ke?
Anwar yang teraniaya, pemimpin sokong, Mahathir yang hentinya sukarela pun ada pemimpin yang sokong. Bila kes melibatkan mereka berdua di Mahkamah nanti, kepada siapa sokongan mereka? Butakan mata pun salah, celikkan mata pun salah. Maka jadilah manusia BUTA YANG TIDAK MAHU CELIK. Alaaa...Kassim...
ALLAHUAKBAR!!!
|
posted by jasindaily online @ 5:46 PM |
|
|
ANWAR HORMATI MAHATHIR SEKALIPUN BERSIKAP 'KEJAM' |
|
Mantan Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata beliau tetap menghormati hak Tun Mahathir Mohamad untuk mengkritik kepemimpinan Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi walaupun tanggapan umum, beliau (Mahathir) pernah bersikap 'kejam', menindas rakyat dan menghalang kebebasan media. "Tindakan beliau itu tetap salah, tetapi tidak bermakna kerajaan boleh menafikan haknya untuk mengkritik," kata Anwar dalam satu sidang media di kediamannya di Damansara, dekat sini hari ini.
"Sama ada kita bersetuju atau pun tidak dengan Tun Mahathir, itu adalah hak beliau untuk bersuara dan kita mesti menghormatinya," katanya.
Katanya lagi, sekiranya kerajaan sekarang mengulangi perkara yang sama, ia jelas tidak adil dan tidak demokratik.
"Ia memerlukan kesabaran tinggi untuk saya nyatakan ini," katanya.
Beliau sekali lagi menggesa kerajaan yang diterajui Abdullah menjawab segala dakwaan Mahathir dengan segera kerana ia melibatkan kepentingan rakyat.
Ditanya wartawan, sama ada pertembungan ini, memberi peluang beliau memasuki Umno, Anwar menegaskan perkara itu tidak berbangkit sama sekali.
Beliau mengulanginya; "Saya tidak akan menyertai Umno dan tetap meneruskan agenda reformasi."
Namun demikian, Anwar berkata beliau masih meneruskan hubungan dengan ahli Umno di peringkat akar umbi dan menghargai sokongan mereka.
Berkaitan kehadiran pimpinan PAS pada majlis Mahathir, Anwar menjelaskan mereka (pimpinan PAS) telah bertemu beliau baru-baru ini dan menyatakan bahawa mereka tidak berniat sama sekali untuk terlibat dalam kontroversi Mahathir Abdullah.
Malah, katanya, mereka sekadar hadir untuk mendapat penjelasan pertikaian tersebut dan PAS tetap komited dengan agenda pembaharuan bersama beliau.
Isu Matrade
Berkaitan isu Matrade, beliau akui memang benar Kementerian Kerja Raya memberi cadangan kepada Kementerian Kewangan (ketika itu Anwar adalah TPM dan Menteri Kewangan) supaya memberi tender kepada sebuah syarikat.
Namun, sekiranya cadangan itu dilihat mempunyai 'niat berkepentingan' atau menteri terbabit dilihat sangat 'berminat dan 'menyokong' syarikat tersebut, Kementerian Kewangan serta merta akan membatalkan permohonan tersebut.
"Dan ini diperkukuhkan lagi oleh BPR, melalui jawatan kuasa pengurusan Kabinet yang saya sendiri pengerusikan," katanya.
Katanya, cadangan Samy Vellu selalunya bermasalah, selalu dipertikaikan dari segi 'kebersihan' dan ini persepsi yang dibuat oleh BPR melalui Jawatankuasa Pengurusan Kabinet yang dipengerusikannya (Anwar) sendiri.
Beliau menegaskan, sekiranya ada penyelewengan dan kepincangan terhadap mana-mana projek seperti MRR2 dan Matrade, satu penyiasatan yang penuh teliti perlu dilakukan. Ditanya berkaitan desas desus untuk melantik beliau sebagai Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nation), beliau menyatakan sememangnya ada cadangan tersebut daripada pihak-pihak tertentu.
"Namun, perkara itu masih terlalu awal dan saya belum memberi perhatian serius dalam kerjaya di peringkat antarabangsa," katanya
"Keutamaan saya adalah di Malaysia, untuk membuka ruang supaya lebih bebas dan demokratik, menumpukan kekuatan pertumbuhan ekonomi serta mengutamakan agenda pembaharuan," katanya.
|
posted by jasindaily online @ 5:43 PM |
|
|
USAH KELIRU DAN UTAMAKAN KRITIKAN MAHATHIR |
|
Krisis bekas PM Mahathir Mohammad yang kini semakin mengkritik pentadbiran Abdullah Badawi kini nampaknya makin hangat di muka akhbar Harakah daily dan laman-laman web pro pembangkang. Sungguh pun kritikan itu boleh dikatakan menampakkan kelemahan kerajaan di bawah pentadbiran Abdullah, namun kesempatan ini diambil alih oleh parti–parti pembangkang sebagai isu utama. Keadaan ini tidaklah menghairankan kerana parti-parti pembangkang masih lagi "berehat" sebelum bermulanya kempen pilihan raya. Suatu ketika dahulu, di ketika Anwar dipenjarakan, serangan bertali arus yang dilakukan oleh barisan keADILan menampakkan satu semangat yang cukup kuat, begitu juga parti pas. Namun ketika itu isu-isu yang dikemukakan oleh Ezam dan Azmin menggoncang kredibiliti Mahathir sendiri sebagai Perdana Menteri. Tidak hairanlah kerana ketika itu angkatan pemuda keadilan memang berbisa. Tetapi tidak kini. Parti itu kini sudah semakin menampakkan kelemahannya. Hatta belum tentu untuk mengekalkan Parlimen Permatang Pauh sekali pun kecuali Anwar bertanding.
PARTI KEADILAN MAKIN DIAM
Selepas pembebasan Anwar, kini parti keADILan makin menyepi, walau dilihat betapa banyak isu-isu yang perlu di jelaskan, kini Mahathir menjadi ketua pembangkang, Sejak pembebasan Anwar, isu yang melibatkan menantu Abdullah tentang kontrak pembuatan serombong nuklear, isu ICM Libra, isu tender 1.2 billion antara projek perbekalan air Sarawak yang dimonopoli oleh Khairy dan Rozabil, malah isu yang melibat khazanah, SINGTEL dan juga penjualan saham Felda Berhad kepada Singapura, parti keADILan nampaknya mendiamkan diri. Ezam dan Azmin tidak segarang dulu, Barisan pemuda juga tidak menampakkan kelantangan kecuali suara-suara Cikgu Bad, sumpah keramat pemuda keadilan semakin menyepi.
ANWAR AKAN AJAR MAHATHIR
Abdullah menyepi. Sebenarnya Abdullah menggunakan kes saman malu Anwar dan juga kes liwat yang melibatkan Sukma sebagai satu senjata terakhir yang akan memakan diri Mahathir. Buat masa sekarang Mahathir nampaknya lantang menghentam Abdullah. Manakala Ezam bergerak dengan kes Hakim Syed Mohd Idid bagi menentukan kes rasuah hakin-hakim mahkamah tinggi terus berjalan.
Kes liwat Sukma & Anwar yang akan didengar pada 6 November dengan memanggil seramai 26 saksi termasuklah Mahathir dilihat sebagai satu senjata yang paling besar akan digunakan Abdullah bagi mengenakan Mahathir dan kuncu-kuncunya. Maka kerana itulah Mahathir mula mencari tapak di kalangan pentas pembangkang bagi menghentam Abdullah. Sepatutnya pihak Barisan Alternatif melihat ini sebagai satu isu besar dan mengadakan road show bagi menerangkan keadaan ini. Namun kita tidak nampak isu ini dimonopoli oleh pihak pembangkang. Malah kesempatan ini digunakan oleh pihak-pihak pembangkang dengan menjemput Mahathir.
Di manakah letaknya kredibiliti pembangkang. Kalau dahulu menghentam Mahathir, kini menjemput Mahathir. Salah dari segi moralnya ialah meletakkan Mahathir sebagai pengkritik di barisan hadapan berbanding parti parti pembangkang sendiri. Azmin Ali pernah menyuarakan pandangan yang menyatakan bahawa jangan melihat Mahathir sebagai wira. Namun seolah-olah Mahathirlah wira masa kini bagi menghentam Abdullah. Apakah pembangkang juga kekurangan isu sehinggakan menggunakan Mahathir sebagai barisan hadapan menghentam pentadbiran Abdullah. Sepatutnya isu Mahathir ini boleh dilupakan sekiranya pembangkang sendiri yang menggunakan kelemahan pentadbiran Abdullah untuk mengkritik. Mahathir harus disenyapkan dari arena politik.
Mahathir terlalu banyak merugikan bangsa Melayu sendiri. Mahathir terlalu banyak dosanya kepada orang Melayu dan parti-parti pembangkang. Kejamnya Mahathir sehingga digelar Mahafiraun. Kejamnya Mahathir sehingga digelar Mahazalim. Mungkin website Mahazalim berkubur, namun kekejaman Mahathir tetap diingati. Takkan pembangkang sendiri tidak merasainya suatu ketika dahulu. Setiap kali perhimpunan agung UMNO, PAS dan Anwar tidak lekang dari mulut mahazalim tua itu menghentam. Kini beliau menghentam Abdullah dan pembangkang menggunakan isu yang dibangkitkan oleh Mahathir mengkritik Abdullah. Bukankah semua itu di bawah pentadbiran Mahathir dahulu. Kenapa Mahathir tidak menggunakan kuasanya menyekat Rafidah? Kenapa pembelian MV Agusta tidak disiasat? Berapa banyak pula kerugian PERWAJA. Wang Petronas yang digunakan untuk membantu anak Mahathir sendiri.
Mahathir harus ditutup mulutnya agar berhenti dari bersuara dari arena politik. Tugas mengkritik pentadbiran Abdullah harus dilakukan oleh parti pembangkang. Betul pembangkang mendapat manfaat besar, tapi bagaimana pula dengan kredibiliti parti-parti reformasi dan PAS, DAP terhadap isu ini. Sepatutnya isu ini disuarakan oleh parti-parti ini. Namun Mahathir yang mendapat tempat utama sebagai pengkritik dan ketua pembangkang.
Ada beberapa penceramah yang mengulas isu ini sebagai satu isu yang tidak melibatkan nama Mahathir misalnya Saifuddin, Mohd Sabu, mana Ezam, dan Azmin dan Exco Pemuda Keadilan lain? Sumpah keramat sudah disemat, tapi hilang tanpa adanya azimat, keramat hilang semangat hilang, yang tinggal menunggu peluang. Biarkan Mahathir. Anwar harus memainkan peranan, kes yang akan disebut semula adalah satu isu yang besar. Mahathir dan sesiapa yang bersekongkol dengannya akan merasainya. Jadi biarkan Mahathir.Biarkan kaki ampunya menghentamnya sebagaimana Anwar kena dahulu.Biarkan kerana itu adalah tradisi UMNO.
|
posted by jasindaily online @ 5:41 PM |
|
|
BEKAS SU POLITIK TUN DAKWA DIUGUT |
|
Pagi tadi Matthias Chang, bekas Setiausaha Politik kepada Tun Dr Mahathir semasa Tun PM dahulu telah mengadakan suatu sidang akhbar yang panjang lebar di pejabatnya di KL. Beliau sebelum ini telah mencabar kedua-dua Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Timbalan Pengerusi NST Kalimullah Hassan untuk berdebat bagi membuktikan yang mereka bukan dalang di sebalik Dollah Badawi yang telah menggunakan kesempatan yang ada bagi memperkayakan kedudukan masing-masing. Sehingga kini kedua-dua yang berkenaan itu tidak pun menyahut cabaran Matthias dan sebaliknya Matthias diserang oleh pelbagai pihak khususnya dari kalangan Umno kerana didakwa bersumpah dengan al Quran semasa membuat cabarannya itu (Matthias sebelum ini dilaporkan telah bersumpah dengan kitab-kita suci semua agama termasuklah al Quran bagi membuktikan kebenaran dakwaan beliau). Hari ini Matthias membuat suatu pendedahan baru. Katanya beliau telah diugut oleh pihak-pihak tertentu termasuklah oleh Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri. Kata beliau Timbalan Menteri berkenaan menyampaikan kata-dua dari pihak atasan iaitu agar Matthias berhenti dari mengeluarkan cabaran dan pendedahan, jika tidak beliau boleh dipenjarakan. Kata Matthias beliau langsung tidak pedulikan ugutan itu dan malah bersedia menghadapi risikonya kerana beliau yakin apa yang didedahkan oleh beliau dan Tun sejak akhir-akhir ini adalah benar belaka. Beliau kesal bagaimana Khairy yang tidak pernah dilantik ke apa-apa jawatan kerajaan boleh menguasai dan mempengaruhi keputusan-keputusan kerajaan, semata-mata kerana beliau adalah menantu kepada PM. Dan kini Khairy menguasai sebuah bank pelaburan iaitu apabila Avenue Capital Resorce Berhad dan syarikatnya ECM Libra Bhd (yang turut dipunyai Kalimullah) bergabung dan disenaraikan di Bursa Malaysia semalam dalam satu usahasama yang melibatkan RM293 juta. Kata Matthias Khairy telah menggunakan kedudukannya khasnya melalui bapa mertuanya untuk memperolehi bank pelaburan ini.Apabila kita memikirkan segala dakwaan dan kritikan Tun disamping cabaran dan pendedahan berani Matthias ini, kita bimbang negara hari ini benar-benar sedang dikuasai oleh mereka yang lemah dan dilemahkan dengan kehadiran satu-dua individu tertentu yang kelihatan menguasai negara di sebalik tabir. Sampai bilakah permainan ini akan berterusan sedangkan Dollah ke hulu hilir menjual dan menajaj agenda perang rasuah dan kerajaan telus dan berintegriti beliau itu. Mana ada telus dan mana ada integriti jika anak dan menantu PM sedang secara aktif menggunakan kedudukan beliau untuk mengaut keuntungan masing-masing. Sementara itu Matthias menyatakan beliau akan menyaman Kalimullah Hassan dan meminta mana-mana pihak samada Dollah ataupun Khairy ataupun Kalimullah sendiri untk menyamannya agak beliau boleh menyatakan kebenaran di mahkamah yang terbuka. |
posted by jasindaily online @ 5:37 PM |
|
|
TSUNAMI POLITIK YANG DITUNGGU-TUNGGU |
Wednesday, June 28, 2006 |
Semalam Nazri Aziz mencabar Tun Dr Mahathir yang jika Tun seorang anak jantan maka seharusnya Tun letak jawatan dan keluar dari Umno. Hari ini Tun dipetik oleh Associated Press AP sebagai berkata bahawa beliau tahu bahawa kini memang ada usaha untuk menburuk-burukkan beliau oleh pihak-pihak tertentu dalam parti itu malah, ianya sedang memuncak dan akhirnya beliau menjangkakan akan dipecat juga dari Umno. Tun turut memberitahu AP bahawa kiranya beliau dipecat dari Umno sekalipun tindakan itu tidak akan menghentikan beliau dari terus mengkritik apa sahaja yang beliau fikirkan tidak kena. Dan apabila diminta mengulas kenyataan Nazri itu Tun telah menafikan dakwaan Nazri itu dan menganggap Nazri sekadar budak yang terlibat dalam kerja-kerja memburukkan dan menikam beliau dari belakang. Sementara itu BERNAMA melaporkan bahawa Menteri Penerangan Zainuddin Maidin mendakwa berjumpa dengan Tun Ahad lalu (sehari selepas Tun berucap di Taman Melawati) di Sepang dan telah berusaha memujuk Tun agar tidak lagi meneruskan serangannya terhadap kerajaan dan PM Dollah Badawi. Walaubagaimanapun menurut Zam, Tun menyatakan bahawa beliau telah pun membuat keputusan dan akan meneruskan sikap dan pendiriannya itu. Zam dipetik BERNAMA sebagai berkata: I found that Dr Mahathir had made up his mind. He did not say anything but he believed in what he was doing. Menurut BERNAMA lagi: Zainuddin who admitted that he still considered Dr Mahathir, whom he knew for more than 40 years since working in Kedah as a journalist, as one of his leaders. Zam, bekas Ketua Pengarang UTUSAN adalah merupakan salah seorang lagi Menteri kabinet yang memperolehi tempat dan kedudukan hasil dari ihsan Tun semasa beliau PM dahulu. (Zam menulis di dalam bukunya: Dr Mahathir Di sebalik Tabir, bahawa ketika beliau kecil dahulu Dr Mahathir telah bergegas ke rumahnya untuk merawat ayah Zam yang sakit tanpa banyak kira-bicara. Dalam tulisan itu tiada unggkapan lain yang dimuatkan Zam selain puji dan puja terhadap Tun belaka).Nampaknya tsunami politik di Malaysia sedang membina kekuatan dan pasti akan merobah lanskap politik negara ini apabila tiba masanya nanti.Saya yakin cuma Nazri dan seorang dua sahaja anggota kabinet dari kalangan Umno (termasuk Rafidah) ketika ini yang barangkali akan bersikap kasar dan bengis terhadap Tun kerana mereka masing-masing memendam dendam kesumat terhadap tokoh veteran itu. Yang selebihnya?Yang selebihnya sebagaimana kata Tun pada hari Sabtu lepas sekadar menyokong buta kerana Dollah memegang kuasa. Mungkin Zam tak seperti Nazri. Mungkin Aziz Samsuddin dan Tengku Adnan tak seperti Nazri. Begitu juga mungkin beberapa kerat lagi. Ini belum mengambil kira dari kalangan barisan pimpinan Pemuda Umno yang rata-rata tidak senang dengan lonjakkan deras Khairy Jamaluddin dalam pergerakkan tersebut. Bagaimana pula dengan Rahim Tamby Chik, ahli MT Umno? Khir Toyo juga dikatakan banyak terhutang budi pada Tun.Mungkinkah mereka ini semua akan bersama gelombang ganas tsunami itu nanti atau akan turut tenggelam menjadi mangsanya?Yang pasti disaat dan ketika ini Tun sudah tidak mungkin menoleh ke belakang lagi. Tun sudah terjun ke gelanggang. Dan pihak kerajaan serta PM sendiri seolah kelihatan mengecilkan sahaja segala teguran dan kritikan Tun dan lebih berminat menyerang dan memburuk-burukkan peribadi beliau daripada menjawab segala yang dibangkit dan dibongkarnya itu. Tun menyatakan selagi isu-isu kepentingan negara ini tidak dijawab beliau akan terus bercakap dan bersedia memikul risikonya.Oleh itu ayuhlah kita semua bersiap-sedia, buat persiapan, cukupkan bekalan, kerana bimbang bila tsunami itu kelak menggunung dan melanda negara nanti kita juga turut tenggelam dan lemas menjadi mangsanya |
posted by jasindaily online @ 2:31 AM |
|
|
ITULAH PEMIMPIN DALAM UMNO |
|
Media-media Antarabangsa melaporkan - Kerajaan kini sedang berperang dengan Tun Dr Mahathir. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz kini telah memukul paluan perang dan sedia untuk berhadapan memerangi Mahathir bagi pihak kerajaan dan UMNO. "Keluar dari UMNO supaya saya boleh hentam dia" adalah antara kata-kata beliau. Nazri tidak faham kenapa Mahathir yang dianggap oleh pembangkang sebagai "firaun" kini sanggup berada dipentas pembangkang menghentam Pak Lah dan Khairy dan mungkin yang lain tidak juga faham kenapa Nazri bangkit mempertahankan Khairy Jamaluddin walaupun mempertahankan Pak Lah mungkin termasuk dalam skop-skop kerja beliau.
Apa pun dari penukaran kata-kata, antara apa yang disebutkan oleh Tun Dr Mahathir dan menteri-menteri dalam UMNO satu yang jelas kelihatan - relevansi menteri-menteri yang ada. Mereka hadir untuk Perdana Menteri dan bukan untuk rakyat. Kritikan Mahathir mengenai menteri-menteri yang hanya tahu menyokong Pak Lah, terpecik ke muka sendiri sewaktu menteri-menteri ini sujud kepada Mahathir. Asas yang serupa - mereka adalah politikus yang hanya berjuang untuk politik masing-masing dan bukan hadir untuk menentukan agar hidup rakyat semakin mudah dan terbela di negara ini. Sistem pentadbiran yang ada kini menjadi jelas sumbang - mempertahankan orang-orang tertentu dan bukan isu-isu yang dibawa.
Sekiranya kita tidak melihat Mahathir sebagai Mantan Perdana Menteri Malaysia, kita juga mahukan jawapan yang sempurna dari Pak Lah mengenai isu-isu pedas mengenai keadaan negara ini yang semakin meruncing buat rakyat Malaysia. Bukan itu sahaja , kita mahu jawapan telus dari Pak Lah dan pentadbiran negara ini mengenai kenaikan harga minyak, elektrik dan harga-harga barang keperluan. Kita mahu tahu kenapa perkembangan pesat negara ini dengan peningkatan indeks perniagaan tidak membawa kesan kepada kemakmuran rakyat sebagai mereka yang membentuk kehadiran negara ini.
Sebenarnya kita pernah melihat bagaimana rakyat hadir bersama-sama Anwar Ibrahim pada tahun 1998. Bagaimana rakyat mendesak ketelusan pentadbiran dan penentangan rasuah yang lebih efektif. Rakyat bangkit dan setelah itu rakyat tahu apa erti kronisma dan nepostism. Rakyat didedahkan dengan perlakuan rasuah yang berleluasan, tindakan-tindakan kerajaan yang membelakangkan kepentingan rakyat, perjanjian-perjanjian konsesi yang disorokkan dari rakyat serta puluhan isu yang mendesak untuk mereka - kalangan elitis kuasa merobah dasar-dasar yang memihak kepada satu pihak tetapi menindas satu pihak lain yakni rakyat.
Rakyat bangkit dengan gagah dan beribu-ribu orang telah dipenjara kerana menghadiri demonstrasi membantah keputusan-keputusan kerajaan dan desakan agar suara rakyat dijadikan suara keramat. Ini semua berlaku di zaman Mahathir dan pada zaman itulah kegawatan politik Melayu meruncing. Krisis itu juga mendedahkan puluhan isu lain - rasuah Rafidah Aziz, skandal Rahim Thamby Chik, Daim Zainuddin dengan duit UMNO, kegagalan sistem perundangan, kejatuhan martabat polis dimata rakyat serta hak-hak kebebasan asas yang dicabuli. Semua ini hadir kerana krisis dalam UMNO dan adakah krisis kali ini akan mendedahkan juga kepincangan - UMNO sebagai pembela Melayu?
Bukan, ini bukan soal kemakmuran rakyat yang dicabul, bukan soal kuasa pembelian rakyat semakin kecil, bukan soal peningkatan harga barangan dan bukan soal rumah-rumah peneroka kota MELAYU diruntuhkan. Ini soal ketidakpuasan hati kerana jambatan tidak dibina, ini tidak puasan hati kenapa Tengku Tan Sri Mahaleel Ariff digugurkan dari Proton dan persoalan-persoalan penjualan Agusta dengan nilai 1 euro. Ini bukan soal-soal mutlak tanpa pendedahan sepenuhnya oleh seorang rakyat Malaysia yang pernah memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia. Apa kena mengena ini dengan persoalan kemiskinan rakyat, soal Melayu yang gagal dalam Dasar Ekonomi Baru dan hari ini peningkatan kos-kos kehidupan. Bagi rakyat marhean ini adalah hasil baik Mantan perdana menteri memerintah mahupun Pak Lah memerintah. Ini bukan salah sistem yang ada - ini salah budaya yang melekat teguh dalam kerajaan yang di pimpin secara dominan oleh UMNO. Mereka - kepimpinan sudah gagal memikul amanah rakyat. Politik adalah penting dan politik itu diukur sejauh mana kita akur kepada kepimpinan tertinggi baik Mahathir mahupun Pak Lah.
Pendedahan Mahathir dan pendedahan Nazri dalam kecaman-kecaman beliau menunjukkan kualiti kepimpinan. Saya akan akur kepada Perdana Menteri dahulu Mahathir dan kini Pak Lah dan ini tidak menunjukkan ciri-ciri tugas sebenar yang sepatutnya dipikul. Ini hanya membuka pekong yang selama ini berbau. Dan ini harus diberitahu kepada semua - rakyat - ahli UMNO dan mereka yang bertanggung jawab melantik pemimpin dan menteri. Apa yang hadir adalah tugas-tugas politkus menyokong semua kehendak kepimpinan atasan - satu kerja mudah yang lumayan sejak berzaman - membodek dan mengampu.
Maka kita akhirnya mengharap krisis ini terbuka. Deklarasi perang oleh Nazri bakal akan membongkar segala kepincangan menteri yang ada - baik sewaktu Dr Mahathir mahupun kini dibawah pemerintahan Pak Lah. Ini adalah hikmah - agar Melayu disedarkan bahawa pada tangan kita kedudukan mereka, tetapi kenapa pada kita mereka menunjuk kuasa. Pada rakyat harus di bodek kepada pada Perdana Menteri yang hasil diundi oleh rakyat mereka menyembah.
|
posted by jasindaily online @ 2:23 AM |
|
|
JANGAN IKUT MAHATHIR KE LUBANG CACING |
|
Saya dapat menyelami kegelisahan aktivis Parti dan rakyat terbanyak yang terkeliru apabila menonton gelagat beberapa orang pemimpin PAS dan DAP yang menghadiri Dialog Perdana dengan Dr. Mahathir Mohammad di Taman Melawati pada 24 Jun lalu. Sementara kita menggalakkan perbahasan dan menghormati hak Dr. Mahathir untuk memberikan pandangan, kita usah sekali-kali terperangkap akibat kedangkalan membaca percaturan politik.Rakyat harus faham pertembungan kita dengan Mahathir bukan soal peribadi, tetapi berasaskan kepada prinsip yang jelas dan nyata. Kita menentang perasuah ; yang kita tentang adalah kerajaaan yang zalim ini ; kita menentang sistem yang menekan dan menindas rakyat ; kita menentang kemungkaran UMNO dan Barisan Nasional seluruhnya. Seraya itu, Mahathir dan Abdullah mewakili sistem yang sama. Saya bertanggungjawab untuk membongkar bahawa Dr. Mahathir membelanjakan jutaan ringgit untuk menganjurkan forum dan dialog di peringkat antarabangsa semata-mata untuk menyerang pentadbiran Amerika Syarikat kerana beliau faham bahawa ini adalah tindakan dan pendekatan yang cukup popular di kalangan negara Islam dan juga Eropah. Di dalam negara sendiri, sekali lagi Dr. Mahathir mengambil tindakan yang popular dengan menyerang Singapura supaya rakyat Malaysia lupa kezaliman dan kebobrokan beliau selama pemerintahannya. Beginilah 'pintarnya' politik Dr. Mahathir. Kita bagaimana ? Pimpinan yang menyanjungi prinsip perjuangan harus melihat polimik UMNO ini bukan semata-mata dari konteks keuntungan politik, tetapi juga berpegang teguh kepada janji kita kepada rakyat untuk menjana kekuatan baru dan membawa perubahan. Kehadiran segelintir pemimpin dalam dialog bersama Mahathir seolah-olah memberi 'laluan baru' kepada pelaku kezaliman. Apakah orang Melayu mudah lupa seperti yang diungkap oleh Mahathir sendiri ?Siapakah yang bertanggungjawab di atas peristiwa berdarah di Memali ? Tangan siapakah yang menandatangai penahanan Nik Adli Nik Abdul Aziz yang ditahan di bawah akta ISA yang zalim itu? Siapakah yang bertanggungjawab menutup sekolah-sekolah agama rakyat ? Siapakah yang menzalimi rakyat Terengganu dengan memberhentikan royalti minyak ? Dan, tentunya, siapakah yang merencana konspirasi politik yang jahat dan jijik terhadap Anwar Ibrahim? Benarlah kata-kata Dr. Mahathir, orang Melayu mudah lupa !Telahan segelintir pemimpin ini bahawa kehadiran mereka adalah untuk membuat provokasi terhadap Mahathir supaya lebih lantang mengecam Abdullah adalah perhitungan politik yang naif dan cetek. Sekalipun Mahathir cuba menunjukkan kononnya beliau seorang yang tegas dengan beberapa isu sehingga sanggup "ke lubang cacing," itu tidak bermakna kita harus sama ke lubang cacing. Saya tegas bahawa kita tidak perlu membuang masa dengan melayan karenah beliau sedangkan tidak ada perkara baru yang dibongkar melainkan hanya beberapa isu dan kepentingan terpilih yang melibatkan beberapa kroni dan kerabat beliau. Mahathir manusia bankrap moral dan prinsip ! |
posted by jasindaily online @ 2:16 AM |
|
|
GILIRAN MAHATHIR KETUAI PEMBANGKANG? |
|
Ahad lalu, 24 Jun 2006 adalah hari bersejarah bagi Malaysia. Tun Dr Mahathir Mohamad pada hakikatnya jadi pembangkang, berucap di Taman Melawati di medan yang selalunya tempat berhimpun penyokong pembangkang. Di situ berkumpullah orang PAS, KeADILan dan Umno bersama mendengar ceramah Mahathir. Begitulah ironinya hidup berpolitik.
Terkenang kembali ketika Mahathir dipecat oleh Umno semasa zaman Tunku. Beliau dicap ultra oleh Lee Kuan Yew. Dalam kumpulan Mahathir ialah Musa Hitam. Satu lagi seteru kuat Kuan Yew ialah Syed Jaafar Albar. Beliau kesal Tunku memisahkan Singapura daripada Malaysia.
Maka dalam keterpencilan Mahathir, PAS pimpinan Asri menyediakan pentas untuknya. Alangkah baiknya kalau dapat didokumentasikan peristiwa di mana Mahathir berucap di pentas PAS itu. Ahli sejarah PAS wajar menggalinya kembali.
Mereka yang hadir dalam peristiwa itu wajar menceritakan kembali detik-detik untuk renungan anak-anak muda kini.
Tidak ada media arus perdana melaporkan peristiwa itu. Tetapi dipercayai ada seorang pemberita Berita Harian yang atas inisiatif sendiri turut menghadiri ceramah itu. Mahathir dipercayai amat menghargai pemberita itu dan beliau diberi tempat dalam kewartawanan Umno apabila Mahathir menjadi Presiden parti.
Kedudukan Mahathir tidak kukuh
Tunku tumbang dan Mahathir diberi tempat oleh Tun Razak melalui sokongan Dato' Harun. Pengganti Tun Razak, Hussein Onn memberi laluan kepada Mahathir. Tetapi Hussein Onn bertembung dengan Harun dan beliau kalah.
Apabila Hussein Onn memilih Mahathir sebagai penggantinya, tentunya Tengku Razaleigh berasa tersinggung. Setelah menggantikan Hussein, Mahathir tidak memilih Ku Li sebagai timbalannya seperti yang diharapkan ramai, beliau memilih Musa.
Dalam Umno kedudukan Mahathir tidaklah kukuh padu, beliau berdepan kumpulan Ku Li. Beliau turut memulihkan kedudukan Harun dipercayai sebagai menghargai jasanya kepada beliau dahulu.
Sementara itu PAS berdepan krisis keyakinan terhadap kepimpinan Asri. Beliau mencari pengganti. Yusof Rawa dilihat tidak begitu kuat. Tetapi pemimpin ABIM, Anwar Ibrahim adalah calon menarik. Hampir pasti Anwar akan menggantikannya sebagai pemimpin PAS.
Mahathir pun nampak Anwar. Tun Razak pernah mengajak Anwar tetapi Anwar menolak. Maka Anwar menjadi pemimpin pembangkang generasi baru, menggabungkan tiga aliran, Islam, nasionalis dan sosialis semasa demonstrasi pelajar 1974. Sebagai bekas Presiden Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM), beliau menjadi pemimpin nasionalis. Sebagai turut memimpin demonstrasi pelajar yang banyak digerakkan oleh Kelab Sosialis Universiti Malaya pimpinan Hishamuddin Rais, beliau juga diterima oleh orang kiri. Sebagai pemimpin ABIM, beliau dianggap pemimpin gerakan Islam.
Maka Mahathir dan Asri melihat Anwar. Dalam PAS, golongan ABIM sudah mula masuk dengan Ustaz Fadzil Nor yang pernah menjadi timbalan Anwar mendapat tempat.
Senario bagi PAS di awal 80-an ialah Asri berundur dan Anwar memimpin PAS. Maka jika Anwar jadi Presiden PAS dan Ustaz Fadzil timbalannya, maka dapat dibayangkan betapa dinamiknya parti bulan purnama ini.
Bagi Mahathir, dia menghadapi dua peluang. Jika Anwar dibawa ke dalam Umno; satu dia boleh melemahkan PAS dan kedua, dia boleh menguatkan kedudukannya dalam Umno melalui kehadiran Anwar dan dokongan ABIM.
Anwar pula berdepan dua perkara. Pertama, jika dia memilih PAS, parti ini bukannya ada apa. Masa itu PAS dalam kedudukan paling lemah. Hanya beberapa kerusi di Kelantan. Tetapi dengan Mahathir, peluang luas terbuka, Umno dan kerajaan. Maka pilihannya adalah pada Umno.
Maka team Mahathir-Anwar mendominasi Umno sehinggalah Anwar tersinggir pada 1998. Dengan Anwar, Mahathir boleh mengetepikan Ku Li dan Musa. Dalam team Musa ialah Pak Lah. Tunku, Hussein Onn dan Harun juga memihak Ku Li untuk menentang Mahathir-Anwar.
Dalam keadaan begini, PAS pimpinan Yusof-Fadzil memberi ruang pada Ku Li. Menjelang ancaman besar Ku Li dalam pilihan raya 1990, timbul cakap-cakap Mahathir sanggup bersekutu dengan PAS bagi menghalang Ku Li menang. Sebelum itu Mahathir berjaya menghalang Musa daripada menyertai Ku Li melalui satu Kongres Perpaduan Johor. Orang Musa seperti Pak Lah kembali diterima bersama Mahathir.
Tetapi PAS sudah komited dengan Semangat 46 dalam Angkatan Perpaduan Ummah. Ternyata Mahathir berjaya dan tidak timbul soal bekerjasama dengan PAS. Selepas 1995, Ku Li kembali bersama Mahathir, dan sebaliknya ia menimbulkan kebimbangan bagi Anwar.
Pada 1997, Anwar bergerak dan kelihatan cabaran dibuat ke atas Mahathir. Maka sejarah menyaksikan Anwar disingkirkan dan ia kembali mengetuai satu gerakan pembangkang dengan PAS ikut serta.
Maka tanpa Anwar, Mahathir berdepan dua pilihan untuk memilih penggantinya, Pak Lah atau Najib. Pilihannya jatuh pada Pak Lah. Begitu juga dengan kedudukan team Musa dan Tengku Razaleigh dahulu dipulihkan dalam Umno.
Kekuatan PAS menarik Mahathir
Selepas pilihan raya 1999, nampak PAS begitu kuat dan ini menarik erhatian Mahathir. Maka diajaknya PAS berada dalam satu platform perpaduan Melayu. Rundingan diadakan dan pertemuan Mahathir-Fadzil di Dewan Bahasa dan Pustaka berhubung Palestin adalah peristiwa bersejarah. KeADILan menjadi curiga.
Tetapi selepas ketiadaan Ustaz Fadzil, kelemahan PAS dan kebimbangan terhadap terorisme membawa mengertian bahawa Mahathir tidak perlu lagi bimbang dengan pembangkang.
Maka Mahathir bersedia untuk mengundurkan diri. Pak Lah menggantikannya dan ia berdepan pemilihan penggantinya, sama ada Najib atau Muhyiddin. Tetapi melihat pengaruh Mahathir yang kuat, Pak Lah memilih Najib juga. Tanpa Mahathir, KeADILan semakin melemah dan bekas penyokong Anwar menyertai Umno, banyak yang mengikut Najib.
Selepas pilihan raya 2004 yang memberi kemenangan besar pada Pak Lah. Anwar dibebaskan. Isu Proton menimbulkan kerenggangan antara Mahathir dan Pak Lah. Tetapi masalah Singapura menjadi penanda besar. Anak Syed Jaafar Albar iaitu Syed Hamid menyebelahi Pak Lah.
Sementara itu, Anwar banyak berada di luar negara. Ia mengecewakan pembangkang, termasuk PAS. Bekas Parti Rakyat yang dalam KeADILan pula tidak puas hati tentang isu-isu mengenai hubungan Anwar dengan dunia Barat.
Sebaliknya Mahathir melalui Forum Perdamaian Global Perdana bereda di hadapan menentang Barat. Secara ideologis, PAS dan bekas Parti Rakyat lebih rapat dengan Mahathir berbanding dengan Anwar. Maka tidak hairanlah, apabila berlaku krisis Mahathir-Pak Lah, banyak pihak dalam PAS memilih Mahathir.
Tidak hairanlah di medan Taman Melawati yang sudah lama sunyi daripada aktiviti menjadi cergas semula, orang PAS datang mendengar Mahathir.
PAS tetap relevan bagi rakyat
Bendera bulan purnama sentiasa akan memainkan peranan untuk mempertahankan tanah air, baik bagi memastikan ciri Islaminya terjamin, dan kepentingan umat Islam untuk mengamalkan Islam turut terjamin, tetapi juga menjadi pembangkang untuk membangunkan negara.
PAS sudah berpeluang memerintah Kelantan dan Terengganu, ada perkara yang ia berjaya da tidak kurang wujud kelemahan. Ia terpulang kepada dinamika pemimpin PAS di Kuala Lumpur dan negeri-negeri. Tetapi PAS tetap relevan bukan saja bagi rakyat negara ini tetapi Umno juga.
Penambahan undi di Beting Maro, Sarawak merupakan petanda PAS mempunyai peranan tersendiri sebagai pembangkang yang relevan. Tanpa PAS, bagaimana Umno harus berpolitik?
Tanpa PAS, bagaimana Mahathir, Anwar dan Ku Li dapat berperanan untuk kebaikan negara?
PAS ditubuhkan ketika Umno sedang bergolak antara untuk menyokong Dato' Onn atau Tunku. Dato' Onn mahukan Umno bersifat inklusif iaitu dibuka untuk semua kaum dan dengan itu menjadi platfom bagi usaha menuntut kemerdekaan. Bagi Dato' Onn jika Umno menjadi parti yang benar-benar Malayan, sudah tentu kaum-kaum lain terpaksa tunduk kepada majoriti ahli iaitu orang Melayu dan Islam.
Dato' Onn tidak setuju parti yang bersifat perkauman atau keagamaan. Perjuangan untuk bangsa dan agama memerlukan platform lain. Biarlah satu persatuan Melayu yang independent daripada parti politik memperjuangkan kepentingan bangsa. Begitu juga dengan Islam. Suatu badan bebas daripada parti politik mampu memperjuangkan Islam.
Biro agama Umno faham dengan wawasan Dato' Onn dan menyokongnya. Tetapi apabila Dato' Onn gagal, biro ini keluar Umno dan menubuhkan PAS. Walaupun antara pemimpin ini menyertai kembali ke Umno, tetapi Pas berdiri sendiri. Ia dikuatkan oleh elemen kiri pimpinan Dr Burhanuddin Al-Helmi.
Dato' Onn gagal dengan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) dan kembali ke akar umbi Melayu melalui Parti Negara. PAS tetap membantu tokoh penting Melayu ini dengan memberinya kerusi di Terengganu.
PAS berjiwa besar dan sering menampung tokoh-tokoh Umno yang tersingkir. Walaupun kuat selepas pilihan raya tahun 1969, PAS menerima undangan Tun Razak untuk menubuhkan kerajaan campuran dan menjadi teras kepada BN. Tidak keterlaluan untuk menyebut bahawa undi yang diterima PAS pada 1969 datangnya dari penyokong Mahathir yang menolak Tunku.
|
posted by jasindaily online @ 2:09 AM |
|
|
NAJIB TAUKE BESI BURUK |
Friday, June 23, 2006 |
Hari ini kita diberitahu bahawa sebuah lagi pesawat Hawk Tentera Udara (TUDM) membuat pendaratan cemas di Kuantan. Juruterbang tidak mengalami Kecederaan, namun menurut pihak yang berkenaan, pendaratan itu dibuat atas alasan tayar pendaratannya GAGAL BERFUNGSI. Sebelum ini insiden yang melibatkan kapalterbang pejuang yang sama jenamanya berlaku pada 31 Mei yang lepas, dipercayai terhempas di laut Mersing dan juruterbangnya Mejor Mohammad Rohaizan Abdul Rahman, 31 masih hilang. Keluarga bimbang, berita tidak lagi disiarkan. Najib senyap macam musang.
Pada 10 April yang lepas pula, sebuah pesawat Pilatus PC7 yang dipandu oleh Mejar Roslan Salam, terhempas di kawasan sawah di Kampung Kepala Parit Dalam, Mukim Bukit Raya, Pendang. Tidak jauh dari kawasan tersebut, seorang pelatih turut terkorban sementara dalam kejadian di Guar Kepayang, mengorbankan seorang pelatih bersama jurulatihnya. Mahu lagi?
Berikut adalah laporan beberapa pesawat TLDM yang jatuh terhempas dan kebanyakannya melibatkan korban dan kematian (Lapuran ini pernah disiarkan oleh DAP):
Pulau Pinang, 13 Ogos 2003 - Rakyat Malaysia berbagai kaum, agama atau latar belakang politik amat prihatin mengenai kematian seorang juru terbang pelatih wanita TUDM, Lt Muda Mai Elny Sefrina Jalaluddin yang berumur 23 tahun dan seorang anggota tentera darat baru, Norazlina Abdul Aziz, yang berumur 21 tahun, kdua-duanya dalam selang tempoh 60 jam. Ini membangkitkan persoalan samada ujudnya apa-apa yang tidak kena dalam program latihan khidmat seragam yang menyebabkan kedua-dua kematian itu.
Norazlina yang berasal dari Muar yang berlatih bersama-sama 300 anggota tentera darat wanita di Negeri Sembilan, didapati dalam keadaan tidak sedar diri pada 5 petang Jumaat lepas, semasa menjalani latihan berlari 12 km di Kampung Sri Rusa, Port Dicksan. Beliau dibawa ke hospital tentera, yang kemudiannya dirujuk ke Hospital Port Dicksan dan Hospital Seremban sebelum meninggal dunia enam jam kemudia pada 11 petang.
New Straits Times (10.8.03) melaporkan bahawa keputusan post-mortem medapati kematian Norazlina adalah disebabkan oleh "tamparan hebat di kepala" dan enam anggota tentera darat baru telah turut dimasukkan ke hospital atas sebab kelesuan, sementara 22 lagi telah diberikan rawatan pesakit luar kerana keletihan dan penyahhidratan semasa menjalankan latihan Jumaat lepas.
Mai Elny yang berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan, mati apabila kapalterbang latihan PC-7 yang sedang dipandunya terhempas ke ladang getah dekat Jalan Bukit Kayu Hitam-Changlun pada lebih kurang 12.20 petang semalam. Beliau merupakan juru terbang wanita TUDM pertama yang mati dalam nahas kapal terbang.
DAP mengucapkan takziah kepada kedua-dua keluarga yang terlibat dan bersama-sama dengan rakyat Malaysia yang lain, menuntut supaya siasatan terbuka diadakan untuk mencari sebab sebenar yang menyebabkan kematian kedua-dua wanita muda ini yang berlaku dalam tempoh selang 60 jam. Siasatan berkenaan harus mengkaji khasnya samada ujud apa-apa yang tidak kena dengan program latihan perkhidmatan seragam kita.
Norazlina merupakan satu dari beberapa kakitangan TUDM yang mati akibat dari kemalangan Pilatus PC-7.
Mangsa-mangsa lain termasuk:
- Lt. Muda S. Thulasiram di Pendang, Kedah pada September 1984;
- Lt. Muda Faizal Muhammad di Sintok, Kedah pada September 1990; - Kapt. Suhaimi Mat Sahid dekat Kepala Batas pada October 1991; - Lt. Hamir Fizar Yusof di Chukai, Terengganu pada Januari 1992 - Lt. Muda Nazri Amran di Tambun Tulang, Perlis pada Julai 1993; dan - Lt. Muda Faizal Ismail di Pendang, Kedah pada April 2001.
Najib (Menteri pertahanan) hanya berharap agar pakar cerdik pandai memberikan lapuran atas semua kemalangan yang berlaku. Sejauh mana ia benar atau tidak tidak diketahui. Mungkin juga setiba di meja Najib, lapuran berubah, itu tidak lah kita ketahui. Namun semua kemalangan yang berlaku, Najib asyik mengatakan kesilapan pemandu dan kecuaian pihak pelatih.
Malangnya apabila pelatih berjaya membuat pendaratan cemas, pelatih menyatakan bahawa tayar pendaratan tidak berfungsi. Nah, kerosakan pesawat hanya akan diketahui jika pelatih berjaya selamat dan sekiranya pelatih meninggal dunia, semuanya diberikan alasan, PELATIH punya angkara. Akhirnya tentera Malaysia terkorban bukan kerana perang, tetapi MATI KATAK kerana BESI BURUK yang dibeli oleh Najib Tun Razak, Menteri Pertahanan yang tidak tahu apa-apa mengenai pesawat.
Wang berbillion ringgit bakal terus dibelanjakan untuk membeli pelbagai peralatan perang. Mungkin nilai wang tidak besar kerana rakyat masih diam dengan apa yang beliau dan kerajaan lakukan, tetapi jika dilihat pada kematian, mungkin hanya mereka yang terlibat sahaja tahu bagaimana rasa sedih dan gundah yang mereka alami. Tapi yang pasti, tiada anak-anak menteri yang bercadang untuk menjadi tentera lantas menggadaikan nyawa atas keputusan yang bapa mereka sendiri lakukan.
Tidak tahu pula apa akan jadi setelah kerajaan membeli pesawat baru SUKHOI buatan Rusia kelak. Mungkin ramai lagi yang akan menjadi mangsa akibat kecuaian kerajaan dalam memberi latihan dan membeli peralatan perang. Selepas itu kita akan mendengar pula ada tentera yang bakal mati lemas apabila KAPAL SELAM yang dipesan siap dan mula digunakan oleh tentera Malaysia.
Jika negara kekurangan dana, rakyat terpaksa mengeluarkan wang untuk bantu kerajaan. Jika harga barang naik dan kerajaan perlukan wang untuk pembangunan, rakyat terpaksa korbankan subsidi untuk kerajaan. Jika kerajaan membeli senjata yang tidak berkualiti, rakyat korbankan nyawa untuk kerajaan. Tapi yang pasti bukan salah Najib, kerana beliau sekadar pembeli BESI BURUK untuk Malaysia.
ALLAHUAKBAR!!!
|
posted by jasindaily online @ 9:17 PM |
|
|
PEJUANG MELAYU SEBENARNYA |
|
Melayu wajip mengenal sejarah perjuangan pembebasan dan kemerdekaan tanahair ini dari penjajah Inggeris. respond dipetik dari blog arahkita Melayu wajip mengenal sejarah kemerdekaan bukan sejarah UNITED MALAY NATIONAL ORGANISATION tetapi sejarah perjuangan parti politik Melayu yang pertama - PARTI KEBANGSAAN MELAYU MALAYA(PKMM) beserta ANGKATAN PEMUDA INSAF (API) dan ANGKATAN WANITA SEDAR (AWAS).
Melayu wajip mengenal sejarah pejuang kemerdekaan yang melaungkan slogan "MERDEKA DENGAN DARAH!" bukan slogan layu dan kuyu, "HIDUP MELAYU." Melayu wajip mengenal para pejuang kemerdekaan Melayu yang ditangkap dan dipenjarakan dengan hukuman kerja berat oleh penjajah Inggeris. Melayu wajip mengenal para pejuang kemerdekaan Melayu yang dihukum gantung sampai mati oleh penjajah Inggeris. Melayu wajip mengenal para pejuang Melayu yang terkorban dalam PEMBEBASAN MALAYA - yang diputarbelit sebagai darurat pengganas komunis. Pejuang kemerdekaan Melayu bukan komunis. Melayu wajip mengenal sejarah tokoh-tokoh kemerdekaan MELAYU YANG TULEN: Burhanudin Al-Helmi Abdullah CD Rashid Maidin Shamsiah Fakeh Ishak Haji Muhammad (Pak Sako) Kamaluddin Muhammad (Keris Mas) Arshad AshaariDahari Ali Baharuddin Tahir Khadijah Ali Ibrahim Karim Kamarulzaman Teh Abdul Rahman Rahim Usman Awang A. Samad Ismail Bukannya tokoh-tokoh palsu dan pengkhianat Melayu yang berKERJAsama dengan penjajah British: Perdana Menteri Malaysia yang pertama,Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, pernah berkhidmat dengan kerajaan penjajah Inggeris di Kedah sebagai Pegawai Daerah di Langkawi, Kulim dan Sg Petani. Tun Abdul Razak bin Datuk Hussein pernah berkhidmat dengan penjajah Inggeris di Pahang pada tahun 1952. Tun Razak pernah berkhidmat sebagai Ketua Menteri kerajaan Inggeris di Pahang pada tahun 1955. Tun Hussein bin Dato Onn, merupakan bekas komander depot polis Inggeris di Johor Bharu pada tahun 1945. Tun Dr. Mahathir Mohamad, sebelum membuka klinik sendiri pada tahun 1957, juga berkhidmat sebagai pegawai perubatan Inggeris di Alor Star, Langkawi dan Perlis. Kesemua mereka, kecuali Tun Mahathir diternak dan diberi pendidikan oleh Inggeris di London. Cari, belajar dan kenal sejarah kita. Sejarah Melayu yang penuh keberanian. Bermandi keringat, air mata dan darah untuk MERDEKA. Penjajah Inggeris biarpun telah pergi, tapi telah menjajah sejarah Melayu melalui balacinya UNITED MALAY NATIONAL ORGANISATION ( UMNO ). Selagi kita tak mengenal sejarah Melayu ini, selagi itulah kita akan kuyu dan layu. Akhirnya menjadi tunggul kayu! |
posted by jasindaily online @ 9:10 PM |
|
|
POLITIK MAHATHIR MAHUKAN NAJIB |
|
Kebangkitan Mahathir menyerang Pak Lah dan kerajaan adalah untuk melepaskan Najib Tun Razak untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Dengan Najib sebagai Perdana Menteri maka kita pasti akan mendapat seorang Menteri Kanan secara tidak rasmi. Ini akan membawa kita balik kepada corak pemerintahan yang serupa sewaktu Mahathir memerintah dan corak pemerintahan itu tidak akan membawa apa - apa perubahan kepada rakyat. Saya seru akan kita rakyat Malaysia hari ini memikirkan secara masak - masak pemimpin yang sepatutnya kita lantik untuk membawa Malaysia menuju kejayaan. Maksud membawa Malaysia menuju kejayaan bukan dengan pembacaan indek perniagaan kita naik, keluaran dan pendapatan negara bertambah tetapi perlu diertikan dengan rakyat kita makmur dan bukan membohongi statistik kemiskinan tegar kita berkurangan tetapi sebenarnya bertambah.
Rakyat Malaysia harus sedar bahawa negara kita yang dikatakan kaya terpaksa memerah pekerja, penduduk untuk sumber pendapatan. Kita tidak ada peluang untuk memperbaiki diri dan meningkatkan ekonomi khususnya bagi mereka yang makan gaji dan berniaga secara kecil - kecilan.
Saya terbaca dalam laman blog web ini , yang mana ada seorang pelayar membidas kepimpinan negara ini yang turut berniaga. Hampir semua menteri dan wakil - wakil menteri secara tidak langsung dan langsung berniaga. Sungguhpun kita tidak nampak salah tetapi akhirnya keputusan negara turut di buat dalam bentuk perniagaan dan rakyat adalah pasaran mereka. Adalah lebih baik dinaikan gaji mereka dari membenarkan mereka berniaga.
Berbalik dalam isu ini, Mahathir bagi saya akan mengakhiri persengketaan ini dengan kemenangan. Misi Mahathir adalah untuk menaikkan Najib. Saya tidak lihat Mahathir sanggup menghabiskan masa untuk menghentam kerajaan hanya kerana isu jambatan bengkok, penjualan Agusta dan pemecatan Tengku Mahaleel. Ini lebih dari itu. ini adalah konflik besar yang akan memecahkan Umno kepada dua. Ini semakin jelas.
Apa pun saya berharap Pak Lah dapat membuktikan kesungguhan beliau dalam membawa isu - isu rakyat, sementara Mahathir menghentikan tindakan - tindakan beliau yang hanya menampakkan beliau sebagai seorang yang "desparate" untuk agenda tertentu.
|
posted by jasindaily online @ 9:03 PM |
|
|
KESINAMBUNGAN PERJUANGAN AL-MARHUM USTAZ FADZIL MOHD NOOR |
|
Empat tahun telah berlalu. Tarikh 23 Jun 2002 merupakan suatu saat yang memilukan bagi kepimpinan dan ahli PAS di seluruh negara, kerana ia merupakan tarikh pemergian seorang mujahid ulung yang tiada tolok bandingannya iaitu Presiden PAS, Dato' Fadzil Mohd Noor. Nama al-marhum 'Ustaz Fadzil' begitu unggul dan sentiasa segar dalam minda pemimpin dan ahli-ahli PAS kerana kehebatan dan ketokohannya.
Ikuti temubual ringkas Mohd Rashidi Hassan bersama Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat merangkap Pengarah Pusat Penyelidikan PAS (PPP), Dr Dzulkifli Ahmad sebentar tadi. Sebagai Pengarah PPP tentunya banyak berinteraksi dengan al-Marhum khasnya di segi pemikiran atau fikrah. Apakah yang istimewa tentang fikrah al-Marhum?
Saya dilantik al-Marhum memimpin PPP sejak 1999 menggantikan Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawai selepas beliau menang di Parlimen Kuala Terengganu dalam PRU ke-10. Saya bertuah mengenali al-Marhum pada fasa kemuncak perjuangannya. Terdahulu dari itu saya hanya kenal al-Marhum dari ucapan dan beberapa penerbitan ucapannya.
Mungkin saya agak keterlaluan, tetapi saya ingin merakamkan bahawa al-Marhum adalah seorang peribadi pemimpin yang menguasai konteks, realiti dan cabaran pentas perjuangannya. Inilah intisari kekuatan fikrah al-Marhum yang sekaligus mempamerkan penguasaan kepemimpinannya lantas mempengaruhi setiap tindak rencana politiknya dalam menangani setiap pergolakan politik dan persimpangan getir dalam kesinambungan perjuangan parti. Ketelitian fikrahnya juga dapat saya rasakan dalam setiap pemilihan tema dan kandungan ucapan dasar presiden pada setiap muktamar.
Boleh Dr huraikan dengan lebih lanjut?
Ketika negara diancam krisis politik yang tercetus akibat pemecatan Dato' Seri Anwar Ibrahim yang berserta dengan kegawatan ekonomi dan krisis matawang Negara-negara Asia Tenggara, kita dapat lihat haibah atau kehebatan penguasaan fikrah al-Marhum serta kepemimpinannya.
Rakyat dan negara berhajatkan kepimpinan ketika pemimpin negara terperangkap dalam kemelut survival politik masing-masing.
Al-Marhum melebarkan lembayung kepimpinannya secara praktik untuk menaungi seluruh kepentingan negara dan umat, walaupun mendapat tentangan dari dalam parti pada tahap awalnya.
Al-Marhum pantas mengesani kepentingan tambahan ia merupakan kesinambungan usaha politik pimpinan terdahulu sepertimana Dr Burhanudin Al-Helmy berjaya menggabungkan lebih 80 parti dan persatuan Melayu dalam PUTERA untuk menuntut kemerdekaan daripada penjajah.
Juga sepertimana Ustaz Abu Bakar Al-Baqir merintis tahaaluf siyasi dalam memimpin PEPERMAS dan MATA.
Bagaimana al-Marhum menyatukan NGO negara?
Sejarah mencatat secara abadi bagaimana kepimpinan al-Marhum mencetuskan Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia, GERAK bagi menangani kemelut politik ketika itu yang berkesudahan dengan perubahan besar politik negara ketika pakatan ini mengambil dimensi gabungan politik pembangkang atas wadah Barisan Alternatif atau BA.
Hari ini, semua kita maklum betapa kebijaksanaan tindakan politik ini telah merubah landskap politik negara dan seterusnya mematangkan lagi dan mengangkat keberanian rakyat untuk menentang sistem dan kerajaan yang zalim dan curang. Saya rasa ini cukup istimewa pada kepemimpinan politik al-Marhum.
Hasrat beliau menyatukan ummah bagaimana?
Saya masih ingat bagaimana al-Marhum menekankan kepentingan untuk mengangkat tema 'PAS Memimpin Perpaduan' dalam Muktamar ke-46 pada tahun 2000 yakni sebaik sahaja BA dan khasnya PAS menang besar dalam PRU ke-10, 1999.
Saya masih ingat betapa Ustaz Fadzil menekankan betapa pentingnya untuk PAS dan rakan-rakan BA meneruskan agenda memimpin perpaduan negara, meskipun seteru-seteru politik PAS sudah mula menyuntik jarum pepecahan dalam BA dengan menyalakan api perbezaan ideologi dan matlamat perjuangan parti-parti komponen BA.
Pun begitu, al-Marhum terus komited untuk 'Menyanggah Serangan Menjana Kemenangan' bagi menangani makar dan tipuhelah seteru politiknya. Begitulah seterusnya pada setiap bacaan dan telahan serta 'ijtihad' politiknya dalam mendepani berbagai pergolakan politik negara.
Saya juga masih ingat betapa al-Marhum Ustaz Fadzil amat berhati-hati mengungkap segala ayat dan huraian dalam menyediakan 'Memorandum Penghayatan Pemerintahan Islam dalam Abad Ke-21M/15H' ketika cabaran mantan PM mencabar PAS untuk mengeluarkan konsep Negara Islam dari perspektif PAS.
Penguasaan konteks dan kekangan realiti politiknya terserlah ketika saya mengamati keprihatinannya menentukan hampir setiap ayat yang ditulis dari segi bahasa dan laras serta implikasi maknanya.
Begitu juga pada setiap ucapan Dasar Presiden yang saya terlibat bersama menyediakannya. Pun sama yang saya ingat dalam persiapan 'Syarahan Perdana' atas isu Palestin yang berkesudahan kedua-dua pengucapnya (al-Marhum dan Tun M) diangkat oleh pihak penganjur sebagai 'negarawan' atau 'statesman' yang mengupas isu kepentingan ummat Islam dan masyarakat antarbangsa dengan baiknya.
Apa ingatan selain fikrah dan politik?
Sukar untuk saya rumuskan. Namun saya boleh sebutkan begini. Memang sukar untuk kita takrifkan kepimpinan. Disiplin ilmu Kepimpinan atau 'Leadership' sendiri mengakui akan hakikat ini.
Namun, kata mereka, "kita akan mengenali dan mengesaninya ketika kita menemui dan berinteraksi dengannya". al-Marhum adalah antara peribadi tersebut. Bak pepatah Bahasa Inggeris 'Great Man Shows His Greatness in the Way He Treats Little People'. (Manusia Hebat Menunjukkan Kehebatan Mereka Dengan Cara Mereka Mengendali Orang Bawahannnya".
Saya yakin tidak ada ahli PAS bahkan rakyat awam, serendah mana sekalipun beliau, yang boleh 'mentajrih'nya atau mencari keburukannya dari sudut cara al-Marhum melayani atau bermuamalat dengan mereka. Lazimnya, ada-ada saja ingatan manis yang spontan untuk dikongsi bersama tentang keistimewaan peribadi al-Marhum Dato' Fadzil Noor, Rahimahullah
|
posted by jasindaily online @ 8:41 PM |
|
|
UPU: JANGAN PERLEKEH LULUSAN STPM |
Thursday, June 22, 2006 |
Saya masih ingat lagi perasaan yang dialami semasa mendapat keputusan UPU (Unit Pengurusan Universiti) lima tahun yang lalu. Saya berasa amat gembira dan bersyukur kerana mendapat kursus dan universiti pilihan pertama. Namun demikian, saya juga berasa sedih kerana beberapa rakan saya kurang bernasib baik, walaupun saya berani mengatakan kebolehan dan ketekunan kami adalah sama darjahnya. Mereka ditawarkan kursus yang tidak dipohon, akhirnya seorang terpaksa ke luar negeri untuk melanjutkan kursus perubatan kerana tidak diterima di negara sendiri. Setelah setahun di fakulti perubatan, saya mendapati bahawa rakan-rakan saya yang diketepikan oleh UPU jauh lebih layak dan lebih bersungguh-sungguh daripada sebilangan pelajar perubatan di fakulti saya. Rasanya amat kurang puas hati dan saya berasa 'marah' bagi pihak rakan-rakan yang diketepikan. Saya rasa seolah-olah mereka teraniaya oleh UPU. Itu lima tahun yang lalu. Dua tahun yang lalu, ingatkah lagi semua tentang isu 128 pelajar STPM yang tidak dapat kursus perubatan walaupun mereka layak? Pada hari ini, keputusan UPU untuk kemasukan sesi akademik baru tahun ini telah diumumkan. Walaupun media arus perdana tidak banyak menyiarkan kes-kes tidak adil lagi menyedihkan mengenai ketidakwajaran sesetengah keputusan UPU ke atas pemohon-pemohon yang diketepikan, saya mendapat tahu bahawa seorang pelajar STPM yang berjaya mendapat 1A 3B (suatu keputusan yang bagus dan patut dibanggakan) tidak ditawarkan sebarang kursus di mana-mana universiti tempatan! Ini boleh diibaratkan sebagai satu tragedi. Ini adalah suatu perkara yang tidak patut berlaku. Walaupun, pelajar ini akan mendapat tempat setelah membuat rayuan, dia sepatutnya tidak perlu membuat sebarang rayuan kerana keputusan STPMnya cukup baik.. Kursus pra-universiti tingkatan enam yang menawarkan kelayakan STPM sebenarnya merupakan suatu kursus yang cukup baik dan berkualiti. Kelayakan ini turut diiktiraf oleh universiti luar negeri termasuklah di Singapura, Australia dan United Kingdom. Saya amat menghargai ilmu dan pengalaman yang ditimba semasa berada di tingkatan enam. Bukan itu sahaja, kursus STPM ini bukan mudah dan untuk mendapat keputusan yang baik, seorang pelajar perlu tekun belajar dengan bersungguh-sungguh pada setiap masa! Saya selalu memberitahu kawan-kawan saya adakalanya saya berasa untuk berjaya dalam peperiksaan STPM adalah lebih sukar daripada peperiksaan professional MBBS pertama dan kedua.
Namun demikian, pihak UPU seolah-olah semakin mengenepikan pelajar-pelajar STPM. Dengan kemasukan pelajar bukan bumiputera ke kolej matrikulasi yang jelas lebih mudah daripada STPM, pelajar-pelajar STPM semakin sukar untuk berjaya mendapat tempat dalam kursus-kursus yang kompetitif seperti perubatan, pergigian dan undang-undang. Mungkin sebab ini juga, ada pelajar STPM yang mendapat 1A 3B yang tidak berjaya masuk universiti! Tujuan surat ini bukan untuk mengutuk mana-mana pihak kerana sudah bertahun-tahun rasa kurang puas hati, kemarahan dan tuduhan ketidakadilan telah dilemparkan ke atas pihak UPU. Artikel ini ditulis untuk sekali lagi mengutarakan masalah pelajar-pelajar tidak dapat masuk universiti ataupun kursus yang dikehendaki bukan kerana tidak layak tetapi kerana masalah pengurusan UPU yang kurang sempurna dan juga kerana sistem dwi-kelayakan melalui matrikulasi dan STPM yang akan menjanakan banyak ketidakseimbangan. Artikel ini juga tidak bertujuan untuk memutikkan isu perkauman ataupun menyoal isu meritokrasi, tetapi penulis ini ingin merayu kepada pihak UPU supaya jangan terbawa-bawa oleh sikap berat sebelah sehingga lalai melaksanakan tanggungjawab sebagai badan yang menguruskan kemasukan mahasiswa-mahasiswi baru ke menara gading kita. Pendidikan, seperti pertahanan negara dan kesihatan negara, adalah amat penting buat semua rakyat Malaysia. Tidak wajar bagi sesiapa yang tidak dapat ke universiti kerana kesilapan teknikal, ataupun dasar-dasar yang tidak adil, dan kerana ketidakseimbangan sistem dwi-kelayakan ini. Pada saya, amat sedih sekiranya seorang pelajar tingkatan enam bertungkus-lumus untuk mendapat keputusan baik dalam STPM tetapi tidak mendapat kursus yang diidamkan sedangkan rakannya yang kurang sedikit pencapaiannya berjaya kerana melalui matrikulasi dia lebih mudah mendapat CGPA 4.0. Pihak UPU juga akan membawa kembali sistem penilaian 90+10 yang mengutamakan pencapaian ko-kurikulum. Ini adalah suatu keputusan yang baik tetapi UPU perlu memastikan penilain 10 peratus adalah saksama, wajar dan tidak memberi peluang kepada penyelewengan. Pendek kata, penilaian perlu diperlihat ketelusan. Sebenarnya, UPU sepatutnya berusaha ke arah ketelusan dalam cara mereka mengagihkan tempat-tempat di universiti. Ini akan memuaskan hati semua pemohon termasuklah yang tidak layak. Jikalau betul ada dasar berat-sebelah, biarlah ia menjadi dasar yang rasmi dan bukan berpura- pura di sebalik tirai dasar meritokrasi yang palsu! UPU juga berusaha kerana sistem satu jenis kelayakan. Oleh kerana STPM merupakan kelayakan yang diiktiraf oleh universiti-universiti di seluruh dunia, memang wajar sekiranya UPU bersama dengan tenaga pengajar dan pihak universiti untuk merangka suatu pelan jangka masa untuk menyatukan kursus pra-universiti di negara ini. Pendek kata, STPM patut dijadikan satu-satunya kelayakan pra-universiti di negara ini, dengan pemansuhan sistem kelayakan lain yang lebih mudah supaya boleh mengelakkan apa-apa ketidakseimbangan. Pihak UPU juga perlu sedia membantu semua pemohon yang tidak berjaya semasa mereka membuat rayuan. Mereka perlu sedia membantu mereka seolah-olah mereka adalah anak mereka ataupun adik mereka yang kini berasa amat hampa dan sedih. Tidak patut jika UPU melemparkan karenah birokrasi ke atas mereka dan hanya membuka mata telinga apabila parti politik campur tangan. Pengajian tinggi adalah amat penting untuk membina sumber manusia untuk negara. Perdana Menteri Abdullah yang selalu beria-ia mahu membina 'human capital' yang kuat untuk Malaysia patut memastikan UPU di bawah Kementerian Pengajian Tinggi tidak akan meninggalkan pelajar-pelajar yang layak dan sedia berusaha untuk kejayaan kendiri dan kejayaan negara. |
posted by jasindaily online @ 5:49 PM |
|
|
Gentleman Subra lawan Racist Palanivelu |
|
Apabila Samyvelu menggalakkan Palanivelu bertanding melawan Subramaniam, Samyvelu sedar arahan itu bukanlah satu usaha yang mudah. Samyvelu sedar kemungkinan besar Palanivelu akan kalah juga. Kerana keseluruhan warga MIC selama ini tahu Subramaniam adalah seorang 'Gentleman'. Penyokong kuat Samyvelu pun menghormati Subramaniam dan jawatan Timbalan Presiden akan hanya diberi kepada Subramaniam sehinggakan sudah ada satu tanggapan dalam MIC bahawa jawatan Presiden untuk Samyvelu dan jawatan Timbalan untuk Subramaniam. Jika demikian tanggapannya kenapakah Samyvelu begitu taksub mahukan jawatan itu dipegang oleh Palanivelu? Kalau dia sendiri takut Palanivelu kalah melawan Subramaniam apakah rencananya untuk menentukan Palanivelu akan terus berada dalam Majlis Tertinggi MIC?
Apabila Palanivelu bertanding jawatan Timbalan Presiden dan kalah nanti, sudah tentu Palanivelu tidak lagi mempunyai peluang menganggotai Majlis Tertinggi MIC. Dalam hal ini Samyvelu sudah menyediakan satu jawatan yang sama penting untuk Palanivelu seandainya dia tumpas bertanding melawan Subramaniam.
Buat masa ini jawatan Setiausaha Agung sudah pun dikosongkan dengan menaikkan Sothinathan bertanding jawatan Naib Presiden. Dan beliau dijangka akan menang mudah. Ini bererti jawatan Setiausaha Agung yang berpengaruh sedang menunggu untuk diterajui oleh Palanivelu.
Pengalaman saya dengan Palanivelu semasa memegang jawatan Setiausaha Agung Pergerakan pemuda MIC jelas memberi bayangan bahawa Palanivelu adalah seorang yang berpegang teguh kepada sistem kasta.
Budaya hidup berkasta adalah satu budaya lama yang sehingga hari ini dipraktikkan oleh Samyvelu dalam MIC.
Lebih kurang sekitar tahun 1995 selepas Perhimpunan Agung tahunan MIC di Ipoh semasa saya dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur dalam kereta milik S.S Rajagopal yang pada masa itu adalah Ketua Pemuda MIC merangkap Exco kerajaan negeri Selangor. Turut serta dalam kereta itu ialah Palanivelu dan Tan Sri G. Vadivelu.
Semasa Perhimpunan Agung itu Samyvelu telah memberikan ruang kepada saya untuk berucap selama 20 minit atas tajuk ekonomi. Oleh kerana hujah saya mendapat sambutan yang hangat daripada para perwakilan, Samyvelu telah meminta Pengerusi Tan Sri S.O.K. Ubaidullah agar memberi tambahan masa lima belas minit lagi untuk saya berhujah. Sambutan yang diberikan kepada saya amat menggalakkan sehingga di akhir persidangan saya diberikan tahniah oleh para perwakilan.
Akan tetapi dalam perjalanan pulang, saya terkejut dengan kenyataan yang dibuat oleh Panivelu yang berkata: "Gobi, semua perwakilan 'kounder' telah memandang kamu dengan perasaan amarah." Saya terkejut dengan kenyataan itu kerana saya tahu yang ramai memberi tahniah kepada saya selepas persidangan itu adalah kebanyakannya golongan 'kaunder'. Sememangnya majoriti perwakilan Perak dan Selangor pada masa itu adalah daripada golongan 'kaunder'.
Walaupun majoriti perwakilan adalah daripada golongan 'kaunder' mereka tidak pernah menunjukkan kecenderungan memihak kepada golongan mereka. Malahan, Samyvelu yang bukan 'kaunder' dijulang setiap kali oleh mereka sebagai Presiden.
Selama ini banyak masalah MIC adalah didorong oleh segelintir manusia yang begitu prihatin kepada budaya darjat. Sikap ini muncul sebagai satu bentuk 'escapism' terhadap kegagalan pucuk kepimpinan MIC menaik taraf keadaan hidup masyarakat India.
Budaya darjat ini bukan sahaja mesti dihapuskan di kalangan masyarakat India malahan di seluruh negara tidak kira apa kaumnya mesti bangun untuk menentang budaya yang sudah lapuk ini.
Saya cabar Samyvelu untuk mengatakan bahawa dia tidak mengamalkan budaya darjat dan sistem kasta dalam MIC kerana saya percaya Palanivelu adalah agen untuk menyambung perjuangan darjat dan rasuah serta legasi Samyvelu dalam MIC sepeninggalan Samyvelu nanti.
Ekoran penulisan saya di laman web, saya telah menerima banyak emel daripada pembaca yang mahukan saya berterus terang mengenai penderitaan masyarakat India yang seharusnya mendapat perhatian MIC. Ramai pembaca baik daripada kaum India mahupun daripada kaum lain, menulis bahawa masyarakat India sudah tertipu oleh slogan Barisan Nasional sedangkan masyarakat India masih hidup merempat di negara ini.
Jika demikian kata mereka siapa yang patut memperjuangkan nasib buruk masyarakat India?
Jawapannya ialah Parti Keadilan Rakyat.
Akan tetapi ada pula yang bertanya kalau betul Samyvelu tidak akan bertanding lagi sebagai Presiden MIC pada lain kali, kenapakah dia menyibuk mahu menjatuhkan Subramaniam? Jawapan saya ialah kerana Samyvelu sudah sedar dia semakin menghampiri garisan penamat.
|
posted by jasindaily online @ 5:38 PM |
|
|
CERDIKKAH ABDULLAH AHMAD BADAWI? |
|
Assalamu'alaikum wm.wrt., Maka akhirnya terperangkap juga budak-budak pemikir di Jabatan Pusat Dasar atau Policy Centre, Jabatan Perdana Menteri, yang mana nasihat-nasihat mereka ini, didengar oleh Abdullah Ahmad Badawi bila mana kerajaan secara rasminya akan menjawab perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Dr Mahathir Mohamed dalam berbagai isu.
Sebenarnya Dr Mahathir Mohamad hanya bercakap sebagai seorang pencen yang tidak punya apa-apa kuasa kecuali sebagai warganegara Malaysia. Bila kerajaan bersetuju menjawab maka dengan sendiri Dr Mahathir Mohamad sudah diakui oleh Kerajaan sebagai jurubicara atau suara rakyat yang tidak berpuas hati dengan pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi.
Disebabkan kurang cerdik budak-budak di Policy Centre, Abdullah Ahmad Badawi kini macam termasuk ke tanah jerlus, lagi bergerak, lagi termasuk. Itu sebab bila mana Muhyiddin Yasin yang berangan jika Najib Abd Razak tersingkir dia ada peluang menjadi TPM, menyatakan bahawa sewajarnya Dr Mahathir Mohamed menulis surat kepada Abdullah Ahmad Badawi atas beberapa isu yang dia rasa terkilan. Sebenarnya kerajaan atau Abdullah Ahmad Badawi sewajarnya yang mesti menulis surat Dr Mahathir Mohamed bagi menjawab segala persoalan, supaya tidak menjadi polemik.
Dan bagi orang ramai dan rakyat episod ini adalah seperti menonton filem "Pirate on the Caribbean" yang sedang ditayangkan di pawagam sekarang, yang mana rakyat merasakan bahawa tiada untung bagi rakyat hendak mengetahui jawapan persoalan yang mahu dikemukakan kerana ini semua sudah berlaku, Agusta sudah terjual dan jambatan sudah tidak jadi dibina. Sungguhpun begitu ada satu asas persamaan dalam Pirate 0n The Caribbean ada Captain Jack "bahasa Melayu Kapten Jack (KJ)" dan episod ini ada KJ juga ia itu Khairy Jamaluddin.
Dengan kehilangan punca jawapan, maka Abdullah Ahmad Badawi membangkitkan isu Dr Mahathir Mohamad yang pernah berucap di pentas Parti Pas di tahun 1971 semasa pilihan raya kecil Kapar. Oleh kerana Abdullah Ahmad Badawi jenis tidak membaca, maka dia tidak tahu apa yang sebenarnya dilakukan oleh Dr Mahathir Mohamad masa itu, beliau bukan menyokong Parti Pas dalam pilihan raya itu sebaliknya lebih banyak menerangkan isu Tunku Abd Rahman Putra dan apa salahnya Dr Mahathir Mohamed hendak berucap di pentas PAS atau Parti lain, kerana dia sudah dipecat di dalam UMNO dan dia tidak mempunyai tanggung jawab lagi terhadap partinya.
Dan di mana-mana sekarang tertulis banner perkataan "Kami Sokong Pak Lah" dan yang menggelikan hati di PWTC ada perkataan yang diperbuat oleh Puteri UMNO ia itu "Kami Bersamamu Pak Lah". Wow satu kemajuan dalam Islam ada Had dan ada Hari, bila Puteri UMNO sudah bersedia bersama Pak Lah semacam bait -bait lagu cinta. Mungkin inilah sebab ramai budak-budak Melayu tidak lulus Bahasa Melayu kerana ayat itu tergantung. Bagi yang nakal mungkin berpendapat bahawa puteri boleh tidur bersama Pak Lah atau Puteri boleh berkaraoke dengan Pak Lah atau budak-budak sekarang kata "Bersama Pergi Clubbing" kerana perkataan itu membolehkan bermacam-macam tafsiran. Lebih baik ayat-ayat itu dibuang sahaja sebelum digunakan oleh pihak berkepentingan untuk menjadi bahan lawak untuk Pak Lah.
Kesian Puteri yang diwujudkan di zaman Tun Dr Mahathir Mohamed menjadi alat politik kerana bila Puteri mengadakan majlis untuk Pak Lah yang Puteri berkata "I Love U" itu, Pak Lah lebih bersedia pergi tengok pertandingan bola yang dianjurkan oleh menantunya yang mana sebelum ini Pak Lah tidak pernah hadir majlis pertandingan bola. Kini Pak Lah telah mengukir sejarahnya sendiri. Tun Dr Mahathir Mohamed sendiri tidak menipu diri dia dalam soal sukan, dia tidak hadir apa jenis pertandingan sukan tetapi dia beri galakan. Majlis nak bermanja dengan Presiden tidak dipedulikan dan kini Puteri UMNO Malaysia beri sokongan pula kepada Pak Lah.
Dan bila semua orang memberikan sokongan kepada Pak Lah, orang pun bertanya, adakah Pak Lah tak disokong lagi. Kenapa bila memorandum 9 Menteri, tidak pula terjerit-jerit Menteri Besar macam Idris Jusuh dan Tajul Rosli Mohd Ghazali beria nak sokong Pak Lah tetapi bila ada orang berkata sesuatu dalam pentadbiran kerajaan, semua orang bangun. Ini sama seperti seekor harimau tua yang mengaum di dalam gua, mengapa pula segala Singa, Buaya, Ular hingga ke Lipan dan Kala Jengking yang berada di hutan rimba menjadi histeria dan rioh rendah? Maka dengan tindak balas itu, ini menjadikan Harimau Tua diakui masih bertaring lagi, malah kukunya boleh mengancam si Raja Rimba.
Akhirnya nanti akan berlaku kisah cerita macam mana kancil menipu Singa Raja Rimba, hanya mengatakan bahawa ada seekor Singa lain di dalam perigi hendak makan dia, tapi Kancil itu berkata bahawa dia lebih rela dimakan oleh Singa Raja Rimba. Maka Singa yang tamak itu menerkam ke perigi yang dalam namun tidak menyedari bahawa Singa yang terbayang dalam air itu ada wajah nya sendiri. Cerdikkah Abdullah dalam mengemudi pentadbiran Negara?
|
posted by jasindaily online @ 5:36 PM |
|
|
|
DPPKJASIN |
Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
|
CORETAN YANG LALU |
|
ARKIB JASNIDAILY |
|
POWERED BY |
|
|