Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
BUTA YANG TIDAK MAHU CELIK
Thursday, June 29, 2006
DULU DALAM BERSEJARAH
Apabila mengenang kembali peristiwa pemecatan Mantan TPM Anwar Ibrahim. Terasa geli geleman pula kita. Melihatkan UMNO berpecah 2, dan pihak yang seperti JANTINA YANG MERAGUKAN kembali kepada UMNO. Tidak perlu disebut nama, kerana sikap mereka sahaja sudah cukup mengaibkan dan memalukan.

Selepas itu rakyat berkumpul di jalan raya, di hadapan rumah Mantan dan di mana-mana, untuk bersama berjuang melahirkan kekecewaan dalam memberi sokongan kepada saudara Anwar. Maka Anwar bersama PEMBANGKANG yang dilihat simpati dengan kejatuhan yang sungguh mengaibkan beliau atas tuduhan, SALAH GUNA KUASA dan MELIWAT.

LIWAT ANTARA PEMIMPIN

Kes LIWAT yang cukup meluat itu, mula dihebahkan ke sana dan ke mari oleh Mahathir. Tidak hanya bersama rakan politik malah di depan rakyat dan di luar negara, Mahathir masih mengutuk dan terus mengutuk. Tidak perlu bicara kerana beliau sudah beri hukuman, Tegas dengan tuduhan liwatnya. Bukan hanya itu, malah mereka yang cuba bersuara, dipenjara. Membantah dijerkah. Lupa ke?

Kini Anwar sudah bebas. Desas desus menyatakan, ianya adalah bantuan Abdullah Ahmad Badawi dan hantu rayanya. Namun Mahathir tetap tegas, ANWAR itu LIWAT dan LIWAT itu ANWAR.

Kini Mahathir pula ditikam dari belakang oleh PAK LAH. Tikam dari belakang sudah seperti meliwat kerana ia kaedah tusukan dari belakang. Dengan apa tusukan itu dibuat, terserah kepada yang menusuk. Namun kedua-duanya ada persamaan. Mungkin boleh dikatakan "ABDULLAH LIWAT MAHATHIR"? Apa-apa pun Mahathir sudah melenting dan beliau akan cari sehingga ke lubang cacing. Mungkin ini bermakna, walau sudah mati, dia akan terus cari. Begitulah hebatnya Mahathir di dalam politik, bukan sahaja rakyat, malah pembangkang dan cacing pun akan cuba diajak bersama untuk menentang seseorang yang sudah digelar musuh.

BANTU DIA

Kalau dulu orang kasihan pada Anwar, kini ada orang yang kasihan pada Mahathir. Cuma kasihan kali ini tidak membawa rakyat ke jalan raya. Mungkin jalan raya kini sedang sibuk dengan rakyat yang sedang membelanjakan wang untuk minyak yang sudah tinggi harganya.
Mari kita lihat dan kaji bagaimana Mahathir boleh melompat setinggi langit secara tiba-tiba. Apakah kaitannya?

1999 - Anwar dipenjarakan untuk tempoh selama 6 tahun atas kes rasuah
2000 - Anwar dipenjarakan untuk tempoh tambah selama 9 tahun atas kes LIWAT
2002 - Per. Agung UMNO - Mahathir lahirkan hasrat peletakan jawatan. (18 - 22 Jun 2002) 2003 - Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri (31/10/2003)
2004 - Anwar dilepaskan selepas rayuan (9/2/2004) 2005 - Anwar saman Khalid Jefri dan menang RM4.5 juta (18/8/2005)
2005 - Anwar nyatakan hasrat untuk saman Mahathir (12/9/2005)
2006 - Mahathir keluarkan surat terbuka JAMBATAN BENGKOK (22/4/2006)
2006 - HAKIM RASUAH - Syed Ahmad Idid diminta buat laporan BPR 13/6/2006)
2006 - Pak Lah sokong banteras rasuah di Mahkamah (22/3/2006)
2006 - Tuduhan semula SUKMA DARMAWAN di dalam kes liwat. (15/6/2006)
2006 - Anwar menyerahkan 'jawapan kepada pernyataan pembelaan' (17/6/2006)
2006 - Dialog bersama Mahathir di Kelab Century, Malawati (27/6/2006)

ANWAR TERLEPAS

Berikut adalah pendapat yang diperolehi dari bijak pandai politik yang tidak mahu diri mereka dikenali. Apabila Pak Lah memegang jawatan, beberapa bulan selepas itu beliau dan Khairy sudah mula untuk melakukan pembebasan Anwar Ibrahim. Sila rujuk kenyataan di buat oleh Malaysia kini http://www.bakongnet.com/marhaen/mar_a_tag1829_7.html.

Bebasnya DR Anwar Ibrahim 4 (empat bulan) selepas Pak Lah memegang jawatan sebagai Perdana Menteri. Jika PAK LAH Terlibat di dalam usaha ini maka sudah pasti usaha ini dibuat sejurus selepas Pak Lah memegang jawatan. Sila rujuk kenyataan Mahathir di dalam majlis dialog:

Soalan wartawan: Adakah janji itu dimungkiri tahun ini? (Merujuk kepada pemungkaran janji Pak Lah) Jawab Dr. Mahathir: Dimungkiri dua minggu selepas saya meletakkan jawatan - sungguh cepat.Adakah janji yang dimaksudkan adalah untuk "TIDAK membebaskan DS Anwar Ibrahim"? Pergerakan di dalam UMNO sentiasa dipantau. Bukan sahaja ahli malah musuh dan kepimpinannya. Ini sudah menjadi aktiviti yang perlu dilakukan di dalam politik. Bersiap sedia. Oleh itu tidak hairanlah jika, usaha pembebasan DS Anwar Ibrahim sudah diketahui awal oleh Mahathir.

KE MAHKAMAH

Selepas saman Khalid Jefri kerana penerbitan buka "50 Dalil Kenapa Anwar Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri". Beliau menang dan jelas Kes itu dibicarakan tanpa campurtangan Mahathir lagi. Kes itu tidak membabitkan Mahathir dan beliau menarik nafas lega. Kini Anwar bertindak lebih berani, mengatur langkah untuk bertindak lebih jauh untuk melibatkan Mahathir ke mahkamah dan lantas beliau menyerahkan 'jawapan kepada pernyataan pembelaan' di mahkamah dan perbicaraan ini bakal menjemput Mahathir ke mahkamah. Mahathir WAJIB hadir.

RASUAH DI MAHKAMAH

Di dalam masa yang sama, budaya lapuk Mahkamah perlu dibersihkan terdahulu. Isu RASUAH sudah meruncing dan kerana itu maka kebenaran tidak akan terlaksana. Hakim yang boleh dibeli, menyukarkan kehadiran TDM di Mahkamah. Kerana itu maka isu RASUAH MAHKAMAH sudah mula digembar-gemburkan sehingga PAK LAH sendiri secara terang-terangan memberi amaran secara bersopan untuk mengambil tindakan kepada Hakim yang bertindak membantu sesiapa yang memberi mereka RASUAH.

Kenyataan telah dibuat oleh Pak Lah dan beliau memberi jaminan akan menjaga keselamatan kepada sesiapa yang melaporkan isu yang bersangkutan dengan RASUAH di dalam Mahkamah. Kenyataan ini dibuat pada bulan Mac 2006 yang merupakan satu tamparan hebat serta amaran kepada mereka-mereka yang cuba untuk menyogok Mahkamah di mana kaedah ini dilakukan secara meluas ketika di zaman diktator Mahathir.

Keresahan menjadi-jadi. Ketakutan sudah tidak terselindung lagi. Tapi strategi perlu disusun. Untuk mendapatkan kerjasama Mahkamah bukan lagi perkara mudah lalu untuk matikan POKOK, cantas akarnya. Dan kalau untuk sembelih ayam, putuskan urat marehnya. Maka sudah pasti ayam akan mati dan tidak mampu berkata lagi. Maka urat Mareh tersebut adalah Pak Lah.

Keinginan untuk bersama UMNO jauh sekali kerana UMNO sudah menyatakan mereka MENYOKONG dan berada di belakang PAK LAH. "WE SWIM AND SINK TOGETHER" Begitulah UMNO, takut tidak makan dan tidak kaya, maka tunggul pun dianggap RAJA, PM dianggap tuhan.

BERDAILOG KONON

Kini pilihan TDM adalah tidak lain melainkan SUARA RAKYAT, yakni suara keramat. Kerjasama dan sokongan rakyat ketika ini amatlah penting untuk jatuhkan PAK LAH. Dek kerana segala saluran media telah disekat maka TDM tiada jalan lain kecuali untuk berkaedah seperti yang dilakukan oleh pembangkang. Melalui Internet, surat khabar (2 bulan sekali) dan berceramah atau bahasa modennya DIALOG. Maka ada pula yang mencadangkan agar TDM mengada kan ROAD TOUR. Satu idea yang bagus dari mangsa TDM dahulu, yang cuba untuk menjadi hero dan penyelamat RAJA DIKTATOR yang juga seorang DOKTOR.

SINGKATNYA MASA

Mungkin masa untuk beliau sudah terlalu singkat, namun usaha mesti dilakukan. Mahu kena atau mengena? Ditindas atau menindas? Serang atau menyerang? Sifir yang penting dan mudah di dalam politik. Namun sokongan awal perlu diperolehi. Siapa ya? Maka keluarlah di kepala HOTAK TDM akan pentingnya pembangkang di dalam usaha ini. Kerana apa? Kerana pembangkang ada pengikut. Kalau ditipu pembangkang, maka tertipulah pengikut. Petik tangkai, semua buah akan luruh.

Kes SUKMA DARMAWAN akan dibicarakan pada 9 Nov 2006. Mahkamah akan mengheret TDM di dalam perbicaraan ini. Kerana JEMPUTAN KHAS ini maka, air muka TDM akan turut terjejas bukan sahaja pada rakyat Malaysia, malah pada masyarakat antarabangsa. Jika SUKMA menang, sudah pasti akan ada mereka yang kalah dan susulan dari itu ada lagi perkara yang lebih menakutkan. Saman, rangkaian tuduhan dan hukuman pada masa-masa akan datang.

Mahu lindungi Mahathir? Terserah. Pesalah perlu dihukum, kenapa mesti disokong dan dilindung, kenapa tidak dilindungi sahaja Penjual Senjata, Perompak Nekad, Pembunuh Upahan, Perogol Bersiri dan Penagih Dadah? Kenapa kita tidak lepaskan mereka dan membiarkan mereka hidup selesa seperti beliau? Rakyat yang tidak bayar cukai pun sudah diganggu tidurnya. Rakyat berjenayah dipenjarakan, pemimpin berjenayah diberikan istana, gaji, kemudahan dan perlindungan. Hilang akal ape ke?

Anwar yang teraniaya, pemimpin sokong, Mahathir yang hentinya sukarela pun ada pemimpin yang sokong. Bila kes melibatkan mereka berdua di Mahkamah nanti, kepada siapa sokongan mereka? Butakan mata pun salah, celikkan mata pun salah. Maka jadilah manusia BUTA YANG TIDAK MAHU CELIK. Alaaa...Kassim...

ALLAHUAKBAR!!!
posted by jasindaily online @ 5:46 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com