Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
POLITIK MAHATHIR MAHUKAN NAJIB
Friday, June 23, 2006
Kebangkitan Mahathir menyerang Pak Lah dan kerajaan adalah untuk melepaskan Najib Tun Razak untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Dengan Najib sebagai Perdana Menteri maka kita pasti akan mendapat seorang Menteri Kanan secara tidak rasmi. Ini akan membawa kita balik kepada corak pemerintahan yang serupa sewaktu Mahathir memerintah dan corak pemerintahan itu tidak akan membawa apa - apa perubahan kepada rakyat.

Saya seru akan kita rakyat Malaysia hari ini memikirkan secara masak - masak pemimpin yang sepatutnya kita lantik untuk membawa Malaysia menuju kejayaan. Maksud membawa Malaysia menuju kejayaan bukan dengan pembacaan indek perniagaan kita naik, keluaran dan pendapatan negara bertambah tetapi perlu diertikan dengan rakyat kita makmur dan bukan membohongi statistik kemiskinan tegar kita berkurangan tetapi sebenarnya bertambah.

Rakyat Malaysia harus sedar bahawa negara kita yang dikatakan kaya terpaksa memerah pekerja, penduduk untuk sumber pendapatan. Kita tidak ada peluang untuk memperbaiki diri dan meningkatkan ekonomi khususnya bagi mereka yang makan gaji dan berniaga secara kecil - kecilan.

Saya terbaca dalam laman blog web ini , yang mana ada seorang pelayar membidas kepimpinan negara ini yang turut berniaga. Hampir semua menteri dan wakil - wakil menteri secara tidak langsung dan langsung berniaga. Sungguhpun kita tidak nampak salah tetapi akhirnya keputusan negara turut di buat dalam bentuk perniagaan dan rakyat adalah pasaran mereka. Adalah lebih baik dinaikan gaji mereka dari membenarkan mereka berniaga.

Berbalik dalam isu ini, Mahathir bagi saya akan mengakhiri persengketaan ini dengan kemenangan. Misi Mahathir adalah untuk menaikkan Najib. Saya tidak lihat Mahathir sanggup menghabiskan masa untuk menghentam kerajaan hanya kerana isu jambatan bengkok, penjualan Agusta dan pemecatan Tengku Mahaleel. Ini lebih dari itu. ini adalah konflik besar yang akan memecahkan Umno kepada dua. Ini semakin jelas.

Apa pun saya berharap Pak Lah dapat membuktikan kesungguhan beliau dalam membawa isu - isu rakyat, sementara Mahathir menghentikan tindakan - tindakan beliau yang hanya menampakkan beliau sebagai seorang yang "desparate" untuk agenda tertentu.
posted by jasindaily online @ 9:03 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com