Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
Gentleman Subra lawan Racist Palanivelu
Thursday, June 22, 2006
Apabila Samyvelu menggalakkan Palanivelu bertanding melawan Subramaniam, Samyvelu sedar arahan itu bukanlah satu usaha yang mudah. Samyvelu sedar kemungkinan besar Palanivelu akan kalah juga. Kerana keseluruhan warga MIC selama ini tahu Subramaniam adalah seorang 'Gentleman'. Penyokong kuat Samyvelu pun menghormati Subramaniam dan jawatan Timbalan Presiden akan hanya diberi kepada Subramaniam sehinggakan sudah ada satu tanggapan dalam MIC bahawa jawatan Presiden untuk Samyvelu dan jawatan Timbalan untuk Subramaniam.

Jika demikian tanggapannya kenapakah Samyvelu begitu taksub mahukan jawatan itu dipegang oleh Palanivelu? Kalau dia sendiri takut Palanivelu kalah melawan Subramaniam apakah rencananya untuk menentukan Palanivelu akan terus berada dalam Majlis Tertinggi MIC?

Apabila Palanivelu bertanding jawatan Timbalan Presiden dan kalah nanti, sudah tentu Palanivelu tidak lagi mempunyai peluang menganggotai Majlis Tertinggi MIC. Dalam hal ini Samyvelu sudah menyediakan satu jawatan yang sama penting untuk Palanivelu seandainya dia tumpas bertanding melawan Subramaniam.

Buat masa ini jawatan Setiausaha Agung sudah pun dikosongkan dengan menaikkan Sothinathan bertanding jawatan Naib Presiden. Dan beliau dijangka akan menang mudah. Ini bererti jawatan Setiausaha Agung yang berpengaruh sedang menunggu untuk diterajui oleh Palanivelu.

Pengalaman saya dengan Palanivelu semasa memegang jawatan Setiausaha Agung Pergerakan pemuda MIC jelas memberi bayangan bahawa Palanivelu adalah seorang yang berpegang teguh kepada sistem kasta.

Budaya hidup berkasta adalah satu budaya lama yang sehingga hari ini dipraktikkan oleh Samyvelu dalam MIC.

Lebih kurang sekitar tahun 1995 selepas Perhimpunan Agung tahunan MIC di Ipoh semasa saya dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur dalam kereta milik S.S Rajagopal yang pada masa itu adalah Ketua Pemuda MIC merangkap Exco kerajaan negeri Selangor. Turut serta dalam kereta itu ialah Palanivelu dan Tan Sri G. Vadivelu.

Semasa Perhimpunan Agung itu Samyvelu telah memberikan ruang kepada saya untuk berucap selama 20 minit atas tajuk ekonomi. Oleh kerana hujah saya mendapat sambutan yang hangat daripada para perwakilan, Samyvelu telah meminta Pengerusi Tan Sri S.O.K. Ubaidullah agar memberi tambahan masa lima belas minit lagi untuk saya berhujah. Sambutan yang diberikan kepada saya amat menggalakkan sehingga di akhir persidangan saya diberikan tahniah oleh para perwakilan.

Akan tetapi dalam perjalanan pulang, saya terkejut dengan kenyataan yang dibuat oleh Panivelu yang berkata: "Gobi, semua perwakilan 'kounder' telah memandang kamu dengan perasaan amarah." Saya terkejut dengan kenyataan itu kerana saya tahu yang ramai memberi tahniah kepada saya selepas persidangan itu adalah kebanyakannya golongan 'kaunder'. Sememangnya majoriti perwakilan Perak dan Selangor pada masa itu adalah daripada golongan 'kaunder'.

Walaupun majoriti perwakilan adalah daripada golongan 'kaunder' mereka tidak pernah menunjukkan kecenderungan memihak kepada golongan mereka. Malahan, Samyvelu yang bukan 'kaunder' dijulang setiap kali oleh mereka sebagai Presiden.

Selama ini banyak masalah MIC adalah didorong oleh segelintir manusia yang begitu prihatin kepada budaya darjat. Sikap ini muncul sebagai satu bentuk 'escapism' terhadap kegagalan pucuk kepimpinan MIC menaik taraf keadaan hidup masyarakat India.

Budaya darjat ini bukan sahaja mesti dihapuskan di kalangan masyarakat India malahan di seluruh negara tidak kira apa kaumnya mesti bangun untuk menentang budaya yang sudah lapuk ini.

Saya cabar Samyvelu untuk mengatakan bahawa dia tidak mengamalkan budaya darjat dan sistem kasta dalam MIC kerana saya percaya Palanivelu adalah agen untuk menyambung perjuangan darjat dan rasuah serta legasi Samyvelu dalam MIC sepeninggalan Samyvelu nanti.

Ekoran penulisan saya di laman web, saya telah menerima banyak emel daripada pembaca yang mahukan saya berterus terang mengenai penderitaan masyarakat India yang seharusnya mendapat perhatian MIC. Ramai pembaca baik daripada kaum India mahupun daripada kaum lain, menulis bahawa masyarakat India sudah tertipu oleh slogan Barisan Nasional sedangkan masyarakat India masih hidup merempat di negara ini.

Jika demikian kata mereka siapa yang patut memperjuangkan nasib buruk masyarakat India?

Jawapannya ialah Parti Keadilan Rakyat.

Akan tetapi ada pula yang bertanya kalau betul Samyvelu tidak akan bertanding lagi sebagai Presiden MIC pada lain kali, kenapakah dia menyibuk mahu menjatuhkan Subramaniam? Jawapan saya ialah kerana Samyvelu sudah sedar dia semakin menghampiri garisan penamat.
posted by jasindaily online @ 5:38 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com