Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
9/11: IMBAS KEMBALI
Tuesday, June 20, 2006
Tiba-tiba, TV3, sejak tiga hari yang lalu, melalui berita utamanya, menyiarkan mengenai pendedahan penglibatan kerajaan AS di bawah pimpinan Bush dalam tragedi serangan 11 September 2001.

Apa yang menghairankan selama ini, TV3 juga lah yang menyiarkan propaganda Amerika yang menyalahkan Osama bin Laden dan al-Qaeda yang dikatakan terlibat dalam serangan tersebut.

Apa yang menghairankan lagi, pada masa yang sama, TV3 masih lagi menyiarkan propaganda Amerika apabila Amerika mendakwa bahawa ketua al-Qaeda di Iraq kini bernama Abu Hamza al-Muajer yang berasal dari Mesir yang dikenali dengan nama Abu Ayub al-Masri.

Sebelum ini, Media Islam telah menyiarkan berita yang membuktikan bahawa az-Zarqawi telah lama terbunuh. Az-Zarqawi telah dilaporkan terbunuh di Afghanistan dalam tahun 2002 yang lalu. Amerika telah menggunakan namanya untuk menguatkan tujuannya untuk menyerang Iraq.

Begitu juga dengan cerita tentang kejadian 11 September. Media Islam telah lama menyiarkan temuramah yang disiarkan oleh siaran radio Alex Jones. Dalam siaran tersebut Alex Jones telah menemuramah Stanley Hilton yang merupakan peguam yang mewakili keluarga mangsa 11 September yang menyaman kerajaan Amerika.

Stanley Hilton juga merupakan bekas Chief of Staff kepada Bob Dole.
posted by jasindaily online @ 5:41 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com