Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
Agihan Ekonomi Samyvelu Dalam RMK-9: Saya Cabar Samyvelu
Monday, June 19, 2006
Tahun 2000 bermula dengan satu konvensyen masyarakat India tanpa penglibatan politik di Hotel Istana dengan tajuk: "Malaysian Indians in the New Millennium"

Konvensyen itu membawa beribu pemimpin India tanpa batasan politik di dewan untuk "bincang dan cadang" masa depan masyarakat India di Malaysia.

Di antara yang buat persembahan ataupun kertas kerja ialah pakar-pakar ekonomi, falsafah dan ahli-ahli politik serta NGO. Tokoh-tokoh seperti Dr. Tillainathan, Professor Ramasamy, Dato Dr. RR Chandran dan ramai lagi yang mengambil tempat di pentas dan berhujah.

Sebagai seorang perwakilan berbayar, saya telah mengemukakan satu cadangan iaitu
penubuhan satu institusi bernama "MINDA" akronim kepada "Malaysian Indian Development Authority"

Cadangan ini telah diterima-baik oleh beberapa pemimpin dan pakar ekonomi Dr. Tillainathan. Mereka juga, pada penghujung konvensyen tersebut, telah memberitahu bahawa semua cadangan dan resolusi akan diberikan pada Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad melalui Dato Seri S. Samyvelu.

Mungkinkah cadangan ini akan membawa kebaikan kepada masyarakat India, maka sehingga hari ini tidak ada satu langkah pun yang telah diambil untuk menggerakkan segala cadangan yang dibuat ataupun menubuhkan institusi seperti yang telah dicadangkan yang boleh membawa kejayaan kepada masyarakat India?

Pada hari itu cadangan saya telah diterima sebulat suara oleh semua perwakilan dan juga penganjur. “MINDA” adalah cadangan pada kerajaan untuk mengawasi dan membangunkan masyarakat India Malaysia. Matlamat utamanya ialah memantau badan yang melaksanakan program implementasi pembangunan masyarakat India yang termiskin.

Apa yang berlaku di negara ini masa kini ialah pemimpin politik khususnya Samyvelu tiada masa untuk merancang dan melaksanakan serta mengawasi semua cadangan kerajaan ataupun mana-mana pihak pun. Samyvelu tiada satu jentera yang mantap. Yang ada hanyalah ahli-ahli politik yang sibuk memperkayakan diri ataupun sibuk juga tapi menjaga tepi kain orang lain.

Samyvelu mempunyai perangai di mana dia mempunyai ego yang besar untuk menakut-nakutkan pemimpin lain dari membuat kerja mereka yang sepatutnya. Saya percaya ini adalah taktik yang disengajakannya kerana tidak mahu melihat pemimpin bawahannya membuat kerja-kerja kebajikan dan kebaikan yang akan menaikkan nama pemimpin tersebut.

Para pemimpin MIC tidak mempunyai ekonomi diri yang kukuh untuk membuat kerja-kerja amal, ataupun memberikan khidmat kepada masyarakat biasa. Di rumah sendiri, mereka mempunyai pelbagai masalah sosial akibat kegawatan ekonomi mereka sendiri.

Ramai sungguh pemimpin UMNO yang kaya-raya kerana kerap mendapat kontrak daripada Samyvelu. Sehinggakan Samyvelu pernah mendabik dada dan berkata "Sayalah orang nombor satu yang jaga bumiputera. Saya banyak beri kontrak dan projek untuk Bumiputera."

Bumiputera yang dimaksudkan Samyvelu adalah pemimpin-pemimpin UMNO dan bukan orang Melayu yang miskin. Kalau Samyvelu orang yang pertama menjaga kepentingan orang-orang Bumiputera, mengapa Samyvelu tidak jaga dan beri kontrak serta projek kepada ketua cawangan MIC?

Ramai ketua cawangan MIC masih menaiki motorsikal dan ada yang masih menggunakan basikal dan tidak mampu untuk mengeluarkan RM500 sebulan sebagai menyara hidup keluarga mereka. Walaupun tidak mampu mengeluarkan RM500 untuk keluarga sendiri sebulan, namun pemimpin MIC jenis ini boleh kutip RM11,000 untuk tabung membina universiti AIMST Samyvelu daripada setiap cawangan. Akhirnya yang akan menikmati segala habuan usaha mereka adalah perempuan simpanan Samyvelu dan beberapa konco-konco serta keluarga Samyvelu. Kini abang ipar kepada Rozlynne sudah pun menjawat kedudukan tinggi di Kolej AIMST.

Adakah berbaloi pengorbanan para pemimpin ini semua?

Ketua-ketua cawangan MIC seluruh negara mesti sedar siapa ketua mereka. Ketua-ketua cawangan MIC perlu melihat kehidupan di persekitaran mereka. Lihatlah betapa mewah pemimpin-pemimpin UMNO dan MCA.

Samyvelu adalah orang yang berkuasa mengagihkan semua projek yang besar dan kecil di negara ini. Semua orang nampak setiap hari bila keluar sahaja muka Samyvelu di kaca TV beliau akan bercakap mengenai projek-projek seperti jambatan, jalan raya, pembinaan bangunan ataupun hospital dan pelbagai jenis projek yang lain.

Kalau Samyvelu berani mencabar Dato' Shahrir Samad, saya Gobalakrishnan mencabar Samyvelu supaya menjadi jantan dan pemimpin yang berwibawa dengan mengagihkan sepuluh peratus daripada semua projek kerajaan kepada pemimpin-pemimpin bawahan MIC dan kontraktor India yang bertauliah supaya ekonomi masyarakat India yang tertindas ini dapat bangkit sewajarnya dan disalurkan kepada masyarakat India ataupun kontraktor kecilan India. Mereka ini sedang hidup tertekan menagih simpati daripada kontraktor kaum lain.

Siapakah pembelot masyarakat India yang sebenar? Kalau Samyvelu tidak berani mengagihkan kontrak seperti yang saya cabar itu, maka saya sekali lagi mahu bertanya kepada Samyvelu dari mana kamu dapat harta berjuta-juta Ringgit hingga dapat membelikan sebuah Kompleks Sukan Renang di Ipoh, mahligai berharga RM5 juta di Taman Pari, Ipoh, sebuah rumah semi 'D' juga di Taman Pari dan sebuah dewan konvensyen di Taman Tun Sambanthan di Sungai Siput kepada perempuan simpanan beliau yang bernama Marianne Rozelynn melalui beberapa syarikat yang sebenarnya adalah proksi Samyvelu juga.

Sekiranya Samyvelu tidak mengagihkan sepuluh peratus daripada projek yang diluluskan oleh Kementerian Kerjaraya kepada masyarakat India, maka jelas bahawa Samyvelu memperkudakan setiap pemimpin MIC untuk menerajui jawatan Presiden MIC dan sekali gus menjadi menteri dan duduk bertapa dalam kain sarung Perdana Menteri daripada UMNO.
posted by jasindaily online @ 2:20 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com