Berikut adalah masalah dan perkara penting di Malaysia yang berlaku di dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan ini: MASALAH SEMASA 1. Stok gula berkurangan menyebabkan perbincangan antara kerajaan dan pengeluar gula di adakan. 2. Tanah Runtuh di Kampung Pasir, masing-masing menunggu siasatan bagi tindakan yang perlu diambil. Dua kematian. 3. Perbalahan antara Pak Lah dan Mahathir. (2 orang gila yang menggila) 4. Lawatan pasangan Maharaja Jepun. 5. Masalah guru yang tidak memperolehi pekerjaan. 6. 11, 000 peserta PLKN yang tidak hadir dan kerajaan memberikan masa untuk tindakan diambil. 7. Penggunaan M16, dalam PLKN mendapat sokongan dari UMNO dan kecaman dari pembangkang dan rakyat. 8. Kemalangan pesawat pejuang HAWK 208 di kawasan laut Kuala Rompin yang menyebabkan kehilangan seorang juruterbang. 9. Konflik perbalahan SAMY VELLU dan SUBRAMANIAN dalam pemilihan pucuk pimpinan MIC 10. Mat Said dan Bin Yusof Enterprise yang berjaya disenyapkan oleh Kabinet. Tiada tindakan mahkamah, tiada yang kena hukuman. 11. Projek 'PECAH KEPALA' kerajaan dalam isu demo jalanraya. MASALAH KECIL PADA KERAJAAN 1. Kenaikan harga barangan lantaran kenaikan barangan asas kehidupan 2. Pengangguran yang berleluasa akibat kekurangan pelaburan masuk dan inflasi yang meningkat. 3. Penutupan banyak syarikat akibat pengurangan urusniaga dan menyebabkan hutang bertambah dan pengangguran bertambah. 4. Pengurangan jualan kenderaaan bertitik tolak dari kelalaian dan kebodohan kerajaan dalam pengawalan AP dan kemungkinan ada sangkut paut dengan tindakan menteri yang berkaitan. 5. Kenaikan faedah pinjaman yang memberikan impak kepada pembelian kenderaan dan lain-lain harta dan memberi keuntungan kepada penyimpan wang. 6. Sokongan Malaysia kepada Amerika diatas layanan dingin kepada HAMAS dan bantuan kepada FATAH. Setan tolong setan. 7. TNB dan masalah perlantikan IPP serta tunjuk perasaan 300 pembaca meter TNB. Masalah yang akan cuba disenyapkan. PEMIMPIN KITA YANG SEBOK Berikut adalah nama-nama yang sering keluar di dalam akhbar untuk beberapa hari ini: - 1. Khir Toyo - sebok dengan menangani masalah tanah runtuh dan menunggu lapuran dari jabatan yang berkaitan sambil mencari alasan. Amaran kepada PBT yang berkaitan. 2. Nazri Aziz - sebok dengan mengumpul idea untuk menyokong PM di dalam isu perbalahan Pak Lah dan Mahathir. (setan yang tolong setan) 3. Rafidah - senyap tiada berita setelah lutut bertukar besi. (lutut menjadi berat, mulut yang tidak bercakap) 4. Samy Vellu - sebok mencari idea untuk menyerang Subramanian dalam isu pemilihan dan sebok menunggu lapuran dan bersedia untuk sesi soalan berkaitan Tanah runtuh kampung pasir. (Pariya) 5. Shafie Apdal - sebok dengan bantal busuknya dalam menangani SOROK GULA dan kenaikan harga barangan. (Tidur yang tidak boleh diganggu) SOALAN CEPUMAS - Dimanakah Najib dan apa dia sedang buat? KITA CARI NAJIB Tanggung jawab 1 Najib sedang sebok untuk membeli kepakaran dan meminta bantuan kerajaan India untuk memperolehi latihan penerbangan, latihan teknikal dan membaik pulih, mendapatkan alat ganti, mendapatkan khidmat 'ground support equipment'. Beliau kini berada di India untuk jangkamasa lawatan beliau ke pusat pemasangan pesawat SUKHOI. Dimasa yang sama beliau menyatakan bahawa Malaysia sudah menempah 18 pesawat berkenaan dari RUSSIA yang membabitkan pertukaran dengan minyak kelapa sawit Malaysia. Yang pastinya istilah BANTUAN yang dimaksudkan adalah kebenaran kerajaan INDIA, tetapi segala-gala bentuk bantuan kelak akan dibayar oleh kerajaan Malaysia. Soalnya disini, beli pesawat dari Rusia, belajar dari India? Rusia hanya jual dan bukan sertakan dengan latihan? Pening...pening... Tanggung jawab 2 Sebelum dari peristiwa ini, beliau telah menyatakan bahawa senjata M16 (buatan Amerika Syarikat) dan Styer AUG AI (keluaran Austria) milik ATM akan ditukar kepada COLT M4 Carbine buatan Amerika Syarikat yang menelan belanja sebanyak RM70 juta di atas peruntukan RMK9. Perbelanjaan dan tindakan yang cukup segera di dalam perlaksanaan lain-lain perancangan pembangunan RMK 9. Tanggung jawab 3 Dalam pada itu pesanan untuk Kapal Selam yang dilakukan terlebih awal, dilapurkan sudah hampir siap pada unit pertama dan selebihnya akan disiapkan selepas ini. Jumlah perbelajaan adalah BILION, weiiiii... TANGGUNGJAWAB BELIAU Nampaknya Najib tidak menyentuh langsung akan isu terkini dan kaedah berkata-kata hanya untuk menunjukkan bahawa beliau juga perihatin akan keadaan semasa. Namun semua kenyataan yang diberikan adalah sekadar sebagai syarat. Sedangkan beliau sepatutnya memberikan fokus lebih kepada kesejahteraan negara dan rakyat, dengan tidak memberikan FOKUS beliau yang hampir 80% kepada isu pembelian senjata. Beliu juga disedari melakukan perkara yang sama semenjak bergelar menteri Pertahanan bermula dizaman pemerintahan Mahathir. Seperti seorang yang tidak boleh disentuh oleh mana-mana kepimpinan, beliau ternyata tidak pernah berubah walaupun kuasa PM bertukar tangan. Kuasa pada beliau dan peruntukan yang besar masih pada beliau. Dan akhirnya FOKUS beliau pada KETENTERAAN dan pada ROSMAH (Janda tersayang). PERUBAHAN YANG SEKETIKA Tetapi jangan terkejut, sekiranya tiba masa pilihanraya, beliau akan menunjukkan muka beliau untuk berucap dan berceramah dan kembali menghilang apabila pilihanraya selesai. Baik UMNO, BN ataupun PM, tiada siapa yang mampu memberikan tunjuk ajar dan langkah yang beliau PERLU lakukan. Pelik kan? Begitu juga pada perbelanjaan PLKN yang menelan ratusan juta ringgit pada setiap tahun, walaupun Malaysia dikatakan mempunyai masalah kewangan yang meruncing akibat peratus inflasi yang kian meningkat. PLKN yang berada dibawah kuasa beliau, menerima seminima RM300 juta setiap tahun dan kini meningkat kepada RM600 juta dan berapa agaknya perbelanjaanuntuk tahun berikatnya apabila penggunaan M16 mula dilakukan pada PLKN? 1 billion setahun? USAHA PENULIS Apa yang penulis cuba bertanya dan jelaskan disini adalah, siapa kah Najib dan apakah tugasnya selain berbelanja dan terus berbelanja pada peralatan ketenteraan tanpa ada sekatan dari mana-mana menteri dan ahli UMNO? Apa yang mustahak sangat untuk kerajaan membeli SUKHOI, senjatan COLT, kapal Selam dan PLKN sedangkan rakyat sedang berjuang untuk cukup makan,cukup belanja dan cukup pakai? Penulis tidak pernah ragu-ragu bahawa Najib akan terus bertindak seperti ini walaupun kelak bergelar PM. Dalam rakyat tidak mahu akan PISANG BERBUAH DUA KALI, tetapi pasti rakyat akan terjebak dan menerima hakikat bahawa PISANG PASTI BERBUAH 2 KALI. Seperti kebiasaan, pada awal perlantikan, kita diBANJIRkan dengan pujian dari MEDIA dan apabila mereka sudah bergelar Perdana Menteri akan terbongkarlah pekung dan kudis seperti yang berlaku pada PAK LAH dan MAHATHIR ketika ini? Media di Malaysia sememangnya JAHAT dalam menutup salah laku pemimpin dan kerana itu, rakyat asyik membuat kesilapan yang berulang dalam pemilihan pucuk pemerintahan. Apabila NASI SUDAH MENJADI BUBUR, barulah rakyat cuba mencari salah dan silap. Dalam berhati-hati, rakyat ditipu lagi. SEDAR LAH Rakyat tidak perlu turut menyokong Najib, hanya kerana ketika ini Pak Lah dicerca. Kita tidak nampak sikap sebenar beliau, kerana sikap buruk mereka tidak akan dihebahkan dan tidak akan diceritakan kepada rakyat. Biarpun BERSOPAK, biar pun BERKUDIS, biarpun berKUSTA, yang pasti, tugas MEDIA kerajaan adalah untuk puji ketua. Adalah tidak mustahil, Mahathir memberikan pujian yang sama kepada Najib dan berakhirnya dengan "MUNGKIN SILAP PILIH." Kita bukan bodoh untuk dibodohkan berulang kali. Dan akhirnya rakyat terus dihimpit dengan kesengsaraan. Media dan kerajaan asyik memberikan HARAPAN bahawa antara mereka lah yang layak menjadi pemimpin. Tetapi sampai bilakah rakyat mampu bersabar? Jika Perdana Menteri yang asyik bertukar ganti tetapi masih dari PARTI yang sama dan SIKAP yang serupa. Setiap kali pemimpin bertukar, rakyat akan kembali mengHARAP dan tempoh perubahan pastinya bertahun. Sekali lagi rakyat KORBANkan nyawa dan kesabaran untuk mengharap pada yang tidak PASTI. Tepuk dada, ketuk dahi, tarik telinga, tanya selera. Sanggupkah anda melihat sehingga makanan tiada didulang, air tiada dicawan, anak menangis kelaparan, berebut-rebut makanan dipinggan, sedangkan pemimpin hidup senang dan lenang. Didalam tempoh JANJI perubahan, di dalam masa itu lah mereka mengaut, merompak, mencuri, merogol segala milik negara dan milik rakyat. Dan jika gagal, mereka janjikan pemimpin yang lain dan sekali lagi janjikan PERUBAHAN. Puji bakal pemimpin dan naikkan. Rakyat nganga sambil bermimpi untuk senang. Rakyat perlu berani kan diri, buat perubahan, kenapa kita tidak berani bertukar kerajaan lain sedangkan kita yang miliki kuasa untuk ubah segala-gala. Jika PAS atau KEADILAN ditakdirkan juga serupa, kita mampu jatuhkan mereka dan ubah kepada kerajaan lain pula. Kenapa kita bazirkan masa mengharap pada hanya UMNO yang sejak dahulu tidak pernah berubah dan jelasperubahannya. Kelak jangan salah kah Tuhan dan salah kan kerajaan kerana anda sendiri tidak mahu berubah. Pilih pemimpin berpandu kepada latar belakang agama dan bangsanya. Jangan ISLAM pada awalnya, ISLAM HADHARI pada pertengahannya dan KHAIRI pada penghujungnya. Jangan ISLAM pada awalnya, LIBERAL pada hatinya, MELAYU pada mulutnya, ROSMAH pada katilnya.
RAKYAT AKAN TERKENA LAGI. |