DEMI MASA |
|
|
Pak Lah tidak akan jawab - menurut Penolong Setiausaha Akhbarnya Wan Esuriyanti Wan Ahmad |
Thursday, June 15, 2006 |
KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata semua penjelasan mengenai dakwaan yang dibuat bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan dijawab oleh kementerian berkaitan.
"Jawapan itu akan dijawab, tetapi ia akan dijawab oleh kementerian berkenaan, bukan saya," kata beliau menurut Penolong Setiausaha Akhbarnya Wan Esuriyanti Wan Ahmad kepada Bernama, di sini Isnin malam.
Menurut Wan Esuriyanti, Perdana Menteri mahu menjelaskan satu kenyataan yang dibuat oleh Anggota Parlimen Johor Baharu Datuk Shahrir Abdul Samad yang dilaporkan berkata bahawa biarlah Abdullah melaksanakan proses penjelasan itu kepada orang ramai mengenai kritikan tersebut.
Shahrir membuat ulasan itu setelah beliau dan sekumpulan Anggota Parlimen dan senator mengunjungi Abdullah dalam satu mesyuarat tertutup hari Isnin untuk melahirkan sokongan mereka terhadap kepimpinan Perdana Menteri.
Sebelum ini, Dr Mahathir meminta penjelasan mengenai beberapa perkara antaranya kebanyakan AP dikeluarkan kepada dua orang yang tidak mempunyai bilik pameran kereta dan kedua-duanya menjual AP dengan harga yang tinggi, menjadikan mereka sangat kaya dan tidak terlibat dengan perniagaan lain selain menjual AP.
Beliau juga mempersoalkan penjualan saham MV Agusta dan membatalkan projek jambatan kedua ke Singapura menggantikan Tambak Johor. |
posted by jasindaily online @ 4:22 AM |
|
|
|
DPPKJASIN |
Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
|
CORETAN YANG LALU |
|
ARKIB JASNIDAILY |
|
POWERED BY |
|
|