Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
Teluslah Dalam Mengendalikan Hal Ehwal Negeri / Negara
Monday, June 19, 2006
Wamakaru Wamakarullah. Perancangan kita tapi perancangan ALLAH s.w.t. lagi besar.
Peristiwa dalam negara kebelakangan ini benar-benar haru-biru, keliru, buntu dan celaru. Mana tidaknya, Pak Lah telah mula ke negeri-negeri untuk dapatkan sokongan.

Negeri Selangor yang pertama telah mengeluarkan kenyataan menyokong kepimpinan Pak Lah. Kenyataan itu tidaklah berdegar-degar seperti kenyataan dan ketaksuban Datuk Seri Idris Jusoh Menteri Besar Terengganu. Saya masih lagi meragui kemenangan besar Barisan Nasional khasnya Umno di negeri Terengganu ketika Pak Lah jadi Perdana Menteri. Beberapa bahagian kawasan Pilihan Raya mendapat jumlah pengundi yang keluar mengundi melebihi 90 % dan ada yang sehingga 95 %. Tidak pernah dalam sejarah pilihan raya di Malaysia di mana-mana tempat yang pengundi keluar mengundi melebihi 95 %. Ianya terjadi ketika zaman Paklah dan tidak berlaku di zaman Tun Dr. Mahathir. SPR telah bersekongkol dengan Pak Lah dan Paklah membiarkannya tanpa ada pun teguran atau rasa bersalah di hati (Qalbu) Pemimpin Islam Hadhari itu. Pak Lah telah menghalalkan cara itu. Syabas saya ucapkan kepada sebahagian Pemimpin parti PAS yang sanggup menerima kekalahan itu dan tidak meneruskan 'petition'nya di mahkamah setelah mengambil kira yang sistem kehakiman tidak berpihak kepadanya dan ini membazirkan wang dan tenaga.
Bukti yang dikumpulkan cukup nyata menipu antaranya, mereka yang dah mati datang mengundi, satu alamat di kongsi lebih 30 orang penama, seorang pengundi telah mengundi lebih tujuh, lapan kali di pelbagai pusat mengundi dan yang lebih menyakitkan ada di pasang kamera rahsia di pusat mengundi seperti yang disiarkan oleh akhbar/MalaysiaKini.
Cukuplah, biar rakyat tahu kedudukan perkara sebenarnya, amat menjijikkan kemenangan Menteri Besar dan para juaknya yang tidak berpijak di bumi yang nyata. Jika berani keluarkan 'statistik' semula semua kawasan pilihan raya Negeri Terengganu yang lalu. Jadi janganlah Pak Lah berbangga dengan pencapaiannya di Terengganu dalam ucapannya itu dan di ikuti oleh teriakan Hidup Pak Lah? Saya ingin melihat Menteri Besar Khir Toyo, Menteri Besar Adnan Yaakob, Menteri Besar Ghani Osman, Menteri Besar Tajol Rosli, Menteri Besar Shahidan Kassim, Ketua Menteri Ali Rustam, Ketua Menteri Koh Tsu Koon dan Ketua Menteri Musa Aman membuat kenyataan dan sokongan berdegar-degar seperti Idris Jusoh yang disiarkan oleh TV3 itu? Kita masih ingat peristiwa Khir Toyo sebelum dilantik jadi Menteri Besar oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad Ketika itu. Ketika itu si Khir Toyo yang tidak sampai setahun jagung menjadi ADUN Tanjung Karang telah menjelma menjadi Menteri Besar Selangor termuda dan telah menumpaskan jagoan-jagoan lain dalam politik UMNO Selangor. Hanya berkhidmat sekejap sebagai doktor gigi awam di Sabah kemudian buka klinik gigi di Kajang terus menjadi Menteri Besar. Apa yang dia tahu tentang masalah pentadbiran dan jentera kerajaan ketika itu? Berbanding orang veteran dalam politik Umno Selangor. Beranikah Khir Toyo menikam dari belakang terhadap Mantan PM Tun Dr. Mahathir? Membuat onar kepada Tun Dr. Mahathir bererti ingin berkrisis dengan anak-anak Tun Dr. Mahathir iaitu Datuk Mokhzani dan Datuk Mukriz....... beranikah Khir Toyo lakukan itu? Kesilapan Tun Dr. Mahathir dalam melantik Khir Toyo sebagai Menteri Besar semata-mata untuk mencari seorang yang setia untuk merealisasikan projek Putrajaya atau Prang Besar kepunyaan Negeri Selangor; keupayaan lainnya Zero dan mengharapkan proksinya untuk menyauk apa juga projek termasuk projek di kawasannya di Tanjung Karang.
Pernah terdengar kata-kata kekecewaan Almarhum Sultan Selangor;

"Kuala Lumpur dah di beri pada Federal, kini Prang Besar (Putrajaya) diambil oleh Federal, jadi Beta kena tinggal di Pulau Ketam ........"
Kesannya, Selangor telah tidak diurus dengan baiknya. Tanah-taneh Gondol, Kilang haram bertaburan, kualiti hidup Orang Melayu makin terdesak, ekonomi orang melayu menurun dan banyak tanah-tanah melayu tergadai.
Tidak pernah terjadi dalam sejarah Shah Alam mengalami Banjir Besar dengan tidak semena-mena. Fikirkanlah.
Pentadbiran Negeri Selangor lemah. Exco Kerajaan Negeri yang terang-terang bermasaalah masih lagi di beri ruang untuk menjalankan agenda tersembunyi. Exco Hal Ehwal Agama Islam, Datuk Abd. Rahman Palil masih bertugas yang bagi diri saya amat mual, jelek dan menyampah memandangnya kerana perbuatannya tidak menggambarkan dengan apa yang disyarahkan di depan rakyat dan masyarakat umum. Kepintarannya menggunakan kakitangan awam di pejabat tanah Petaling untuk mempengaruhi orang awam dan seterusnya memberikan saham kepada pegawai tersebut dan isteri pegawai tersebut adalah di luar norma batasan seorang bergelar ADUN ketika itu.
Menurut berita yang diterima, Datuk Abd. Rahman Palil masih lagi menjadi Pengerusi Koperasi Pembangunan Pulau Lumut Berhad yang akan mengadakan mesyuarat agung ke 16 pada 2 Julai, 2006. Undang-undang Tubuh kerajaan negeri Selangor telah melarang semua Exco dari memegang apa-apa jawatan dalam Syarikat dan Koperasi. Rujuk Kes BPR Datuk Sharif Jajang di Sepang, Selangor. Barangkali agaknya dari desas-desus yang kedengaran, Datuk Abd. Rahman Palil adalah Proxy kepada Menteri Besar Dr. Khir Toyo. Itulah sebabnya susah nak di PECAT atau di GANTUNG tugas.
ADAKAH PAKLAH TAHU HAL-HAL SEBEGINI?
Justeru itu, Pemerintah yang mempunyai status Executive dan Legislative dan rakyat perlu sama insaf, bahawa mereka (pemimpin dan rakyat) di bawah penjagaan ALLAH s.w.t. Mereka seharusnya sama-sama takut kepada ALLAH s.w.t. Sebab kekuasaan tertinggi adalah di atas NYA semata-mata. Kepintaran bercakap membela diri dapat melepaskan seorang bersalah daripada hukuman dunia. Tetapi di akhirat perkaranya akan dibuka kembali:

"Sesungguhnya segenap pendengaran dan penglihatan, dan hati sanubari pun, semuanya akan ditanya kembali" (Surah Ai-Isra' ayat 36.)
"Pada hari itu, akan terbukalah segala rahsia, maka tidaklah ada kekuatan lagi dan tidak ada yang kuasa menolong" ( surah At-Tariq, ayat 9-10)
"Dan kami letakkan timbangan keadilan bagi hari kiamat, maka tidaklah teraniaya suatu diri sedikit juapun. Dan meskipun sebesar biji sawi, akan kami datangkan jua. Dan cukup dengan kami menjadi penghitung " (surah Al-Anbia ayat 47).
posted by jasindaily online @ 2:14 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com