Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
Biarkanlah Pak Lah dengan 'Rukun' Islam Hadhari serta RMK-9 nya.
Friday, June 16, 2006
Rasanya tiada siapa yang boleh pisahkan antara 'Rukun' Islam Hadhari dengan 'Teori' Pak Lah. Kehulu kehilir dengan rukunnya namun ingin juga saya tahu berapa peratuskah dari ahli-ahli berdaftar UMNO yang hafal 'Rukun' Islam Hadharinya ?

Jika dibandingkan dengan Rukun Negara yang sejak kebelakangan ini begitu rancak kempennya untuk membudayakan semula pemahaman rakyat mengenainya, cukup membuktikan peratusan tinggi rakyat Malaysia yang gagal untuk menghafal 5 prinsip Rukunegara. Itu hanya 5 prinsip, inikan pula 10 'prinsip' Islam Hadhari !

Sekarang ini, timbul pula RMK-9 yang mana merupakan agenda 'penyedap hati' bagi rakyat berikutan kenaikkan harga bahan api yang bermaharajalela ketika ini. Namun yakinkah kita dengan kredibiliti Pak Lah untuk memacu pertumbuhan negara dengan RMK-9 nya itu ?

Disini saya ingin mengambil kata-kata Pak Lah sewaktu majlis Forum Perdana Ehwal Islam Khas RMK-9 anjuran Pusat Khidmat Parlimen Kepala Batas malam tadi (1 Jun 2006).

"Jangan pertikaikan kemampuan saya untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020".

Pada hemat saya, hanya orang yang tertekan dengan keadaan sahaja yang boleh mengeluarkan kata-kata sebegitu. Hakikatnya, memang Pak Lah sudah tahu ramai yang tidak yakin dengan kemampuan Pak Lah untuk memajukan ekonomi negara menjelang 2020.

Jangan disebut untuk memajukan bangsa melayu 15 tahun lagi seandainya mutakhir ini, bangsa melayu masih kurang jatidirinya untuk bersaing dengan bangsa-bangsa lain samaada di IPTA mahupun di IPTS.Cubalah kita tanya pensyarah-pensyarah di IPTA mahupun di IPTS, bangsa manakah yang mereka yakin mampu mencapai pencapaian tinggi di IPTA mahupun di IPTS ?

Cuba kita selidik kursus-kursus kritikal seperti bidang kejuruteraan contohnya, bangsa manakah yang paling menonjol ? Disinilah fokus utama yang perlu dipandang untuk menaikkan mutu bangsa melayu seandainya mahu maju, memandangkan disinilah kilang-kilang untuk melahirkan bakal pemimpin 15 tahun lagi.

Apa guna negara Malaysia maju pada tahun 2020 sedangkan bangsa Melayu yang dikatakan diperjuangkan nasibnya masih ketinggalan dari pelbagai aspek ?

Sekian.

http://amirulreza.blogdrive.com
posted by jasindaily online @ 3:17 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com