Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
BADAI sokong gesaan kaji semula amalan kongsi raya
Thursday, June 15, 2006
Badan Anti-IFC (BADAI) menyokong penuh keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang meminta kerajaan mengkaji semula amalan kongsi raya yang menurutnya boleh merosakkan aqidah umat Islam dan membawa kepada syirik.
''BADAI percaya keputusan yang dibuat oleh badan yang berwibawa dalam urusan agama itu sememangnya jelas dan mempunyai sandaran yang kukuh dengan berdalilkan Kitabullah dan Sunnaturrasul,'' kata Pengerusinya, Mohd Hafiz Mohd Nordin dalam satu kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, katanya, mereka yang bukan pakar dalam bidang hukum agama jangan mengeluarkan kenyataan yang mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan.
Dalam ajaran Islam, tegasnya, perayaan Aidil Fitri dan Aidil Adha adalah merupakan ibadah yang disyariatkan oleh Allah dengan tujuan untuk membesar dan mengesakan Allah.
Dalam ajaran Islam juga, tambah Mohd Hafiz, Islam melarang umatnya merayakan perayaan kepercayaan agama lain walaupun dalam masa yang sama, Islam tidak menyekat penganut agama lain merayakan perayaan agama mereka.
Justeru itu, katanya, BADAI melihat amalan kongsi raya tidaklah wajar diteruskan, malah pihak kerajaan mestilah menerima nasihat Majlis Fatwa Kebangsaan.
Hormati satu sama lain
''BADAI meyakini bahawa tanpa amalan kongsi raya, perpaduan antara kaum telah pun wujud dan tetap boleh diteruskan dalam negara ini dengan syarat semua penganut agama saling menghormati antara satu sama lain.
''Bahkan amalan kongsi raya yang berpunca daripada fahaman liberalisme telah menyebabkan fahaman ini menular dengan agak meluas dalam kalangan umat Islam di negara ini,'' tambahnya.
Menurutnya lagi, keputusan undian SMS yang disiarkan Buletin Utama TV3 semalam menunjukkan sebanyak 76 peratus tidak bersetuju dengan amalan kongsi raya.
''Ini memberi isyarat bahawa majoriti rakyat berbilang agama tidak bersetuju dengan amalan tersebut,'' tambahnya
Dengan ini, katanya BADAI menyeru Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, supaya berpegang teguh kepada 10 prinsip Islam Hadhari agar menghentikan amalan kongsi raya ini dan menasihatkan menteri dan pihak berkenaan agar tidak mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan badan berwibawa agama Islam seperti Majlis Fatwa Kebangsaan.
Sementara itu, Naib Pengerusi DAP, Chow Kon Yeow berkata gerakan ke arah Islamisasi dan negara Islam semakin meningkat dan menjadi cabaran terhadap masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.
Perpaduan nasional
Sebaliknya, kata beliau yang juga Ahli Parlimen Tanjong, amalan seperti kongsi raya dan cuti awam pada hari-hari perayaan agama merupakan sesuatu yang unik dalam masyarakat Malaysia yang perlbagai agama.
Malah, katanya, sejak dahulu lagi, amalan seumpama itu telah membantu merapat dan mengukuhkan kesefahaman, sikap tolak ansur dan muhibah di kalangan rakyat yang pelbagai kaum dan agama.
Dalam kenyataannya, Chow berkata, sekiranya amalan tersebut dihentikan, ia boleh memusnahkan tradisi yang telah membantu mengukuhkan perpaduan antara rakyat di negara ini
Sehubungan itu, beliau berharap kerajaan akan menimbang semasak-masaknya implikasi fatwa seumpama itu terhadap proses pembangunan negara dan perpaduan nasional di Malaysia.
''Saya menggesa Perdana Menteri supaya melihat fatwa ini dari perspektif yang lebih luas sebagai seorang pemimpin kepada semua rakyat di negara ini,'' katanya.
posted by jasindaily online @ 5:26 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com