Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
Bisu Pak Lah memberi berbagai erti
Monday, June 19, 2006
Ramai yang mentafsirkan luahan rasa hati Tun Dr. Mahathir baru-baru ini sebagai satu kritikan yang paling keras terhadap Pak Lah yang tidak seharusnya dilakukan dari seorang bekas ketua. Sebenarnya penulis berpendapat bahawa luahan perasaan Tun itu bukan saja patut dilakukan tetapi bertepatan pada waktunya jika diamabil-kira perasaan Tun sendiri yang kerap kali terguris dengan cemuhan demi cemuhan dari orang yang tidak sepatutnya berbuat demikian. Kita sedar dari ucapan-ucapan Pak Lah sendiri banyak membayangkan bahawa bekas bosnya itu banyak melakukan kesilapan terutama dalam pembaziran wang rakyat yang menurutnya semata-mata kerana Tun ingin mencipta nama. Sebaliknya beliau sendiri mahu memperlihatkan diri beliau sebagai seorang yang "ikhlas" yang berniat untuk menyelamatkan pembaziran tersebut. Malah keikhlasan beliau itu tidak perlu dipersoalkan lagi kerana menurutnya Tuhan saja yang tahu akan keikhlasan beliau ini.
Oleh kerana itu beliau hanya perlu beterima kasih kepada Tuhan kerana meanugrahkan beliau kuasa sebagai seorang Perdana Menteri untuk memperbetulkan keaadaan tersebut. Maksud kiasan Pak Lah terhadap Tun sebenarnya tidak jauh bezanya dari apa yang pernah dilakukan oleh Dato Seri Anwar terhadap Tun..
Bezanya Tun merasa lebih kecewa menerima layanan Pak Lah berbanding dengan Dato Seri Anwar. Walaupun kritikan Dato Seri Anwar agak lebih tempelak berbanding kritikan Pak Lah yang berselindung disebalik kiasan tetapi maksudnya tetap sama. Namun sekurang-kurangnya Tun lebih bersedia menerima kritikan Dato Seri Anwar kerana kritikan itu sememangnya telah diduga setelah diambil-kira pertelingkahan yang berlaku diantara mereka berdua yang membawa kepada pengunduran Dato Seri Anwar dalam kerajaan.
Walaupun Tun Dr Mahathir sedar bahawa Pak Lah juga adalah salah seorang yang pernah menentang beliau disatu ketika dahulu, namun Tun masih membelakangkan prasangka buruk beliau terhadap Pak Lah lalu terus meletakkan kepercayaan beliau kepada Pak Lah sehingga mengambil-alih pucuk pimpinan negara. Walaupun Tun sendiri tidak berkhendakkan penghargaan dari Pak Lah secara peribadi, tetapi memadailah jika Pak Lah sendiri bersedia berpegang kepada janji untuk meneruskan segala agenda pembangunan negara sepertimana yang dihasratkan beliau sebagai tanda terima kasih Pak Lah kepada beliau .
Akhirnya ternyata Pak Lah bukan saja mengkianati perjanjian tersebut malah memburuk-burukan pula Tun dengan mengutamakan agenda peribadi beliau sendiri. Inilah yang sangat mengecewakan rakyat apatah lagi bagi pihak Tun sendiri apabila melihat banyak rancangan rancangan yang diwar-warkan duhulu habis hendak dipadamkan Pak Lah serta rakan-rakan pakatannya yang sudah tentu mempunyai muslihat dan agenda mereka tersendiri. Melihat dari perlakuan Pak Lah ini sudah tentu Tun mempunyai sebab yang munasabah untuk mendapatkan penjelasan dari Pak Lah yang ternyata dengan sengaja hendak meminggirkan perjanjian mereka dahulu.
Malah Tun juga sebelum ini banyak menerima kritikan dan tomahan rakyat kerana dikatakan bersubahat dan mempunyai agenda tersendiri apabila melantik Pak Lah sebagai pengganti beliau. Ramai rakyat kurang senang dengan pilihan Tun setelah buat pertama kalinya Malaysia mempunyai seoarang Perdana Menteri yang dianggap paling tidak kompeten dan berpontensi menjadi liabiliti besar kepada negara. Oleh sebab itu Tun terpaksa meluahkan rahsia hati beliau tentang siapakah pilihan beliau yang sebenarnya memandangkan perbuatan Pak Lah sendiri yang sememangnya sangat-sangat mengecewakan beliau dan juga sebagai menjawab tuduhan yang beliaulah yang harus dipersalahkan kerana memilih Pak Lah sebagai pengganti beliau. Namun jika sekiranya Pak Lah mampu memberi penjelasan yang munasabah, setidak-tidaknya Tun dapat menjaga air muka beliau diatas kesilapan pemilihan ini dan sekali gus beliau juga boleh turut membantu menerangkan kepada rakyat kenapa rancangan-rencangan beliau perlu diubah oleh pentadbiran sekarang.
Tetapi sehingga hari ini, Pak Lah masih mengambil sikap membisu yang menurut Tun Musa Hitam sebagai ?elegant silent? iaitu satu tidakan yang bijak yang perlu dilakukan oleh Pak Lah. Tindakan membisu Pak Lah ini sebenarnya boleh dilihat dari pelbagai andaian yang sebenarnya sedikit pun tidak akan membantu menjernihkan nama beliau dimata rakyat. Pertama, rakyat akan melihat tindakan tersebut sebagai bukti Pak Lah sememangnya mempunyai niat yang tidak baik kerana tidak dapat memberi jawapan yang sewajarnya diatas segala tindakan beliau tersebut yang mana mungkin kerana berpandukan diatas nasihat yang silap. Kedua, rakyat akan melihat Pak Lah sengaja mahu menunjukan sifat ?kurang ajar? seperti mana yang pernah diwar-warkan oleh Tun Musa Hitam kepada orang-orang Melayu satu masa dulu jika Pak Lah masih menunjuk kedegilan beliau dengan tidak mahu memperdulikan atau melayan permintaan Tun itu.
Ketiga, Pak Lah sememangnya tidak mempunyai kebijaksana dalam membuat keputusan, sebab itu beliau menjadi seorang yang penakut dan hanya mampu berlindung dibelakang keputusan ahli-ahli Kabinet atau ?collective decisions?, oleh itu beliau tidak perlu memberi penjelasan secara persaorangan kerana keputusan-keputusan itu telah dibuat secara beramai-ramai. Apapun Pak Lah tidak seharusnya terus menerus membisukan diri kerana segala isu yang dipersoalkan oleh Tun itu semuanya mempunyai kepentingan kepada rakyat dan sudah semestinya jawapan yang rasional perlu diberikan supaya ianya dapat mengambalikan kredibiliti beliau sebagai seorang pemimpin.
posted by jasindaily online @ 2:13 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com