Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
Dasar subsidi melumpuhkan negara
Monday, June 19, 2006
Saya bersetuju dengan logik yang diperagakan oleh Penyokong BN di dalam suratnya Jagaan jadi dangkal mengecam kerajaan. Sebenarnya Penyokong BN telah mengenengahkan satu isu yang cukup bijak dibicarakan di forum rakyat sebegini. Isu itu adalah isu 'Bangsa Subsidi' dan produktiviti negara.

Penyokong BN yang setia semestinya menyokong dasar kerajaan Malaysia untuk memansuhkan subsidi minyak disebabkan subsidi minyak sebenarnya merugikan kerajaan, membenarkan aktiviti membazir dan industri yang lemah terus berniaga, melemahkan azam rakyat jelata daripada menjadi lebih efisien ataupun cekap dan akhirnya melumpuhkan produktiviti negara secara terus. Tetapi dalam menyokong dasar dan logik sepertimana yang dirujuk di atas, Penyokong BN semestinya juga menolak segala subsidi lain dalam apa jua bentuk pun; daripada subsidi kerja; kepada subsidi pembelian rumah; kepada subsidi tempat universiti; kepada subsidi kepada MAS dan Proton; kepada subsidi bangsa pilihan sahaja; kepada subsidi orang ternama; kepada subsidi pemberian kerja-kerja kerajaan; kepada subsidi pemberian 'permit-permit' lumayan dan banyak lagi disebabkan kesemua subsidi di atas mempunyai efek membangunkan ‘Bangsa Subsidi dan melumpuhkan kecekapan negara.
Setelah Penyokong BN mendemonstrasikan dasar dan logik yang bijak, adakah Penyokong BN juga memberikan nasihat kepada pemimpin-pemimpin BN untuk membatalkan segala-gala program subsidi lain yang melumpuhkan negara?
Kesetiaan buta Penyokong BN kepada kerajaan boleh disamakan dengan kesetiaan Hang Tuah yang tidak tersoal sehingga membunuh sahabat karibnya. Oleh yang demikian kesudahan cerita tersebut boleh juga disamakan dengan berjayanya atau tidak Malaysia menjadi Negara yang maju dan makmur.
Saya menasihati Penyokong BN ini untuk mengilhamkan satu negara yang lebih makmur dan yang lebih maju daripada yang kini. Negara kami adalah kaya tetapi diselenggarakan dengan cuai. Negara Jepun adalah miskin tetapi menjadi maju disebabkan oleh penyelenggaraan yang cukup handal. Pada pengetahuan saya, mereka tidak mempunyai sebarang mentality subsidi di kalangan bangsa mereka ataupun satu mentaliti setia buta terhadap kerajaan mereka. Jika sokongan semestinya diberikan kepada kerajaan disebabkan kerajaan ada menolong mereka yang cukup miskin, saya menegaskan bahawa lebih banyak daripada golongan termiskin bolehlah dibantu sekiranya wang ringgit tidak diselewengkan. Sebagai rakyat dan benefisiari kekayaan negara, kami semestinya mengawasi pemimpin-pemimpin kami supaya mereka tidak mengambil kesempatan menyaluti poket mereka sendiri. Perdana menteri dan menteri-menteri lain adalah pemegang amanah ataupun orang suruhan sahaja. Sebagai benefisiari, kami mempunyai kuasa untuk memastikan mereka yang memegang amanah adalah bertanggungjawab kepada kami.
Dalam cara ini, rakyat boleh memastikan bahawa negara diselenggarakan dengan cekap dan betul untuk kemakmuran dan kemajuan rakyat. Apabila negara maju sehingga tahap Jepun ataupun Germany barulah saya akan bersetuju dengan pembinaan tugu-tugu tidak berekonomi seperti Putrajaya, kediaman Perdana Menteri, KLCC dan berbagai-bagai projek lain. Apakah gunanya tugu-tugu ini dibina sedangkan kerajaan tidak berduit, ekonomi tidak maju, kerajaan tidak transparent dan benefisiari negara sengsara?
Sebagai nasihat kepada Penyokong BN ini, mulai saat ini, berazamlah untuk menolak segala bentuk subsidi yang diterima, mengakui sendiri sebagai orang yang berkebolehan, berdikari, majukan mentaliti berpandukan ilmu sains dan teknologi, sentiasa berazam untuk progress ke tahap yang lebih maju; menyokong pemimpin-pemimpin yang berpelajaran sains dan teknologi lagi berpandangan 'rational' dan progressif. Bersatu padulah rakyat Malaysia dalam berazam untuk membina negara. Majulah negara untuk rakyat dan bukannya untuk bangsa sahaja.
posted by jasindaily online @ 6:02 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com