Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
JANGAN GANGGU KERAJAAN HAMAS
Thursday, June 22, 2006
Sengketa HAMAS dan Fatah di Palestin masih belum reda walaupun sedang berjalan usaha oleh kedua-dua pihak untuk berdamai demi kepentingan rakyat dan perjuangan Palestin.
Yang jelasnya kemenangan HAMAS dalam pilihanraya umum Palestin baru-baru ini sukar diterima Fatah yang telah ditolak oleh rakyat Plaestin lantaran rekod buruk mereka termasuklah rasuah dan kronisma.
Kesukaran tersebut termasuklah kesukaran Presiden Palestin Mahmoud Abbas dari parti Fatah itu sendiri.
Kerana itulah HAMAS yang sepatutnya diberikan laluan bebas lantaran mandat yang diberi oleh rakyat itu kini berhadapan dengan delima.
Mereka bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan regim haram Zionis Israel malah mereka juga terpaksa berhadapan dengan sesama rakyat Palestin khasnya dari kalangan blok Fatah yang degil dan tidak dapat menerima kenyataan itu.Banyak pihak cuba meredakan konflik ini.
Tetapi ramai juga yangberusaha untuk menegakkan benang basah dengan berpihak kepada Fatah.
Semalam Malaysian Press Institute (MPI) telah mengundang seorang penganalisa politik, seorang kolumnis untuk beberapa akhbar Arab termasuklah stesyen radio dan tv, Ramzi Khoury untuk bercakap atas tajuk: Perkembangan semasa situasi di Palestin.
Ramzi adalah seorang yang cenderung kepada perjuangan PLO dan Fatah (terutama dalam tulisan-tulisan dan analisa beliau), oleh itu tidak hairanlah apabila beliau telah bercakap panjang lebar menyalahkan HAMAS sebagai pencetus konflik d Palestin itu.
Beliau telah memuji dan memuja Mahmoud Abbas dan PLO dan mendakwa bahawa kerajaan HAMAS bersikap bagaikan parti pembangkang sedangkan mereka adalah kerajaan. Beliau menyokong usaha Abbas untuk mengadakan pungutan suara bagi penubuhan sebuah kerajaan perpaduan di peringkat kebangsaan dan mengiktiraf PLO sebagai wakil sah rakyat Palestin.Saya kira yang sepatutnya mengalah dan menerima kenyataan adalah Abbas dan Fatah termasuklah Ramzi sendiri.
Berikan peluang kepada HAMAS untuk menjalankan tanggungjawab mereka setelah menerima mandat rakyat.
Fatah telah ditolak dan sepatutnya berperanan sebagai pembangkang dan bukannya mewujudkan kerajaan dalam kerajaan.Saya teringat semasa keputusan pilihanraya Palestin keluar mencurah-curah pada 21 Januari lalu Pengerusi Palestine Research Institute, Dr Mehdi al Hadi telah bercakap kepada CNN:I am standing in front of Arafats mausoleum and witnessing the fall of the corrupted oldguard of Fatah.
Kenapalah MPI menjemput orang seumapam Ramzi ini untuk mendapatkan gambaran berkenaan Palestin. Sepatutnya semasa Dr Mahmoud Zahar Menteri Luar Palestin dari HAMAS berada di sini baru-baru ini, MIP menjemput beliau untuk mendapatkan gambaran sebenar.
Menjemput Ramzi untuk bercerita berkenaan situasi di Palestin samalah seperti MPI menjemput Tun Dr Mahathir untuk bercerita berkenaan Perkembangan Sebenar Politik di Malaysia!
posted by jasindaily online @ 4:50 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com