DEMI MASA |
|
|
E2 - 9-11 BUKA TUTUP BUKA |
Tuesday, June 20, 2006 |
Assalamualaikum.
Memandangkan agak ramai yang memilih untuk menulis kepada saya secara peribadi mengenai topik 9-11 ni (termasuk yang tersiar di Relexjap), mungkin lebih baik saya kumpulkan kesemua respons saya ke dalam satu posting. Lagipun dah lama saya tak menulis siri "Enuma Elish (E2)". Jadi untuk yang meminta saya meneruskan E2 dan yang ingin menyelidiki sesuatu itu dari aspek yang lain (metoda pemikiran saintifik), sudi-sudikanlah luangkan masa membaca artikel ini.
9-11 BUKA TUTUP BUKA
Banyak juga emel forward kebelakangan ini yang meminta pembaca menjenguk beberapa laman web yang mendedahkan teori konspirasi berkenaan September 11. Saya tiada masalah untuk membaca dan menelaah sesuatu maklumat malah adakalanya pendirian saya mampu bertukar selepas membuat sesuatu kajian.
Namun masalahnya untuk segelintir kita yang mempercayai teori-teori konspirasi ini ialah sebelum menelaah sesuatu maklumat, mereka sudahpun memiliki prejudis yang tersendiri. Seterusnya mereka hanya mencari dan menerima maklumat yang MENGIYAKAN prejudis mereka semata-mata.
Sebagai contoh, katakanlah ada sorang Mamat/Minah ni yang memang langsung tidak boleh menerima hakikat bahawa pengeboman pada September 11 dilakukan oleh teroris Islam.
Kemudian Mamat/Minah tersebut mula menerima bukti demi bukti yang menidakkan sangkaannya. Jadi akhirnya beliau akur; "OKlah... memang orang Islam yang buat. Tapi depa bukan teroris... depa syahid... ini kerana penindasan US/Yahudi terhadap agama mereka..." dan bermacam lagi. Maknanya mereka telah menerima namun memilih untuk bersikap apologetik.
Beberapa tahun kemudian ada pula mereka seperti Harun Yahya, Dylan Avery, Michael Moore dan seumpamanya yang kononnya mengemukakan 'bukti baru' dan terus saja Mamat/Minah tu menerima tanpa berfikir panjang kerana 'bukti baru' tersebut MENGIYAKAN apa yang Mamat/Minah itu sangkakan. Maknanya Mamat/Minah itu bukanlah benar-benar melakukan kajian tetapi sekadar mencari 'confirmation' terhadap hipotesis beliau yang dari awalnya agak goyah. Mereka 'seek assurance' bahawa pandangan/pegangan mereka tersebut adalah benar.
Ini samalah seperti kes segolongan kita yang terlalu taksub mempercayai hantu, polong, jembalang, guna-guna dan sebagainya yang mengharapkan agar ada 'bukti' dikemukakan saban hari untuk menyedapkan hati bahawa kepercayaan mereka itu bukanlah kepercayaan palsu. Sebab itulah majalah seperti Mastika, Variasari, Mingguan Perdana, Bacaria dan yang seangkatan amat digemari dan memiliki circulation tertinggi antara majalah lain di Malaysia.
Ataupun yang mempercayai bahawa 'masjid2 yang tak runtuh/rosak' ketika bencana tsunami atau gempabumi adalah kerana ianya 'dilindungi'. Kenapa tidak diambil kira struktur architectural binaan masjid yang 'kekal' dan masjid yang 'runtuh' itu? Kenapa tak dibandingkan apakah bahan binaan yang digunakan untuk membina masjid tersebut berbanding yang digunakan oleh bangunan-bangunan di sekelilingnya? Kenapa tidak dikaji seismologi gerakan gempa atau kekuatan dentuman aliran air yang mungkin bergerak 'menyimpang' dari masjid yang dimaksudkan?
Sekadar trivia... Gereja St Paul di London merupakan satu-satunya binaan yang tidak runtuh atau musnah ketika serangan tentera Nazi sewaktu Perang Dunia sebelum ini. Adakah ini juga bermakna Gereja St Paul 'dilindungi'?
PENJELASAN ALTERNATIF, BUKANNYA 'BUKTI'
Semua 'bukti' yang kononnya ada untuk menyangkal bukti rasmi tragedi September 11 contohnya bukanlah BUKTI namun sekadar penjelasan alternatif. Sesuatu bukti hanya akan menjadi bukti andai ia tak dapat disangkal pula. OK... anda dah forward kepada saya senarai laman web yang menyangkal bukti rasmi September 11. Namun andai anda benar-benar ingin mengkaji, ada banyak lagi laman web lain yang menyangkal segala teori konspirasi tersebut secara detail. Adakalanya penjelasan terhadap sesuatu 'bukti' tu mempunyai alasan yang lebih mudah sebenarnya.
Bila anda dah menelaah kesemua laman web berkenaan --- yang pros dan cons --- barulah anda guna segala bukti yang ada untuk menilai sama ada hipotesis anda itu betul ke tidak. Bila dah tak ada lagi ruang hipotesis anda boleh ditidakkan, haaaa.... barulah anda leh labelkannya sebagai 'TEORI' atau 'KISAH BENAR'.
Antara laman web yang menjawab satu persatu 'bukti' yang dikemukakan ahli konspirasi seperti Dylan Avery itu termasuklah: * http://911research.wtc7.net/essays/green/loose_change.html* http://screwloosechange.blogspot.com/* http://www.popularmechanics.com/science/defense/1227842.html* http://www.thenewamerican.com/artman/publish/article_1253.shtml Banyak lagi sebenarnya dan anda boleh cari sendiri menggunakan Google atau Yahoo dengan menaip keyword seperti "debunking 9-11 conspiracies" dan seumpamanya.
Apa yang boleh saya nyatakan ialah ada golongan tak kiralah di Malaysia atau USA (malah kat mana saja) yang akan mengambil kesempatan menangguk di air keruh dari tragedi sebesar 9-11 ini dan menukarkannya kepada sesuatu yang memberi keuntungan secara peribadi. Target market golongan ini adalah mereka seperti Mamat/Minah yang saya nyatakan di atas. Dan kebanyakan pengambil kesempatan ini telah bergelar jutawan... lebih jutawan dari Mawi dalam masa yang lebih singkat. Yang tinggal hanyalah orang-orang seperti Mamat/Minah ini yang bulat-bulat mempercayai penyelewengan fakta hanya kerana mereka 'seek assurance' dan bukannya benar-benar ingin mencari kebenaran.
Saya tidak mengatakan semua bukti rasmi yang dikeluarkan kerajaan USA berkenaan September 11 adalah bukti mutlak. Ada antaranya agak rapuh dan ada juga yang masih boleh disangkal. Namun saya secara peribadi hanya boleh menerima sesuatu bukti itu hanya jika memang tiada atau terlalu sedikit ruang untuk menyangkalnya. Andai masih ada ruang, saya tetap terbuka untuk tidak mengiyakannya.
Wassalam. SUMBER DARI RELEXJAP |
posted by jasindaily online @ 5:45 PM |
|
|
|
DPPKJASIN |
Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
|
CORETAN YANG LALU |
|
ARKIB JASNIDAILY |
|
POWERED BY |
|
|