Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
NAJIB TAUKE BESI BURUK
Friday, June 23, 2006
Oleh Raden Jowo- Laman M@RHAEN
Hari ini kita diberitahu bahawa sebuah lagi pesawat Hawk Tentera Udara (TUDM) membuat pendaratan cemas di Kuantan. Juruterbang tidak mengalami Kecederaan, namun menurut pihak yang berkenaan, pendaratan itu dibuat atas alasan tayar pendaratannya GAGAL BERFUNGSI.

Sebelum ini insiden yang melibatkan kapalterbang pejuang yang sama jenamanya berlaku pada 31 Mei yang lepas, dipercayai terhempas di laut Mersing dan juruterbangnya Mejor Mohammad Rohaizan Abdul Rahman, 31 masih hilang. Keluarga bimbang, berita tidak lagi disiarkan. Najib senyap macam musang.

Pada 10 April yang lepas pula, sebuah pesawat Pilatus PC7 yang dipandu oleh Mejar Roslan Salam, terhempas di kawasan sawah di Kampung Kepala Parit Dalam, Mukim Bukit Raya, Pendang. Tidak jauh dari kawasan tersebut, seorang pelatih turut terkorban sementara dalam kejadian di Guar Kepayang, mengorbankan seorang pelatih bersama jurulatihnya. Mahu lagi?

Berikut adalah laporan beberapa pesawat TLDM yang jatuh terhempas dan kebanyakannya melibatkan korban dan kematian (Lapuran ini pernah disiarkan oleh DAP):

Pulau Pinang, 13 Ogos 2003 - Rakyat Malaysia berbagai kaum, agama atau latar belakang politik amat prihatin mengenai kematian seorang juru terbang pelatih wanita TUDM, Lt Muda Mai Elny Sefrina Jalaluddin yang berumur 23 tahun dan seorang anggota tentera darat baru, Norazlina Abdul Aziz, yang berumur 21 tahun, kdua-duanya dalam selang tempoh 60 jam. Ini membangkitkan persoalan samada ujudnya apa-apa yang tidak kena dalam program latihan khidmat seragam yang menyebabkan kedua-dua kematian itu.

Norazlina yang berasal dari Muar yang berlatih bersama-sama 300 anggota tentera darat wanita di Negeri Sembilan, didapati dalam keadaan tidak sedar diri pada 5 petang Jumaat lepas, semasa menjalani latihan berlari 12 km di Kampung Sri Rusa, Port Dicksan. Beliau dibawa ke hospital tentera, yang kemudiannya dirujuk ke Hospital Port Dicksan dan Hospital Seremban sebelum meninggal dunia enam jam kemudia pada 11 petang.

New Straits Times (10.8.03) melaporkan bahawa keputusan post-mortem medapati kematian Norazlina adalah disebabkan oleh "tamparan hebat di kepala" dan enam anggota tentera darat baru telah turut dimasukkan ke hospital atas sebab kelesuan, sementara 22 lagi telah diberikan rawatan pesakit luar kerana keletihan dan penyahhidratan semasa menjalankan latihan Jumaat lepas.

Mai Elny yang berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan, mati apabila kapalterbang latihan PC-7 yang sedang dipandunya terhempas ke ladang getah dekat Jalan Bukit Kayu Hitam-Changlun pada lebih kurang 12.20 petang semalam. Beliau merupakan juru terbang wanita TUDM pertama yang mati dalam nahas kapal terbang.

DAP mengucapkan takziah kepada kedua-dua keluarga yang terlibat dan bersama-sama dengan rakyat Malaysia yang lain, menuntut supaya siasatan terbuka diadakan untuk mencari sebab sebenar yang menyebabkan kematian kedua-dua wanita muda ini yang berlaku dalam tempoh selang 60 jam. Siasatan berkenaan harus mengkaji khasnya samada ujud apa-apa yang tidak kena dengan program latihan perkhidmatan seragam kita.

Norazlina merupakan satu dari beberapa kakitangan TUDM yang mati akibat dari kemalangan Pilatus PC-7.

Mangsa-mangsa lain termasuk:

- Lt. Muda S. Thulasiram di Pendang, Kedah pada September 1984;
- Lt. Muda Faizal Muhammad di Sintok, Kedah pada September 1990;
- Kapt. Suhaimi Mat Sahid dekat Kepala Batas pada October 1991;
- Lt. Hamir Fizar Yusof di Chukai, Terengganu pada Januari 1992
- Lt. Muda Nazri Amran di Tambun Tulang, Perlis pada Julai 1993; dan
- Lt. Muda Faizal Ismail di Pendang, Kedah pada April 2001.
Najib (Menteri pertahanan) hanya berharap agar pakar cerdik pandai memberikan lapuran atas semua kemalangan yang berlaku. Sejauh mana ia benar atau tidak tidak diketahui. Mungkin juga setiba di meja Najib, lapuran berubah, itu tidak lah kita ketahui. Namun semua kemalangan yang berlaku, Najib asyik mengatakan kesilapan pemandu dan kecuaian pihak pelatih.
Malangnya apabila pelatih berjaya membuat pendaratan cemas, pelatih menyatakan bahawa tayar pendaratan tidak berfungsi. Nah, kerosakan pesawat hanya akan diketahui jika pelatih berjaya selamat dan sekiranya pelatih meninggal dunia, semuanya diberikan alasan, PELATIH punya angkara.

Akhirnya tentera Malaysia terkorban bukan kerana perang, tetapi MATI KATAK kerana BESI BURUK yang dibeli oleh Najib Tun Razak, Menteri Pertahanan yang tidak tahu apa-apa mengenai pesawat.

Wang berbillion ringgit bakal terus dibelanjakan untuk membeli pelbagai peralatan perang. Mungkin nilai wang tidak besar kerana rakyat masih diam dengan apa yang beliau dan kerajaan lakukan, tetapi jika dilihat pada kematian, mungkin hanya mereka yang terlibat sahaja tahu bagaimana rasa sedih dan gundah yang mereka alami. Tapi yang pasti, tiada anak-anak menteri yang bercadang untuk menjadi tentera lantas menggadaikan nyawa atas keputusan yang bapa mereka sendiri lakukan.

Tidak tahu pula apa akan jadi setelah kerajaan membeli pesawat baru SUKHOI buatan Rusia kelak. Mungkin ramai lagi yang akan menjadi mangsa akibat kecuaian kerajaan dalam memberi latihan dan membeli peralatan perang. Selepas itu kita akan mendengar pula ada tentera yang bakal mati lemas apabila KAPAL SELAM yang dipesan siap dan mula digunakan oleh tentera Malaysia.

Jika negara kekurangan dana, rakyat terpaksa mengeluarkan wang untuk bantu kerajaan. Jika harga barang naik dan kerajaan perlukan wang untuk pembangunan, rakyat terpaksa korbankan subsidi untuk kerajaan. Jika kerajaan membeli senjata yang tidak berkualiti, rakyat korbankan nyawa untuk kerajaan. Tapi yang pasti bukan salah Najib, kerana beliau sekadar pembeli BESI BURUK untuk Malaysia.

ALLAHUAKBAR!!!
posted by jasindaily online @ 9:17 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com