Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
BEKAS SU POLITIK TUN DAKWA DIUGUT
Thursday, June 29, 2006
Pagi tadi Matthias Chang, bekas Setiausaha Politik kepada Tun Dr Mahathir semasa Tun PM dahulu telah mengadakan suatu sidang akhbar yang panjang lebar di pejabatnya di KL.
Beliau sebelum ini telah mencabar kedua-dua Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Timbalan Pengerusi NST Kalimullah Hassan untuk berdebat bagi membuktikan yang mereka bukan dalang di sebalik Dollah Badawi yang telah menggunakan kesempatan yang ada bagi memperkayakan kedudukan masing-masing.
Sehingga kini kedua-dua yang berkenaan itu tidak pun menyahut cabaran Matthias dan sebaliknya Matthias diserang oleh pelbagai pihak khususnya dari kalangan Umno kerana didakwa bersumpah dengan al Quran semasa membuat cabarannya itu (Matthias sebelum ini dilaporkan telah bersumpah dengan kitab-kita suci semua agama termasuklah al Quran bagi membuktikan kebenaran dakwaan beliau).
Hari ini Matthias membuat suatu pendedahan baru. Katanya beliau telah diugut oleh pihak-pihak tertentu termasuklah oleh Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri. Kata beliau Timbalan Menteri berkenaan menyampaikan kata-dua dari pihak atasan iaitu agar Matthias berhenti dari mengeluarkan cabaran dan pendedahan, jika tidak beliau boleh dipenjarakan.
Kata Matthias beliau langsung tidak pedulikan ugutan itu dan malah bersedia menghadapi risikonya kerana beliau yakin apa yang didedahkan oleh beliau dan Tun sejak akhir-akhir ini adalah benar belaka.
Beliau kesal bagaimana Khairy yang tidak pernah dilantik ke apa-apa jawatan kerajaan boleh menguasai dan mempengaruhi keputusan-keputusan kerajaan, semata-mata kerana beliau adalah menantu kepada PM. Dan kini Khairy menguasai sebuah bank pelaburan iaitu apabila Avenue Capital Resorce Berhad dan syarikatnya ECM Libra Bhd (yang turut dipunyai Kalimullah) bergabung dan disenaraikan di Bursa Malaysia semalam dalam satu usahasama yang melibatkan RM293 juta.
Kata Matthias Khairy telah menggunakan kedudukannya khasnya melalui bapa mertuanya untuk memperolehi bank pelaburan ini.Apabila kita memikirkan segala dakwaan dan kritikan Tun disamping cabaran dan pendedahan berani Matthias ini, kita bimbang negara hari ini benar-benar sedang dikuasai oleh mereka yang lemah dan dilemahkan dengan kehadiran satu-dua individu tertentu yang kelihatan menguasai negara di sebalik tabir.
Sampai bilakah permainan ini akan berterusan sedangkan Dollah ke hulu hilir menjual dan menajaj agenda perang rasuah dan kerajaan telus dan berintegriti beliau itu.
Mana ada telus dan mana ada integriti jika anak dan menantu PM sedang secara aktif menggunakan kedudukan beliau untuk mengaut keuntungan masing-masing.
Sementara itu Matthias menyatakan beliau akan menyaman Kalimullah Hassan dan meminta mana-mana pihak samada Dollah ataupun Khairy ataupun Kalimullah sendiri untk menyamannya agak beliau boleh menyatakan kebenaran di mahkamah yang terbuka.
posted by jasindaily online @ 5:37 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com