Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
ZAM SAHKAN PAK LAH PENAKUT.
Tuesday, July 04, 2006
Kenyataan Zam dalam akhbar perdana bahawa Pak Lah "takut" jumpa TDM sendirian sebab TDM "garang" terhadap Pak Lah. Pak Lah hanya boleh jumpa TDM melalui orang tengah yang TDM sayang.
Begitulah lebih kurang kenyataan Zam.Kenyataan Zam itu telah mengesahkan kepada rakyat bahawa PM Malaysia yang ke 5 ini adalah PM yang penakut. Baru TDM gertak sikit dan nak kejar sampai lubang cacing dah takut nak jumpa TDM.
Rasa takutnya PM ini terpaksa dibela oleh Kalimullah. Kali berbohong kepada rakyat bahawa TDM yang nak jumpa Pak Lah di Tokyo. TDM sendiri yang nafikan dan Pak Lah lah yang nak jumpa TDM. Bila jumpa TDM 10 minit ,tapi tak cakap apa-apa pun.Macam anak-anak takut kat bapak .
Minta duit belanja sekolah mesti melalui ibu, orang tengah. Bapa yang sayangkan ibu , bagi duit belanja sekolah anak melalui ibu. Kasihan Pak Lah ,PM kita .
Macam anak sekolah, takut kat bapak yang garang.Tak heran kalau PM Singapura dan menteri mereka tidak mahu teruskan pembinaan jambatan begkok Mahathir, maka Pak Lah siang-siang tarik diri. Takut diancam Singapura. Belum lagi Uncle Sam yang ancam. Betulah kata TDM bahawa PM kita ini "half past six and no guts".
Betulah kata Samsul Iskandar,Tim.Ketua Pemuda Keadilan bahawa PM lemah. Kesimpulannya Zam mengesahkan bahawa Pak Lah lemah tenaga zahir dan batin.
posted by jasindaily online @ 5:43 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com