Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
KITA RAKYAT YANG BODOH!
Monday, July 03, 2006
Lalu selepas menyerahkan kepada kabinet untuk menjawab segala permasalahan yang dibangkitkan oleh bekas Perdana Menteri ke-4, Abdullah Badawi al-Hadhari pergi berihat di luar negara selama dua minggu mulai Khamis lalu. Untuk tidak menampakkan beliau makan duit negara dengan pemergian itu, beliau kononnya pergi menjalani rawatan resdung?

Apakah hendak rawat resdung pun sampai pergi ke Perth, Australia? Tidak cukupkah dengan segala macam klinik dan bomoh resdung yang ada di dalam negara ini? Bertimbun dan bersepah bomoh-bomoh resdung dan juga bomoh penyakit kronik lain di negara ini. Kebanyakannya dipelopori oleh orang Melayu! Bukan itu sahaja, klinik yang menjalani pembedahan secara ghaib juga ada.

Tetapi Abdullah ke Asutralia untuk mendapatkan rawatan resdung di sana? Beliau tidak menghormati kebolehan pakar dan bomoh tempatan? Seruan agar melancung di dalam negeri menerusi 'Cuti-cuti Malaysia' juga tidak mendapat perhatin PM sendiri. Abdullah cakap saja tetapi tidak bikin. Weekkkk........

Ataupun pemergiannya untuk berihat bersama sanak keluarganya sambil melihat rumah dan berbagai aset baru milik keluarganya di sana. Kamaruddin dikatakan membeli berbagai aset termasuk rumah, ladang dan juga sebuah jet persendirian. Mungkin untuk itu? Australia menjadi negeri kedua kebanyakan pemimpin negara ini. Bukan saja Abdullah, itu Samy Vellu juga dikatakan ada aset dekat sana. Begitu juga dengan menteri-menteri Cina.

Kita rakyat marhaen saja yang disuruh duduk elok-elok di Malaysia ini. Sementara mereka semua sudah ada tempat dan kubu perlindungan di negeri kanggaro itu. Takdirnya jadi apa-apa bencana buruk ke atas Malaysia mereka semua akan melarikan diri di sana, yang tinggal di sini ialah kita semua. Mereka hanya mengaut harta benda dari sini kemudian di lambak ke negara lain. Dasar penyamun begitulah..

Tidak kisahlah ke ke mana Abdullah Badawi al-Hadhari hendak pergi, dia adalah perdana menteri. Beliau boleh menggunakan apa saja peruntukan negara untuk melepaskan angin dan makan angin. Lagipun Petronas sudah untung sehingga 21 peratus. Keuntungan itu boleh digunakan untuk kemudahan perdana menteri dan juga menteri lain, asalkan jangan digunakan untuk meringan bebanan rakyat sudah lah.

Riuh 'randah' media masa mengumumkan mengenai keuntungan 21 peratus Petronas. Rakyat Malaysia yang bodoh dungu pun syok membaca berita itu tanpa mengira apakah yang mereka dapat dari keuntungan itu semua. Kalau benar kerajaan Abdullah al-Hadhari prihatin kepada rakyat gunakanlah keuntungan itu bagi meringankan beban rakyat. Turunkanlah harga minyak dan gas. Apakah dilakukan? Tidak.

Demikian juga dengan bapa Marina. Selepas menyampaikan ucapan khas dan berdialog di Taman Melawati, 24 Jun lalu, beliau berlepas ke Turki dan Greece. Dia juga pergi bersama sanak saudaranya. Serupa dengan Abdullah juga, bapa Marina itu tidak mengeluarkan wang satu sen pun untuk melancung dan berihat. Jutawan Ananda Krishnan, sudah sedia membantu apa saja keperluan untuk bapa Marina itu.

Sebutlah ke mana bapa Marina hendak pergi, semuanya beres. Ananda Krishnan akan membayar berapa sahaja, dan dia mampu berbuat begitu kecualilah ke syurga. Berapa banyak pun Krishnan ada (harga) beliau tidak mungkin dapat membeli tikit untuk bapa Marina dan mak Marina untuk masuk syurga. Bekas PM itu dan termasuk PM hari ini kena beli 'tikit' sendiri dan menggunakan wang sendiri untuk masuk ke syurga. Wang hasil rasuah tidak laku di syurga! Kita juga begitu.

Ketika inilah (bila bekas PM nak bercuti) orang atau korporat yang ditolong mendapatkan projek dan meregut khazanah dan harta negara akan membantu bekas PM itu. Ananda Krishnan kaya dan mendapat banyak projek yang bapa Marina berikan. Projek menara berkembar Petronas adalah miliknya. Measet, Maxis dan Astero adalah miliknya.

Percutian, makan, pakaian dan shoping orang besar semuanya ditanggung. Mereka tidak mengeluarkan wang sendiri walaupun setengah sen. Tunjuk saja, oder saja.. barang itu akan sampai ke rumah. Kalau Rosmah Mansor isteri Razak Hussein boleh berbuat begitu, membeli barang berjuta ringgit dan dimuatkan atas halikeptor tentera udara, apa lagi bapa Marina dan juga Abdullah. Mereka lebih besar pangkat penyamunnya!

Yang lapar, yang leteh adalah kita rakyat marhaen. Untuk bercuti ke luar negeri sekali dalam tempoh 10 tahun pun tidak dapat. Atau kalau sesekali pergi hanya ke Medan. Itu pun setelah menyimpan duit bertahun-tahun. Kemudahan dan fasalitis haram inilah menyebabkan orang hendak jadi menteri atau PM. Itulah sebabnya orang politik gila-gila memperjuangkan untuk merebut jawatan itu.

Kita, rakyat yang bodoh ini pula gila-gila mendokong dan menyokong mereka. Ikut apa yang pemimpin kata dan suruh. Suruh bangun kita bangun, suruh berlunjur kita berlun jur. Tengok apabila bapa Marina bergaduh dengan Abdullah, kita bukan main lagi jadi tukang kipas dan tukang angguk nombor satu. Sampai kita 'berkekah bergaduh' sesama sendiri, kita rela kerana menjadi abdi mereka.

Yang sokong Abdullah bukan main lagi mempertahankan duda tua itu. Yang sokong bapa Marina pula sampai lupa makan dan minum, puja dan sanjung pesara tua itu. bubuh atas tandu dan usung ke hulur ke hilir. Kononya dia lebih baik, lebih adil, lebih telus dan lebih segala-galanya dari Abdullah. Apabila bapa Marina kritik Abdullah, kita yang bodoh ini pun turut bersama bapa Marina. Kita bertepok dan memberi semangat kepadanya, tanpa memikirkan apakah dan bagaimana kedudukan kita. Kita hanya alat dan perkakas mereka.

Apa nak jadi? Orang yang kini sedang membelasah Abdullah itulah yang kita sama-sama belasah dulu. Apa yang kita tidak lebelkan kepadanya; Firaun, Dajal, Haman dan sebagainya kita lempar dan tuduh kepadanya. Bila dia buat nyanya kepada Anwar Ibrahim kita sembur dan sumpah dia habis-habisan. Seluruh wajah bapa Marina itu kita pandang huduh. Sampai 'shit' pun kita lemparkan kepadanya.

Eh.. alih-alih hari ini bila dia kritik Abdullah, kita tumpang semangkuk. Kita pula susah-susah, sorak dan angguk apa yang dia kata. Kita membenarkan apa yang dilemparkan, padahal apa yang dia tuduh itu (kepada Abdullah), itulah juga yang dia lakukan. Bapa Marina bersikap berkata dulang paku serpih terhadap Abdullah.

Majlis di Taman Melawati 24 Jun lalu sungguh memalu dan menjijikkan. Kalau setakat manusia bankrup di dalam Umno hadir dan memberi tepok sorak dan mendukong bapa Marina tidak mengapa. Wajarlah orang bankrup dan bangsat berkawan dengan orang bankrup dan bangsat. Ini tidak, kita yang dulu tentang bapa Marina, juga turut hadir. Turut berada di bawah dagunnya, bertepuk dan mengiyakan apa yang diucapkkan.

Tersengeh-sengeh, terhegeh-hegeh bangga kita bila bapa Marina bersalam dan menepuk belakang kita. Bersimpuh lendik macam anak dara pula kita di hadapan Firaun itu. Apa yang pemimpin Singapura buat ke atas Abdullah (tepuk belakang dan Abdullah lena), itulah juga yang bapa Marina lakukan ke atas belakang kita. Kita bukan setakat lena tetapi turut bermimpi indah bersama bapa Marina. Sedih..!

Mana maruahnya? Kononya beberapa pemimpin pembangkang itu datang hendak mendapat input daripada laki Siti Hasmah itu. Kedatangan itu sebagai sokongan moral dan juga galakan semangat agar bapa Marina itu terus bergasak dengan Abdullah. Teori mereka, kalau bapa Marina bergasak dengan Abdullah kitalah yang akan untung? Untung apa, untung sabuk ke? Tidak usahlah hendak cuba mainkan bapa Marina dia lebih licit dan ligat daripada kita.

Senang teori golongan penangguk di air keruh ini yang terdiri daripada siswa politik tahun satu! Cara mereka itu juga menyerlahkan mereka tidak yakin dengan kekuatan sendiri. Tidak yakin dengan agenda dan juga misi perjuangan yang mereka bentangkan kepada rakyat. Mengambil kesempatan mencari untung di atas pergaduhan bekas PM dengan PM bukan satu langkah bijak dan gantleman. Cara itu sepertilah memakan bangkai yang dipanah oleh pemburu lain!

Cara itu ialah cara orang yang lemah. Orang yang tidak mempunyai kekuatan dan juga keyakinan dan kepercayaan kepada diri sendiri. Cara orang yang sanggup mengadaikan air muka dan maruah kerana mengharapkan kemenangan dari jalan yang salah. Cara orang yang tidak mempunyai prinsip dan menghormati kepada diri sendiri.

Diharap lain kali pada pemuka pembangkang (siswa politik tahun satu itu) tidak akan mudah menuruti apa kata si bankrup politik yang menjadi agenda bapa Marina itu. Kita ada akal, ada jati diri perjuangan dan ada maruah, kita lakukanlah dengan kekuatan kita sendiri. Yang penting kita kena pastikan bahawa niat kita akan sama dengan perbuatan kita, kerana itulah prinsip pejuangan sejati yang berteraskan apa yang menjadi landasan parti, al-Quran dan al-Hadis, atau kebenaran, ketelusan dan keadilan
posted by jasindaily online @ 5:57 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com