Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
NAZRI MACAM ASTRO
Saturday, July 01, 2006
DULU DALAM BERSEJARAH

Dua malam yang lalu TV3 menemuramah si dogol Nazri Aziz dan beliau menyatakan beliau sebenarnya sedang mempertahankan UMNO dari kecaman luar. Sejauh mana perjuangannya dan sehebat mana kepahlawanannya?

Spesis seperti Nazri Aziz ni, sebenarnya tidak boleh hidup tanpa UMNO. Bukan kerana untuk mempertahankan agama dan bangsa tetapi hendak melukut ditepi gantang. Tiada parti di Malaysia ini sesuai dengan spesis seperti ini dan beliau sendiri pun tidak akan menyertai parti kecuali UMNO, kerana UMNO adalah lubuk bermacam binatang buas, seperti buaya, singa dan dubuk-dubuk yang menantikan peluang untuk meratah daging dan dihirup darahnya. Binatang yang besar mahu pun kecil tidak terkecuali dari menjadi mangsa. Sedikit leka bakal mengundang bahaya.

Budaya UMNO membenarkan peniaga menyertai UMNO. Kononnya dengan cara ini mereka akan serba sedikit menyumbang untuk perjuangan UMNO. Tetapi istilah ini hanya tinggal istilah, sebenarnya UMNO menyumbang akan kemajuan perniagaan ahli-ahli politik. Semenjak Nazri menjadi MENTERI, syarikat guamannya bertambah hebat. Dengan berbekalkan perhubungan, peluang di peringkat atasan, apa jua peluang yang sepatutnya disalurkan kepada orang MELAYU, disapu pergi tidak tinggal sedikit pun. Kerana itu maka, hak orang Melayu sebenarnya sudah dibawa pergi berkoyan-koyan oleh kumpulan petualang bangsa seperti ini.

KEJAYAAN BELIAU

UMNO memerlukan spesis yang seperti ini. Sanggup menjerit bila bulan mengambang dan tidur ketika panas siang. Selain bermulut celupar beliau juga mampu membawa dan memperkenalkan UMNO kepada rakyat dan memperjelaskan siapa UMNO sebenarnya. Nazri umpama TV ASTRO. Ada banyak channel dan MACAM-MACAM ADA. Namun ASTRO tiada Channel 9 (Media Prima), yang memfokuskan kepada bangsa Melayu dan agama Islam. Kerana itu beliau berjuang bermati-matian untuk IFC dan Islam Liberal. Untuk bangun memperjuangkan Islam sejati dan bangsa Melayu, tiada di dalam fokus beliau. Minta maaf ye...salah kounter.

Tidak pelik jika Nazri Aziz mampu bertahan begitu lama. Selagi undi POS masih boleh digunakan dan selagi SPR masih menjadi AGEN politik UMNO, maka tidak hairan Nazri akan menggondoli dengan kemenangan di tempat beliau seperti yang berlaku pada pilihan raya 2004 yang lepas. Nazri memenangi 9,214 undi berbanding lawannya Mohd Zolkafly Yahaya yang memperolehi undian sebanyak 4,442.

Kebanyakan pengundi yang mengundi di Padang Rengas sebenarnya tidak berminat dengan politik. Pertanian adalah kerjaya utama di sana. Pada pengundi yang penting, ada jalan, ada letrik, ada air dan anak boleh sekolah sudah mencukupi bagi mereka. Harta dan kemewahan bukan lah menjadi tujuan hidup kecuali mereka yang bersekongkol dengan Nazri. Pada penduduk di sana, tunggul pun tak per, syaitan gondol tak kesah, asalkan UMNO.

Mungkin undian akan datang adanya perubahan. Ini adalah kerana harga barang sudah semakin menaik. Disusuli dengan kenaikan bil elektrik yang pastinya membuka minda dan mata penduduk Padang Rengas. Tapi tidak mustahil sekali lagi Kerajaan akan cuba mengedarkan janji-janji pilihan raya yang bukan penting untuk direalisasikan. Seperti yang terdahulu.

CERITA TERBARU

Dengan hebat beliau bersuara untuk bersemuka dengan Mahathir menjadi tajuk utama akhbar dan media. Sekali lagi beliau menjadi HERO SEMANGKUK yang padanya memberikan peluang untuk menjulang karier politiknya. Tapi tiba-tiba pada hari ini (29/6/2006 UM) beliau dikejutkan dengan bantahan Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Maulizan Bujang dan disokong pula oleh Ketua UMNO Gelang Patah, Abdul Aziz Sapian. Teguran itu menyatakan bahawa tindakan siGONDOL ini akan menambah kelam-kabut di dalam UMNO dan kerajaan.

Sudah pasti perbalahan ini akan berlanjutan. Ini adalah kerana Nazri Aziz tidak sekali-kali tunduk dengan mereka yang berada di bawah. Apa layaknya Ketua Pemuda menegur tindakan seorang MENTERI DIJAMBAN PERDANA MENTERI. Beliau hanya tunduk kepada PM, Abdullah Badawi dan pernah tunduk kepada xPM, Mahathir Muhammad.

MASA DEPAN BELIAU

Pelbagai kesalahan dan penyelewengan beliau sudah diketahui umum. Namun sikap garang beliau ini adakalanya ditakuti oleh media. Media sudah seperti anjing comel yang menggigil ketakutan kepada Nazri yang rupanya seperti anjing RODWELLER yang garang dan melelehkan air liur busuknya. Bisa menggigit kawan, lawan mahupun TUAN. Kini beliau sudah berani menggigit tuan lamanya, yakni MAHATHIR. Mampukah Mahathir menyerang balas akan kata-kata Nazri atau tidak melayani gelagat anjing ini kerana RODWELLER NAZRI ini sebenarnya duduk di dalam sangkar.

PERJUMPAAN

Jika perjumpaan dengan Mahathir dilakukan secara bertutup, maka tidaklah diketahui perbincangan mereka di dalam. Tidak mustahil Nazri akan tunduk dan kucup ibu jari Mahathir seperti yang berlaku ketika Mahathir menjadi PM. Ini semua boleh berlaku kerana NAZRI adalah ASTRO Sport Channel. Ada 7 saluran dan 7 muka pada waktu yang sama.

Apa-apa pun, kurang ajar Nazri ini sudah semakin biadap. Beliau sudah seperti KADUK NAIK JUNJUNG. Sudah bisa mengeluarkan kata-kata yang sombong dan bongkak kerana kedudukan dan kemewahan yang beliau ada. Bersyukur benarlah IBU BAPA yang melahirkan spesis seperti NAZRI ini.

Bukan sahaja Tuan sudah mampu digigit, malah agama mampu diperkotak-katik. Padanya KAYA DAN HEBATNYA beliau, bukan kerana ALLAH, tapi kerana usaha beliau. Tidak mustahil suatu hari nanti, Nazri berubah menjadi MALIM KUNDANG yang matinya dipanah petir kerana ADA UBI ADA BATAS dan BUKU lawannya hanyalah RUAS.
Cerita untuk dikongsi bersama: Jiran saya berbangsa TIONGHUA mula membela seekor anjing kecil RODWELLER YANG KECIL dan akan dididik untuk menjaga rumah, esoknya beliau kata. "ANJINGNYA SUDAH DICURI KERANA KECIL DAN MUDAH DIANGKUT" lalu beliau membela RODWELLER yang besar dan keesokan harinya, beliau datang dan berkata, "ANJING ITU SUDAH GIGIT KAKI SAYA." Sekarang rumahnya ada ANGSA yang akan menjerit kalau ada orang masuk ke rumah.
posted by jasindaily online @ 8:01 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com