Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
PAS APA NAK DIKATA?
Saturday, July 01, 2006
Dipetik dari malaysiakini.com. "Beliau berkata Presiden PAS Abdul Hadi Awang telah menjelaskan kepada beliau (Anwar Ibrahim) bahawa pemimpin PAS - termasuk Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa, Naib Presiden Husam Musa dan Ketua Pemuda Salahuddin Ayub - telah menghadiri majlis tersebut kerana ingin mendengar pandangan Mahathir tentang kerajaan sekarang"
Tapi Husam menanda tangani "banner" besar yang menghargai kontribusi dan ini dibuat seperti satu deklarasi untuk meneruskan perjuangan Dr Mahahtir. Satu tindakan menyokong dan bukan "curious" seperti yang dikatakan oleh Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Ini tidak digemari oleh Keadilan dan Azmin Ali sebagai Naib terus mengecam mereka yang hadir dari kalangan pembangkang sebagai "Telahan segelintir pemimpin ini bahawa kehadiran mereka adalah untuk membuat provokasi terhadap Mahathir supaya lebih lantang mengecam Abdullah adalah perhitungan politik yang naif dan cetek."

Persoalannya - kenapa mereka hadir dan kenapa mereka seolah-olah percaya kepada Tun Mahathir. Adakah mereka hadir untuk loncatan politik yang bakal menunjukkan bahawa PAS dipimpin oleh mereka yang mudah memaafkan dan dalam lain perkataan mudah lupa. Adakah kehadiran mereka khususnya PAS dan wakil KEADILAN membelakangi Anwar atau lebih tepat lagi tidak lagi hormat kepada Anwar dan bersekongkol dengan musuh besar Anwar Ibrahim. PAS apa nak dikata?

Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa bagi PAS, Islam adalah lebih penting dari politik. Apabila kita bercakap soal Islam, apa yang penting ialah untuk menyeru manusia seluruhnya kepada Islam, tidak kira samada mereka itu rakyat atau pemimpin. Tidak kira samada pemimpin yang dizalimi atau pemimpin yang zalim. Adalah menjadi kewajiban kita menyeru mereka kepada Islam sebagaimana yang pernah dijelaskan oleh Rasulullah SAW yang bermaksud, "Bantulah saudara kamu yang dizalimi dan yang zalim." Apabila baginda ditanya oleh para sahabat, bagaimana mahu membantu mereka yang zalim, Rasulullah menjawab, "tegahlah mereka dari melakukan kezaliman."

Kita tahu bahawa Mahathir pernah berlaku zalim. Betulkah Islam kita kalau kita berterusan meninggalkan Mahathir dalam kezaliman? Bukankah menjadi kewajipan untuk menarik Mahathir ke jalan yang benar. Mahathir yang pernah zalim kini telah hilang kuasanya. Tetapi yang berkuasa kini adalah Pak Lah yang memenjarakan Nik Azli tanpa bicara.

Anwar Ibrahim pernah dizalimi oleh Mahathir. Kini, kedua-dua mereka telah hilang kuasa. Saya yakin dengan kesabaran Anwar Ibrahim, Allah telah menyediakan ganjaran yang banyak untuk beliau di atas kesabaran beliau. Tetapi saya lebih yakin bahawa Allah akan memberi ganjaran yang berlipat kali ganda jika Anwar memaafkan orang yang menzaliminya dan tidak terhingga ganjaran di sisi Allah jika sekiranya Anwar dapat membawa orang yang menzaliminya ke jalan yang benar.

Oleh itu, adakah salah jika pemimpin PAS pergi mendengar atau berjumpa dengan Mahathir dengan niat untuk menarik beliau kembali ke pangkal jalan. Satu ketika dulu, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang pernah berkata bahawa beliau sanggup menjadi pembawa beg pemimpin Umno jika sekiranya Umno melaksanakan hukum Islam yang berasaskan kepada al-Quran, Hadith, Ijma' dan Qias.

Begitu juga, semasa PAS memerintah negeri Terengganu selama satu penggal bermula tahun 1999 sehingga tahun 2004. Menteri Besar Terengganu ketika itu, iaitu Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berkata, bahawa kerajaan negeri akan tetap melaksanakan hudud walaupun terpaksa menerima kekalahan dalam pilihanraya akan datang (2004). Dan kita dapati PAS Terengganu melaksanakan janjinya dan negeri Terengganu merupakan negeri pertama dalam Malaysia yang memilih sumber hukum berasaskan kepada al-Quran, Hadith, Ijma' dan Qias dan hasilnya PAS Terengganu telah diuji oleh Allah SWT dengan kekalahan yang besar dalam pilihanraya ke 11.

Bagi mereka yang tidak faham, mereka menganggap bahawa PAS telah kalah, tetapi bagi mereka yang faham, mereka sedar apa yang berlaku adalah ujian daripada Allah SWT sebagaimana Allah menguji Nabi Muhammad dan para sahabat baginda dalam peperangan Uhud
posted by jasindaily online @ 7:54 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com