Apabila pemimpin berkata, pembatalan projek Jambatan adalah kerana rakyat tidak mahu menjual pasir dan ruang udara kepada Singapura. Adakah persengketaan ini ada kaitannya dengan Singapura? Adakah pembatalan ini punca rakyat yang tidak bersetuju? Siapakah antara rakyat yang tahu tentang penjualan pasir sehinggalah perkara ini diberitahu? Malah akhbar melaporkan, Singapura tidak tahu menahu langsung tentang pembatalan projek ini. Maka apa sebenarnya yang sedang berlaku? PERNAHKAH RAKYAT BUAT KEPUTUSAN? Rakyat sebenarnya tidak pernah setuju untuk menjual pasir Malaysia ke Singapura dan rakyat juga tidak pernah minta supaya projek Jambatan dibuat dan dibatalkan. Persoalan yang harus dijawab oleh pemimpin dan pemerintah, bagaimana isu ini timbul dan siapakah yang berusaha untuk timbulkan masalah ini? Adakah 2 perkara ini ada kaitannya dan siapa dalang di sebalik usaha ini? HASIL TANGAN PEMBELA BANGSA DAN NEGARA Rupa-rupanya penjualan pasir yang TIDAK PERNAH dipersetujui oleh rakyat Malaysia ini sudah berlaku sekian lama. Kerana itu maka Saiz negara Singapura sudah menjadi 1/2 kali ganda besarnya dari saiz asal. Ini menunjukkan bahawa penjualan pasir ini sudah berlaku sejak dahulu lagi. Namun rakyat tidak sedar kerana kita masih lagi menggunakan ATLAS yang sama dengan saiz Singapura yang sama seperti dahulu dan usaha mereka tidak kelihatan di mata, dijelas di telinga. Namun yang jelas adalah kedua-dua masalah ini berpunca dari hasil pengkhianatan pemimpin UMNO yang hanya mampu dilakukan oleh mereka di atas KUASA yang diberi. Dan nyata kedua-dua isu ini ada kaitannya dan sekarang ini cuba diBONGKAR oleh pemimpin yang di dalam masa yang sama tidak menyentuh DOSA yang juga mereka lakukan. Mari kita kaji bagaimana ini berlaku. Ada 2 pihak utama yang terlibat tetapi kini golongan penting ini sudah menjadi 2 pihak. Pak Lah selaku PM Malaysia sekarang, jelas membatalkan kedua-dua projek serentak. Apabila Penjualan Pasir dibatalkan, Jambatan juga dibatalkan. Ianya seperti, buat satu tindakan kepada 2 perkara yang berbeza. JAMBATAN Pembinaan Jambatan adalah satu projek kerajaan yang dilakukan seperti membuat Jalan raya. Selepas jalan raya dibuat, akan ada toll dan bayaran yang perlu dibuat. Maka melakukannya menggunakan wang rakyat dan selepas siap ia masih mengaut hasil rakyat. Pendapatan ini akan berpanjangan dan ia jelas memberikan peningkatan ekonomi pada individu yang terlibat. Penjagaannya (Maintenance), Pembayaran atas penggunaannya (seperti toll) dan sebagainya. 1. TAN SRI RAZALI ISMAIL - Chairman 2. Dato' Yahya Abdul Jalil - Managing Director 3. Ir. Yoong Hoi Sing - Executive Director 4. Hj. Azahar Abdul Aziz - Director 5. Anand Pond Ponnudurai - Director 6. Kamal Hisham Jaafar - Director 7. Datuk Mohd Khamil Jamil - Director 8. Haji Mohd Redza Shah Abdul Wahid - Director 9. Chock Eng Tah - Director 10. Khong Seng Huat – Director (siapa proksi, siapa original, siapa bangsat dan siapa pengkhianat?) JUAL PASIR Penjualan Pasir ke Singapura pula adalah usaha sebahagian lagi makhluk UMNO. Tapi siapakah sebenarnya DALANG ini? Usaha perniagaan yang mudah, dikorek, dikumpul dan dijual. Melalui saluran air dan saluran paip yang dibuat secara tutup dan pendam. Semua tidak tahu. Sedar-sedar laut semakin dalam, hidupan laut terancam dan Malaysia sudah seperti cendawan besarnya atas dan runcing kiri dan kanan. TETAPI, isu ini tidak pernah di dedahkan oleh sesiapa pun, dari segi usaha dan penglibatan. Sudah pasti proses ini dilakukan oleh Singapura sendiri, cuma KEBENARAN adalah dari sipengkhianat UMNO. Apa yang susah sangat? Segala-galanya tertulis. Berapa isi padu pasir diambil dan dikira dengan jumlah caj setiap meter padu. Maka terjumlahlah wang yang perlu dibayar kepada PENGKHIANAT-PENGKHINAT ini sebelum pengagihan dibuat setiap bulan. Mudah dan ringkas, namun berbaloi sebab rakyat sentiasa BAHLOL.
SIKIT SAMA SIKIT, BANYAK SAMA BANYAK Pembahagian sesama mereka adalah usaha "membenarkan" pengkhianatan. Semua pun ada terlibat. Ini mainan orang atas dan untuk orang bawahan, akan adalah projek potong rumput, bersih jambatan, cuci longkang, bekal pekerja dan lain-lain kontrak ciput. Oleh itu apabila orang atas ditentang, maka mereka berkumpulan berpadu tenaga untuk bersama kerana semua sudah diberi pendapatan dan semua sudah diberi peluang. Jangan dikata kacang lupa kulit. DEDAHKAN DAN BONGKAR - kata rakyat. Rakyat mahu pendedahan dibuat. Walaupun sekadar harapan, tapi rakyat sedar bahawa kuasa ahli politik@pengkhianat negara ini bukan mudah untuk kesalahan mereka dipertontonkan. Kerana mereka berlakon hanya di sebalik TABIR. Atau di dalam bahasa lain, 'kuku yang mencengkam' atau 'tangan-tangan'. Dengar suara tapi tidak jelas si EMPUNYA. Penubuhan syarikat dan kebanyakan pengarah adalah PROKSI penting ahli politik. Kecuali Mahkamah sahaja yang boleh dedahkan siapa dalang di sebalik semua angkara ini. Tapi sejauh mana Mahkamah bertindak seberani ini, memandangkan Mahkamah juga tertakluk dibawa kuasa mereka.
Namun yang jelas, terbengkalainya kedua-dua projek ini membawa kemelut persengketaan antara 2 pihak utama dan ada pihak lain yang turut menjerit dan kesakitan. Jika tiada pendedahan dibuat, maka usahlah kamu mencari siapa BANGSAT di antara BANGSAT-BANGSAT yang ada.
ORANG TENGAH Orang tengah yang diusahakan oleh UMNO, tidak akan mendatangkan KEBAIKAN kepada rakyat. Ini adalah kerana 'orang tengah' yang dilantik sudah pasti di kalangan mereka yang khianat juga. Maka ianya tidak akan ke mana kecuali untuk pendam rahsia dan meneruskan pengkhianatan. Jelasnya PASIR dan JAMBATAN, dua sengketa dari satu punca. Dan puncanya adalah sebuah parti yang KONONNYA berjuang untuk bangsa dan agama, yakni UMNO yang sebenarnya berjuang untuk jadi kaya dan gadaikan negara. Dan akhir ini, akibat pembatalan, GERBANG PERDANA menuntut pampasan sebanyak RM360 juta yang sebelum ini cuma RM100 juta. Jika pembayaran dibuat, jika pasir kembali dijual, adakah kerajaan PERLU tanya rakyat?
|