Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
SYED HAMID NAK JADI HERO..PAK LAH TAK CUKUP JANTAN KER ???
Sunday, July 02, 2006
Itulah budaya UMNO / BN, masing-masing nak menonjol, masing-masing nak jadi "orang kuat" kepada "orang kuat", orang yang berkuasa. Manalah tau, kot-kot bintang semakin cerah dengan mengampu bos? Apa salahnya membodek? Bukankah budaya bodek membodek dalam UMNO / BN hatta kerajaan sekali pun, sudah berakar umbi sejak zaman TDM lagi? Malah tidak keterlaluan kalau dikatakan TDM jugalah yang mempopularkan budaya ini.

Selepas Nazri Aziz si kaki pukul mulut celupar itu menyalak-nyalak kepada bekas bosnya yang dipuja dulu, kini giliran Syed Hamid pula nak berlagak hero mempertahankan bosnya yang baru. Tidak kiralah kalau pun dengan cara temberang! Nampaknya menteri-menteri ni semua nak jadi hero, Pak Lah tak perlu bercakap sepatah haram pun, sebab ramai yang bersedia menjawab bagi pihaknya. Hebat! Memang hebat! Hebat sungguh Imam Islam Had Hari-hari ini!

Kata Nazri Aziz, kabinet buat keputusan tak benarkan Pak Lah "personally" jawab. Betul ke? Soalnya, kalau pun Pak Lah taknak jawab dan arahkan menteri-menteri dia tanggung sendiri, berani ke mereka bantah arahan Pak Lah itu? Saya rasa, belum pun Pak Lah habis satu ayat........."Menteri-menteri diminta............." Terus, berduyun-duyun mereka angkat tangan, kami sokong! Selepas tu baru mereka tahu semua menteri-menterilah yang kena jawab kritikan TDM, Pak Lah tak perlu! Kata orang, Pak Lah ni hebat, senyap yang berhemah!

Bila Syed Hamid cuba "memberi penjelasan" kepada TDM, nampak semacam badut sahaja apabila beberapa fakta cuba disembunyikan untuk mengelirukan rakyat agar nampak macam TDM menanyakan soalan tanpa usul periksa atau menanyakan soalan sambil pura-pura tak tahu faktanya. Malah, Pak Lah pernah menyebut bahawa kerajaan akan memberi penjelasan, terpulanglah kepada semua pihak termasuk TDM sendiri sama ada menerimanya atau tidak. Baguslah kalau macamtu, ertinya tak perlu ada ruang perbahasan atau perbincangan untuk mencari kebenaran. Anda soal, saya jawab, betul atau tidak, terima saja, habis cerita! Tutup kes! Begitulah caranya pemimpin UMNO / BN memperbodohkan rakyat marhaen, memperlekehkan dan menghina intelektualiti kita, sejak Dulu, Kini dan Selama-lamanya..........jadi bangang!

Kalau pun boleh dikatakan "jawapan" yang terpacul keluar dari mulut Syed Hamid, ianya mungkin terlebih awal dari data yang dapat diproses oleh otaknya. Fakta sebelum ini telah membuktikan bahawa Syed Hamid tidak konsisten dalam soal sama ada terdapat implikasi undang-undang antarabangsa terutamanya apabila paip air dari Johor ke Singapura terpaksa diubah kedudukannya sekiranya projek jambatan ini diteruskan.

Tidaklah dapat saya pastikan apa pandangan kebanyakan rakyat marhaen mengenai isu penjualan pasir dan membenarkan ruang udara Johor ini diguna oleh RSAF, tetapi setakat orang yang tidak cerdik macam saya, saya hanya mampu faham dari apa yang dijelaskan oleh TDM sendiri iaitu pakej penjualan pasir dan kebenaran penggunaan ruang udara Johor oleh RSAF itu adalah termasuk dalam perbincangan antara kerajaan Malaysia dan Singapura bagi melaksanakan idea asal yakni jambatan lurus menggantikan Tambak Johor. Kalau TDM menipu, ertinya saya dan sesiapa yang faham sebegini, telah tertipu!

Tetapi dalam usaha TDM untuk melaksanakan jambatan bengkok atau "Scenic Bridge" di dalam wilayah Malaysia, pakej tersebut tidak menjadi sebahagian dari perbincangan antara kedua-dua negara, kerana jelas, kebenaran pemerintah Singapura adalah tidak diperlukan.

Oleh itu jika kita lihat, melalui kenyataan Sufi Yusoff, TDM nampaknya tidak dapat menerima alasan-alasan Syed Hamid sehingga mencabar menteri itu untuk mendedahkan dokumen-dokumen sulit bagi membuktikan kenyataan tersebut. Mungkin juga benar, oleh kerana pakej tersebut (penjualan pasir dan kebenaran menggunakan ruang udara Johor) tidak termasuk di dalam rundingan bagi membina jambatan bengkok, maka kita boleh lihat, TDM berani mencabar Syed Hamid untuk membuktikannya. Kalau begitu, kenapa pula jambatan bengkok yang dibatalkan atas alasan tidak bersetuju dengan pakej perjanjian tersebut? Seterusnya, inilah yang dipersoalkan oleh TDM.

Jika kenyataan Syed Hamid ini diambil kira dan dianggap betul, maka memang bodoh benarlah apa yang dipertikaikan oleh TDM. Apapun dalam hal ini, TDM mungkin tidak menghadapi kerugian yang lebih besar berbanding Pak Lah dan konco-konconya. Nama TDM sudah lama dan sudah sedia busuk pun…dah lama dahh..........Beliau pun sudah jadi "mantan'', sudah pencen! Macam kata TDM, "tak guna tanya pada orang yang sudah pencen, tak guna punya orang" (mungkin betul juga).

Tak mungkin kita akan lupa dosa-dosa TDM sehingga ramai rakyat yang menderita akibat perbuatan beliau. Tetapi takkanlah hanya apabila segelintir pemimpin pembangkang ingin mendengar secara terus kritikan beliau terhadap Pak Lah dan berakhir dengan "bersua muka" dengannya, kita nak jadi kecoh dan marahkan pemimpin-pemimpin pembangkang? Itukah sifat dendam yang ditanam ke lubuk hati kita selama ini? Kalau itulah pendirian kita, sama sajalah kita dengan orang-orang UMNO, penuh dengan dendam kesumat yang tak sudah-sudah! Kita memang berharap TDM akan ditimpa balasan akan perbuatan buruknya yang lalu, tapi dalam masa yang sama, Allah lebih mengetahui apa yang bakal berlaku seterusnya. Kita sama-samalah tunggu dan lihat.

Terpulanglah kepada individu sama ada menyokong atau tidak kritikan TDM, sama ada TDM ikhlas atau sekadar cuba mempertahankan kebobrokan warisan beliau, itu soal lain. Pada saya soal sokong TDM atau tidak, tidak menjadi faktor penting, yang penting adalah pelbagai persoalan yang kita turut ingin Pak Lah dan konco-konconya menjawab dengan tepat / telus, dan secara kebetulannya sekarang, TDM saja yang berani membangkitkannya dan menyerang Pak Lah bertali arus. Malah kita boleh mempersoalkan keberkesanan pihak pembangkang sejak mutakhir ini dalam mengetengahkan isu-isu penting agar menjadi perhatian kerajaan pimpinan Pak Lah yang kita ketahui mengamalkan pendekatan "pekak badak".

Rakyat telah menderita bukan saja di zaman TDM, malah lebih teruk lagi di zaman Pak Lah. Protes demi protes pun, Pak Lah masih tidak ambil pusing. Sekarang tiba masanya Pak Lah menjawab kritikan-kritikan TDM dan bukannya membiarkan panglima-panglima atau hulubalang-hulubalang beliau (baca sebagai badut-badut) untuk cuba menangkisnya sedang Pak Lah sendiri lari ke Australia atas alasan mengubati resdung (sinus), bercuti dengan memancing dan main golf. Nampaknya Pak Lah lebih ada masa bermain golf daripada menangani isu-isu besar yang menuntut penjelasan kepada rakyat marhaen. Semua isu besar yang berbangkit, dengan mudah diserahkan kepada Timbalannya dan pembodek-pembodek seperti Syed Hamid untuk menjawab. Di mana kredibiliti Pak Lah sebagai PM selaku pemimpin agung dan Imam Islam Had Hari-hari? Saya sanggup menyokong kalau Nazri Aziz berani berkata kepada Pak Lah: "be anak jantanlah!"

Buat masa ini, kalau kununnya menteri-menteri ini betul-betul menghayati "ketelusan" kerajaan yang dipimpin Pak Lah, sanggup menyertakan bukti-bukti bertulis mengenai perkara berbangkit, maka persoalan bakal terjawab sama ada TDM yang menyimpang dari fakta atau Syed Hamid yang menceritakan separuh benar (half truth) dan berbohong pula di Parlimen. Apa yang penting bagi kita bukan saja kebenaran, malah harapan kita agar isu-isu seperti ini dan jawapannya oleh Pak Lah akan terpampang dan terdedah secara meluas kepada rakyat marhaen. Maka, di masa akan datang, tibalah giliran rakyat marhaen pula memberi jawapan kepada Pak Lah / UMNO / BN dalam bentuk kertas undi di PRU yang akan datang.
posted by jasindaily online @ 5:43 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com