Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
"ORANG TENGAH" adalah USAHA TUTUP DOSA UMNO
Sunday, July 02, 2006
Umno dikatakan menggunakan kaedah ORANG TENGAH untuk menghentikan perbalahan Mahathir dan PAK LAH. Itu bukan tujuan asalnya, dan kaedah ini adalah untuk menutup ISU PENGKHIANATAN UMNO keseluruhannya. Mereka sesungguhnya bimbang, jika percakaran ini berterusan, akan ada pula tembelang yang bakal diketahui rakyat. Apabila ada usaha sedemikian, maka bersoraklah warga UMNO menarik nafas lega, kerana terselamat dari DIDEDAHKAN, DIBONGKARKAN oleh pemimpin mereka yang asyik BERBALAH.

Selamat UMNO tidak akan kekal kerana ada pihak yang tahu dan mempunyai bukti cukup tentang kejahatan UMNO, masih disusun kerana KEADILAN akan hanya ada apabila sistem kehakiman dipulihkan. Kerana itu ramai Menteri dan TPM sendiri bimbang jika MAHKAMAH bertindak ADIL. Inilah sikap songsang kerajaan.

Mahathir yang selama ini sudah menyalahgunakan wang rakyat, WAJIB di diberikan hukuman. Hukuman perlu diberikan berdasarkan kepada perbicaraan yang telus di MAHKAMAH. Jika ada usaha orang tengah untuk meredakan ketegangan perbalahan, maka rakyat sebenarnya berhadapan dengan masalah. Masalah yang akan menutup TERUS dosa yang telah kerajaan lakukan.

Diberitakan bahawa TUN KHALIL YAAKOB akan dilantik menjadi orang tengah. Ia seumpama meredakan perbalahan antara PEROMPAK dan PENCURI oleh PEROGOL BERSIRI. Apa bezanya dan apakah hasilnya? Untuk tutup cerita dan hapuskan DOSA. Mudah.

ORANG TENGAH dan SURUHANJAYA?

Kaedah ini adalah amat POPULAR bagi kerajaan. Di dalam pelbagai isu yang bersangkutan dengan penyalahgunaan kuasa pemerintah, mereka sering menggunakan SURUHANJAYA yang dilantik oleh MEREKA SENDIRI. Rakyat tidak berpeluang melibatkan diri. Harap maaf.

Ketika siasatan dibuat, punca masalah akan dikenal pasti, dosa pemimpin akan dipengap, alasan lain akan dicari dan akhirnya rakyat akan hanya diberitahu punca masalah yang tidak bersangkutan dengan penyelewengan para kepimpinan. Kaedah yang serupa oleh kerajaan yang sama. Masih ingatkah LUKISAN yang jadi punca MAS kerugian?

Kaedah ini ternyata memberi kesan. MARAH rakyat akan menjadi reda dengan penubuhan Suruhanjaya dan berpandu kepada sejarah, segala hasil penyiasatan akan hanya diberitahu kepada rakyat selepas beberapa bulan penyiasatan dibuat dan ketika itu rakyat sudah beralih fokus kepada perkara lain pula. Begitulah yang terjadi pada isu MAS, MRR2, Perwaja Steel, Penyelewengan Bantuan Tsunami, Pemberian AP dan bermacam-macam isu lagi.

SIKAP KERAJAAN

Penubuhan Suruhanjaya Penyiasatan dan pelantikan 'ORANG TENGAH' adalah dua kaedah yang sama, cuma kaedahnya saja berbeza bergantung kepada masalah yang dihadapi. Namun tujuannya tetap serupa, untuk menipu rakyat, mengalihkan fokus dan menutup kesalahan para pemimpin. Ramai pemimpin yang masih bebas sehingga kini walaupun pembaziran dan penyelewengan melibatkan wang rakyat mencapai angka berbillion-billion ringgit. Akibatnya, rakyat yang terpaksa rakyat berhadapan dengan masalah ekonomi, negara berhutang, kutipan cukai cara paksaan dan pembayaran denda semata-mata untuk menampung perbelanjaan boros kerajaan dan pemimpin.

KERAJAAN YANG TERUS MEROMPAK

Kerajaan perlu terima hakikat bahawa mereka sebenarnya mahu TERUS menjadi PEROMPAK yang sentiasanya mahu TERUS selamat beroperasi. Selamat dari hukuman dunia, selamat dari tindakan undang-undang dan penghakiman. Berapa ramaikah pemimpin membawa dosa mereka sehingga ke lubang kubur dan ramai yang masih bebas lagi berbuat salah sehingga kini?
Maka benar sangatlah kiranya HUKUMAN, DENDA dan MAHKAMAH itu hanya untuk rakyat. Dengan adanya semua itu, rakyat tidak boleh lari dari tanggung-jawab sebagai seorang rakyat, tidak boleh berlebih-lebih dan pastinya tidak boleh bebas melakukan seperti apa yang kerajaan lakukan. Malangnya ada rakyat yang masih setuju dan undi kerajaan yang ada sekarang kerana mereka sudah di PEKAKkan, diBODOHkan dan diBUTAkan atau mungkin ada PENGLIBATAN.

SIKAP RAKYAT

Ketika ini rakyat berhadapan dengan pelbagai masalah. Mungkin kepada mereka yang makan gaji dengan kerajaan tidak merasai apa yang rakyat semua rasakan. Sungguh mengecewakan apabila ada kakitangan kerajaan menyatakan sehingga kini jabatan mereka masih berbelanja seperti biasa, boros dan tidak beretika. Keadaan ekonomi yang semakin meruncing, kerajaan masih boros dan rakus berbelanja. Belanja berhemat hanyalah panduan untuk rakyat dan bukan kepada Menteri dan Kerajaan? Harap Maklum.

Menyalahkan keadaan ekonomi global adalah alasan yang tidak boleh diterima pakai. Tunjuk situ, tunjuk sana dan bukan TUNJUK SINI. Maka apalah perlunya seorang 'ORANG TENGAH' jika ianya hanya semata-mata tidak mahu PEKONG UMNO didedahkan kepada rakyat jelata. Bimbang kerajaan bukan kerana AJAL UMNO yang bakal menjelang, tetapi bimbang peluang tidak datang seperti hari ini dan semalam.

APA YANG KHALIL BAKAL LAKUKAN?

Kaedah yang bakal digunakan oleh orang Tengah seperti Kalil Yaakob adalah mengenal pasti DOSA kedua-dua pemimpin, menyedarkan mereka akan bencana yang bakal di hadapi oleh keseluruhan warga kerajaan dan UMNO serta menasihati kedua BADUT itu untuk tidak memperbesarkan dan mendedahkan dosa-dosa yang dilakukan oleh seangkatan dengan mereka. Namun sejauh mana kedua-dua makhluk ini akan terima nasihat?

Masing-masing ada agenda dan alasan perbalahan mereka. Cuma alasan sebenar tidak akan disebut secara jelas. Penulis berharap semoga ia berterusan dan mampu memberi kesedaran kepada rakyat bahawa KERAJAAN BUKAN UNTUK RAKYAT, lalu pasang telinga, tepuk dada dan tanya selera. Semoga dengan pendedahan itu kelak, menghilangkan SELERA rakyat kepada UMNO yang HAPRAK lagi DURJANA.
posted by jasindaily online @ 5:48 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com