Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
DOSA MAHATHIR
Tuesday, July 04, 2006
Perbalahan di antara Dr. Mahathir Mohamad dengan Abdullah Ahmad Badawi menunjukkan bahawa Umno sedang menuju kehancuran. Hancur UMNO akan menghancurkan 'haiwan-haiwan politik' hasil ternakan Mahathir sendiri. Haiwan-haiwan ini kini begitu 'gah' menghentam Mahathir dan mempertahankan Abdullah. Mereka yang dimaksudkan seperti Nazri Aziz [Menteri di JPM yang menjaga Parlimen], Rafidah Aziz [Menteri MITI] dan lain-lain barisan kabinet seperti Samy Vellu [Menteri Kerja Raya] dan Dr Lim Keng Yaik [Menteri Tenaga, Air dan Telekomunikasi. Turut disertai di kalangan beberapa orang MB seperti Idris Jusoh [Terengganu], Tajul Rosli Mohamad Ghazali [Perak] dan Shahidan Kassim [Perlis]. Saya telah menulis 'jasa besar' Mahathir dalam Laman Marhaen [http://marhaen.kelatedaily.net/mar_b_tun_telanai33.html] terhadap system politik dalam Negara ini. Oleh kerana ada kuasa, pangkat dan harta, golongan UMNO sudah lupa untuk membezakan antara Allah s.w.t. dan pemimpin mereka. Kedua-duanya seolah-olah seperti sama. Boleh memberikan kekayaan dan boleh memaafkan. Abdullah maha pengampun dan Najib maha bijaksana. Begitulah anggapan kebanyakan mereka dalam kabilah UMNO kepada pemimpin mereka. Bersama UMNO anda kaya, bersama UMNO anda bahagia, UMNO menang, rakyat senang. Itu janji pemimpin UMNO kepada kabilahya dan keseluruhan rakyat. Selama 22 tahun Mahathir memerintah, beliau telah memberi mereka ini pangkat dan kedudukan bagi memudahkan mereka merebut-rebut merompak khazanah Negara menjadi kaya-raya tanpa [terlupa] mempedulikan nasib rakyat dan yang lebih penting daripada itu, mereka tidak ambil pusing lagi apa yang beliau hendak lakukan terhadap Negara ini mengikut kemahuan nafsu serakahnya. Mereka semua dilindungi dari tindakan undang-undang. Salahlaku 'haiwan-haiwan' ini pasukan polis dan BPR tidak berani bertindak, walaupun mereka mempunyai bukti-bukti yang cukup untuk disabitkan kesalahan rasuah dan menyalahgunakan kuasa seperti yang berlaku ke atas Rafidah Aziz, Abdul Rahim Tamby Chik, Khalil Yaakob, Adnan Yaakob, Muhamad Mohd. Taib, Khir Toyo, Nazri Aziz, Samy Vellu, Ling Liong Sik [bekas Presiden MCA] dan ramai lagi pemimpin UMNO/BN yang terlibat dalam perbuatan keji ini. Asalkan mereka ini tunduk serta memberi taat setia tanpa berbelah-bagi [loyally] kepada beliau menggenggam kuasa lebih dua dekad.
Demi kepentingan peribadi, mereka tidak ada sebarang suara bangkangan dan semua mereka sebulat suara akan menyokong apa sahaja yang Mahathir mahu lakukan kerana harta dan kekayaan, hatta kalau beliau mahu menjual Negara ini kepada kuasa asing, mereka ini akan tetap menyokong dengan alasan yang acap kali diberikannya yang direka-ciptanya sendiri iaitu untuk kepentingan rakyat dan Negara. Kaedah inilah yang digunakan oleh Abdullah dalam mengongkong kebebasan bersuara, kebebasan berhimpun, kebebasan berorganisasi, kebebasan miliki media alternative dan kebebasan mencari rezeki seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan perkara 10.
Abdullah lebih keras [nampak lembut dan wara'] dan tidak bertolak ansur terhadap sesiapa sahaja [pemimpin dan rakyat] yang menentang dasar-dasar beliau. Kritikan atau kutukan tidak dibenarkan sama sekali, sebarang dasar tidak boleh dipertikaikan dan tidak boleh dipersoalkan, kecuali puji-pujian. Apabila diseru oleh pemimpin mereka, maka berduyun-duyunlah penyokong dan penganut yang datang berkampung untuk memuji dan memuja pemimpin dan kerajaan. Abdullah ketika ini berkuasa. Boleh menukarkan hidup manusia, boleh menjanjikan kekayaan dan kesenangan seperti juga Mahathir lakukan dulu. Akibat dari tindakan Mahathir itu, kini Qarun yang dibentuk oleh Abdullah tidak sampai dua tahun beliau memerintah sudah menusuk ke sanubari pemimpin-pemimpin dan pengikut kabilah UMNO. Hebatnya Qarun tidak terperi, begitulah kejadian yang berlaku di zaman dahulu, tetapi seperti diulang di zaman ini. Beliau adalah anak saudara Nabi Musa, tetapi kini anak-menantu-Kamarudin, Khairy dan Kalimullah [3K] telah menjadi Qarun baru di Negara ini. Jika ada Kitab selepas al-Quran, pasti kisah UMNO akan termasuk di dalam kitab tersebut. Mengisahkan ramainya umat Islam yang berubah pendirian dan kepercayaan serta beriman mereka kepada pemimpin yang boleh memberikan mereka kekayaan.
Akhirnya, Mahathir sedar selepas beliau bersara dan tidak berkuasa lagi bahawa tindakannya dahulu itu mendatangkan bencana kepada Negara. Beliau berjaya membentuk pemimpin-pemimpin berjiwa 'haiwan' yang hanya tahu makan, berak dan beranak. Tidak berani menegur tuannya yang membuat kesalahan, takut disembelih dan hanya membiarkan kesalahan itu berlaku berterusan. Budaya 'haiwan' ini diperhebatkan lagi di era Abdullah memerintah. Atas kesedaran tersebut, beliau bangkit bangun menentang budaya 'haiwan' yang sedang merebak dalam pemerintahan Abdullah dalam berbagai sector. Jasa Mahathir kedua yang tidak boleh dilupakan ialah membentuk system Negara ini ke arah system pemerintah dictator. Pemerintahan dilakukan secara 'one way', dari atas ke bawah. Arahan hanya datang daripada pucuk pimpinan, rakyat bawahan mesti menerimanya tanpa bangkangan. Bersetuju atau tidak bersetuju, rakyat mesti menerima dan tidak ada pilihan [option]. Menolak bermakna akan menerima padahnya.
Kaedah ini sekali lagi diguna pakai oleh Abdullah dalam mentadbir Negara sekarang. Berbagai isu yang timbul tidak boleh dibincangkan dan tidak boleh dibuat protes membantahnya. Rakyat dipaksa menerimanya. Abdullah lebih tegas lagi dalam soal ini, apa-apa dasar atau pandangan yang diperbuat oleh kerajaan pimpinannya sahaja mesti diterima, tidak boleh pihak lain memainkan peranannya, walaupun dasar atau pandangan tersebut boleh mendatangkan kemudaratan kepada rakyat, seluruh pemimpin dan rakyat mesti menerimanya. Konsep 'suci' digunakan oleh kerajaan Abdullah, sementara keluhan rakyat diketepikan dalam syndrome pekak badaknya. Pihak lain dinafikan hak untuk memberi pendapat atau pandangan berguna untuk kepentingan rakyat dan Negara. Natijahnya, pasukan polis dan pihak berkuatkuasa lainnya akan digunakan untuk memadamkan pandangan tersebut.
Mahathir mengetepikan konsep doktrin pemisahan kuasa yang wujud untuk menafikan sebarang timbunan kuasa pada mana-mana tiga cawangan dalam kerajaan-Eksekutif, Legislatif dan Kehakiman. Mahathir menguasai ketiga-tiga cawangan ini melalui kaedah tidak demokratik. Mahathir beranggapan bahawa Eksekutiflah yang menjadi kepala dan yang lain harus tunduk. Nampaknya beliau kurang faham [setelah bersara baharu faham] peri mustahaknya doktrin pengasingan kuasa atau perlunya ketiga-tiga cawangan ini kuat dan bebas. Sebagai ketua UMNO, parti dominan dalam BN yang selalu punyai majoriti 2/3 di Parlimen dan Dewan Negara [Kedua-duanya termasuk Yang DiPertuan Agong-sebagai kelompok mewakili Legislatif ]. Oleh itu, Mahathir juga menguasai Legislatif. Dalam tempoh beliau berkuasa, Mahathir dengan jayanya menghapuskan atau melemahkan ke semua mekanisme perimbangan kuasa termasuk kuasa Yang DiPertuan Agong dan Kehakiman.

Kuasa Yang DiPertuan Agong dan Raja-raja dihapuskan melalui krisis Perlembagaan pada tahun 1982 dan 1993 dan kuasa Kehakiman dikurangkan melalui krisis pemecatan Tun Salleh Abas pada tahun 1988. International Bar Association menyatakan bahawa sistem kehakiman mesti bertindak dengan seluruh kuasanya yang ada demi kepentingan keadilan untuk menentang apa-apa penggubalan undang-undang yang menindas dan tindakan melampau dari pihak eksekutif.
Perlembagaan Persekutuan perkara 125 memberi kuasa kepada Perdana Menteri memulakan tindakan memecat hakim [dalam kes Tun Salleh Abas]. Jika Perdana Menteri menasihatkan Yang DiPertuan Agong bahawa seseorang hakim itu patut dipecat maka "Yang DiPertuan akan melantik atau menubuhkan satu Tribunal" yang bersidang untuk mengeluarkan syor-syor sama ada dipecat atau tidak seseorang hakim itu. Dalam bahasa undang-undang yang dominannya Bahasa Inggeris perkataan "shall" membawa maksud bahawa Yang DiPertuan Agong tiada pilihan dalam hal ini melainkan terpaksa menubuhkan satu Tribunal. Mahathir, dengan tindakannya memecat ketua Kehakiman dan dua orang hakim Mahkamah Agung, memberi isyarat yang jelas kepada kehakiman yang boleh dirumuskan sebagai "jika kamu memutuskan sesuatu bertentangan dengan hasratku, nantilah padahnya".

Mahathir cukup benci terhadap system kehakiman di Negara ini apabila kerajaan kalah dalam kes Berthelsen V Director of Immigration, Malaysia & Ors. Dalam Time 24 November 1986 beliau berkata: Pandangan Kehakiman, "Walaupun kamu [Legislatif] meluluskan sesuatu undang-undang dengan sesuatu niat, kami fikir apa yang kamu buat itu salah, dan kami mahu berikan tafsiran kami.' Jika kami tak bersetuju, pihak mahkamah akan berkata, "Kami akan mentafsirkan bantahan kamu itu." Jika kita teruskan, kita akan kehilangan kuasa Legislatif. Kita tau apa yang kita mau lakukan, tetapi bila kita lakukan, ia ditafsirkan berlainan, dan kita tiada cara untuk ditafsirkan seperti kehendak kita. Jika kita dapati mahkamah selalu mengetepikan kita dalam penghakiman mereka, atau jika ia mentafsirkan sesuatu berlawanan dengan tujuan, kenapa kita wujudkan undang-undang itu, maka kita kena cari jalan untuk mewujudkan undang-undang yang akan ditafsirkan mengikut kehendak kita."

Mahathir dengan majoriti 2/3 di Parlimen dan Dewan Negara, beliau dengan mudah meminda Perlembagaan Persekutuan perkara 121, menghapuskan kuasa penghakiman yang diberikan kepada mahkamah-mahkamah. Dengan itu Mahkamah-mahkamah Tinggi hanya mempunyai bidang-kuasa yang diberikan di bawah Undang-undang Persekutuan. Ertinya bidang-kuasa mahkamah kini tidak lagi ditentukan oleh mahkamah sendiri tetapi oleh badan Legislatif. Pindaan ini membawa makna bahawa Parlimen berhak mewujudkan undang-undang mengehadkan atau menyekat ulang kaji penghakiman. Dalam tempoh 22 tahun yang lalu terdapat banyak pindaan-pindaan sedemikian yakni yang menghalang mahkamah membicarakan semula sebarang keputusan Menteri atau kerajaan.

Bagi mengukuhkan system pemerintahan diktatornya, Mahathir bertindak menguasai seluruh saluran media [cetak dan elektronik]. Di abad ini, media memainkan peranan yang amat penting. Media boleh bertindak, mengawal dan mempengaruhi fikiran serta tingkah-laku masyarakat. Menyedari hakikat tersebut, maka Mahathir membentuk satu rangkaian media dengan konsep "Nazisme Media". Konsep ini menjelmakan dua tokoh terkemuka dalam parti Nazi German, iaitu Adolf Hitler [1889 - 1945] dan Paul Josepph Geobbles [1897 - 1945].

Hitler peneraju parti Nazi yang kemudiannya berkuasa ke atas negara German. Geobbles pula adalah tokoh propaganda parti yang kemudiannya menjadi Menteri Propaganda di zaman Hitler berkuasa di German. Pengajaran utama moral politik yang dilakukan oleh Mahathir ialah apabila seorang pemimpin yang ingin menguasai negara di antaranya ialah :

1. Pertahankan kepentingan diri sebelum sesuatu yang lain. Dalam maksud ini, sesebuah parti yang menguasai negara wajib menghalakan media ke arah kepentingan pemimpinnya dan parti dibandingkan dari segala yang lain.
2. Matlamat dan tujuan [matlamat kuasa] atau untuk tujuan itu boleh dimaafkan penggunaan helah yang curang dan zalim bagi membina kuasa politik. Peranan media ialah memperkukuhkan parti yang berkuasa dan para pemimpinnya.
3. Mestilah melakukan pembohongan secara berulang-ulang, kerana pembohongan yang diulang-ulang ini berupaya mempengaruhi rakyat dan membentuk kepercayaan rakyat. Sebab itu, media yang kuasa oleh Media Prima yang dimiliki oleh puak-puak Abdullah-Khairy berperanan mencipta pembohongan dan menghamburkan pelbagai bentuk fitnah secara berulang-ulang setiap detik. Mahathir faham hakikat ini, sebab itu apabila beliau menyerang Abdullah, isu yang dibangkitnya secara konsisten dan berulang-ulang.
4. Nilai-nilai akhlak dan moral tidak dipedulikan kerana ia boleh menyebabkan orang menjadi cerdik dan bertaqwa. Oleh itu, melalui ajaran ini media yang dikuasai oleh parti politik yang berkuasa tidak mempedulikan kebenaran dan keadilan dari pemberitaannya asalkan ia boleh membawa keuntungan mengelirukan rakyat. Rakyat senantiasa berada dalam kekeliruan dan rakyat dibutakan dengan maklumat semasa.
5. Dasar-dasar yang dibentuk boleh diubah-ubah pengertiannya mengikut kepentingan parti yang berkuasa. Memperalatkan fakta dan menonjolkan fakta yang boleh membawa keuntungan politik dan membuang fakta yang akan merugikannya. Dasar-dasar dalam Perlembagaan akan diputar belitkan atau dipinda bagi menambah cengkaman kuasanya. Ini semuanya diarahkan kepada media menyelewengkan rakyat dengan memberi justifikasi penyelewengan-penyelewengannya itu.

Kesimpulannya, jasa Mahathir yang amat besar terhadap rakyat dan Negara ini ialah kejayaan beliau melahirkan banyak 'haiwan-haiwan politik' yang hanya tahu mengangguk semacam burung belatuk. Mereka akan menyokong sesiapa sahaja yang berkuasa atas prinsip 'cari makan', hatta ditakdirkan Anwar atau Haji Abdul Hadi Awang menjadi PM, maka tidak mustahil sokongan akan berpindah pula kepada mereka berdua. Manakala pemimpin-pemimpin UMNO/BN yang berkuasa sekarang akan menjadi mangsa kutukan dan hinaan. Mahathir juga berjaya membentuk system pemerintahan ala dictator dengan merungkai segala ikatan doktrin pengasingan kuasa yang diwujudkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Abdullah hanya meneruskan apa yang Mahathir lakukan, di samping menokok-tambah di mana perlu supaya ia lebih kelihatan kediktatorannya. Itu sahaja yang menyebabkan konflik Mahathir V Abdullah muncul di ketika ini. Sekian. Wassalam.

"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA"
posted by jasindaily online @ 5:35 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com