Saya amatlah berasa hairan dengan situasi sekarang nie....kenapakah golongan penyokong2 kita boleh timbul akan suara-suara sebegini. Adakah ini disebabkan kerana kita ini golongan yang sudah tahu segalanya....pandai segalanya...bijak segalanya. Apakah tiada sikit kepatuhan kita pada pimpinan atau dalam erti kata 'walak'.
Kenapa perkara sebegini harus terjadi dalam golongan yang memperjuangkan dakwah Islamiah. Kenapa masih keliru Pada saya perkara ini berlaku disebabkan kerana kita tidak mengenali dasar PAS. Sebaliknya kita lebih terikut-ikut dengan isu yang terkini dan popular. Sokonglah pada kebenaran dan hentamlah pada kebatilan, bukan cuba meraih keuntungan dari mana-mana pihak. Tujuan utama PAS bukan ingin merampas tampuk pemerintahan, sebaliknya ingin melihat hukum-hukum Allah bergerak di mukabumi Malaysia ini.
Seperti kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz, beliau sendiri akan keluar dari PAS jika UMNO menjalankan undang-undang Islam. Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi sendiri akan membubarkan PAS jika keadaan sedemikian berlaku. PAS bukan menentang UMNO tetapi undang-undang taghut yang diamalkan. Tetapi oleh kerana UMNO yang mengamalkan undang-undang tersebut maka UMNO secara automatik menjadi musuh PAS. Tidakkah kita boleh mengambil satu kisah perjuangan sahabat dimana salahudin Alayubi membantu Richarde the lion sewaktu beliau tercedera dalam perang sedangkan itulah musuhnya yg utama....
Lupakah kita kepada kejadian DSAI difitnah dahulu dimana sewaktu itu diantara orang yang pertama sampai dirumah beliau adalah Almarhom Ust. Fadzil Noor..... Oleh itu marilah semua pejuang-pejuang Islam...janganlah disebabkan isu begini kita akan terpedaya dengan muslihat lawan...perkukuhkanlah saff kita kerana medan peperangan akan terbuka tidak berapa lama lagi...jadi bersiap sedialah semua................
|