DEMI MASA |
|
|
TSUNAMI 'BASUH' INDUSTRI SEKS |
Friday, July 21, 2006 |
"Allah Maha Berkuasa. Ia tidak mengizinkan buminya terus dicemari dengan noda dan dosa. Seorang pelukis, Agus Geko berasal dari Panuragan lega kerana kini tiada lagi gerai dan warung seks di sepanjang pantai. Beliau berkata, sebelum tsunami, ada beratus-ratus kafe, gerai dan warung mempunyai pekerja seks dari pelbagai daerah.
Kafe dan warung mula beroperasi jam 7 malam sehingga menjelang subuh. Selain menyediakan minuman keras, kafe itu juga menyediakan bilik khas untuk disewa tetamu yang mahu berasmara dengan pekerja seks. "Perniagaan dijalankan memberi keuntungan besar kerana setiap pengunjung perlu mengeluarkan Rp400,000 (RM160). Mereka membayar Rp200,000 (RM80) jika mahu melanggan pekerja seks, manakala bakinya bagi membeli minuman keras," katanya.
Di Malaysia, industri seks mungkin tidak sehebat di Indonesia. Tetapi ia sedang menular dengan begitu cepat. Laman web lucah Melayu dengan tawaran-tawaran nafsu istimewa sedang berkembang-biak.
Apabila manusia tidak mahu 'membasuh' noda dan dosa itu, Allah sendiri yang 'membasuhnya', bukan dengan air dan sabun pencuci biasa, tetapi dengan air laut yang luarbesar gelombangnya. Jenis Tsunami inilah juga yang pernah 'membasuh' bumi di zaman Nabi Nuh as apabila menenggelamkan mereka yang derhaka dan kufur.
Air yang bermanfaat untuk manusia bisa menjadi 'musuh' apabila manusia memusuhi Allah. Tsunami yang pernah melanda Acheh dahulu tidak menyedarkan manusia? Dengan bentuk azab bagaimana lagi manusia itu mahu insaf dengan mungkar dan dosa yang dibuat?
Pakar geologi dari Badan Kajian dan Penerapan Teknologi (BPPT), Dr Yusuf Surachman, berkata tiga gempa bumi berukuran 5.5 hingga 6.8 pada skala Richter yang mengakibatkan tsunami Isnin lalu, hanya permulaan kepada bencana lebih besar.
Beliau berkata, kemungkinan gempa bumi lebih besar itu berlaku kerana pusat tiga gempa bumi yang berlaku petang kelmarin semuanya bertumpu di hujung gelinciran antara pelantar Sumatera dengan Pulau Jawa.
"Gempa susulan lebih besar itu dijangka berlaku berdasarkan pemetaan yang dibuat BPPT pada 2001," kata Yusuf.
Tidak mustahil jika manusia di Indonesia (juga di Malaysia) insaf dan kembali kepada Allah, Allah bisa sahaja menarik gempabumi dari berlaku. Soalnya, adakah manusia bersedia untuk kembali kepada Allah?
|
posted by jasindaily online @ 7:45 PM |
|
|
|
DPPKJASIN |
Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
|
CORETAN YANG LALU |
|
ARKIB JASNIDAILY |
|
POWERED BY |
|
|