Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
PRM SUDAH BERGABUNG DENGAN KEADILAN
Wednesday, July 19, 2006
Parti yang kononnya bergelar 'PRM' tidak boleh secara sah mewakili aspirasi anggota-anggota PRM. Kongres ke-38 yang diadakan Ahad lalu (16 Julai) tidak dihadiri secara betul oleh perwakilan-perwakilan yang dipilih dari bahagian-bahagian disebabkan kesemua bahagian PRM telah diserapkan ke dalam Parti Keadilan Rakyat.

Parti Keadilan Rakyat (keADILan) bertegas untuk mengulangi bahawa Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan Parti Keadilan Nasional sudah bergabung menjadi satu parti sejak tahun 2003. Entiti bagi kedua parti yang sah dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat, jelas Ketua Penerangan keADILan, Tian Chua.

Menurut Tian, resolusi bagi penggabungan telah diluluskan oleh ahli dari kedua-dua parti. Resolusi bagi penggabungan diluluskan dua kali oleh PRM asal pada tahun 2000 dan 2003, dengan sokongan dua pertiga majoriti daripada perwakilan.

Dalam keadaan yang sama, Parti Keadilan Nasional juga meluluskan resolusi dalam Perhimpunan Agung Tahunannya pada tahun 2001 dan 2002. Penggabungan hanya berlaku pada tahun 2003 disebabkan penangguhan di pihak Pendaftar Pertubuhan (ROS) dalam meluluskan pindaan perlembagaan yang berkaitan kepada penggabungan tersebut.

Parti penggabungan baru itu dilancarkan pada 3 Ogos 2003 dan diuruskan oleh pucuk pimpinan tertinggi kedua-dua parti. Kesemua pemimpin dalam Kongres ‘PRM’ ke-58 adalah sebahagian daripada parti penggabungan. Kesemua anggota PRM telah menyertai Parti Keadilan Rakyat secara en bloc.

Hassan Karim, SK Song dan Koh Swee memegang jawatan tinggi dalam Parti Keadilan Rakyat dan pernah bertanding di bawah lambang Parti dalam Pilihan Raya Umum 2004. SK Song yang kononnya dilantik sebagai Setiausaha Agung 'PRM' juga pernah bertanding merebut jawatan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi semasa Kongres di Ipoh dan tewas.

Anggota-anggota tersebut juga pernah mengambil bahagian dalam kongres pertama penggabungan Parti Keadilan Rakyat pada tahun 2005 di Ipoh. Pada waktu itu, Parti Keadilan Rakyat mengadakan pemilihan demokratiknya di mana Presiden PRM, Dr Syed Husin Ali dengan kepercayaan seluruh peringkat dalam Parti dipilih sebagai Timbalan Presiden. Pada waktu yang sama juga, pemimpin-pemimpin PRM seperti Sivarasa Rasiah, Razak Ahmad, Lim Yoon Phang, Dzulkifli Ismail telah dipilih sebagai sebahagian daripada pucuk pimpinan keADILan.

Entiti baru Parti Keadilan Rakyat ialah satu jentera politik yang berjuang bagi kesemua anggota PRM dan Parti Keadilan Nasional. Ia telah mewarisi gerakan legasi rakyat yang menekap kembali perjuangan kemerdekaan pada tahun 1950-an, perjuangan ke arah keadilan sosial dalam tahun 1970-an dan 80-an, dan akhirnya diintegrasikan dengan perkembangan Reformasi dalam tahun 1990-an.

Parti Keadilan Rakyat mempunyai misi yang penting dan perlu dicapai dengan segera. Pada waktu ini, parti tersebut parti berbilang kaum yang mencabar politik perkauman yang terdapat dalam Umno dan Barisan Nasional. Parti telah melakukan desakan-desakan berani dalam memansuhkan sistem kuno yang menjurus ke arah korupsi, diskriminasi dan ketidakcekapan. keADILan juga mendesak untuk menggantikan Dasar Ekonomi Baru dengan Agenda Ekonomi Baru yang menjamin penyertaan secara saksama dari kalangan semua rakyat Malaysia. Rakyat yang berkongsi satu matlamat ke arah demokrasi dan kesaksamaan masyarakat Malaysia yang berdiri tegap di belakang satu perjuangan yang berani.
posted by jasindaily online @ 5:55 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com