Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
KES AZLINA BINTI JELANA..KESANNYA TERHADAP ISLAM DI MALAYSIA...
Monday, July 17, 2006
Ramai dikalangan umat Islam di negara ini tidak mengetahui apakah sebenarnya kes Azlina Binti Jelani iaitu anak kepada pasangan Melayu Islam bernama Jelani dan isterinya Umi Kalsom.

Kes ini adalah berkaitan permohonan Azlina Binti Jelani untuk mendapat 'pengiktirafan' yang beliau berhak untuk menukar agamanya dari Islam kepada Kristian.Azlina Binti Jelani ini telah 'berkahwin' dengan seorang lelaki beragama Kristian sejak 6 tahun yang lalu.

Permohonan Azlina Binti Jelani untuk tidak dirujuk sebagai orang Islam dalam kad pengenalannya telah ditolak oleh Jabatan Pendaftaran Negara atas alasan soal Islam atau tidak Islam seseorang Islam adalah dibawah bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Azlina Binti Jelani anak kepada Jelani dan Umi Kalsom ini sekarang ke Mahkamah Persekutuan atas alasan bahawa Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan menjamin hak seseorang untuk menganuti agama pilihannya.

Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan menyebut setiap orang berhak menganut apa-apa agama pilihannya.Oleh itu Azlina Binti Jelani menghujah melalui peguamnya bahawa seseorang yang telah mencapai usia 18 tahun ke atas adalah berhak menganuti apa-apa agama tanpa sekatan oleh mana-mana undang-undang atau peraturan di negara ini.

Sekiranya hujah ini diterima dan dipersetujui oleh Mahkamah Persekutuan beberapa kesan besar akan berlaku ke atas kedudukan undang-undang Islam dan orang Islam di Malaysia..


1. Akan berlaku berkecamuk dan pelbagai ragam anutan agama dalam sesuatu keluarga yang asalnya Islam bila seseorang anak telah mencapai usia 18 tahun.

2. Tiada mana-mana undang-undang Islam terutamanya yang berkaitan dengan Jenayah Syariah dapat dikuatkuasakan di Malaysia kerana setiap orang boleh keluar dan masuk agama Islam sesuka hati mengikut masa dan kehendak tertentu.

3. Soal nasab seseorang kanak-kanak dan perwarisan harta orang Islam akan menjadi kacau bilau kerana sukar untuk menentukan pegangan agama Islam seseorang pada sesuatu masa berbanding dengan apa yang diamalkan masakini.

4. Agama Islam itu sendiri akan hilang statusnya sebagai agama Persekutuan atau agama rasmi negara bilamana semua perkara 1,2 dan 3 di atas berlaku.

5. Kedudukan Raja-raja Melayu sebagai ketua agama Islam di negeri-negeri beraja dan Yang Dipertuan Agong di negeri-negeri tidak beraja lambat laun akan lenyap begitu sahaja.


Sekurang-kurangnya itulah kesan atau apa yang akan berlaku seandainya kes Azlina Binti Jelani @ Lina Joy diputuskan berdasarkan hujah-hujah peguam Azlina Binti Jelani yang kita bicarakan disini.

Soalnya ialah apakah kita umat Islam sanggup agama kita diceroboh sedemikian rupa? Atau adakah kita tidak sedar bahawa usaha-usaha memurtad dan mengkristiankan individu seperti Azlina Binti Jelani @ Lina Joy merupakan suatu tindakan bersama, tersusun dan terancang yang dilakukan oleh pihak tertentu khususnya gerakan Kristian antarabangsa?

Benarkah orang Islam di Malaysia khususnya orang Melayu telah tidak ambil peduli lagi dengan apa yang berlaku pada nasib agama Islam tercinta ini?Adakah kita terlalu sibuk memikirkan soal ekonomi tanpa perlu memikirkan soal akidah anak bangsa yang diserang dari segenap penjuru ini?

Jika anda orang Islam,jika anda prihatin,jika anda sayang pada agama mulia ini, apakah yang patut anda lakukan?

Jika anda sesungguhnya seorang Islam, jangan tunggu sehingga seluruh sistem kekeluargaan orang Islam hancur atas nama kebebasan beragama.

Perbincangan Khas Tindakan NGO-NGO Islam mengenai Isu Lina Joy, AHAD, 16 Julai Jam 2.30 petang di Sekretariat ABIM, Anjung Rahmat, Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur.
posted by jasindaily online @ 9:49 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com