Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
RETAK MENANTI BELAH
Sunday, July 16, 2006
Teguran Tun Dr Mahathir Mohamad kini sudah bertukar menjadi bebelan yang sukar dihentikan. Menurut Tun, dia hanya memberi pandangan pada awalnya mengenai cara pengurusan yang dilakukan oleh pentadbiran Abdullah. Tetapi disebabkan pandangannya tidak diendahkan, maka dia terpaksa membuat teguran.

Oleh kerana tegurannya juga tidak mendapat tindak balas yang diinginkan, teguran tersebut bertukar menjadi bebelan.

Balik-balik isu Jambatan Bengkok, AV Agusta..............

Tun suka mendapat perhatian media, dan ia jelas daripada bebelannya bahawa pihak media telah menggelapkan kenyataan-kenyataannya dari keluar dalam akhbar-akhbar.

Pucuk dicita ulam mendatang apabila baru-baru ini Malaysia Today menjemput Yang Berbahagia Tun untuk berdialog (saya kira ia bukan dialog, tapi lebih tepat, monolog, asyik Tun saja yang bercakap). Beliau mendapat perhatian ramai, selain daripada 600 orang yang hadir di majlis tersebut, kebanyakan akhbar memetik kehadiran beliau dalam majlis 'dialog' yang dianjurkan. Stesen tv juga turut membuat liputan, tetapi disebabkan apa yang didialogkan oleh Tun, adalah perkara yang sama, jadi stesen tv tersebut hanya terbitkan gambar pemimpin-pemimpin Pas bersalam mesra dengan Tun.

Ramai yang hadir dalam majlis tersebut adalah kroni Tun, di samping hadirin yang hadir kerana 'ingin tahu', seperti pemimpin-pemimpin Pas.

Menurut Tun, beliau tidak bertujuan memecah-belahkan parti dengan teguran-tegurannya itu, tetapi itulah sebenarnya yang berlaku. Apa yang dapat diperhatikan ialah keretakan yang kian berlaku dalam Umno semakin lebar, disebabkan ahli-ahli dan pemimpin-pemimpinnya yang menjaga kepentingan peribadi.

Bebelan Tun telah menyirapkan darah Nazri Aziz sehingga terhambur kata-kata "isytihar perang" dan mendesak agar Tun dipecat dari Umno. Tindakan Nazri yang kebudak-budakan itu ternyata telah memberikannya "political leverage" dan tiba-tiba jadi fofular, sehingga cawangan Wanita Umno, bahagian Kubang Pasu meluluskan usul meminta Nazri Aziz dipecat dari parti kerana kata-katanya yang biadap terhadap Tun.

Bebelan Tun juga mengakibatkan, Kabinet terpaksa membuat keputusan agar semua jemaah menteri mempertahankan kerajaan daripada kritikan Dr. Mahathir.

Menteri Pengajian Tinggi, Mustapa Mohd berkata, kerajaan juga akan mengeluarkan maklumat terperinci tentang isu berkitan di samping memberi penerangan kepada pelajar.

"Kita nak maklumkan kepada pelajar sebab-sebab keputusan tertentu diambil oleh kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Ini kerana keputusan itu adalah keputusan bersama kami sebagai barisan jemaah menteri dan pendekatan yang diambil itu ialah keputusan terbaik untuk masa depan negara," ujarnya.

Kalangan para pemimpin Umno juga terdapat yang berbeza pandangan mengenai tindakan yang wajar dikenakan terhadap Tun yang tidak berhenti membebel.

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim tidak bersetuju dengan tindakan melemparkan kenyataan begitu keras kepada Dr. Mahathir ekoran kritikan terbarunya terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Sabtu lalu.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pula merayu anggota pergerakan itu supaya tidak menggembar-gemburkan isu kritikan Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap kerajaan dan parti di khalayak ramai dan media.

Kini, pekung dalam parti pemerintah sudah terdedah, bahawa mereka semuanya hanya menjaga kepentingan masing-masing.

Ketika Tun menjadi PM, semua sokong tindakan Tun. Kini, apabila Abdullah pula menerajui kerajaan, segala pekung Tun didedahkan.

Ani Arope mendakwa Tun terlibat dalam perjanjian berat sebelah antara TNB dan IPP. Seorang senator dari Sabah membongkar Projek M, IC Palsu. Tajudin Ramli pula tuduh Tun memaksanya membeli saham MAS dan memberi jaminan dia tidak akan kerugian. Apa lagi selepas ini..........

Jangan ingat para pemimpin Umno dan Barisan Nasional boleh melepaskan diri mereka dan menyalahkan Tun bulat-bulat. Mengapa para menteri Kabinet dan pemimpin-pemimpin pada masa itu tidak bertindak dan berbuat sesuatu? Mengapa tiada bantahan dan tentangan? Sekurang-kurangnya, kalau ia tidak diambil peduli sekalipun oleh PM, setiap pemimpin yang beretika dan bermoral sepatutnya menyatakan pendirian masing-masing di hadapan ketua mereka. Lagi baik jika kena pecat daripada duduk bersekongkol.

Pemimpin-pemimpin yang korup hanya menyatakan sokongan mereka jika ia memberikan habuan kepada mereka. Tidak hairanlah jika sekarang Tun tidak mendapat sokongan daripada para menteri yang telah berada dalam Kabinetnya ketika dia menjadi Perdana Menteri. Sekarang, semuanya menyatakan "Kami sokong" di belakang Abdullah.

Inilah warna sebenar (true colours) para pemimpin yang telah menerajui kepimpinan negara selama ini. Kejahatan yang mereka lakukan terhadap rakyat Malaysia yang telah menyerahkan masa depan kepada pemimpin-pemimpin untuk diperjudikan sahaja.

Rakyat perlu ingat bahawa banyak kerosakan dan kemusnahan yang telah dilakukan oleh Tun semasa dia memerintah 22 tahun lamanya.

Abdullah juga tidak boleh lari dari pertanggungjawaban kerana dia juga menteri dalam kabinet, yang sama-sama membuat keputusan dalam pentadbiran Tun sebelum ini.

Sebelum ini apabila didedahkan oleh pembangkang akan penyelewengan-penyelewengan yang berlaku, penyokong-penyokong Umno pada masa itu menutup sebelah mata sahaja. Berbagai alasan dan hujah diberikan menghalalkan perbuatan terkutuk pemimpin-pemimpin mereka. Kini, satu demi satu perbuatan jahat pemimpin-pemimpin yang diagung-agungkan sebelum ini ditelanjangkan. Walaupun anda seorang PM, kalau salahguna kuasa maka dia tetap perlu diadili dan dihukum jika didapati bersalah.

Rakyat perlu belajar daripada kesilapan lalu dan mendesak agar pemimpin-pemimpin negara bersikap jujur dan telus. Pemimpin yang membawa kerosakan kepada negara, rakyat jelata dan masa depan anak bangsa, tidak patut disokong apatah lagi dibiarkan memerintah negara. Kepentingan rakyat, matlamat paling utama dalam apa jua keputusan kerajaan.

Dalam kemelut yang melanda Umno kini, nampaknya Tun Mahathir akan menerima akibat paling teruk jika segala-galanya didedahkan.

Ada juga yang merasakan pendedahan yang akan dibuat akan menjejaskan mereka yang mengendalikan portfolio terbabit. Ramai akan berpeluh kesejukan sekarang, jika soalan-soalan Tun dijawab dan saksi-saksi baru mara ke depan membawa bukti-bukti yang tidak dapat ditolak.

Parti pemerintah hari ini dalam keadaan retak menanti belah kerana dunia Tun adalah juga dunia ramai daripada mereka yang kini berada dalam pentadbiran yang ada pada hari ini. Adakah dunia Tun sahaja yang akan menyembah bumi tanpa menyembamkan mereka-mereka yang bersama dengannya sebelum ini?

Lanskap politik negara, setiap hari selepas ini akan menjadi lebih menarik
posted by jasindaily online @ 5:49 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com