DEMI MASA |
|
|
ANNUAR MUSA UZUR, BAIK KOSONGKAN KERUSI DUN KOK LANAS |
Thursday, July 13, 2006 |
Semuanya takdir Allah swt belaka. Setiap takdir yang berlaku mempunyai sebab dan musababnya tersendiri. Ia bukan berlaku begitu saja, melainkan untuk diambil iktibar daripadanya. Mudah-mudahan dengan takdir itu, kalau kita hidup dalam gelumang dosa, kita akan cuba kurangkan sedikit dosa itu. Kalau kita dinodai kemungkaran kerana kejahilan dan kesombongan kita, maka kita berusaha untuk mengatasinya sehingga menjadikan kita manusia yang tawaduk.
Begitulah kejadian yang menimpa Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Annuar Musa lebih seminggu lalu, yang terjatuh dari motosikal berkuasa tinggi sehinggakan patah tulang rusuk. Akibat kejadian itu pemilik Mercedez WCE 1 itu terlantar di hospital Universiti Sains (USM) Kubang Keriang lebih seminggu.
Mungkin kejadian itu tidak sebesar gempa bumi di Yogya, atau pun tsunami di Aceh setahun lalu. Namun sebagai seorang yang beriman dan sentiasa insaf akan kebesaran Yang Maha Pencipta, kita semua harus melihat dengan penuh teliti dan perasaan seni apakah hikmat dan mesej Tuhan di sebalik petaka itu. Lebih-lebih lagi bagi Annuar Musa sendiri yang tertimpa takdir itu.
Jarang motosikal berkuasa besar begitu ditunggang dalam kederasan tidak seberapa itu, boleh rosak dan menjelapakkan penunggangya ke dalam longkang. Apabila ia berlaku kepada Annuar ia perlulah dibuat sedikit post mortem, apakah yang tidak kena dengan motosikal berkenaan.
Motosikal bukan kuda atau pun gajah, yang boleh membuat onar bila-bila masa saja. Bagi mereka yang menunggang kuda, biasanya kalau terjatuh atau pun terkena tendang oleh kuda selalunya kerana kuda buat hal. Misalnya kalau waktu kuda gila betina jangan sesekali menunggangnya, kerana ia boleh bertindak di luar normalnya. Jangan sesekali bermain dengan kuda miang, kalau tidak mahu tertimpa nahas. Sdr Anwar Ibrahim juga pernah terjatuh dan ditendang kuda. Begitu juga dengan Khairy Jamaluddin menantu Abdullah Badawi al-Hadhri dikhabarkan pernah terjatuh kuda.
Begitu juga dengan bapa Marina, pernah terjatuh dari kuda semasa bercuti di luar negara. Bukan itu saja bahkan bekas PM itu kena tendang dan turut terkena tahi kuda sekali!
Jadi bila Annuar Musa bukan jatuh dari kuda, tetapi dari motosikal ia menimbulkan kemusykilan sedikit. Adakah motorsikal berkuasa tinggi itu tidak diperiksa terlebih dahulu sebelum diserahkan kepada Annuar untuk menunggangnya? Ataupun sememangnya si punggangnya tidak reti menaiki motosikal, dan bila tengok orang naik, dia juga terliur untuk ikut tunggang sama, sedang ilmu permotoran tidak ada!
Amatlah mustahil kalau hendak dikatakan motorsikal yang Annuar tunggang itu ada perasan, dan tidak senang dengan Annuar. Maklumlah siapa tidak kenal dengan Annuar. Banyak penyakit yang hinggap dan dihidapi oleh Annuar semasa beliau ada kuasa dulu. Mungkin hakikat ini menyebabkan motorsikal tidak senang kepadanya.
Tetapi, masakan motorsikal itu tahu yang Annuar Musa terlibat dengan penyelewengan wang Projek Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) yang melibatkan ratusan juta ringgit. Ataupun apakah motorsikal berkenaan tahu yang segala skandal Anuar Musa dengan beberapa perempuan termasuk dengan isteri orang yang berasal dari Kelantan, Kuala Lumpur dan juga di Indonesia?
Mustahil! Motorsikal adalah besi yang tidak mempunyai perasaan. Tidak tahu menahu hal-hal itu. Jadi di sini tidak ada munasabahnya kalau motorsikal itu membenci dan berdendam dengan Annuar lantas membuat onar sehingga menyebabkan bekas menteri itu terhenyek ke dalam longkang. Tidak!
Jadi apa? Jadi, kemalangan yang berlaku itu adalah kemalangan biasa. Bukan kemalangan terpencil. Biasanya naik benda bermotor, silap taknik boleh mengundangkan bahaya.
Jadi anggaplah apa yang berlaku ke atas Annuar itu ialah keran silap teknik. Inilah alasan yang tepat untuk diterima setakat ini berkaitan dengan insiden itu.
Apapun motor sudah terbalik Annuar sudah terperosok ke dalam longkang. Natijahnya tulang rusuknya patah. Setelah 11 hari dirawat di hospital kini beliau sudah pun dibenarkan keluar. Namun kesihatannya masih tidak sempurna benar lagi. Beliau tidak boleh melakukan kerja-kerja kuat, begitulah pesan doktor.
Kecederaan yang dialami Annuar itu sebenarnya serius. Kecederaan itu menyebabkan beliau tidak dapat melakukan kerja-kerja politiknya seperti biasa. Beliau tidak boleh bergerak seperti selalu. Pergerakannya juga kini terhad. Memandangkan keadaan itu, adalah elok kalau Annuar mendengar nasihat doktor, agar jangan bergerak dan melakukan aktiviti berat.
Kerja-kerja menunggang motorsikal, mendaki gunung tidak boleh dilakukan lagi. Begitu juga untuk kerap terbang ke Jakarta juga tidak elok bagi Annuar. Apa lagi kalau di Jakarta untuk berfoya-foya dengan para GRO dan penari di Kelab 1001, adalah amat merbahaya sekali. Kerana kebanyakan aktiviti di dalam kelab 1001 itu kena melakukan kerja berat, menungging, melentang dan juga menggoyangkan badan hingga 360 darjah.
Takdir ada pilihan raya kecil di Kelantan sebulan dua ini, Annuar tidak boleh mengambil bahagian. Kerja-kejra menampal poster, yang terpaksa kena pajat pokok kelapa, setinggi 60 meter, tidak boleh dilakukan. Berceramah menjerit dan memaki hamun orang, mencabar Nik Abdl Aziz Nik Mat agar membubarkan DUN Kelantan juga tidak boleh, kerana perbuatan itu melibatkan kena mengeluarkan suara yang kuat dan menggerakkan banyak saraf dan pembuluh darah.
Begitu juga berjalan untuk masuk kampung berjumpa dengan orang tua, para janda berhias untuk memberi wang, berjanji itu dan ini juga tidak boleh dilakukan. Kerja-kerja itu turut mencabar minda dan ini memberi kesan kepada kesihatan (saraf tulang rusuk) Annuar.
Justeru, di sini adalah dicadangkan kepada Annuar elok kalau beliau mengambil keputusan mengosongkan saja DUN Kok Lanas yang diwakilnya sekarang ini bagi membolehkan beliau memberi tumpuan kepada kesihatannya. Beliau kena sedar dengan kesiahatan yang tidak mengizinkan, beliau tidak dapat berkhidmat seperti biasa kepada rakyat lagi.
Beliau juga sekarang kena melupai akan impiannya untuk jadi MB Kelantan. Dengan kecederaan yang berlaku kepada dirinya menjadikan beliau tidak layak lagi untuk menjadi MB. Annuar harus faham, rakyat di kawasannya memerlukan pembelaan, penjagaan rapi dan sebagainya. Dengan keadaan kesihatan yang sebegitu, beliau tidak mampu lagi untuk berkhidmat dengan sempurna kepada rakyat.
Bayangkan, apa yang Annuar boleh lakukan sekiranya ada rakyatnya mahukan kelapa muda. Tentu Annuar tidak berdaya dan mampu untuk memanjatnya. Keuzuran tulang rusuk yang patah dan remuk itu tidak akan memungkinkan untuk beliau memenuhi harapan rakyat itu. Sekiranya beliau cuba juga bergagah (ha nelan) dengan keadaan itu pasti dia akan terjatuh lagi sekali.
Annuar Musa kena ingat dia bukan tupai atau monyet yang ada kuasa ajaib yang terletak di kakinya. Tupai dan monyet boleh melompat dari dahan ke dahan dengan senang. Itu pun kadang terjatuh juga. Demikian juga dengan monyet, boleh panjat kelapa sambil menungging punggung ke atas, kepala ke bawah. Apakah Annuar Musa boleh berbuat begitu. Tungging untuk kerja lain rasanya boleh lah..
Jadi kalau kita rasa kita tidak sehebat tupai dan beruk, eloklah kalau kita kembali jadi manusia yang insaf, (insan kamil) sedarkan diri dengan melepaskan tanggungjawab kita kepada mereka yang berhak. Janganlah kita paksa diri kita untuk mencapai sesuatu yang amat mustahil untuk kita gapaikan. Misalnya, apakah Annuar merasakan dia boleh menjadi MB Kelantan sedangkan hubungan beliau dengan istana masih lagi berdarah?
Siapa kata Sultan Kelantan sudah memaaafkan Annuar yang hendak menobatkan Tengku Ibrahim sebagai Sutlan Kelantan? Kalau perkara ini sudah selesai, sudah tentu Sutlan Kelantan sudah menganugerahkan darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk kepada Annuar pada hari keputeraan beliau baru-baru ini. Semua pemimpin Umno lain dapat Datuk, Fatmi, Awang Adek, dan Mustapa Mohamad, sudah dapat Datuk Kelantan, tetapi Annuar Musa masih lagi belum merasa apa-apa kurniaan daripada Sulatan Kelantan.
Semua itu petanda jelas bahawa Annuar tidak ada nasib untuk menjadi orang besar di Kelantan. Apa yang berlaku ke atas motorsik berkuasa tinggi itu ada terjemahan kemarahan dan kekesalan dunia (manusia) kepada Annuar ke atas segala perbuatan yang pernah dilakukan sebelum ini.
Jadi sebaik-baik jalan bagi sahabat Ooi Kee Siang itu ialah berundur dan kosongkan kerusi Kok Lanas, berikan kepada orang lain untuk mengurus dan mengendalikannya, lupakan segala kenangan dan harapan indah yang tidak mungkin menjelma itu. – Reformasi. |
posted by jasindaily online @ 4:28 AM |
|
|
|
DPPKJASIN |
Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
|
CORETAN YANG LALU |
|
ARKIB JASNIDAILY |
|
POWERED BY |
|
|