DEMI MASA |
|
|
OLMERT BERI LAMPU HIJAU - ISRAEL BENARKAN LEBIH BANYAK PENCEROBOHAN |
Wednesday, July 12, 2006 |
BAITULMAQDIS 11 Julai - Para pemimpin Israel membenarkan tentera melakukan lebih banyak pencerobohan ke Genting Gaza dalam fasa baru operasi untuk membebaskan seorang askar yang diculik dan menghalang pejuang Palestin melancarkan roket.
Pegawai keselamatan Israel mendedahkan kelulusan itu hari ini, sehari selepas pemimpin politik Hamas, Khaled Mashaal menegaskan beliau tidak akan membebaskan askar Israel yang penculikannya oleh pejuang Palestin itu yang cetuskan konfrontasi berdarah selama 13 hari. Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert dan Menteri Pertahanan Amir Peretz memberi lampu hijau kepada tentera Yahudi untuk melakukan pencerobohan tambahan ke Gaza bagi membebaskan Koperal Gilad Shalit dan menghentikan serangan roket Palestin.
Menurut pegawai, fasa baru itu meliputi penghantaran askar ke kawasan-kawasan di Gaza yang belum dimasuki sebelum ini.
Setakat ini askar Israel telah menceroboh masuk ke selatan dan utara Gaza selain menghampiri Bandar Gaza.
Khaled semalam menuntut pertukaran tahanan Palestin dengan Shalit tetapi Olmert menyifatkan pertukaran sedemikian sebagai satu kesilapan besar.
Mereka tidak menyuarakan kesediaan untuk bertolak-ansur, sekali gus membayangkan operasi tentera Israel ke Genting Gaza yang telah pun membunuh 58 rakyat Palestin dan seorang askar Israel tidak akan berakhir dalam tempoh terdekat ini.
"Mereka tidak akan mendapat sebarang konsesi daripada saya," kata Khaled dalam kemunculan pertamanya di khalayak ramai sejak penculikan Shalit pada 25 Jun lalu.
Dalam pada itu serangan Israel terus meragut nyawa rakyat Palestin.
Empat pejuang terbunuh dalam tiga serangan udara Israel semalam manakala tiga lagi terbunuh dalam satu serangan Israel di utara Gaza malam tadi.
Awal hari ini, pesawat perang Israel membedil sebuah jambatan di utara Gaza untuk menghalang pejuang mengangkut roket.
|
posted by jasindaily online @ 1:56 AM |
|
|
|
DPPKJASIN |
Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
|
CORETAN YANG LALU |
|
ARKIB JASNIDAILY |
|
POWERED BY |
|
|