Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
Dakwaan Rahman tak jadi ' kudis' bagi Parti Keadilan
Sunday, July 09, 2006
Tindak tanduk bekas Bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rahman Othman (kiri ) menghentam pimpinan parti itu dikatakan tidak mengejutkan kalangan mereka yang tahu kisah sebenar latar belakang masalah beliau selama ini.

Sumber-sumber parti itu memberitahu Agendadaily Sabtu mereka tidak melihat kenyataan medianya Khamis lalu yang memburukan parti sesuatu yang boleh menjejaskan keyakinan para ahli kepada pimpinan parti.

Menurutnya masalah Rahman dengan parti itu sudah bermula sejak beliau tewas bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR ditangan Dr Syed Hussein Ali semasa pemilihan parti itu hujung 2004 lalu.

Rahman dikatakan antara mereka yang tidak setuju dengan pengabungan PKR dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM).

Dr Syed Hussein ialah bekas Presiden PRM.

Karenah Rahman yang dikatakan makin membosankan kalangan pimpinan parti itu telah memuncak semasa kempen pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini dimana beliau kedengaran sering merungut dana untuk berkempen tidak disalurkan melaluinya.

Beliau juga dikatakan tidak begitu ngam dengan kebanyakan barisan pimpinan parti itu khususnya Naib Presiden Azmin Ali.

Rahman yang juga bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan asal sebelum bergabung dengan PRM juga didakwa tidak menguruskan dengan baik PKR Bahagian Muar yang diketuainya.

"Kami tidak hairan kalau Rahman menghentam balik parti dalam media seperti dilakukannya Khamis lalu.Dulu hal sama berlaku semasa Dr Chandra Muzaffar keluar parti,"kata sumber itu.

Katanya ramai pimpinan dan ahli parti itu yang merasa lega dengan ketiadaan Rahman kerana karenah beliau lebih merugikan dari menguntungkan parti.

"Jadi apa saja dakwaanya tak jadi kudis bagi kami,"ujar sumber berkenaan.

Jumaat lalu Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Ismail telah mengumumkan perlantikan Bekas Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan CEO Kumpulan Guhtrie Berhad Tan Sri Khalid Ibrahim ( kanan) sebagai Bendahari baru PKR mengantikan tempat Rahman.

Rahman yang merupakan calon parti itu untuk kerusi parlimen Putrajaya dalam pilihanraya umum Mac 2004 Khamis lalu mengeluarkan kenyataan media yang antara lain mendakwa para pemimpin atasan berbelanja sakan diketika ahli bawahan susah payah mengutip sumbangan dari orangramai untuk parti. Beliau mendakwa pemimpin parti itu 'cakap tak serupa bikin' dalam soal mengamalkan ketelusan. Rahman juga mendesak agar PKR dibubarkan saja kerana gagal berjuang untuk rakyat .- 8/7/2006
posted by jasindaily online @ 6:02 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com